Sunday, July 15, 2018



Untuk pelanggan sedia ada Unifi dan Streamyx, mereka boleh semak speed upgrade di laman web rasmi TM bermula pada 18 Julai 2018. Kedua-dua produk TM ini mendapat anjakan besar dari kerajaan Pakatan Harapan sekarang di bawah program Broadband Improvement Plan (BIP) oleh Telekom Malaysia. Walaubagaimanapun para pelanggan harus memberikan persetujuan kepada TM terlebih dahulu sebelum boleh menaiktaraf speed internet di premis masing-masing. Bagaimana caranya? Anda boleh semak laman web TM bermula pada tarikh yang diberikan tadi ya. Kalau tahun lepas (2017) ada yang terima SMS, emel, panggilan telefon dari TM bagi melaksanakan BIP tanpa ada sebarang caj tambahan.

Apa-apa pun keadaan sekarang, sama-sama kita tunggu tarikh 18 Julai 2018 untuk mendapatkan kepastian yang lebih jitu mengenainya. #siapa_taknak_internet_laju_tanpa_perlu_tambah_kos#

Bagi penulis, ini satu langkah besar yang dilakukan oleh TM melalui pentadbiran baru kerajaan Pakatan Harapan di bawah janji mereka dalam Buku Harapan yang boleh dimuat turun di google. Kementerian yang bertanggungjawab melaui Menterinya telah membuka akses meluas kepada anak muda Malaysia dengan janjinya untuk menurunkan kos internet jalur lebar ke paras separuh daripada sekarang dan pada masa yang sama mempertingatkan kelajuan dua kali ganda.


Dan dalam erti kata lain apabila kelajuan internet telah bertambah laju tanpa sebarang kos tambahan, cubalah manfaatkan apa yang telah kerajaan dan TM (dan juga telco lain) berikan ini untuk buat sesuatu yang berfaedah seperti menambahkan lagi jumlah pendapatan isi rumah sebagai contoh. Bukannya membuang masa dengan media sosial tanpa ada sebarang inisiatif untuk memajukan diri. Ayuh kita sama-sama menyahut cabaran ini bagi menambahbaik kualiti kehidupan kita dengan mencari peluang perniagaan dengan skills yang telah ada pada diri kita. Yang penting halal ya kawan-kawan.

Wassalam.

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
Share:

0 comments:

Post a Comment