Showing posts with label pulau. Show all posts
Showing posts with label pulau. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Kali ini kita bertemu lagi dalam episod Pulau Tioman 2012 Part 4: Panuba Inn Resort, kami datang! 0_0 Woo hoo!!..ok, ini adalah entri terakhir untuk episod di Panuba Inn Resort 2012. Kerana selepas ini saya akan update beberapa lagi pengalaman saya dan isteri ke tempat2 lain bagi menghidupkan lagi suasana blogging di alam maya ini. Yer, sedar tak sedar tarikh hari ini ialah 30 Syaaban 1434 H bersamaan 9 Julai 2013 masihi. Ini bermakna hari esok umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan yang mulia yakni Ramadhan Al-Mubarak. Dan malam ini juga merupakan malam pertama untuk menunaikan solat tarawih. Eh..saya sempat lagi menaip last entry 2012 ni. ;) Ayuh Jepp you can do it! Tinggal satu lagi episod Panuba Inn Resort n then boleh bukak topik lain pula. hihihi.. ;)

Bip bip bip..bip bip bip..bip BIP BIP!! $% ^_^

Tangan saya mencapai alat yang memekik-mekik pada pagi hari itu! Dengan mata yang kuyu-muyu saya melihat skrin pada alat yang ber-bip bip itu tadi. Oh..dah subuh rupanya. Lalu saya meletakkan kembali handphone di atas katil dan mengejut pula isteri di sebelah untuk bangun dan mengerjakan subuh. Selesai aje subuh, terus mandi...burrrrr!! Tak boleh jadi ni, kena turn on water heater! hihi.. Kemudian kami berdua pun bersiap2 untuk turun ke cafe bagi menikmati sarapan pada pagi hari itu. Erm..apa yg menarik yer? Dalam hati dah berbunga2 kembang setaman manalah tahu ada something special untuk tetamu gedik macam kami berdua ni? Hihihi...;p

Ohh..biasa2 jer sarap pagi hari itu. Cukuplah bagi alas perot untuk snorkeling selepas ini. Kalau tak sarap secukupnya maka tak cukuplah tenaga untuk snorkeling keliling pulau nanti. Maklumlah..1st time snorkeling, dah berangan macam2 nak buat kat dalam air nanti, kuak lentang, kuak dada, kuak rama2, kuak meniarap dan juga berbagai lagi aksi mencabar untuk ditiru dalam filem Baywatch.

mungkin begini seksinya kalau ingin menjadi lifeguard dalam drama bersiri
Baywatch suatu tika dahulu. tapi yang wanitanya kenalah menutup aurat dan
nampak lebih ayu. ;)

 nasi goreng dan air kopi untuk sarapan bagi bekalan tenaga snorkeling dari pagi sampai ke tengahari. Takpe, banyak lagi tenaga dalaman boleh menahan lapar. (dalam beg bawak biskut Apollo!) ;p

Setelah selesai sarapan, kami dimaklumkan oleh pihak Panuba Inn Resort untuk tunggu di jeti sementara menanti yang lain2 untuk sertai kami dalam misi snorkeling. Ok, kalau ikut dalam pakej, ada 3 snorkeling point yang akan kami pergi. Yang pertama di Tulai Island, Malang Rock Island, dan Monkey Bay. Jadi setelah cukup korem, sejumlah 8 orang = 4 couple menaiki bot pada pagi hari itu dengan masing2 tak sabar untuk terjun laut snorkeling. Saya rasakan 2 pasang lagi couple iaitu chinese dan europe ni conform boleh berenang, tak macam kita orang yang pakai life jacket untuk gedebush nanti! ;p yang penting terapung! hihi..

walaupun bukan macam drama bersiri Baywatch, tapi kami yakin
dengan Gaya.Mutu.Keunggulan yang ditunjukkan dalam gambar di atas. ;p

Lebih kurang 20 minit gedebuk-gedebak dalam speed boat, kadang2 terasa macam nak terbang bot tu, akhirnya sampailah kami di Tulai Island. Pehh!! Pulau ni amatlah jernih airnya dan pasiran pantai amatlah halus dan sesuailah untuk outdoor aktiviti kat sini. Tapi tiada siapa dibenarkan menginap di sini yer. Al-maklum pulau tak berpenghuni. Dah..jangan fikir yang bukan2 macam dalam filem Life of Pie tu, tiba2 stranded kat pulau yang berasid tinggi kandungan airnya. ;p

ni mesti korang kuat berangan bayangkan bukan2 kat Tulai Island ni kan? mana boleh tidor kat sini beb! Ini bukan dalam filem Life of Pie tu! ;p hihihi...

aha..inilah dia Tulai Island. sangat cantik pemandangannya sampai
boleh terlupa segala masalah ketika ini. cantikkan? 0_0

atas warna biru, bawah warna hijau..perfect combination!
apa lagi, jom turun snorkeling! burrrrr... ;)

you can count on us as Tulai Baywatch Lifeguard! ;p

barisan pelakon drama bersiri Tulai Baywatch. Now with Asian's character addition! ;p

2nd snorkeling point, Malang Rock Island. Sebelah aje dengan Tulai
sebenarnya, tak jauh pon. Dah keletihan snorkeling, tapi cuba maintain gaya. ;)

best ooo snorkeling kat Malang Rock Island ni. kalau pandai berenang kat dasarnya lagilah chantek pemandangan.

 Ok..setelah melalui aktiviti snorkeling lebih kurang 2 jam lebih, maka telah sampai waktu untuk lunch di Salang. Dalam pakej dah menyebut bahawa lunch will not be provided, so bawaklah duit untuk makan dan shopping di sekitar Salang itu nanti. 

patutlah ramai omputih stay kat Salang ni. tengoklah kejernihan airnya, jelas ternyata clean n clear! p/s: tidak ada kena mengena dengan johnson & johnson clean n clear tu! ;p

Untuk lunch hari itu kita orang makan nasi goreng kampong dan french fries seingat sayalah. Harga pun reasonable, rasa boleh tahanlah..sambil dibelai angin bayu tepi pantai ni. (padahal panas terik time tu) hihi.. ;p Dan oleh kerana telah penat sangat snorkeling maka tak menyempat nak snap gambar makanannya. Hanya boleh buka mulut dan sudukan nasi goreng sampai kenyang. Burrppp.. excuse me. ;)

Setelah saja selesai makan, kita orang pun berjalan2 di sekitar salang dan kami dapati begitu banyak chalet murah di sini. Oleh kerana kat sini pun ada kedai bebas cukai, so kita orang pun masuklah ke dalam kedai dan menyambar beberapa keping coklat sebagai hadiah buat kami kerana jalan2 di salang. Hihi..bayangkan kalau berjalan kat sini tak bawak duit..memang frust ooo..kat Panuba takda kedai runcit. Kat sini siap ada duty free shop lagi!

Misi kami diteruskan lagi dengan snorkeling berdekatan dengan monkey bay. Kat sini katanya ada shark. Tapi waktu saya tengah snorkel tu tak nampaklah pulak. Alamak..melepaslah, maybe kena diving baru jumpa agaknya. Ok, kemudian setelah selesai snorkel di sini kami pun ke monkey bay. Ingatkan terus balik ke resort, rupanya pakcik yg kendalikan bot ni memang kelaslah! Masuk time ni jer dah 4 kali snorkeling. Terbaik pakcik! :) Kalau orang dah bawak ke situ..janganlah menolak pula, terjun ajelah dengan selamba. Best ooo..agak berdekatan juga dengan pantai, dan saya perasan ada rumah di situ. Kalau nak berenang ke situ agak lambat juga lebih2 lagi tak reti berenang. Hihihi..

Balik aje ke resort lebih kurang pukul 3pm. Terus mandi bagi menghilangkan bau masin air laut. Dan ada juga pasir2 tersangkut kat celah2 poket seluar pendek ni. Ishh..tapi yang bestnya waktu snorkel tadi dah tertelan air laut juga. And that's why hidung dah start bunyi lain macam. Kepala pun berat aje. Sah, confirm demam! :-(

walaupun nak mula demam, tapi masih gagah lagi untuk snap view
jeti panuba. seronok jer tengok budak2 tu snorkel. takpe..next time boleh.

BBQ on the 2nd nite. Untuk orang yg nak demam mcm saya ni sangat sesuai menikmati ikan caru bakar tu dengan sambal kicap. Pehh!! Tak perasan pun sesiapa yang lintas kat meja kami ni. Mengunyah puas2!

Ayuh..kita tambah lagi BBQ ini dengan pelbagai lagi hidangan terhidang! ;p

Oklah..kami ringkaskan di sini sahaja entri terakhir untuk Panuba Inn Resort 2012 ini dengan menyatakan bahawa, tempat ini bersesuaian untuk mereka2 yang ingin berhoneymoon dengan pantainya yang private terlindung dari resort2 lain. That means kat sini tak macam salang, ramai orang dan macam2 muzik kedengaran di sana. Di sini segalanya ketenangan dan mendengar deruan ombak ketika anda sedang tidor. Uhh..lenanya kami tidor malam itu. Hehehe...Tapi sebenarnya kalau anda berenang dari panuba ni nak pegi ke kampung ABC pun boleh. Dekat jugalah..kalau naik teksi air dengan ongkos kay.

Orait..lagi beberapa jam jer nak tarawih ni..sempat lagi habiskan entri ni. berjumpa lagi yer dalam entri terbaru akan datang! Wassalam..

Melancong dalam NEGARA! :-)
Share:

Saturday, June 29, 2013

Salam..kita bertemu lagi dalam entri kali ini bercuti ke Panuba Inn Resort tahun 2012 part 3. Yer..sedar tak sedar sudah sampai episod ketiga berkaitan cerita kami berdua ke Pulau Tioman pada tahun 2012 di Panuba Inn Resort, sebuah percutian yang jauh dari hihgway dan kesibukan bandar yang penuh dengan debu2 karbon monoksida. Di sini kami menghirup udara segar setiap kali bangun pagi dan dikejutkan oleh ombak pantai yang saling tak terpisah antara satu sama lain.

Yang menariknya berkenaan dengan Panuba Inn Resort ini adalah, setelah saja kami sampai di sini, mendaftarkan diri di kaunter dan mengambil kunci, anda akan dipelawa untuk lunch secara percuma di cafe. Sebenarnya lunch percuma ini telah dimasukkan ke dalam pakej 3D2N dan anda hanya perlu mengangkut beg ke bilik dan kemudian turun semula ke cafe bagi memesan lauk-pauk yang akan dihidangkan. Agak limited, tapi sangat berbaloi! kenapa saya kata begitu. Sebabnya adalah kami telah merikki di Google berkenaan resort yang terdapat di Pulau Tioman yang berhampiran dengan bajet kami ketika itu, dan Panuba Inn Resort sangat bersesuaian. Selak punya selak kat website Panuba, rupa2nya dapat free lunch sewaktu sampai ke sana. Hihihi..untung ooo..jangan tolak, baik kita makan aje apa yang orang dah bagi. Kita terimalah dengan hati terbuka yer! ;) Amin! Thanks Panuba Inn Resort!

 kami amat berbesar hati ketika ini kerana telah diberi lunch percuma sebaik sampai ke sini. tengoklah lauk-pauknya. pasti mengecurkan air liur anda bukan? ada telor omelette, sayur kobis goreng, sotong goreng tepung dan kari ikan. *hanya mampu menggosok perot ketika ini*
hihihi...terbaiklah!

ingat dekat pulau yang jauh dari kesibukan bandar tu takde ais krim ke? tengok tu desert kami. saya sudah tentulah memilih strawberi. si dia meminati perisa coklat. tapi kami tetap sehati sejiwa dalam bab makan2 ni. ;p

Setelah berehat seketika di cafe kerana tersantak dengan makanan spt dalam gambar di atas itu tadi, tibalah masanya pula berjalan2 di tepi pantai, posing sana sini, ambil gambar sekitar jeti bagi mengisi masa yang tersisa petang itu. Lalu isteri saya pun dengan sukarelanya merakam kawasan sekitar panuba inn resort dan hasilnya spt dibawah. Ishh..betul ke kawasan sekitar? hihi..sekadar nak mengisi masa lapang. ;)

oo..tengah main2 yer. baru lepas makan aje terus capai kamera dan
shoot sana sini, senget2 gambar dibuatnya sebab jakun punya pasal.
hihi..adakah percutian anda ke pulau sebiru air di tepi pantai spt ini? ;p

Ok, setelah penat bermain2 di sekitar panuba inn resort petang itu, tibalah pula masa untuk kembali ke bilik kami bagi membersihkan diri membuat persiapan untuk turun ke cafe semula bagi menikmati jamuan makan malam. Ermm.. dalam kepala dah fikir-memikir BBQ ni..mesti BBQ! hihi..takkan la 1st nite terus BBQ dak? ;) tapi waktu kami kat Sun Beach Resort tu 1st nite jer terus BBQ. Alangkah bahagianya perot ku ketika itu! Haha..anyway, apa2 pun mesti you all semua nak tahu macam mana rupanya bilik kat Panuba Inn Resort ni kan? Orait..silalah buat penilaian anda sendiri terhadap bilik jenis SD (super durian) yang kami pilih ini. Oh yaa sebelum terlupa, bilik kami ni betul2 berhadapan dengan jeti dan agak jauh jugalah nak ke cafe tu. Dan untuk pergi ke bilik ada dua pilihan, samada nak lalu depan jeti atau naik tangga dari tepi cafe. Baik lalu tepi jetikan? Dapat cuci2 mata! ;p eh..eh..nak mengelak kena cubit oleh si dia! ouch!! hehe..

aha..not bad katil queen ni. selesalah kami tidor malam itu sambil kedengaran ombak menghempas pantai. ada almari simpan baju lagi dan masih ada ruang untuk alas kain sebagai sejadah. not bad!

besarlah jugakan ruang bilik ni. ada tv skrin bukan leper. haha.. siaran tv kat sini agak mengecewakan. tapi itu semua secondary feeling sahaja.yang primary mission adalah untuk menikmati keindahan alam yang diciptakan tuhan. eh, tengok tu kan dah cakap ada chipsmore tepi tv. hihihi...

Aha..bilik SD ni ada aircond. dahlah tepi laut, sejuk ooo malam tu.
Brrrr...siap main tarik2 selimut dengan si dia! hihihi...

 kalau kita dah kenyang tongkat dagu..hey hey..
kalau kita dah kenyang tongkat dagu..hui hui..
kalau kita dah kenyang beginilah caranya,
kalau kita dah kenyang usap perot..hei hei!! ;p

Saya rasa apa yang menarik pada 1st nite dinner tu adalah extra service yang kami dapat iaitu, ada seorang pakcik yang baik hati (tak taulah samada tauke resort ke apa) bertanyakan kepada kami nak pesan teh tarik tak? Huii..kami dah usap perot ketika itu. Tengok ajelah spt gambar di atas. Licin air dalam jag tu. ;) kenyang sungguh sampai tak larat nak habiskan buah tembikai dan limau tu. Tapi disebabkan layanan diberi amat memuaskan, kami pun terimalah dengan hati terbuka..minum teh tarik sambil berbual. hehehe..

Ok, apa kata kita sambung lagi dalam episod akan datang, Pulau Tioman 2012 Part 4: Panuba Inn Resort, kami datang! Lek dlu, ngeteh dulu k! ;)


Share:

Friday, June 28, 2013

Bertemu lagi dalam entri kedua kali ini iaitu Pulau Tioman 2012 Part 2: Panuba Inn Resort, kami datang! Wahh..bersemangat betul apabila menulis blog ini. Sampai tak kisah breakfast, lunch, dinner kat rumah sekalipun. Janji dapat menaip dari idea yang dah tersimpan lama sejak tahun 2012 dahulu. Itulah..sepatutnya lepas aje balik dari bercuti cepat2lah terus menulis pengalaman anda ke laman blog agar tak lapuk idea penulisan tu. ;) Tapi untuk orang macam saya yang mungkin mengingati perkara2 yang indah2 belaka sewaktu bercuti, dapat menaip dalam laptop pun jadilah. Lebih selesa kot menaip guna laptop berbanding desktop yang cuma boleh duduk kat workstation jer. hehehe...;p Kalau guna laptop, boleh menaip kat ruang tamu sambil mata menjeling tengok tv. Kalau menaip kat dapur, mulut ni boleh disumbat sebarang dua jajan atau nasi oleh si dia yang tersayang. ;) pelan2 yer sayang nak menyuap makanan ke mulut abang ni..;p hihi..

Baiklah, setelah kami sebulat suara untuk mengembara ke Pulau Tioman pada 7-9 Jun 2012, isteri saya pun bersibuk2lah mengemas pakaian kami pada malam sebelum perjalanan kami ke Mersing. Lipat sana lipat sini, bungkus sana bungkus sini..beli jajan itu jajan ini. (manalah tahukan kat sana takde kedai runcit) dan akhirnya 2 buah beg kami bawa. Satu beg isi kamera dan beberapa helai t-shirt. Satu lagi beg baju yang turut diisi dengan jajan spt chipsmore..;)

Zzz..zzz..tiba2 alarm smartphone bunyi! ok, itulah tandanya tarikh pada hari itu ialah 7 Jun 2012 waktu subuh. Setelah selesai mandi dan bersiap2 dengan beg pakaian, kita orang pun bergerak dari rumah pukul 8.30am. Sepatutnya pukul 8.00am! Ishh..setengah jam lewat tapi takpa feri akan bergerak sekurang-kurangnya waktu tengahari. Sempat lagi drive kay. So, spt yang telah dirancang sebelum ini bersama isteri, saya akan drive dari senai ke mersing menaiki kereta beliau yang telah terbukti menjimatkan minyak. (tersipu2 malu saya dibuatnya..hehe) Kalau sebelum ini dalam entri Sun Beach Resort 2013 tu, isteri saya yang drive dulu..tapi disebabkan semangat yang meninggi untuk bercuti ke pulau buat pertama kali tahun 2012 tu, maka saya bolehlah senyum dengan gaya mutu keunggulan. 0_0 tak pedihkan mata..hehehe..


Sempat lagi buat stand upper dalam kereta. Eh, tapi tengah dudukkan? so, tengah buat sit downer la kan? hehehe..saja2 berlatih kemahiran komunikasi tak formal depan kamera smartphone. Manalah tahukan lepas ni boleh jadi speaker terhebat di dalam kereta tersebut suatu hari nanti! 0_0

Lebih kurang 2 jam perjalanan dari senai ke mersing, akhirnya kami pun tiba ke destinasi. Suasana ketika itu masih belum sibuk lagi dengan kenderaan yang masuk ke parking tourism centre. Jadi kami pun parking di situ dan memberitahu kepada operator parking bahawa kami akan park kereta di situ selama 3D2N. Standard la tu kan. Semua yang pergi bercuti ke Pulau Tioman, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Rawa, Pulau Aur kebiasaannya akan bercuti dalam tempoh tersebut. Tapi ada juga yang lebih daripada 3 hari! Wow! Oh..mungkin ada tujuan lain kot, belajar diving ke, memancing ke dsb. Sementara kadar parking untuk 3 hari adalah lebih kurang RM 21.00. Kalau parking dekat situ dah penuh, kebiasaannya ada orang akan memberikan bantuan kat mana harus parking dan anda hanya perlu follow orang tersebut yang menaiki motor. Kerana telah terjadi kepada kami pada tahun 2013 ini, (rujuk Pulau Tioman 2013: Sun Beach Resort) iaitu kami terpaksa parking di lot rumah yang berdekatan tourism centre dengan kadar bayaran yang lebih iaitu RM 30.00 untuk 3 hari. Bergantung kepada musim percutian..kadang2 bukan musim cuti sekolah pun boleh jadi penuh parking!

kami yang berkaca mata. lagi sepasang ialah newly wed couple. ;) riak wajah selepas ambil tiket
dari kaunter panuba inn. dekat aje dengan jeti mersing tu. sebelah menyebelah. happy betul time
ni nak naik feri. hehehe..

walaupun kami gerak pukul 8.30am tapi akhirnya sampai juga ke sini dan masih belum ramai lagi tourist ketika ini. kalau dah ramai confirm tak dapat nak posing begini. ;p

eh..ada interview lagi ke? ishh..ni la dia bila dah boring sakan menunggu feri. dia suruh kita bercakap pulak nampaknya. cakap pun ntah apa2 jer. sampai tersasul sebut jeti pulau tioman. hihi..
tengok mcm orang kat belakang tu..steady aje melepak..;p

Lebih kurang 2 jam perjalanan barulah kami sampai ke Panuba Inn Resort. Fuhh..Oo..lupa, sebab kat kaunter pun memang ada kata begitu dan inilah sebabnya:
Haa..dah tahu kenapa? cuba tengok betul2 map tu. Panuba Inn Resort tu
tertelak dekat 2nd last bahagian atas map. Paling atas sekali tu kampong salang.
Pasal tu la naik feri 2 jam wahai para pengunjung yg bijaksana sekalian. ;)

Tapikan..haaa..eh tak boleh beritahu lagi nanti tak surprise. hihi..:p beginilah...sebenarnya apa yang saya nak beritahu ialah kami dah terlepas ke kampong salang! Aduiiii!! Bukanlah tak perasan hinggakan terlepas Panuba Inn Resort dari pandangan kami. Sebab kerani di kaunter tu pun dah beritahu, Panuba Inn tu perhentian yang 2nd last sebelum salang. Hihihi..so, waktu feri dah buat last stop kat salang dan drop para penumpang (mak oii ramai yang turun kat salang ni rupanya sampai dah takde penumpang lagi dah!) kemudian salah seorang pekerja dalam feri tu bertanyakan kepada kami, "Panuba eh bang?" terus aje kami cakap "aah..ke panuba" hihi..cuba tengok video kat bawah ni.


walaupun feri dah terlepas ke salang dan kemudian berpatah balik ke panuba inn resort, tapi sempat juga saya merakam perjalanan ini yang dah nak hampir ke jeti panuba. ish ish..lain kali be aware sket! ;p

Setakat ini saja coretan untuk episod kedua kali ini. Kita bersambung pula dengan Pulau Tioman 2012 Part 3: Panuba Inn Resort, kami datang! Jom kita baca yowww!! ;)
Share:

Saturday, June 22, 2013

Assalamualaikum..salam penuh takzim dari saya, tuan punya blog cubit sana cubit sini, cubit peha kiri peha kanan turut terasa. Ouch! Kepada anda semua yang baru berjinak-jinak untuk mengenali blog ini dengan lebih dekat, sebenarnya ianya tidak menceritakan secara khusus tentang travel blog sahaja, tetapi lebih kepada pengalaman hidup saya dan isteri dalam menjalani kehidupan sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. Kalau nak cerita pasal travel aje, akan botak sehelai demi sehalai rambut ini nak mengira expenses travel dengan kerap. Huhu..tapi taklah sampai macam tu. Dan tak semestinya cerita pasal travel jauh2 aje, dalam negeri, cerita balik kampong, cerita berkaitan dengan kerja2 saya akan datang. manalah tahukan..

Tapi, oleh kerana entri kali ini masih lagi dalam mood cuti2 malaysia, maka saya akan menceritakan juga kepada anda semua tentang perjalanan kami ke Pulau Tioman buat kali pertama dalam hidup ini iaitu sekitar bulan Jun 2012 tahun lepas. Aha..kalau dalam entri sebelum ini, Pulau Tioman 2013, Sun Beach Resort kami datang! merupakan episod pengembaraan bermula bagi permulaan penulisan dalam blog ini, maka kali ini saya akan membawa anda menaiki kereta jenama Delorean dalam cerita 'Back to the future' untuk kembali pada tahun 2012 bagi mengetahui aktiviti kami di Pulau Tioman.

Mesti anda tertanya2, kenapa tak mulakan aje dengan tahun 2012? Bukankah lebih berstruktur begitu? Huhu..iye memang betul begitu, tapi memandangkan sekarang ini dalam tahun 2013, eloklah dimulakan blog ini dengan cerita2 dalam tahun 2013. Kemudian baru boleh flash back. Wooshhhh!! ;p

Ok, mari kita mulakan entry panjang lebar yang menyeronokkan kali ini dengan bacaan Bismilah. Semoga apa yang kita buat mendapat keberkatan darinya. :)

Ehem..ehem..test suara, test taip..test..test..;p Sebenarnya saya sendiri tidak pernah memikirkan untuk pergi bercuti di sebuah pulau yang pernah tersenarai antara 10 pulau tercantik dunia suatu tika dahulu. Apa yang saya suka lakukan jika melayari internet pada waktu lapang ialah mencari sebanyak mungkin maklumat mengenai pakej2 percutian yang ada dalam negara kita. Dari sabah ke sarawak hinggalah berbalik ke semenanjung. Tapi untuk lebih accurate punya pencarian, isteri saya jugalah mendahului saya nampaknya. Dia kata saya cuma pandai explore jer, tapi cari review dari orang2 yang dah pernah tinggal di resort tersebut, tak berapa nak mahir. Hihihi.. ;p but then si dia Google punya google, last2 hati tersangkut dan terpaut pula di Pulau Tioman ni. Maka kami pun bercakap2 kosong mengenai kemungkinan untuk bercuti. Tak sangka pulak cakap-cakap kosong ni rupanya suatu planning yang akhirnya menjadi. ;)

Rikki lagi resort2 yang terdapat di sana pada kadar harga berpatutan, last2 terjumpa pula website ni -> Panuba Inn Resort.

Panuba Inn ni private beach yer. Diulang private beach. ;)

Apa yang menarik menurut pandangan isteri saya tentang Panuba Inn Resort ini ialah, ianya sebuah resort yang mempunyai private beach yang tersendiri. Ini bermakna resort ini tak bercampur dengan resort2 yang lain yang kebiasaannya ada di sekitar pantai sesebuah pulau. Dan kemudian, apa yang menariknya ialah harga pakej untuk 3D2N amatlah berpatutan iaitu sekitar RM 3xx. (sila rujuk website berkenaan untuk info lebih lanjut)

Tetapi..sebentar! jangan syok2 dulu terus nak buat decision ke sana! Cool down dulu..biar saya jelaskan lagi yer. hihi..ok, menurut laman web tersebut, untuk mendapatkan harga pakej 3D2N berkenaan mestilah minimum empat (4) orang. Kalau tak cukup 4 orang harganya lebih sikit. Maka..isteri saya pun mengatur langkah menyusun kata, biarlah beralah asalkan beridea. Pehh..dasat betul siap berpantun lagi! hehehe..jadi isteri saya pun memanjangkan perkara ini kepada rakan2nya di pejabat dan bertanyakan kepada mereka yang berminat untuk menyertai kami dalam ekspidisi pengembaraan bermula! 0_0 dan akhirnya sepasang couple yang belum sampai setahun mendirikan rumah tangga bersetuju untuk menyertai misi pengembaraan bermula ini.

Setelah mendapat persetujuan mereka akhirnya isteri saya pun mengirim2 emel, bertanyakan kekosongan pada tarikh 7-9 Jun 2012, adakah masih available. Dan jawapan yang kami dapat dari pihak Panuba Inn adalah positif! :-) Bercuti ooooii..pergi bercuti tu! hihihi..

 saya up sekeping foto dahulu sewaktu di Panuba Inn khas buat tatapan anda para pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.com. lepas ni akan up lagi dalam entri seterusnya. ;) | Oh yer..website yang tertera kat gambar aku tu website lama aku, dah takde dah yer. Bz dengan kerja aje sekarang ni! Huh..

Ok, berikut ini merupakan terms and conditions dari laman web Panuba Inn bagi mereka yang ingin travel ke sana:

Package Including : Package Excluding
- 2 ways ferry transfer
- 2 nights accommodation
- 5 times meals
- 1 day snorkeling trip

- Snorkeling Gear
- Marine Tax Fee
Terms & Regulations :
- Minimum package 4 person.
- This package only valid for maximum package 5 days 4 nights only.
- Extend Night/Stay : RM 80/Pax ( Adult ) & RM 60/Pax ( Child ).
- Child rate is refer to children between age 5 to 12 years old.
- Resort have rights to cancel snorkeling trip or change snorkeling location without prior notice.
- Check in time at 2:00PM and check out time at 12:00 noon.
- Surcharge RM 25/pax on weekend and peak season of Malaysia and Singapore.
- For child age RM 2 and 4 years old : RM 60 each child.
- Child rate is valid if sharing with at least 2 adult in one room.
- Child who share with 1 adult in one room will be considered as adult.

Itinerary :
Day 1 :Checkpoint at Panuba Inn Sales Office at Mersing Jetty.
Depart to Tioman Island. Reach Panuba Jetty. Check in and lunch at Panuba restaurant. Dinner will be provided.
Day 2 :Breakfast. Snorkeling activity starts. Back to resort. BBQ dinner
Day 3 :Breakfast and check out. Depart back to Mersing from Panuba Jetty.



p/s: sedikit pesanan buat anda semua yang ingin bercuti ke mana2lah sekalipun, contohnya macam di Panuba Inn Resort ni. Isteri saya akan baca review terlebih dahulu dari tripadvisor atau menaip secara rambang dalam enjin pencarian google. Contoh adalah seperti berikut:

              - bercuti ke panuba inn resort
              - menarik di panuba inn resort
              - bercuti ke sun beach resort
              - menarik di sun beach resort

Tetapi dalam pemerhatian kami setelah membaca review dari Tripadvisor mengenai Panuba Inn Resort, ada yang bagi review kurang bagus mengenai tempat ini. Tapi itu review tahun 2012 dahulu, sekarang ni mungkin dah ada review lebih baik rasanya. Harap2 begitulah. Sebab apa yang kami lalui selama 3D2N di Panuba Inn Resort amatlah memuaskan hati dan....bacalah dulu yer, bagi banyak2 review kat 1st page nanti, tak terus membaca ke page kedua pula. hehehe... ;p

Cuba tengok ni, geng MeleTOP Astro Gempak pun dah sampai ke Panuba Inn ni. Depa kata tempat ni top-top-top MeleTOP! Kebaboom!! Memang kelaslah korang..tak rugi le saya dan isteri dah pernah sampai ke Panuba Inn. :) Peace YO!



Ok, teruskan membaca Pulau Tioman 2012 Part 2: Panuba Inn Resort, kami datang!
Share:

Saturday, June 15, 2013

Pulau Tioman 2013 Part 1: Sun Beach Resort, kami datang!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog Cubit Sana Cubit Sini, Ouch! ;) Cubit peha kiri, peha kanan turut terasa, begitulah agaknya yang dapat digambarkan kehidupan pasangan comel seperti kami ini. Apakan tidaknya, saya dan juga isteri mempunyai minat yang sama iaitu melancong. Tapi kalau mengikut originaliti idea, sayalah sebenarnya yang selalu mengutarakan idea nak ke mana kita tahun ini, nak ke pulau mana kita tahun ini, nak stay kat resort mana dan sebagainya. Sambil saya berborak-borak dengan isteri tercinta mengenai idea 'original' saya kepadanya semakin dia kadang-kadang menunjukkan riak wajah naik rimas dibuatnya ketika itu. Manakan tidak, orang seperti saya ini yang begitu mencurah-curah idea tentang aktiviti pengembaraan bermula, seringkali menggunakan khidmat Google untuk mengintip dan mengintai peluang untuk bercuti buat kami berdua. Ya! Memang saya expert dalam hal mengGoogle percutian di Malaysia. Tapi malangnya, idea tersebut hanya di alam maya sahaja, dan isteri saya pula yang selalu merealisasikan idea 'janji dicapati' tersebut. Hehehe...alamak, kan dah kena cubit dengan sang isteri! Ouch!!!

Jadi, untuk tahun 2013 ini kami telah merancang untuk kembali ke Pulau Tioman buat kali yang keduanya. Pada tahun lepas kami telah pergi ke mari, sila rujuk link ini untuk mengetahui entri kami yang lalu. Ok, seperti biasa saya dan Apple tidak dapat dipisahkan walau di rumah sekalipun, mesti nak berkepit juga walau di hadapan TV! Naik rimas sang isteri dibuatnya, manakan tidak, komputer jenama buah-buahan yang dikepitnya ke sana ke mari. Janganlah marah sayang, tuntutan kerja memang begitu, ada kalanya langsung tak sentuh pc. Hehehe.. ;)

Ok, kembali ke percutian kami. Setelah mengGoogle beberapa tempat penginapan ataupun resort yang terdapat di sekitar Pulau Tioman, isteri saya telah menyarankan agar kami menginap di Paya Beach Resort di Kampung Paya pula kali ini. Berbanding dengan tempat resort kami pergi tahun lepas iaitu Panuba Inn Resort yang memakan masa dua jam perjalanan menaiki bot Blue Water Bistari, Paya Beach Resort mengambil masa kira-kira satu setengah jam untuk sampai dan merupakan hentian kedua selepas Kampung Genting. Kami pun agak-agak macam dah suka pada tempat ni oleh kerana tak perlu panas punggung terlalu lama dalam bot. Rujuk peta Pulau Tioman di bawah ini:
 Sumber imej daripada Tioman Paya Resort

Selain daripada itu apa yang mencuri pandangan isteri saya mengenai Paya Beach Resort ini ialah Guest Room yang cantik dan kemas melalui apa yang dipandangnya menerusi laman web resort tersebut. Mula-mulanya dia merancang untuk stay di Standard Room - Aman Damai Wing, mengadap bukit, sejuk sikit kononnya! ;p Tapi saya memilih bilik Superior dan akhirnya kami bersetuju untuk bilik Superior itu. Sila rujuk gambar di bawah:

Kononnya sejuklah mengadap bukitkan, tak jugak, cuba off air-con, mandi peluh dibuatnya. :p

saya pula pilih room superior ini. :p

Selain daripada review pengunjung-pengunjung lain yang pernah menginap di sini, isteri saya juga sempat menelek dan menelaah beberapa blog mengenai keenakan makanan yang terdapat di Paya Beach Resort. Biasalahkan, mana-mana resort pun mesti ada BBQ night dalam pakej penginapan mereka. Barulah lebih bermakna dan benar-benar mengikuti cita rasa terhadap para pengunjung!

Setelah melihat gambar ini, terus terpengaruh yer! ;) tapi review pengunjung yang dah pernah ke sini mengatakan sedap makanan di sini. Jadi tak salahlah kalau terpengaruhkan! :p

Maka setelah kami berdua bersetuju untuk menginap di sini, isteri saya pun mengajak beberapa orang rakan sekerjanya di pejabat untuk sama-sama berlibur dan merehatkan diri di sini. Tetapi...pada kali ini saya agak kurang bersetuju oleh kerana pada waktu kali pertama ke Tioman sekitar 2012 dahulu, kami telah pergi dengan sepasang rakan sekerjanya yang baru mendirikan rumah tangga. Untuk kali ini saya beranggapan elok kami sahaja pergi berdua dan rasai sendiri bagaimana feeling sebagai suami isteri keluar dating di pulau untuk 3 hari 2 malam. :)

Akhirnya setelah melalui proses undian yang sah, saya bersetuju juga dan terus buat proses booking keesokan harinya. Tetapi alangkah terkejutnya saya kerana untuk booking kita perlu bayar 100% kepada resort dan bukannya bayar deposit terlebih dahulu! Maka disebabkan hal ini, kami berasa agak sedikit gusar untuk meneruskan niat suci ini. Maka kami telah sebulat suara akhirnya jua agar terpaksa melupakan hasrat ini.

Antara emel saya dan Paya Beach yang dah setuju nak travel on that date

Maka setelah melihat kena bayar full payment, rakan-rakan yang lain ada yang tidak bersetuju dan mengatakan tak secure dan macam-macam lagi. Tapi kita kena menjaga hati mereka agar tidak berkecil hati. ;)

Jadi, oleh kerana pelbagai perkara yang timbul sana-sini, kami mengambil keputusan untuk tidak ke Paya Beach Resort kali ini. Kami juga perlu menjaga hati yang lain-lain dan sememangnya nak travel sama-sama untuk menambahkan lagi keriangan di pulau tioman kemudiannya. Manalah tahu, ada rezeki akan datang, kita dapat travel bersama-sama dan mencipta kenangan indah at the FUTURE! :-)
Ok, continue to part 2-> SUN BEACH RESORT, KAMI DATANG PART 2.


Share:
Pulau Tioman 2013 Part 2: Sun Beach Resort, kami datang!

Ok, kita berjumpa lagi di laman blog kami Cubit Sana Cubit Sini, Ouch! ;) Untuk entri kali ini adalah sambungan dari entri yang lepas iaitu Pulau Tioman 2013 Part 1: Sun Beach Resort, kami datang! Setelah saya dan isteri berbincang bagai kembang di hujung taman, maka kami masih belum lagi mengambil keputusan nak menginap di resort mana satu pula tahun ini. Maka, untuk tidak memeningkan kepala lebih berserabut, saya dan isteri pulang ke kampung saya seperti biasa untuk menjalankan tugas sebagai anak dan juga anak menantu yang cemerlang terbilang gitu! ;)

Sebenarnya dalam plan kami memang nak ajak mak pergi berjalan-jalan luar dari Pontian, atau lebih tepat sekali ke Mersing. :) (ada agenda lain rupanya) hehehe... Untuk lebih memuaskan hati kami, kami pergi sendiri ke kaunter resort tersebut di Mersing bagi melihat dengan mata kepala kami sendiri apa pilihan yang kami ada untuk tahun ini. Sambil-sambil tu dah tentulah agenda beli keropok mersing tidak dilupakan. Maklumlah, bila dah bawa mak, mesti akan singgah ke gerai menjual keropok yang begitu banyak di sekitar jalan berhampiran pantai.

 Sampai jer di tourism centre ni dalam kepala dah ada pilihan peribadi sebenarnya. Sang isteri masih tak tahu lagi tu. :p

 Inilah kaunter resort yang pertama kami nampak dan inilah juga pilihan yang saya rahsiakan dari isteri sebenarnya. :p

 Apa lagi, saya pun terus bukakan pintu untuk sang isteri dan mengajaknya dengan manja untuk mendengar sebutir dua patah kata dari salesgirl yang bertugas. Hehehe...()

Walaupun kali pertama kami pergi ke Pulau Tioman pada tahun 2012 yang lalu, kami tidak pula pergi ke kaunter seperti mana tahun 2013 ini. Kalau ke Panuba Inn tahun lepas isteri saya yang mengGoogle pilihan resort untuk kami berdua, dan menguruskan segala hal yang berkaitan termasuk sepasang pasangan yang baru aje bergelar suami-isteri, kali ini saya pula yang menguruskan hal-hal berkaitan dengan pemilihan resort sehinggalah terpacaknya kami berdua di hadapan kaunter resort ini sebelum nak bertolak! ;) Anehkan? Orang perempuan ni memang cepat terpikat dengan info-info yang didapatinya dari Google dan yang menariknya ialah, pilihannya itu boleh dikatakan pilihan yang terbaik! Bolehlah saya katakan di sini, sang isteri telah membuat pilihan tepat pada tahun 2012 yang lalu dengan memilih Panuba Inn Resort sebagai tempat penginapan! Aha...kan tak kena cubit, takdelah Ouchhkan? hehehe.. ;) Seriously..4 kali snorkeling trip dengan Panuba Inn Resort, amat mengujakan kami! Padahal dalam paper cuma catat 3 kali snorkeling trip! Pakcik yang kemudi bot tu memang kelaslah! (agaknya banyak lagi tak minyak bot tu tak luak sebab tu boleh 4 kali snorkeling) hehehe..KELASSS!! Opss..mungkin dalam kondisi tertentu dapat 4 trip snorkeling macam kami, kalau dalam keadaan lain, haa..tak tahulah pulakan! ;)

Ok, berbalik kepada topik sebenar. Sepertimana saya ceritakan tadi, sebenarnya saya memang dah plan dari awal sejak diberitahu dari pihak Paya Beach Resort deposit hanya 100%, maka saya telah beralih arah untuk memilih Sun Beach Resort sebagai penginapan buat kami berdua. Maka setelah kami sampai ke kaunter SBR, diberi pelbagai cerita-ceriti pengembaraan menarik bermula selama 3 hari 2 malam beserta aktiviti sewaktu di resort itu nanti, tamat aje info yang diberi oleh salesgirl tersebut saya terus mengambil dompet dari poket dan menghulurkan sejumlah wang untuk 30% deposit. Sang isteri agak sedikit terkejut dengan gerak-geri yang mencurigakan saya itu. Untuk pengetahuan pengunjung semua, sebelum saya teragak-agak membayar deposit 30% itu, saya dan isteri masih sempat lagi merikki kaunter resort lain yang terdapat di tourism centre berkenaan. Isteri saya terpacak di kaunter Paya Beach Resort yang dah tutup pada tengahari itu. Sempat lagi telefon resort tu walaupun dah memang tahu resort tu dah fully booked! Hehehe..(telefon di kaunter resort itu disambung kepada handphone yang menjaga kaunter itu walaupun tidak ada orang dalam kaunter itu) 

Seperti dijangka, memang dah fully booked resort tu. :p

Kemudian, dengan pandangan sang isteri yang agak sedikit terkejut sewaktu saya menghulurkan deposit kepada salesgirl SBR tersebut, dia seolah-olah mengerti bahawa itulah pilihan resort oleh si suami. Itulah tempat penginapan buat kami berdua di Pulau Tioman untuk tahun 2013 ini. ;-) Apa yang kami berdua harapkan ialah, semoga percutian kali ini akan lebih bermakna dan jaya dengan gemilangnya. Amin.. :-) 

Teruskan membaca Pulau Tioman 2013 Part 3: Sun Beach Resort, kami datang! untuk mengetahui cerita-cerita menarik sepanjang kami menginap di SBR! Atau patah balik Part 1


Share:

Friday, June 14, 2013

Salam..bertemu kembali dalam siri pengembaraan bermula Pulau Tioman 2013 Part 3: Sun Beach Resort, kami datang! ;) Yeaayy..huhu, ada jugak yang kena cubit ni kang pasal acting macam kanak-kanak ribena. Ouch!! :p

Ok, untuk siri tiga bagi entri kali ini, saya akan membawa anda ke Sun Beach Resort dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang kami di sana. Pakej 3D2N yang sememangnya standard adalah pilihan kami bagi melengkapkan misi percutian kali ini.

Waktu malam sebelum bertolak, seperti biasa isteri saya menjalankan tugas sebagai seorang isteri yang solehah dengan melipat-lipat pakaian, membungkus peralatan diri dan mengunci jam untuk bangun lebih awal agar tidak terlajak pula tidurnya. 0_0 Maklumlah..kami bergerak dari Senai, Johor dan mengambil masa pula memandu untuk sampai ke Mersing.

Jadi, keesokan paginya lebih kurang pukul 6.50am kami pun bergerak dari rumah dan hentian pertama kami (selang beberapa puluh meter dari rumah) adalah stesen minyak Shell bagi mencurah petrol dan ke mesin ATM untuk mencukupkan bajet sewaktu di Pulau Tioman. Oh yaa..sebelum terlupa, seperti mana tahun 2012 yang lalu, tahun 2013 ini juga saya menaiki kenderaan isteri oleh kerana penjimatan minyak petrol yang agak ketara berbanding menaiki kenderaan saya. Hihihi.. ;) Ini adalah atas persetujuan bersama ye Tuan2 dan Puan2, dan dialah juga yang mendrive kami ke Mersing. ;) (balik ke johor saya pula yang drive) Kemudian perjalanan kami diteruskan dengan melalui jalan Kulai - Kota Tinggi. Walaupun lebuhraya E22 Senai Desaru lebih dekat dengan rumah kami, tetapi dirasakan agak jauh pula perjalanan yang terpaksa kami tempuhi. Ini oleh kerana apabila telah sampai di lampu trafik pada penghujung lebuhraya berkenaan, anda terpaksa membelok ke kiri untuk keluar semula ke simpang utama Kota Tinggi. Dan ini sudah tentu memakan masa yang agak lama! Maka untuk mengelak dari pembaziran masa kami lalu juga jalan lama Kulai-Kota Tinggi.

Selang beberapa KM dalam perjalanan dari Kulai-Kota Tinggi itu pula, tiba-tiba tanpa apa-apa amaran, hujan renyai turun membasahi bumi. Kami suami isteri saling berpandangan dan terdetik tika itu juga seraya saya berkata kepada isteri, "kalau kat sini dah renyai, macam manalah pula cuaca kat Mersing dan Tioman nanti agaknya ye?" Sang isteri cuba untuk tidak memikirkan cuaca yang tidak elok apabila sampai ke destinasi nanti. Untuk pengetahuan para pengunjung sekalian, sebelum beberapa hari kami bertolak ke Pulau Tioman, saya dah rikki dulu laman web Meteorological Department di laman web berikut: http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=704&Itemid=905

Tu dia..hujan renyai mencurah bumi lalu menitis atas kereta comel yang sedang dipandu oleh isteri tercinta. Waktu ni jam menunjukkan pukul 7:18am Teruskan drive wahai sayang!Yes you can do it! :p hihihi...

Aha..masih lagi jalan Kulai-Kota Tinggi. Cuaca pun agak cantik time ni iaitu pukul 7:40am.

Ianya hanya ramalan sahaja, ketepatannya belum tentu lagi. Itulah yang berlaku kepada kami, tapi kena teruskan membaca kalau nak tahu relation antara ramalan cuaca di laman web dengan cuaca sebenar di Tioman! ;) Jadi kami teruskan perjalanan seperti biasa dengan keadaan yang kadang-kadang hujan renyai di beberapa kawasan tertentu. Isteri saya terpaksa memandu dengan lebih berhati-hati dari seperti biasa, maklumlah jalan ke Mersing tu kebiasaanya akan terjumpa beberapa buah lori yang besar-besar dan keadaan cuaca menyukarkan untuk memotong kenderaan tersebut. hehe..

Sewaktu dalam perjalanan sekitar 1 jam 15 minit berlalu, smartphone si isteri berdering dan paparan di skrin menunjukkan Sun Beach Resort, hurmm...kenapa pulaklah nak call waktu begini? Adakah nak beritahu cuaca tak berapa elok dan terpaksa dibatalkan perjalanan kami ke Tioman? Atau adakah kami telah terlepas feri? Tak mungkin..jam menunjukkan kira-kira hampir pukul 9.00am sedangkan feri hanya akan bertolak pukul 10.00am. Dengan hati yang berdebar-debar penuh persoalan, saya pun menjawab panggilan tersebut..

SBR   : Hello, ni Puan Linda ke?
Saya   : Ah..bukan, ni suami dia. Isteri saya tengah drive ni (hihihi..seronok ada org drivekan kita)
             Apa boleh saya bantu ye Cik..(lupalah pulak nama) :p
SBR   : Ohh..saya cuma nak tanya dah sampai mana yer sekarang? Sebab kena datang ke kaunter
             dulu untuk urusan tiket feri.
Saya   : Ermm..kejap lagi saya sampailah. Kalau macam tu Cik ambilkan dulu tiket feri untuk kami
             berdua sebab kita orang memang confirm datang ni, Kejap lagi sampailah.
SBR   : Ok..confirm datang yer. Saya ambilkan tiket dulu untuk Encik Jeffri dan Puan Linda.
Saya   : Ok, Terima kasih, bye..

Saya pun berbicara perkara yang sama dengan isteri mengenai perbualan sebentar tadi. Dalam hati berkata ishh..siap call lagi tanya datang tak datang. Takkan tak datang pulak, dah bayar oooo..Rugi tak datang! Tapi waktu bercuti di Panuba Inn Resort dulu takde pulak call macam ni? Mungkin sekadar peringatan je kot untuk beritahu jangan datang lewat, nanti terlepas feri..hihihi..fikir positif.

Maka setelah memandu dengan cermat dan semangat yang berkobar-kobar untuk bercuti ke Pulau Tioman, akhirnya kami sampai jua di Mersing. Waahh..keadaan agak sibuk dengan pelancong dalam dan luar negara! Seperti biasa mana-mana pelancong yang nak ke Tioman akan parking kereta mereka di tourist parking, sebelah tourism centre tu. Tapi kali ni kami tak dapat parking di situ oleh kerana Full Parking! Nasib baiklah ada sorang pakcik ni dengan berjaket hujan (masih renyai lagi waktu ni) menaiki motor dan memberitahu kepada kami dan pemandu yang lain supaya follow dia ke parking berdekatan. Laaa..dekat jer rupanya dari situ, rupanya parking dekat kawasan rumah orang. Banyaklah jugak kereta yang park dekat situ, memandangkan parking yang satu lagi tu dah penuh. Maka kenalah bayar lebih sikit. Rujuk foto di bawah.

Ok..resip parking kereta tu yang warna kuning. RM 30 yer! Disebabkan parking dekat tourism centre tu dah penuh, maka terpaksalah cari alternatif lain. Asalkan ada orang jaga kereta dengan OK, selamat semuanya. Tiket feri tu warna putih line hijau, Bluewater Express. Yang lain2 tu tiket taman laut dan sticker Sun Beach Resort. ;)

Lepas jer bayar parking, kami bergegas dengan beg pakaian + beg kamera, tergesa-gesa ke kaunter Sun Beach Resort untuk mengambil tiket feri. Yang bestnya, kerani di kaunter tu sempat hulur suratkhabar pada hari tersebut bertarikh 28 April 2013 dan minta kami serahkan kepada salah seorang pekerja di Sun Beach Resort, Tioman! Aittt?..Aha..anggap jelah ini bantuan dengan hati yang terbuka. Apa salahnya bantu-membantu antara satu sama lainkan? Tapi cuba kalau diminta tolong bawakan periuk nasi, microwave, skrin lcd? Mahunya kami terpaksa reconsider. hihihi... 0_0

Setelah selesai urusan di kaunter SBR, maka kami bergegas pula ke jeti Mersing, hanya beberapa tapak kaki langkah saja ke situ. Keadaan di situ telah mula menunjukkan betapa ramainya pelancong asing dan dalam negara yang jakun belum pernah pergi ke Tioman atau return semula macam kami berdua ni? hihihi..masing-masing dengan kerenah sendiri ketika itu. Ada yang dah siap-siap pakai ala-ala baju tepi pantai gitu dengan hat (topi) yang konon-kononnya macam Lady D la pulak. Ish..:p
Tak kurang juga bag packers yang kebiasaannya terdiri dari kalangan warga Eropah. Kadang-kadang mereka ini tinggal beberapa hari di Resort A, kemudian ke Resort B, C dan seterusnya. Begitulah cara mereka travel.

 Pemandangan ni memang biasa di Jeti Mersing. Berpusu-pusu manusia beratur menunggu turn nak masuk perut feri. Nak datang sini biar awal, so dapat cop tempat duduk tepi tingkap.

Ok, sedikit nasihat dari saya bagi anda yang ingin bercuti ke Pulau Tioman dan menaiki feri dari Jeti Mersing ini, datanglah awal bagi mengelakkan ketidakselesaan dari mengalami kejadian seperti gambar di atas tu. Maklumlah, tempat ni public, kalau bawa orang-orang tua tu, biarlah mereka tu dapat tempat duduk dan dapat naik feri tanpa tergesel sana-sini. Utamakan orang lebih tua dari kita yer!

Ok..apa kata kita ikuti episod seterusnya pula. Pulau Tioman 2013 Part 4: Sun Beach Resort, kami datang! 0_0 Atau patah balik Part 2

Share:
Aha..bertemu kita kembali dalam episod keempat dan merupakan entri terakhir bagi hasil nukilan Pulau Tioman 2013 Part 4: Sun Beach Resort, kami datang! :-) Huhu..sedar tak sedar dah masuk episod keempat saya menukilkan mengenai aktiviti kami sebelum dan semasa di Pulau Tioman untuk tahun 2013 ini. Ada orang tanya, "eh, kau dah pergi tioman dulu, kenapa tahun ni kau nak pergi lagi? Kenapa tak pergi pulau lain pulak?" Aha..saya jawab simple aje, dekat Mersing jer, drive pun 2 jam dan naik bot pun lebih kurang 2 jam juga. Berbanding kalau pergi ke tempat lain yang lebih jauh dan memerlukan tenaga untuk driving dalam satu jangka masa yang panjang, elok jelah kami return semula ke Pulau Tioman. Dan tempat snorkeling pula berbeza dari tahun lepas, so adalah juga perbezaankan.. ;) Jom kita tengok foto2 di bawah ini memandangkan visual lebih berkesan berbanding teks yang entah apa2 ni. ;p

 Sun Beach Resort ni terletak di Kampong Genting
yer. Dan kat sini juga terdapat beberapa resort lain
yang berdekatan. Tak percaya tengok map tu.

Aktiviti pertama selepas letak beg dalam bilik ialah MAKAN!
Rasanya, inilah nasi goreng kampong paling sedap di Pulau Tioman!
Macam nak tambah sepinggan lagi, tapi segan pulak dengan Cik Puan
kita yang tengah bz dengan smartphone dia tu. Hihihi...  
(untuk pengetahuan semua kat sini memang senang nak cari gerai makan2.
Macam2 jenis makanan ada kat sini. You just have to point your finger
to the food stall you like!) 

Dengan menggunakan Ultra Wide Lens, segalanya nampak cantik
apabila pemandangan lanskap begini. Jom berenang kat depan ni.
Ada coral tau!


Kan dah cakap tadi. Kat sini memang mudah mencari apa saja yang
kita nak lebih2 lagi keychain, cenderahati dan sewaktu dengannya.
Tunjuk aje apa yang anda suka macam Cik Puan kita ni. Entah apa
yang ditunjuknya tu tak taulah. ;p

Beraneka jenis kaca mata untuk dipilih oleh anda dan menggayakannya
ketika di Kampong Genting ini nanti. Pilih, tunjuk dan bayar. Mudah bukan!

 Aha..tengok tu, nak apa2 cuma tunjuk aje mana yang berkenan.
Eh..gurau jer, taklah begitu sebenarnya. hihi..sebenarnya nak
beritahu kat sini sebenarnya ada kemudahan kedai runcit dan setakat
nak makan snack tu kat sini macam2 ada. T-shirt pun ada kat dalam
kedai ni tau!

 Aha..1st day waktu petang tu lepas snorkeling kat pantai,
si dia mengajak buat aktiviti batik painting. Hmm..ternyata tangannya
lebih berseni dari saya. ;) saya hanya sekadar memetik digital aje.

 Sekejap aje tuan punya kedai ni mengajar macam mana nak mewarna
batik, terus jadi bijak painting batik tu. huhu..

Aha..tengok ni, cantik tak hasil kerja tangan saya. Yang bawah tu
sample aje tau. Yang real punya kat atas tu. ;) cantikkan?

Dah penatlah dengan aktiviti hari pertama untuk hari itu, masuk bilik
berehat pulaklah yer. Penat menapak ke atas ni. Rasa macam dah naik
tak nak turun lagi dah. ;p

BBQ on the 1st night. Ingatkan malam kedua nanti ada BBQ.
Rupanya malam tu juga diraikan dengan BBQ. Cayalah! ;)

Sotong BBQ beb! Perggh..tak pasal2 aras cholestrol/B.P. tinggi lepas
makan seafood ni. Ishh..malam pengampunan untuk aktiviti BBQ itu.

Ramai2 dalam satu bot pergi ke Pulau Renggis dalam misi Snorkeling.
Taklah besar mana Pulau Renggis tu. Boleh keliling berenang kat situ.
Tapi coralnya magnificent!

The 1st stop that day. Lagi sikit tu jer nak sampai Renggis Island.
Bukan sebijik bot aje yang parking kat sini, 3-4 bijik bot yang lain
dalam misi yang sama pada hari itu.

 2nd snorkeling stop. Taman Laut, Pulau Tioman. Kat sini banyak tukun
tiruan jer, tapi ikan kat sini besar2 macam ikan caru. So, prepare dengan
stok roti kay!

Ok..saje jer skip terus kat Tekek ni. Kat sini tempat bershopping
coklat macam di Langkawi tu. Tapi taklah banyak kedai...cuma banyak
pilihan jugak coklat yang ada di situ. Setakat 2 beg plastik tu biasalahkan!


Makan malam untuk 2nd night. Ada sotong, ayam, sayur kacang buncis
goreng, sup fishball, dan buah tembikai sebagai desert. Overall taste, ermm...
macam nak tambah lagi tapi tank sudah penuh! hihi.. ;)

Baiklah, setelah kami melalui aktitivi 3 hari 2 malam di Sun Beach Resort, Kampong Genting, Pulau Tioman, apa yang dapat kami simpulkan secara keseluruhan berada di resort ini adalah seperti berikut:
1. memandangkan Sun Beach Resort ni terletak di kawasan kampong, maka ada banyak fasiliti untuk penduduk dan pelancong di sekitar ini memanfaatkan kemudahan tersebut. e.g. surau, klinik.
2. kat sini ada pelbagai kedai makan, kedai burger dan juga kedai runcit seolah-olah macam arked mara. Rasanya kalau ambil pakej free n easy pun u all boleh survive kat sini kerana berdekatan dengan kedai2 makan di sekeliling kampung.
3. bagi penggemar aktiviti snorkeling dan diving, di pulau tioman ini banyak point2 tertentu untuk anda melakukan aktiviti diving. Bergantung pada keadaan cuaca. Coralnya masih hidup dan cantik. Di Tulai Island pula dah mati coralnya cerita orang2 di sana. Patutlah waktu kami ke Panuba Inn Resort dulu, snorkeling kat Tulai Island, bersih betul pantai tu tak nampak coral. huhu..
4. kita orang pilih deluxe room, kena panjat tangga untuk sampai ke bilik. ;) Exercise..(boleh dengar apa yang penghuni bilik sebelah bualkan) kalau nak bilik depan pantai boleh, tapi lebih sikitlah kosnya..
5. sebelum waktu dinner akan ada seorang pekerja di resort ini ketuk bilik ke bilik bagi tahu penghuni bilik dinner dah siap dan boleh turun ke dewan makan. cewahh..dewan makan! hihihi.. 

Sekiranya anda boleh tahan jika feri waktu balik nanti agak penuh tetapi masih ada ruang kosong walaupun tak dapat seat sebelah tingkap, maka anda jenis yang tak berapa kisah sangat tentang hal sedemikian. Ini oleh kerana, Kampung Genting merupakan stop yang terakhir untuk feri tersebut mengambil para penumpang! Ini bermakna ada ramai lagi penumpang yang telah berada dalam perot feri tersebut dari Salang, Panuba, ABC, Tekek, Kampong Paya, the last stop barulah Kampong Genting...weee!! hihihi...

Oklah, rasanya dah panjang lebar saya berceloteh untuk entri terakhir Pulau Tioman 2013 ini. So, for all of you guys out there yang nak bercuti, surveylah dulu betul2 tempat yang anda ingin bercuti itu. Jadikan percutian itu sebagai suatu kenangan yang indah yang boleh diingati sampailah boleh cerita ke anak cucu esok. Biar kita merasai sendiri bahawa bercuti dengan alam semulajadi ini adalah lebih baik dari bercuti dengan facebook, twitter, PS3, Xbox, entah apa2 lagi sosial media dan juga peralatan elektronik berbentuk game tu! Hayatilah percutian di dalam negara sendiri kerana jika bukan anda siapa lagi? ;-)

Wassalam...

Jeffri Rahman
Pecinta alam yang dijadikan Allah S.W.T. 

Share: