Saturday, January 2, 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung budiman blog cubitsanasini.blogspot.my. Apa khabar u olls semua? Saya harap sihat sahaja hendaknya. Lepas lunch tadi di ofis saya dapat tugas menjalankan rakaman voice over seperti mana biasa dijalankan sebelum ini. Tetapi kali ini saya menggunakan preamp yang baharu, condenser mic baru, stand mic baru dan juga monitor speaker Yamaha HS8 yang baharu...untuk tugasan kali ini admin menggunakan 2 condenser mic untuk merakam perbualan dialog antara 3 orang klien yang datang bertandang projek merakam suara. Tapi..alamak, preamp Aphex tu cuma single channel, so tak dapat plug satu lagi mic ke situ. Jadinya saya direct plug in mic lagi satu kepada interface tapi low level signal terhadap mic tersebut. Citt...dah habis rakam baru teringat ada satu lagi preamp Behringer. Alaaa...nak buat mcm mana, bilik kerja pun belum habis kemas lagi. Kabel XLR, TRS bersepah2 di sana sini. Dalam audio rack pun tak habis cucuk sana-sini in/out EQ, Reverb, dll. Tapi nasib baik selamat juga sebab v.o. tersebut blend dengan background music.

Selesai sahaja rakaman jam dah menunjukkan pukul 4:30pm, sekejap lagi dah nak balik. So saya pun bercadang nak makan luar dengan family. Kerana sebelum ini dah plan nak makan di Cookies & Ginger di Add Heights tu, tapi tutup pula 2 hari sebelum 2016. Takpalah..mungkin lain kali aje. Isteri saya pula pernah makan di Ecru Tuckshop bersama adik-beradiknya dan adik ipar saya menyukai Chicken Chop di sana. Maka pada petang itu saya dan family menujulah ke Ecru Tuckshop.


Restoran ini berdekatan dengan Aeon Kulai. Rujuk map di bawah

Sebelah-menyebelah aje Ecru Tuckshop ni dengan AEON Kulai. 

Katalog Menu yang berkonsepkan ala2 kulit buku latihan sekolah. 
Menarik sebab blend dengan font ala2 grunge typeface.


Pelanggan di restoran ini pula terdiri dari pelbagai bangsa Malaysia yang ingin mencuba menu makanan dan ada juga yang telah berulang kali datang ke sini. Di samping western food, terdapat juga menu ringkas seperti eggs & toast, aneka mee, makanan berat seperti spaghetti, nachos dan pelbagai lagi. Jadi semak line by line punya menu ingatkan nak makan steak, tapi adik ipar cakap chicken chop sedap, jadi saya pun orderlah chicken chop dengan disimbah cheesy black pepper sauce. Perkataan tak agak2..disimbah..hahaha! Untuk Alisha pula, mak orderkan Alisha meatball eh? kan? Sedap tak? Huhu..kat dalam restoran Alisha bising2 semua orang dengar Alisha menjerit tau. Jadinya..salah seorang krew Ecru Tuckshop bagi Alisha pensel warna dan kertas mewarna. Hailah..anak, meriah mulut kat dalam restoran yer! Isteri saya temankan makan.


Ada pensel warna ni dapatlah si kecik mewarna dengan tenang kononnya. ;)

Mulanya nak capture satu demi satu muka surat tapi isteri dah jeling2 jer. Abangg..hehe..ala, macam tak biasa aje dengan suami yang memang rajin berblogging ni.

Dan senarai menu berterusan hingga ke muka surat belakang tapi tak dapat nak capture semua. Tak mengapa..apa yang menariknya di sini ialah bertepatan dengan tema restoran Food.Relax (Makan dan Santai), rata-ratanya yang datang ke sini baik dengan keluarga mahupun rakan2, masing2 enjoy the atmosphere yang ada di sini. Menjadikan Restoran ini sesuai untuk lepak dengan rakan2 sambil makan dan minum ala2 western ataupun yang lain. Maka tak perlu kita pergi ke restoran gaya hotel dengan dress code serta etika pemakanan yang rasmi bagai kalau di sini suasanya relax dan santai.

Seperti cendawan tumbuh melata lepas hujan, Restoran bertema seperti ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Harga makanan di sini pula berpatutan dan kenalah dengan taste makanannya. Bagi penduduk setempat sudah pastinya mereka inginkan Restoran seperti ini yang berdekatan dengan rumah mereka baik dari Bandar Putra, Indahpura, Kulai Besar mahupun dari Senai, amat mudah untuk akses ke Restoran ini melalui jalan Senai-Kulai. Mungkin orang lain yang dah biasa dengan Lazat Steakhouse, Cookies & Ginger, Pots & Pans Cafe mahu cuba pula makan di sini. Untuk buat perbandingan andalah yang kena cuba sendiri.

Alisha punya menu meatball with mash potato. Ambil saiz meatball yang kecil sesuai dengan toddler.

Yer..menu pilihan saya, Chicken Chop (Cheesy Black Pepper Sauce. Erm..sedap juga, bolehlah saya bagi 4/5 bintang. Okay, untuk saya makan di sini sekali lagi sudah pastinya saya akan mencuba menu yang lain pula seperti curry mee yang selalu disebut oleh pelanggan2 yang lain dalam blog mereka. Kemudian cheesy spaghetti bolognaise dsb. Setakat ini Restoran Western yang menarik dalam daerah Kulai saya berikan kepada Ecru Tuckshop. Memenuhi citarasa saya dengan suasana santai dan relax.

Kita berjumpa dalam penulisan akan datang!
Bye...

UPDATE 22 Mei 2017
Restoran Ecru Tuckshop ni dah tutup. Samada tutup terus atau dah pindah, penulis pun tak pasti.

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Video Editor

Share:

0 comments:

Post a Comment