Thursday, August 8, 2019

JONG RACING, JONG Melayu, JONG kapal, JONG layar. Ini cerita pasal short film JONG okay? 

Assalamualaikum, Salam sejahtera buat semua pengunjung blog yang disayangi sekalian. Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam entri terbaru pada tahun 2019 ini dengan satu lagi cerita berkaitan geran pembangunan filem pendek oleh JBFILMGRANT.

Pada penghujung tahun 2018 penulis mengambil peluang sekali lagi untuk mencuba nasib mendapatkan geran pembangunan short film Think City Johor Bahru. Manakala pada tahun sebelumnya iaitu 2017 penulis pernah mencuba untuk mendapatkannya namun gagal pada peringkat pitching oleh Pengarah filem terkenal Malaysia iaitu Dain Said. Macam manalah tak dapat, sebab jumpa orang filem jer terus jadi keras kematu!   Dari body-language beliau lagi penulis sudah faham mungkin tidak menyukai idea ini kerana membosankan dan tidak mencapai apa yang dimahukan beliau. Walaupun begitu penulis masih tidak berputus asa dan masih meneruskan kemahuan ini sampailah berjaya juga akhirnya.

Happy Ooo bila dapat tahu berita sukses ini!  

Walaupun begitu penulis harus tumpukan pula production crew yang bakal terlibat dengan projek ini lalu dalam fikiran ini memikirkan bahawa eloklah dipanggil kembali rakan-rakan produksi dari projek yang lepas. Sebab kami pernah bekerjasama di tempat kerja walau berlainan jabatan tetapi punyai nilai dan visi yang sama untuk membangunkan karier masing-masing dengan lebih baik di masa hadapan. In Sha Allah.

Mulanya idea penulis yang awal ialah idea A tetapi setelah training dan ideation workshop dari MMU maka kami mengubah haluan ke idea B lalu muncullah JONG pada peringkat awal. Kemudian setelah melalui beberapa fasa penulisan yang difikirkan sesuai untuk plot JONG, maka kita bersetuju untuk menggunakan 2 watak sahaja dalam short filem ini iaitu anak dan bapa. Setelah pre-production difikirkan mantap dengan logline, 3 act 1 liner, character development, perbelanjaan dsb, tibalah masanya untuk picthing lagi sekali secara rasminya. Yang menariknya ialah kita tak perlu ke lokasi samada di Thinkcity atau MMU untuk berbuat demikian. Mereka mahu pitching secara offline dan upload ke dalam cloud mereka. Yang ini penulis suka kerana menjimatkan masa dan tenaga. Jadi apa yang perlu kami lakukan ialah pacak kamera, tripod, external mic dan tekan butang rekod berserta sedikit imej + grafik sampingan berkaitan outline plot kami. Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan.


 Bolehlah gaya seolah2 pembaca berita tv slot padeiyapa!  

Kami memulakan production shooting pada bulan Februari 2019 selama 2 hari 1 malam di Kampung Linting, Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor. Tetapi sebelum itu kami telah mendapatkan dahulu person in charge di sana supaya mudah berurusan. Makan minum, tempat tinggal, transport, segalanya telah diuruskan dengan baik. Terima kasih buat warga Kampung Linting, Tanjung Surat. Kami rasakan hospitaliti yang kami terima seolah-olah berada di rumah sendiri. Makannya sedap-sedap belaka! Ada belangkas, udang, ikan, jemput-jemput. Paling kaw ialah kopi, pehh!! Ini sampai bila-bila kami takkan lupa! Kaw2 manis! Hehe..ini maciammm..  

This is the poster design by our crew. Simple, nice, clean.

Yang ini pula poster yang penulis edit selepas masuk pertandingan. 
Namun kedua-duanya ada kelebihan sendiri.

Baik, penulis cuba lagi cari masa free untuk update Part 2 pula selepas ini yer. Wassalam.

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger

Share:

0 comments:

Post a Comment