Monday, July 27, 2015

Batu-Batu Resort (Private Island)

Kita bersambung lagi dalam entri Pulau Tengah, Mersing, Apa yang menarik di situ? Sudah dapat gambaran awal dari entri Part 1 mengenai Pulau Tengah, Mersing? Kalau belum eloklah jengah ke situ dahulu. Oleh kerana kedudukan Pulau Tengah ini terletak di tengah-tengah antara Pulau Besar dan Pulau Hujong serta berhampiran dengan pulau rawa, maka sudah tentulah aktiiti yang bersesuaian dilakukan di sini adalah aktiviti luaran seperti snorkeling, scuba diving, hiking dan berjalan-jalan sekeliling pulau bagi mendekatkan diri dengan alam. Perimeter pulau ini dalam lingkungan 3km, dan tidak ada resort operator lain yang menjalankan bisnes beach resort melainkan Batu-Batu Resort. Mari kita lihat dahulu koleksi foto dari laman web resort berkenaan.

Sumber daripada Laman web Batu-Batu Resort


Sumber daripada Laman web Batu-Batu Resort



Sumber daripada Laman web Batu-Batu Resort

Menarik bukan gambar-gambar di atas ini? Saya pasti sebahagian daripada rakyat Johor sendiri tidak mengetahui akan wujudnya sebuah pulau yang begitu cantik pemandangannya. Kalau tidak kerana pihak resort ini memainkan peranannya yang penting dalam membangunkan rumah peranginan yang cantik seperti ini belum tentu lagi ada pihak pemaju yang benar-benar berkemampuan dalam memajukan dan memperkayakan segala sumber alam yang ada di sana. Kerana bukan keuntungan yang dicari semata-mata, malah flora dan fauna serta hidupan marin pun didokumentasikan untuk generasi akan datang. Pernahkah anda mengetahui nama spesis flora dan fauna yang terdapat di sesebuah pulau? Mungkin ya dan yang tepat sekali mungkin tidak! Mengapa? Kerana usaha ini perlu dilakukan bukan sahaja penglibatan dari pihak resort malahan dari pakar botanikal, FRIM, naturalist dan bermacam lagi bagi mengekalkan/sustain alam semula jadi ini. Inilah yang benar-benar dikatakan sebagai Johor Permata Selatan!

Database spesis flora di Pulau Tengah
Salah satu kelebihan yang terdapat di Pulau Tengah melalui usaha Batu-Batu Resort ini adalah mereka telah berjaya mendokumentasi, merekod kepelbagaian spesis flora yang terdapat di pulau berkenaan. Jarang sekali kita melihat usaha-usaha sebegini yang dimainkan oleh pihak sesebuah resort dalam memberikan maklumat tentang sumber alam yang terdapat di sesebuah pulau. Barangkali apa yang kita tahu apabila ingin pergi bercuti ialah dapat mandi tepi pantai, snorkeling, scuba diving, shopping bebas cukai dan lain-lain lagi. Mengapa tidak ambil tahu serba sedikit tentang flora dan fauna yang terdapat di sana? Oh..mungkin minda kita telah setting mood bercuti dan tak perlu nak ambil tahu apa yang ada di sekeliling kita. Yang penting aktivitinya mencukupi, tempat tidur selesa ada air-con  dan makanan sedap sudahlah! Betul tu..tak salah pun sebenarnya. Tapi kalau nak ada nilai tambah yang boleh diserap ke dalam minda apa salahnya. Mana tahu satu hari nanti ada pelancong asing bertanya kepada kita tentang flora dan fauna yang terdapat di pulau berkenaan maka dengan yakin kita boleh menjawab soalan tersebut! Sila klik pada link di bawah ini untuk mengetahui kepelbagaian spesis flora yang terdapat di pulau tengah.

- Anthropic and Pioneer Vegetation
- Coastal Vegetation
- Dicotyledon
- Forest (non coastal)
- Gymnosperms, Lycophytes, and Ferns
- Monocotyledon

Itulah dia koleksi flora yang telah didokumentasi dan direkod oleh pihak Batu-Batu Resort. Difahamkan terdapat 312 spesis flora dan lebih 100 spesis beburung yang direkod oleh mereka. Selain daripada itu terdapat juga Pacific Bottle-Nose Dolphins, Black-Tipped Reef Sharks, Green and Hawksbill Turtles, otters dan juga dugong! Di Mersing, Johor pun boleh nampak dolphin tau! :)



Sumber daripada Laman web Batu-Batu Resort

Map di atas menunjukkan apa yang terdapat di sekeliling pulau tengah. Kalau nak pergi bercuti ke sini, eloklah refer map dari laman web berkenaan ataupun map yang ini. Sumber yang sama dari laman web Batu-Batu Resort. Cuba tengok betul-betul ada berapa banyak pantai di sekeliling pulau yang kecil ini? Ya..ada 8 pantai yang putih bersih. Antaranya Batu-Batu Beach, Sunrise Beach, Tiny Beach, Coral Beach, Turtle Beach, Sunset Beach, Long Beach dan Junior Reef Beach. Bagaimana sekarang? Sudah nampak apa yang menarik di sini? Sungguhpun pulau ini saiznya kecil tetapi ia dikelilingi oleh kekayaan sumber alam seperti terumbu karang dan pelbagai hidupan marin seperti penyu, ikan yu, ikan lumba-lumba, memerang laut dan banyak lagi! Sebab itulah seperti apa yang saya sebutkan dalam entri sebelum ini, pihak resort memainkan peranan penting dalam mengekalkan keindahan alam yang terdapat di pulau tengah. Hasil dari sewaan peralatan snorkeling dan scuba diving mereka pulangkan semula kepada alam semulajadi dengan mengupah pakar@Naturalist bagi menjalakan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan. 

Difahamkan juga pihak Batu-Batu Resort sedang rancak dalam beberapa projek antaranya ialah Program Penetasan dan Pemuliharaan Penyu, menghasilkan terumbu tiruan, ceramah dalaman daripada pihak resort di pusat pemuliharaan mereka. Dan menurut laman web Turlte Watch Camp@Batu-Batu Pulau Tengah, sebanyak 366 biji telor penyu dari spesis Hawksbill dan 93 biji telor penyu dari spesis Green Turtle telah menetas di pulau berkenaan. Pada masa yang sama pihak resort juga memberikan perlindungan terhadap anak-anak penyu yang baru menetas daripada diceroboh oleh pemangsa semulajadi iaitu biawak. Begitulah usaha serius yang cuba ditonjolkan oleh pihak resort berkenaan. 

Adakah Batu-Batu Resort tempat sesuai untuk bercuti dengan keluarga?

Ya! Resort ini menerima kehadiran tetamu dari segenap peringkat umur! Kanak-kanak bebas bermain di sekitar resort, lebih-lebih lagi di musim cuti sekolah dan hujung minggu yang berpanjangan. Jangan terkejut bila anda datang ke mari melihat kanak-kanak dengan telatah mereka berkeliaran ke sana-sini. Inilah yang dikatakan sebagai 'family friendly' beach resort. Tetapi tidak sepanjang masa adanya bayi dan kanak-kanak, seperti yang saya katakan tadi, ianya bermusim. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut pendapat daripada pengunjung yang pernah menginap di sini, klik link -> ini <-ianya akan membawa anda kepada laman web Tripadvisor dan bacalah sendiri akan pendapat/pandangan orang lain terhadap Batu-Batu Resort. Segala komplen akan dijawab sendiri oleh owner resort tersebut.
Di resort ini terdapat kemudahan bagi mereka yang membawa bayi. Antaranya:

- Cots (folding travel cots or wooden cots)
- Children’s annexe in all Beach Villas and certain Ocean and Jungle Villas  (with bunk beds)
- Baby baths
- Potties
- Nappy changing mat
- Bottle sterilizer (in the Restaurant)
- Baby purees (available in the Restaurant over meal times)
- Children’s menu
- Selection of children’s DVDs
- Children’s Play House
- Babysitting (based on availability – please click here for more information)

Pada pendapat peribadi penulis, walaupun ramai di antara pengunjung Batu-Batu Resort datangnya dari republik seberang tambak dan juga pelancong luar negara, kita tidak boleh nafikan apakah bisnes model yang digunapakai oleh pihak resort dalam usaha mempromosikan pulau tengah ke arena antarabangsa. Tidak perlu untuk kita rasa terasing dengan daya usaha mereka mempromosi resort ini ke pentas dunia. Tidak perlu untuk kita rasa kecewa kenapa tidak melakukan promosi dalam negara sendiri. Sedangkan kita rakyat tempatan sendiri ingin tercari-cari pulau peranginan dengan bajet ikut kemampuan!

Apa-apa pun, eloklah hubungi resort berkenaan terlebih dahulu bagi mengesahkan kemudahan ini. Bagi penulis, sekiranya ingin datang bercuti ke sini, kumpullah bajet dengan secukupnya terlebih dahulu. Walaupun kedengaran begitu eksklusif tetapi apa yang ditawarkan oleh pihak resort sudah pasti memberikan nilai tambah buat pengunjung. Elok juga hubungi pihak resort bagi mengetahui bilakah waktu penyu landing ke pantai untuk bertelur? Bilakah musim monsun tiba? Bilakah waktu sesuai untuk melihat burung-burung berhijrah ke pulau tengah? Segala macam soalan yang dapat memaksimumkan aktiviti percutian anda, bertanyalah terlebih dahulu.

Sebagai anak jati johor, teringin sekali rasanya untuk bercuti ke semua pulau yang ada dalam negeri Johor tercinta ini. Mengukir memori dari segenap pelusuk pulau yang menawarkan pengalaman berbeza dan pastinya akan dikenang sepanjang zaman. Jadikanlah hari-hari anda bermakna dengan mengenali sendiri apakah keunikan yang terdapat di dalam negeri Johor. Bukan sahaja membantu meningkatkan pelancongan dalam negara malah, mempromosi kekayaan budaya yang terdapat di Johor Darul Takzim. Tidak kenal maka tidak cinta! Mari bercuti dalam negeri! Yeaayyy!!! :)

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice Acting
A father of a lovely wife and a cute daughter.
Share:

0 comments:

Post a Comment