Thursday, July 23, 2015

Salam Aidilfitri 1436 H, Maaf Zahir Batin. 
Balik kampung hari raya malas nak masak!

Terlebih dahulu penulis mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua umat Islam di negara ini. Hari Raya datang lagi! Tapi ada cerita tak best sebalik itu...mari teruskan membaca.

Susulan daripada posting Chef terkenal di negara kita berkenaan sikap segelintir individu yang pemalas di hari raya, kali ini penulis ingin berkongsi idea dan pendapat akan hal yang tersebut. Mari kita akui terlebih dahulu yang sebenarnya kita tak boleh lari daripada masalah ini. Setiap kali musim raya tiba aje mesti ada yang lambat bangun tidur, malas nak masak, malas nak mengemas, malas nak cuci pinggan dsb. Yang mereka tahu cuma nak tumpang tidur, makan, berak kencing, salin baju, last2 yang sakit hati diri sendiri juga sebagai tuan ramah. Padahal yang datang tu anak-beranak sendiri, cucu-cucu, pakcik-makcik yang sibuk membawa mulut ke sana kemari tapi sendiri pun tak buat kerja!


sumber daripada rotikaya.com

Pengenalan
Aku rasa memang ada sebahagian daripada orang melayu kita yang merungut akan setiap kali balik kampung untuk berhari raya sakan, akhirnya beraya dengan senduk dan periuk di dapur. Padahal dah plan macam2 dengan famili nak beraya rumah pakcik-makcik, sedara dekat dan jauh, rakan2 persekolahan suatu ketika dahulu. Pendek cerita..dah ada agenda tersendiri. Tapi dalam masa yang sama mesti korang pernah terfikir jugakan siapalah yang patut masak lauk-pauk tahun ni? Siapalah yang patut masak untuk tetamu2 yang datang menumpang tidur di kampong? Siapalah yang patut cuci pinggan selepas makan 3-4 kali sehari? Siapalah yang patut sapu sampah atau mesin rumput yang dah naik tinggi sampai paras pinggang tu? Kenapa malas nak kemas tempat tidor? Siapa? Siapa sebenarnya punya angkara semua ini?? Cewah..dah macam dialog drama swasta pulak aku ni..Ha ha ha!!

Apabila ramai datang bertandang
Apa yang menarik tentang kaum melayu ini adalah, sifat bekerjasama dalam menjayakan sesuatu perkara. Baik dari segi masak-memasak untuk kenduri-kendara,  kendarat, rewang, tolong-menolong cuci pinggan, gotong-royong di surau/masjid, semuanya boleh dikatakan bekerjasama antara satu sama lain. Setiap orang tahu akan tugas masing-masing apabila adanya situasi yang aku sebutkan tadi. Malah..ada ibu bapa yang dah latih anak-anak mereka dari kecil lagi untuk turut menghulurkan bantuan terhadap saudara-mara mereka yang dewasa. Bukan apa, bila anak-anak kecil tersebut dah besar panjang nanti, giliran yang ditolong itu pula menjalankan tugas menolong. Inilah keunikan sikap yang ada pada kaum melayu yang mungkin jarang dapat dilihat pada kaum2 yang lain di Malaysia ini.

Tetapi apabila musim perayaan aidilfitri tiba, ramai di kalangan warga kota akan pulang ke kampong halaman dengan harapan untuk menyambut aidilfitri bersama-sama keluarga tercinta, sanak-saudara, sahabat handai. Kalau tak balik ke kampong seolah-olah tidak berayalah tahun itu. Tak beraya maka tak makanlah ketupat lemang, burasak, lepat lui dsb. Meleleh jap air liur bila aku taip lepat lui...(penulis adalah dari keturunan bugis) hidup bugis! thehehe!! Jadi oleh kerana kampong halaman adalah destinasi paling sesuai untuk berhari raya dan nak main mercun, maka ibu bapa di kampung akan menerima kepulangan anak-beranak, cucu-cucu yang agak ramai bilangannya itu dengan berdondon-dondon membawa beg besar berisi pakaian sejumlah paling kurang 2-3 hari menginap di situ. Dan apabila mereka bertandang di rumah ibu-bapa mereka bersama anak-anak yang ramai juga bilangannya, mana nak cari tempat tido nak oii? Bilik di rumah kampong tu taklah banyak mana, paling kurang pun 3 bilik. Kalau yang datang tu berjumlah 20 orang dengan 20 sikap yang berbeza-beza, mana nak tido nak oii? Itu cuma satu persoalan jer..tapi apabila dah ramai begini, kebiasaannya semua ahli keluarga akan tido gaya bebas di ruang tamu, ruang tengah, tepi bilik, atas kerusi, atas sofa, macam2 gaya tido ada serta ada yang jadikan bilik tempat untuk simpan barang2 berharga dan salin baju. (kalau aku nampak hang tido bilik siap hang!) tak semestinya betul..sekadar gurauan kosong.


Gambar sekadar hiasan. Sumber daripada kpopbeloved.wordpress

Selalunya apabila situasi yang aku sebutkan tadi terjadi di musim perayaan begini, maka kita haruslah amalkan sikap bertolak-ansur dan tidak mementingkan diri sendiri. Kerana kalau kita bawa sikap 'orang bandar ke kampung', susah la kau orang nak bertoleransi antara satu sama lain nanti. Ada pula kes di mana siapa yang sampai ke kampung dulu, dia dah cop bilik tu. Siapa yang sampai last dan dah takde bilik kosong, tidolah mana2 ruang yang ada dalam rumah itu. Ish..ish..ish..nauzubillah. Itulah yang aku maksudkan yer kengkawan. Cubalah kita tolak sikap tamak haloba kita tu kat kampong at least untuk 2-3 hari tu kita bermuhasabah..belajar mengenal erti kehidupan, belajar macam mana nak bergaul dengan masyarakat terutamanya bergaul dengan sepupu-sepapat jauh dekat. Tak gitu?? Cubalah elakkan berbangga diri. Kita ni semua sama sahaja.

Mestilah nak makan juadah raya
Hari raya tidak lengkap tanpa juadah seperti ketupat, lemang, rendang ayam dan daging, kuah kacang, sayur masak lodeh dsb. At least hari raya pertama memang ada juadah ini. Kerana kebiasaannya apabila anak-beranak serta cucu-cucu telah usai solat sunat aidilfitri di surau/masjid, rata-rata semua pulang semula ke rumah ibu bapa (tak kira sebelah mertua atau keluarga sendiri) masing-masing nak makan juadah raya! Kadang2 ada juga yang mengamalkan bersalam-salaman dengan ahli keluarga memohon ampun dan maaf terlebih dahulu sebelum mula makan. Waktu inilah kita akan menyalam tangan ibu bapa kita dengan penuh perasaan kasih sayang. Kita cium pipi ibu bapa kita tanda kita sayang pada mereka, bagi duit raya walaupun mereka tak meminta. Inilah kesyahduan aidilfitri yang sukar dicara pada bulan2 yang lain selain ramadhan dan syawal. Sama-sama kita menghulurkan tangan bersalaman dan bermaafan. Tapikan..siapa yang masak lauk-pauk raya tu? korang ke atau ibu bapa korang? penat lelah diorang kau tau tak? atau kau tau makan lepas tu buat kek kat jamban jer? dah tu flush bau ughhhh!!

Kalau dari korang kecil lagi sampai dah besar panjang kau tengok ibu sibuk memasak di dapur untuk menyiapkan juadah raya, takde ke satu saat dalam hidup kau terfikir atau terdetik di waktu itu, 'oh, ibu tengah masak lauk-pauk untuk raya, abah tengah rebus ketupat, ok jugakkan aku tolong ringankan tugas diorang'. Kalau ada aku tabik spring kat hang. Itupun kalau ada dan terus membantu bukan sekadar terfikir saje!

Gambar sekadar hiasan. Sumber daripada mamawandiha.fotopages

Selalunya anak-anak akan sampai ke kampong halaman sehari sebelum hari raya. Apalah salahnya bantu ibu tolong memasak di dapur. Jangan biarkan ibu memasak sorang2. Sakit pening dia kita tak tentu tahu. Kadang-kadang berahsia dengan anak-anak tak mahu anak tahu yang sebenarnya diri sendiri tak sihat/sakit. Anak-anak yang lain pun sepatutnya membantu. Anak menantu pun sama juga, jangan duduk senang-lenang tengok tv kat ruang tamu dengan alasan 'terpaksa jaga anaklah bang..budak ni tak nak dengan orang lain, dengan saya jer'. Aha..itu skrip paling biasa kita dengar even kat rumah sendiri pun kan? Sama-sama kita memasak di dapur ringankan tugas ibu yang saban tahun memasak seorang diri!
Tapikan..kalau yang bertandang dalam rumah tu bukan sahaja terdiri dari anak-anak sendiri, malah adik-beradik ibu/bapa bersama anak-anak mereka turut sama memeriahkan suasana hari raya, apa nak buat yer? Dah la ramai..takkan kita aje yang masak dengan ibu sementara pakcik/makcik yang lain hanya datang, tumpang letak beg, tumpang makan, tumpang tido, berak kencing..tapi tak nak bantu sama2 memasak kat dapur ke?..apa kau nak buat dengan orang2 macam ni? Nak biarkan tanpa makanan sebab tak nak join masak? Ishh..hati orang melayu tak sekeras macam tu..mungkin hanya terlintas dalam fikiran tapi tak berani nak bersuara..yelahkan nak jaga hati masing2.

Seperti yang aku sebutkan di perenggan atas tadi, kaum melayu ni mempunyai sikap bekerjasama yang baik dalam urusan kenduri-kendara. Semua turut membantu. Apalah salahnya kita mengambil semangat kenduri-kendara, rewang, kendarat dalam urusan memasak juadah hari raya. Bukan ke kalau lagi ramai yang turut membantu lagi mudah sesuatu urusan dapat dilaksanakan? Ada yang potong bawang besar, bawang putih, halia, serai, kunyit, tukang masak, tukang buat air panas, angkat ketupat sangkut kat atas kayu/para, tukang angkat pinggan, sama2 makan lepas tu cuci pinggan sama2. Bukan ke elok begitu? Kalau nak lagi elok..buat cara kenduri terus..jadi masing2 ada tugas tersendiri, termasuklah pakcik-makcik yang datang ke rumah bertandang dengan anak-anak mereka. Sama-sama membanting tulang adalah lebih baik dari buat kerja sorang2. Last2 siapa yang dapat sakit? Ibu sendiri yang sakit pinggang, lutut, takde selera makan sebab dah penat memasak kat dapur. Ish ish ish..dah besar panjang pun nak kena berleter jugak!

Dan mestilah nak dapat tempat tidur selesa
Kalau dah penat buat kerja di dapur sudah pasti badan2 akan terasa sengal, sakit sendi sana sini, dan perlukan masa tidur yang secukupnya untuk persediaan hari raya pertama. Tapikan..yang datang bertandang kat rumah tu ramai, masing2 bawak anak kecil dan besar. Bilik pulak tak banyak cuma ada 3-4 buah bilik untuk sesebuah rumah di kampung. Tapi ada ruang yang cukup besar untuk menempatkan seluruh anggota keluarga berehat dan lelapkan mata. Maklumlah..rumah kampong tak sama macam rumah di bandar. Ruang dalamnya besar..ada tanah yang cukup luas di depan rumah untuk menempatkan 6-7 biji kereta, ruang belakang pula cukup luas untuk buat projek masak2 hari raya. Kalau rumah di bandar tu penuh dengan rumah teres aje, yang kaya-raya tu rumahnya saiz besar..banglo katanya, tapi masih tak cukup tanah! NO KOMEN!

Kalau korang dah tahu suasana beraya di kampong dengan sedara-mara yang agak ramai datang bertandang dan berkumpul, takkanlah tak faham2 lagi dengan situasi tersebut. Korang memang kena ada sikap tolak ansur antara satu sama lain. Dahulukan yang lebih tua daripada kamu. Dahulukan mereka yang banyak buat kerja di dapur. Berkemungkinan di kampong tu takde alat penghawa dingin, time tu lah korang kibas2 di muka dengan katalog raya mengadu panas kat tuan rumah..ada kipas atas siling dan kipas berdiri pun masih terasa bahang juga. Kemudian nak tidur atas tilam empuk dengan bantal pelok sedangkan korang sendiri tak buat kerja memanglah nak kena hempok! Haduiii..sakit wooo!!..aha, taulah pulak! Hokey?

Apa yang aku nak sampaikan di sini ialah kita sepatutnya ada sikap bertoleransi, tolak ansur, faham-memahami, hormat-menghormati, tegur-menegur, jangan buruk siku dan sewaktu dengannya. Apabila kita balik kampong beraya kita tak boleh expect perkara yang sama kita lalui di rumah sendiri. Di kampong kita kena ikut cara orang kampong. Tidur berlonggok dengan ahli keluarga masing2, bawalah toto sendiri, tilam yang bukan menyemakkan ruang. Masing2 ada ruang yang mungkin tak cukup selesa tapi dapatlah lelapkan mata..rasa tak selesa memanglah akan berlaku pada malam pertama tidur di kampong..lebih kurang sejam dua tak selesa, lepas tu bila korang dah tidur, tak perasan semua tu!

Walaupun terpaksa tidur beramai-ramai di ruang tamu..ada juga perkara yang penting harus diingat. Iaitu aurat pasangan kita dengan ipar-duai yang lain. Dan saya juga ada mendengar cerita dari kawan saya, setiap kali dia balik ke kampong berhari raya, dia akan menginap di hotel bajet untuk keselesaan keluarganya dan juga menjaga aurat isterinya. Dia telah meluahkan isi hatinya kepada keluarga mertua dan mereka faham akan hal tersebut. Balik ke hotel untuk tidur pun pada sebelah malamnya selepas penat buat kerja dan berhari raya manakala waktu siang pula berkumpul ramai2 di rumah ibu bapa. Walaupun kita ada mendengar saranan dari seorang perunding kewangan bahawa jangan balik beraya di kampong tahun ini, saya fikir mungkin individu ini tidak begitu peka dengan apa yang dimaksudkan dengan Hari Raya Aidilfitri. Mungkin beliau seorang yang berkemampuan dan bercakap pada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan pada dasarnya. Tetapi agak tidak molek untuk mengeluarkan kenyataan yang sedemikian sedangkan kita sendiri tahu bawaha setiap kali hari raya kita akan pulang ke kampong halaman untuk merapatkan lagi tali persaudaraan di antara kita, bukannya menjauhkan diri.

Heh..saje jer ni aku up signboard ni. no heart feeling naa!! thehehe.. ;)

Rumusannya...
Secara ringkasnya..apa yang boleh aku simpulkan di sini ialah:

bersama-sama hormat menghormati orang yang lebih tua dari kita dan fahami situasi yang berlaku di rumah tersebut. Jangan kita ingat bila takde orang tegur kita sebab tak cuci pinggan sendiri kita boleh sesuka hati buat lagi akan datang..hentikan perangai ini! 


di kampong bukan tempat untuk bermalas-malasan. Kalau guna alasan penat drive dari rumah ke kampong, orang lain pun sama penat drive tapi boleh jer buat kerja. Hentikan perangai ini!


masak sorang2 makan beramai2, cuci pinggan takde siapa nak buat! Sekali lagi aku tekankan ini bukannya rumah sendiri tapi rumah kampong ibu bapa mertua korang, come on..masa nilah kena rajin lebih daripada biasa!

 
rajin-rajinkan diri bergaul dengan anak sedara, sepupu-sepapat jauh dekat, rapatkan tali persaudaraan. Bukannya sibuk update status kat fb, whatsapp, instagram twitter! diorang tak nak bercakap banyak takpe, korang kena mulakan dulu. Hilangkan rasa janggal seolah2 macam masuk dalam hutan. Peduli apa dia kaya-raya, ko tak kaya, kita ni sedarah-sedaging!

nak memasak tu eloklah buat bersama2 seolah bekerjasama dalam urusan kenduri-kendara. Ringankan beban ibu bapa kita dengan turut sama join masak. Seronok beb macam2 gosip punya cerita keluar nanti! thehehe..tak semestinya betul pasal gosip tu.


Ada faham? Kalau tak faham juga pegi belajar balik kat sekolah! ;) Jadi sekali lagi aku ingin tekankan di sini cubalah ambil semangat kenduri-kendara dalam menyelesaikan masalah malas nak masak time raya macam ni. Hentikan memberi alasan yang pelbagai dan kadang2 tak masuk akal. Kalau kat rumah sendiri boleh masak kenapa tiba kat kampong tiba2 tak boleh masak pulak? 

Alahai..
Jeffri Rahman
Tuan Tanah cubitsanasini.blogspot.com

Share:

0 comments:

Post a Comment