Sunday, July 1, 2018

Sampai masa smartphone kena repair juga!

Assalamualaikum..Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari penulis dan keluarga selaku tuan tanah blog ini. Kepada semua pengunjung blog, rakan-rakan sepejabat, sahabat handai, saudara-mara dan semua yang mengenali diri ini, mudah-mudahan anda semua sihat walafiat di bulan Syawal yang begitu meriah di sana-sini. 

Baik kali ini penulis nak kongsikan sikitlah cerita berkenaan smartphone kita yang dibeli pada tahun 2013 dahulu iaitu Samsung Galaxy Mega yang sehingga kini masih berkhidmat walau SoC dah ditelan zaman. Anda boleh rujuk artikel tersebut di sini: Hari Raya 2013 dengan Samsung Galaxy Mega. Jadi setelah bertahun menggunakannya, smartphone ini bertukar tangan ke Puan Isteri dan menjaganya dengan baik dan masih berfungsi seperti biasa. Sehinggalah pada suatu hari itu penyakit yang dihadapinya semakin parah dan perlukan rawatan segera. Manakan tidak, setiap kali cas ambil masa yang lama untuk dapat 100 peratus cas lengkap. Lepas tu bila gunakannya pula bateri cepat betul weak. Dan bila kita cas galaxy mega ni kedudukannya tak boleh dalam keadaan baring, mesti kena tegakkan supaya wayar charging tu betul-betul melekat pada charging port. Sahlah memang ada masalah teknikal yang perlu ditangani. 

Setelah membuat tinjauan secara rambang di enjin carian google dan juga youtube berkenaan masalah tersebut, penulis buat conclusion bahawa charging port galaxy mega ini dah rosak dan perlu diganti baru. Dan setelah riki-riki di laman web Lazada, nasib baiklah jumpa spare part yang nak dibeli tu. Murah pula harganya. Alhamdulillah. Lazada, you save the day again.   

Haa..amekkau ships from overseas tau! naik katobang ke nai kapal spare part ni jah oii. Hahaha... penulis selalu fikirkan kalau nak beli spare part kecik-kecik macam ni confirm tidak ada jual di Lazada, hanyalah di AliExpress ataupun Amazon.com sahaja. Entah macam mana tiba-tiba aje taip pada ruang search di Lazada dan boleh pula jumpa pula barang yang nak dicari tu. Mudahlah urusan nampaknya! Heh!  

Maka penulis pun membuat transaksi ini dan beli dua jenis barang. Yang pertama ialah galaxy mega charging port dan yang kedua ialah Asus Zenfone 2 sim card slot. Huishh..adalah lebih kurang seminggu untuk barang tu sampai depan pintu. Ingatkan lama sangatlah.  . Penulis berpuas hati dengan perkhidmatan dari Sunsky. Terbaik!


Bungkusan tersebut sampai dalam keadaan baik dan kecik molek jer untuk saiz charging port tu. Sesuailahkan. Haa..nampak tu siap ada lazada invoice sekali. Puas hati den nak oii. Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa screen shot harga grafik di atas lebih murah dari invoice tu? Sebabnya ialah penulis screen shot harga yang latest dari laman web Lazada. Bukannya screen shot harga sebenar. Sebab malas betul nak login kat Lazada. Hehehe...maknanya setelah penulis buat pembelian tersebut, harganya turun sikit lagi sekali. Tapi apa yang penting ialah memang kena repair galaxy mega ni, kalau tak, makin cepatlah jangka hayatnya nak berlabuh. Huh!


Simple sangat bungkusannya. Hanya dibungkus dengan plastik letup-letup dan plastik cover untuk barang tersebut. Ingatkan ada kotak ke. Hurm..tapi itulah dia barang yang kita dapat pada harga yang murah begitu. Kualiti pembungkusannya biasa-biasa sahaja tapi selamat sampai dan dalam keadaan baik. Jadi, itulah dia charging port yang penulis maksudkan. Benda ni yang bermasalah pada galaxy mega. Ala..tempat yang korang cucuk charger pada smartphone korang tu ha? Beginilah bentuk dia pada Samsung Galaxy Mega. Dan yang paling penulis sukakan ialah cara pemasangannya yang mudah dan lancar berbanding Asus Zenfone 2 penulis. Huh! Samsung juga yang senang buka dan pasang!

Maka sesi menggodeh pun dimulakan dengan berhati-hati dan dilakukan dengan kasih sayang. Penulis dah buat dengan cukup baik pun masih juga berlaku sedikit kerosakan. Iaitu button power sebelah kanan dah tercabut. Nak bagi tips sikitlah, sebelum korang buka dan leraikan housing smartphone korang, pastikan kedudukan posisi setiap button di smartphone korang dalam keadaan baik. Dan waktu cabut housing tu pastikan juga tidak mencabutkan mana-mana button sedia ada. Tak pasal-pasal kena beli housing baru nanti di bahagian depan dan belakang. Tools yang penulis gunakan untuk umpil dan cabut housing ini berharga RM 2.12 di kedai Eco. Murah jer pun, elok korang beli satu untuk standby kay! 

Baik, langkah pertama ialah buka housing belakang terlebih dahulu. Kemudian tanggalkan skru kecil pada kawasan permukaan belakang smartphone tersebut. Gunakan screwdriver saiz kecil seperti mana screwdriver untuk tanggalkan skru pada spek mata. Yang ini senang sikit. Tapi pastikan korang sediakan bekas untuk isi kesemua skru ini bagi memudahkan proses buat kerja. Biarlah sistematik kay!
 


Kemudian bermulalah sesi umpil-mengumpil housing belakang dengan menggunakan tools yang betul. Korang tengok foto yang kat atas tu, penulis selitkan plastik bentuk macam pick guitar pada kedua-dua housing tersebut bagi memudahkan kerja-kerja mengumpil. Yang ini korang kena lakukan dengan berhati-hati supaya tidak mematahkan housing tersebut. Silap haribulan button smartphone tu korang jahanamkan nanti! Huhu..hati2 kay!

Baik, dah settle cabut skru dan umpil housing belakang, tibalah pula masa untuk mengeluarkan charging port yang melekat pada board ini untuk digantikan dengan yang baru. Tetapi sebelum kita boleh melakukan proses tersebut, pastikan kita tanggalkan wire cable warna putih seperti foto di atas ini. Kemudian umpil dua kabel ribbon bagi menanggalkannya dari board. Senang jer ni, boleh gunakan tools yang terdapat pada smartphone kit yang berharga RM 2.12 itu tadi. Atau nama lainnya ialah spudger. Barulah korang boleh keluarkan charging port yang lama tu seperti foto di atas. Dan foto di bawah ini pula ialah charging port yang baru. Masih lagi ada plastik biru yang melekat pada port tersebut. Tanggalkan plastik itu. Kemudian masukkan perlahan-lahan charging port yang baru ni ke dalam tempatnya dan jika dah OK, pasangkan pula wire cable warna putih tadi pada kedudukan asalnya. Ada orang yang dapat buat dengan cepat dan ada sebaliknya, sangat bergantung pada kemahiran korang menggunakan tools yang sedia ada. Pastikan wire cable dalam kedudukan yang baik dan tidak tertanggal. Picitkan baik-baik bahagian kepala cable tu untuk plug in kepada board supaya betul-betul melekat. Kemudian pasangkan kembali 2 kabel ribbon yang dbuka tadi pada kedudukan asalnya. Mudah bukan? Jangan lupa untuk pasang kembali housing di bahagian belakang. Pastikan sewaktu memasang housing tu picit-picitkanlah housing tu supaya betul-betul melekat dan ketat pada permukaannya. Barulah kita pasang semula skru pada kedudukannya. Senang jer kan tak susah pun. Gerenti boleh bikin punyalah! Masukkan sim kad dan memori kad pada slotnya dan cuba hidupkan galaxy mega anda. Nak tahu ok atau tak kena cas dulu. Kalau charging dah semakin cepat berbanding sebelum ini maknanya dah OK lah tu. Dan penulis pun ada perasan juga, satu lagi perkara yang menyumbang kepada masalah charging ini ialah datangnya daripada charger itu sendiri. Maknanya eloklah ganti kabel micro usb charging yang baru. Yang lama tu dah nak lunyai dah pun. Kan?


Alhamdulillah. Galaxy Mega penulis masih lagi menyambung khidmat bakti beliau dengan baik. Mudah-mudahan dapat bertahan sehingga penulis ada rezeki lebih untuk beli yang lain pula selepas ini. In Sha Allah. Yang mana korang rasa boleh buat sendiri, buatlah. Kalau hantar repair di kedai upahnya agak mahal. Jadi di sini penulis ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk memohon maaf jika ada tersilap kata dan bahasa, menyinggung perasaan anda semua, penulis mohon maaf banyak-banyak dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Minal Aidil Wal Fa Izin.

Wassalam...

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger

Share:

0 comments:

Post a Comment