Wednesday, September 12, 2018

Bina Semangat | Team Building UTMLead bersama Pejabat TNCA UTM

Assalamualaikum, Salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini dot blogspot dot my. Penulis harap u olls dalam keadaan sihat walafiat, masih boleh meneruskan pekerjaan di kala ini. Dah lama benar penulis tinggalkan aktiviti blogging oleh kerana urusan kerja di pejabat yang tak henti-henti mendatang. Tambah pula bulan September 2018 ini banyak pula Cuti-Cuti Malaysia yang perlu dilalui. Oh..cuti lagi! Kan seronok bercuti? Boleh lepak di rumah sahaja atau berjalan-jalan di tempat menarik dalam negara kita ini. Kan? Tapi disebabkan urusan kerja yang sentiasa kunjung tiba maka tibalah masa untuk aktiviti luar pejabat yang menyihatkan badan iaitu Team Building UTMLead tahun 2018.

Hoo yeahh! team building tahun ini dianjurkan oleh pejabat TNCA. Dan ada banyak jabatan di bawah department ini antaranya SRAD, AMD, CIDU, XCITE, UGS, SPS, SPACE dan juga pejabat penulis UTMLead. Yaa..memanglah ramai jumlah staf dan sebab itu pembahagian ahli kumpulan dilakukan supaya lebih tersusun. Haa..untuk staf yang kurang berkemampuan dari segi fizikal untuk masuk ke dalam Hutan dan menjalankan aktiviti, mereka menunggu di laman sementara kami yang badang-badang dan Wonder Woman's meneruskan aktiviti seperti yang dirancang.

Dan oleh kerana ini adalah pertama kali penganjuran Team Building bersama pejabat TNCA dan jabatan-jabatan dibawahnya, maka setiap ahli kumpulan terdiri daripada kepelbagaian staf dari jabatan yang berbeza. Yaa..kita tak boleh bersama dengan rakan-rakan staf kita sahaja, kalau gitu bukanlah namanya team building, kemungkinan namanya membawang dan sewaktu dengannya.    Dan disebabkan itu kebanyakan ahli kumpulan menubuhkan group Whatsapp bagi membincangkan perkara berkaitan nama ahli kumpulan dan pembikinan logo. Ini yang menarik! Sebabnya ialah kita bersama-sama melukis dan mewarna serta menconteng arang di muka sendiri pada kain putih untuk bikin logo yang terbaik buat kumpulan kita. Korang percaya eh menconteng arang tu? Saja jer gimik menulis. 



Kalau dah menang tu kenalah kongsi sama-sama yer dak? Barulah berkat namanya. Huhu..tengok pun jadilah.

Ready? Set, GO!

Pejabat TNCA memilih tarikh 16 Ogos 2018 bagi menjalankan aktiviti Team Building ini dari pagi sampailah ke tengahari. Seingat penulis hinggalah ke pukul 2pm. Pembahagian kumpulan telah dilakukan berserta ketuanya sekali. Jadi kita hanya perlu mengenali nama-nama ahli dalam kumpulan kita supaya mudah untuk berkomunikasi. Tugas yang diberikan sebelum aktiviti ialah merekabentuk logo kumpulan sendiri dan membentangkannya sewaktu aktiviti dijalankan. Oh my..penulis dahlah tak berapa gemar nak bersuara di khalayak ramai. Tapi persediaan tu harus ada yer. Apa yang menarik perhatian penulis ialah kebanyakan ahli kumpulan yang bertugas di pejabat lain turut menghadirkan diri ke makmal multimedia kami bagi menyiapkan logo kumpulan masing-masing. Maklumlah nama pun Multimedia Lab, teruslah ke mari untuk conteng-menconteng dan warna-mewarna. Waktu nilah keluar duit beli pelaka, berus, palet dsb. Ada yang tangannya keras betul nak mewarna, ada yang natural, tapi yang penting ialah kerjasama yang ditunjukkan itu amatlah besar maknanya. Begitulah semangat team building! Sebelum program bermula lagi dah menunjukkan hasilnya.    Hahaha..terbaek!




Aha, tengok tu bukan main fokus masing-masing mewarna logo. Tekun betul masing-masing time ni kita tengok! Ofis kita dah jadi design house tau!  

Jadi setelah kita melakukan persiapan 2 hari lebih awal, tibalah pula masanya menghadirkan diri ke program yang dinanti-nantikan. Seawal pukul 7:00 am peserta program dah sampai. Amboi..awalnya, mungkin sekretariat kot. Huhu..penulis tiba ke lokasi hampir pukul 8:00 am. Maklumlah hantar anak dulu ke Taska. Tak kiralah bangun pukul 5:00 am ke tetap sampai lebih kurang 5-10 minit sebelum 8:00 am. Huhu..nasib baik ada ruang lagi untuk menyelit kereta kita.  

Waktu ni dah ramai staf berkumpul dalam kumpulan masing-masing. Agaknya mungkin sekretariat dah ambil kedatangan setiap staf waktu itu. Ishh..tak boleh jadi ni, kena masuk dalam group dan lepas tu nama kita dipanggil untuk tujuan pengesahan kehadiran. Sahlah aku lewat!   Takpalah malu sikit, kebanyakannya kita kenal kawan-kawan kita. Penulis ialah subjek paling boring untuk dibawangkan kerana kita hanya minat menulis, editing, berkarya. Itu aje. Yang lain-lain kita letak tepi. Eheh..ada yang kata kita ni membosankan bila berbual. Mana taknya dalam kepala otak selalu berfikir idea ataupun output untuk penghasilan kerja yang lebih baik dari sebelumnya. Maksudnya ialah, bila kau bekerja di sebuah jabatan berkaitan akademik tetapi expertise kau dah tahap gaban, buatlah macam mana pun, pastinya krik krik krik..sebab itulah penulis sentiasa bersedia dengan idea penulisan skrip jika ada kerja-kerja pre-pro yang memerlukan ketulenan idea. Untuk promo video MOOC secara UMUM peringkat NASIONAL pun penulis dah ada. Tapi masih belum ada apa-apa bayangan dari pihak atasan jika mahu melaksanakannya. Mungkin penulis kena buat storyboard dulu kot untuk meyantuni proses seterusnya? Hahaha...mana boleh macam ni, mesti ikut flow pre-production, kalau tak sia-sia aje kerja kau ditolak mentah-mentah!



Baik, walaupun telah lewat sampai ke lokasi, tapi gaya mutu keunggulan tetap dijaga. Oleh kerana itu penulis stop seketika penulisan ini untuk sambung part 2 pula nanti ya. Rileklah, nanti kami sambung juga part 2 okay!

Wassalam...

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
http://utmlead.utm.my/jeffri-ar

Share:

0 comments:

Post a Comment