Monday, August 3, 2015

Salam..

Entri kali ini adalah berkaitan dengan bawa anak pergi ke baby spa, maka tidak akan ada cerita mengenai kepulauan di mersing, johor dan sebagainya dalam entri ini. :p (lepas ini akan sambung lagi cerita mengenai pulau yer kengkawan)

Oleh kerana tarikh 13 dan 15 Syawal 1436 H merupakan tarikh yang agak sibuk dengan aktiviti open house di rumah penulis, maka kami anak-beranak tersangatlah lepak adanya di hari berikutnya iaitu hari Ahad 16 Syawal (2 Ogos 2015). Manakan tidak, kami anak beranak dan keluarga belah isteri amat gigih menyediakan bahan-bahan persiapan untuk menjamu rakan-rakan sepejabat belah isteri dan saudara-mara dekat dan jauh. Ibu mertuaku selaku Head Chef di dapur amat mempercayai anak perempuan beliau memasak ikut cara ibunya. Confirm kuah tumpah ke nasi..:p

Walaupun terasa agak penat setelah menguruskan jamuan makan-makan pada 2 hari tersebut, tetapi masih ada berbaki sisa-sisa tenaga yang boleh digunakan untuk melakukan aktiviti keluar rumah atau lebih mudahnya nak jauhkan diri seketika dari dapur yang %(&^*(^%&$. Ada faham? Bagus..memang kelas pembaca2 di blog tuan tanah ini. :) layaklah korang semua dapat badge berikut. thehehe..


Dengan tenaga yang masih bersisa sekitar 40% dan keinginan yang kuat untuk berjalan sana sini, pn isteri pun mencadangkan agar masa yang ada dimanfaatkan dengan membawa baby Alisha ke Baby Spa yang terletak di Sutera Mall, Skudai. Bagus juga idea tu! Huhu..yelahkan tak pernah lagi si Alisha ni mendapatkan belaian urut-urutan daripada SPA yang khas untuk baby. Confirmlah tak lepaskan peluang ini! Sebenarnya, penulis sendiri dah menjana idea untuk berjalan-jalan di sekitar Mersing untuk membeli sebarang dua atau tiga bungkus keropok lidi dan keropok ikan tamban bagi keperluan rumah. Tapi tak kesampaian pula oleh kerana keluar rumah pun dah tengahari. Jadi. pergi sajalah ke tempat yang berdekatan. I'm fine kay..tak kisah pun janji dapat drive kereta dan ronda sana sini. ;)

Memang agak dah lama penulis tak menjejakkan kaki ke Sutera Mall ni. Sewaktu menetap di T.U.T.A suatu ketika dahulu, tempat inilah yang sering kami kunjungi bagi membeli-belah keperluan bulanan barang-barang di rumah. Ikut jalan tikus yang agak sempit melalui batu 8 dan tiba di bahagian belakang bangunan Sutera Mall. Tapi semuanya dah berubah..lebih maju dan terus maju adanya! Untuk ke Baby Spa ini kami menaiki lif dari ruang parking menuju ke tingkat 3. Keluar sahaja dari lif masuk pula ke wing yang baru iaitu east wing dan naik sekali lagi lif ke tingkat 4. Huh..luas betul tingkat 4 ni. Ada Escape Room, Skating Rink, Baby Spa, Bounce N Play, Library, Art Gallery, ada stage. Sahlah memang 1st time sampai kat wing ni. :p

Inilah dia Baby SPA@Sutera Mall, Skudai. 

Perkara best yang penulis boleh sharekan di sini ialah layanan mesra oleh staf2 yang bertugas di premis ini. Walaupun mereka agak berusia tetapi servis yang diberikan kepada Alisha memang mantap! Mereka melayan anak kita seolah-olah melayan anak sendiri. Sewaktu pn isteri sedang berurusan dengan staf bertugas, mereka memberitahu kami bahawa untuk baby yang 1st time datang ke mari terdapat promosi swimming dan urutan berjumlah RM 76. Sekiranya tiada promosi mereka akan charge berlainan harga untuk setiap servis yang diperlukan. Lagi menarik apabila mendaftar jadi member pada kadar harga berpatutan dan dapat beberapa kali mandi  dan berenang dalam tub jakuzi.

Kalau baby anda belum mencapai ketinggian 75cm di sinilah tempat berendam secara solo yer

Kami berurusan di kaunter terlebih dahulu bagi mengetahui info lebih lanjut sebelum Alisha dibelai manja dan berendam dalam tub. Yang penting kata mereka ialah anak dah bagi susu dan tak takut dengan baby yang lain berendam dalam tub. Waktu kami tiba tak ada customer lagi yang datang. Mungkin dah datang awal kot. Apabila Alisha sedang diurut-urut manja oleh staf di situ, datanglah lagi sebuah famili dengan anak mereka. Haha..makin meriah nampaknya. Dan ada juga beberapa orang di luar kedai yang kebetulan sempat intai-intai baby yang comel tengah berendam dalam tub yang kecil tu. so cute.. ;)

Alisha dah 18 bulan. Dah pasang kaki orang kata. So berenang dalam tub besar tu

Dan Alisha tidak bersendirian berenang dalam tub tersebut! Ada kawan lelaki rupanya yang turut sama join berenang@berendam. Masing-masing happy! Kami pun perasan sewaktu 10 minit pertama Alisha berenang dalam tu, dia seolah-olah belum tahu macam mana nak enjoy dalam bath tub sedangkan ada banyak bola berwarna-warni yang boleh dibawa main. Oh yer..baru 1st timekan, jadi ambil masa sikitlah. ;) Tapi lepas jer 10 minit, dia pun mula menunjukkan senyum di bibir dan tangan dah sibuk bermain2 dengan alat mainan yang terdapat dalam bath tub tu. Baby boy yang join dalam tu rupanya dah sebelas kali datang ke sini. Patutlah nampak steady jer. 

Sebelum berenang dalam tub kena pakai swimming diaper dan pelampung siap dengan safety net. Petugas di sini menjaga baby anda dengan baik. ;)

Seronok betul tengok dia happy! Waktu ni dah mula enjoy bath tub sebab tu senyum jer.. :)

Apa-apa pun, penulis berasa begitu happy sebab dapat bawa anak ke Baby Spa bagi menjalani aktiviti yang menyihatkan untuk Alisha. Next time kalau diizinkan, ingin ke sini lagi atau Baby Spa di lokasi lain pula yang menawarkan harga yang lebih menarik. Mana tahukan ada! 

Tuan Tanah cubitsanasini.blogspot.com
Share:

0 comments:

Post a Comment