Assalamualaikum W.B.T.
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua para pengunjung laman blog cubitsanasini.blogspot.my. Seperti mana anda semua ketahui bahawa blog saya ini bukan sahaja menghidangkan cerita berkaitan jalan-jalan cari makan, malah selain daripada itu sebahagian lagi kandungan blog ini adalah cerita dari sekitar kehidupan saya sebagai Multimedia Producer. Setelah sedekad menjawat jawatan sebagai Penerbit Rancangan di Universiti Selatan Tanahair, saya rasa dengan kepelbagaian pengalaman yang dilalui di situ, telah banyak perisian multimedia telah digunakan bagi tujuan pembangunan produk multimedia pendidikan. Dari awal masuk kerja telah didedahkan dengan sekumpulan perisian Adobe untuk suntingan imej, authoring tool, screen recording dan banyak lagi perisian2 lain yang kebanyakannya belajar sendiri atau sama2 belajar dengan ofis mate. Banyak sharing session dikongsi bersama. Alhamdulilah..lebih kurang 2 tahun kemudian Studio Video dan Makmal Pembangunan Multimedia telahpun siap dibina dan di situlah banyak perkara baru yang dipelajari. Multi Camera Production, video editing, sound editing, directing, cinematography, buat kerja multitasking (sentiasa multitask) dan pelbagai lagi. Semua perkara di atas berkembang mengikut keperluan semasa selaras dengan pengalaman yang dilalui.
Akan tetapi...
Setelah sedekad melalui pelbagai pengalaman multimedia di atas, antara elemen multimedia yang paling saya minati dan sentiasa hendak pertingkat mutu kerja adalah elemen Audio.
Kenapa?
Sebabnya mudah aje..saya amat minati dengan bunyi dan karakternya: Apple Logic Pro, EQ, Compressor, Reverb, Aux/Bus, Signal Routing, etc. Apabila dirangkumkan semua, inilah yang saya dapat: Recording dan Mixing.
Apabila potensi lebih dari sekadar rakam voice over
Yer..kadang2 kita ambil masa lama untuk ketahui apa yang benar2 kita minat dan serius dalam sesebuah perkara. Kenapa? Seperti apa yang saya katakan di atas dan juga entri sebelum ini iaitu Bypass Preamp Digi 003 dan Audio Editing dengan Adobe Audition serta Penggunaan Apple Logic Pro dalam Mixing. Nah..bukankah saya telah nukilkan dari artikel yang lalu bahawa saya suka membesarkan jiwa dan berani ambil peluang untuk perkembangkan bakat dan potensi diri. Jadinya, kepelbagaian ilmu/disiplin berkaitan multimedia dan multitasking memang memenatkan dan sentiasa perlu refresh supaya tidak ketinggalan zaman. Apa yang saya lalui di sini dengan kepelbagaian rakaman voice over samada talent berbakat ataupun tidak telah mengajar saya satu perkara: iaitu kemampuan diri sentiasa lebih dari merakam voice over dan mahukan tugasan audio lebih kompleks dan mencabar. Walaupun kedengaran rakam voice over nampak mudah, tapi tak semudah itu untuk dapatkan hasil yang baik yang sentiasa diharapkan oleh saya sebagai Producer. Yer, memang betul rakam voice over gunakan satu mic, satu channel, dan editing serta mixing dilakukan waktu post nanti. Kadang2 guna 2 mic, it depends. Tapi anda rasa cukupkah sekadar rakam voice over dengan hanya seketul mixer/audio interface? Cukupkah sekadar 2 channel untuk rakam voice over? Bagaimana pula dengan jangka masa panjang akan datang? Lagi2 kalau bajet akan kena potong oleh pihak berwajib. Mahukah anda rakam voice over dari muda sampailah ke tua nanti? Bagi saya TIDAK! Saya punya potensi lebih besar dari itu dan saya mahukan penjurusan yang khusus dalam rakaman dan mixing. Itulah kelebihan saya yang dicari-cari selama ini. Apa yang saya boleh simpulkan tentang apa yang saya cuba sampaikan ini adalah seperti grafik yang berikut:
Sebahagian daripada jenama Audio System yang bertenggek antara satu sama lain dalam audio rack di studio. thehehe..bertenggek la oiii..
Semua yang saya listkan di atas adalah jenama Audio System yang sedang saya gunakan dalam penghasilan kerja. Kecuali Lexicon tu tak gunalah dalam voice over, Reveberator beb..thehehe..kalau untuk vokal nyanyian ya. Oh terlupa..dalam artikel akan datang saya akan masukkan sample vocal audio dengan menggunakan Aphex Preamp, DBX EQ dan Lexicon Reverb. Nanti anda akan dengar dengan sendiri kejelasan track vocal (solo) menggunakan hardware FX tersebut. Bukan mudah untuk dapatkan hasil seolah-olah penyanyi..thehehe..
Tapi kenapa saya simpulkan apa yang saya minati dengan jenama Audio System ya? Bukanlah satu perkara yang pelik pun sebab bekerja dengan peralatan audio. Itu maknanya saya serius dengan apa yang saya lakukan supaya terus berkembang dan maju pada masa hadapan. Walaupun tidak bekerja dengan mixing console yang besar gedabak tu tapi dengan Focusrite pun dah rasa macam wow..lagi best kalau dapat sambung lagi 8 channel preamp dengan menggunakan fiber optic (lightpipe) cable. Yer..mungkin semua orang ingat cable fiber optic tu dalam konteks sambungan internet semata-mata. TIDAK! Dalam industri audio digital, jika anda ada audio interface dengan 8 channel sebagai contoh, dan ingin tambah lagi 8 channel preamp untuk kegunaan rakaman band misalnya yang perlukan drum mic tracking lengkap, sudah tentunya 8 channel sahaja tidak mencukupi. Jika ingin tambah lagi preamp maka anda perlu pastikan audio interface anda mempunyai connection ADAT lightpipe untuk berkomunikasi antara dua unit. Barulah dapat 16 channel in total. Cable fiber optic pun bukan mahal sangat, RM 15 pun boleh dapat. ;-)
Beginilah connection fiber optic jika kita ingin expand unit untuk dapat lebih input. Sumber daripada laman web Fousrite.
Artikel akan datang saya akan bagi anda dengar sample vocal solo menggunakan outboard gear seperti Aphex, DBX, Lexicon. Sementara itu, teruskan berkunjung ke blog saya ini sebagai tanda sokongan anda terhadap laman blog cubitsanasini.blogspot.my. Bukan sekadar jalan2 cari makan, malah lebih daripada itu!
Wassalam...
Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Audio & Video
Monday, February 1, 2016
adobe audition
after effects
android
apple iphone
apple logic pro
audio interface
audio system
balik kampung beraya
behringer mic 2200
bercuti
bercuti di panuba inn
bercuti di pulau
beriani herbs nasuha
brochure raya
family day
family time
filem pendek
gosip dalam media sosial
halkerja
hari raya 2016
jalan-jalan
jasmine villa langkawi
jdt
johor negeriku
kampung sungai melayu
katalog raya
kerjaya bidang multimedia
kerjaya multimedia
kinitrending2017
klana beach resort
kuih raya
langkawi
makan-makan
makan-makan johor
malas cuci pinggan
malas nak masak di kampung
malas nak mengemas
melaka
mersing
mic preamp
multimedia producer
ocw utm
oustation
outstation ke klana beach resort
outstation putrajaya
pantai cenang
paus mati di johor
penerbit rancangan
pengaruh media sosial
penyakit media sosial
photo manipulation
photoshoot
picnic
pulau
pulau babi tengah
pulau menarik di johor
pulau tengah mersing
pulau tioman
rakaman dengan logic pro
raya 2013
rumah terbalik
sample foto zenfone 2
sejarah johor
sejarah johor dalam pelbagai perspektif
shopping raya 2013
smartphone
snorkeling
study multimedia boleh kerja apa
tanjung balau
universiti teknologi malaysia
utm
JOM LIKE FB SAYA
Penting Untuk Singgah
Geng-Geng Blogging
Nuffnang Ads
Popular Posts
-
Assalamualaikum...para pengunjung yang masih setia menginap ke laman blog saya ketika ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana teru...
-
Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Diharapkan anda semua masih berada dalam keadaan sih...
-
Mari kenali jenama processor dalam smartphone anda! Pengenalan Bila kita bercakap mengenai smartphone baik dari pelbagai brand atau jena...
-
Batu-Batu Resort (Private Island) Kemungkinan besar ramai di antara rakyat Johor sendiri tidak tahu akan kewujudan pulau-pulau menarik y...
-
Aktiviti Hari Keluarga KAPPELLA November 2015 Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Ramadhan Al-Mubarak 1437H buat semua umat Islam seluruh ...
0 comments:
Post a Comment