Wednesday, September 23, 2015

Salam..

Okay, memang dah berminggu tak update blog ini oleh kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk menaip, berceloteh panjang lebar. Sekarang ni ulang-alik ke Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan selanjutnya. Dah buat X-Ray, Blood Test, screening itu ini, batuk berkahak dah masuk 3 minggu. Dan setiap kali batuk terasa sakit di bahagian pinggang. Jadi, sempat jugalah bertanyakan Doktor yang bertugas sebentar tadi. Ya, kalau dah lama batuk akan efek pada bahagian pinggang. Ok..memang sakit. Kalau tak batuk manakan lendir kahak nak keluar?

Yang paling ketara sakit bahagian pinggang ialah pada hari Ahad lalu, 20 Sept 2015, apabila terjaga pukul 3am sebab anak tiba2 terjaga dan muntah susu. Saya bangun jer, kelepek, aduh sakit pinggang aku ni! Ingatkan nak pegi klinik pukul 7am tapi rasa sakit sangat, time tu juga pegi ke Emergency di Hospital Kulai. Jadinya, anak dan bapak sakit. Kesian..anak saya pula muntah susu, Doktor nasihatkan buat sementara waktu ni jangan bagi susu yang dia biasa minum. Tukar sementara kepada susu yang Free Lactose. Anak saya pula tak berapa gemar susu tersebut, tapi kalau nak tidur, terpaksa juga minum susu tersebut. Hailah anak..mak dan ayah doakan supaya Alisha Safiya lekas sembuh dan sihat. Isteri saya pula terpaksa EL bagi menjaga kami berdua. Alhamdulilah..kasih sayang seorang isteri terhadap suami dan anak ternyata sangat berharga.

Dan Doktor di Klinik Kesihatan dan Klinik Panel turut memberikan cuti sakit agar dapat berehat. Buat sementara waktu ni tak mampu nak buat kerja-kerja berat di ofis. Mudah-mudahan rakan-rakan di ofis juga turut memahami akan keadaan kesihatan diri ini yang tidak mengizinkan.

Sekian sahaja buat masa ini, dah betul2 sihat nanti, Insha Allah saya update lagi blog ini. Doakanlah agar kesihatan saya kembali pulih.




Wassalam..
Tuan Tanah cubitsanasini.blogspot.com
Producer | Cinematographer | Editor | Blogger


Share:

0 comments:

Post a Comment