Wednesday, August 21, 2013

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kita masih lagi dalam bulan Syawal, bulan kemenangan umat Islam dalam menjayakan bulan Ramadhan yang lalu. Mudah2an adalah benar perkataan 'menjayakan' itu terletak pada keadaan dan situasinya yang betul lalu dipraktikkan dengan amal ibadah sebagai Madrasah di bulan Ramadhan. Masha Allah..walaupun Ramadhan telahpun berlalu, marilah kita sama2 berdoa agar dapat bertemu lagi dengannya pada masa hadapan agar dapat dipertingkatkan amalan kita yang lalu ke tahap yang lebih membanggakan pada masa sekarang dan akan datang. In Sha Allah..

Baiklah..untuk posting pada kali ini, saya ingin membawa anda semua wahai pengunjung blog yang budiman ke alam kerja saya sebagai Penerbit Rancangan (Multimedia) di sebuah Universiti di selatan tanahair. Tapi untuk lebih terperinci saya akan menceritakan kepada anda semua mengenai kaedah atau cara untuk anda yang pernah mengendalikan audio mixer berjenama Digi Design 003 dan cara untuk bypass built in Preamp kepada external Mic Preamp.

Mungkin ada antara pengunjung2 sekelian yang telahpun expert dalam audio teknologi ini, saya mohon maaf terlebih dahulu jika penulisan saya ini tidak menepati kriteria seperti mana pengalaman anda yang bertahun2 dalam audio teknologi. Saya banyak belajar dari pengalaman sendiri dengan menggodeh2, menonton tutorial youtube dan bertanyakan dalam forum2 seperti Gearslutz, Avid Pro Audio Community, homerecording.com. Disebabkan banyak mengeksplorasi, terbentang luas juga permaidani ilmu yang sememangnya bergelimpangan di alam maya ini. Apakan tidaknya, produk2 sebegini datangnya dari Amerika, sudah pasti amat mudah untuk mencarinya dalam Google. Berbeza sewaktu di Kolej dahulu, apa yang diajar hanyalah teori audio dan praktikalnya dengan menggunakan perisian komputer Sound Forge. Bila dah masuk dalam alam pekerjaan, tidak adalah bezanya cuma diupgradekan lagi ilmu audio teknologi ini dengan penambahan fizikal hardware iaitu mixer dan audio monitor beserta berselerakan kabel2 XLR, TS dan juga TRS. Kalau nak ambil course Audio Engineering macam di School of Audio Engineering (SAE) tu mungkinlah tidak kerana setakat ini kebanyakan projek yang dihandle adalah bentuk voice over. Dan di sini tidak ada pun jawatan 'Audio Engineer'. Tapi yang penting kena tahu menggunakan peralatan2 ini kerana daripada dibiarkan usang lebih baik kita study dan operate mixer ni.

Digi 003. Dah jadi sejarah dalam Avid oleh kerana keluaran baru 
Pro Tools HDX danPro Tools HD Native 64 bit. Tapi masih boleh 
support dalam Pro Tools 11 dengan syarat update drivers terlebih dahulu.

Sebenarnya Digi 003 dan Pro Tools ini diletakkan dalam bilik Audio Editing yang mempunyai ruang untuk rakam voice over dan juga ruang untuk buat kerja2 editing. Jadi disebabkan tahun pembeliannya pada tahun 2007 bersama2 dengan peralatan lain seperti graphic editing sistem, video editing sistem, video studio equipment dan pelbagai lagi, maka setiap item yg dibeli diletakkan pada tempatnya mengikut fungsi. Di studio kami diletakkan video kamera bersama2 CCU di control room dan juga pedestal beserta tripod. Jadi untuk Digi 003 ini diletakkan di dalam bilik Audio Editing, memang takda orang nak duduk bilik ni kerana saya telahpun mempunyai workstation sendiri. Hanya bersebelahan sahaja bilik audio ni dengan workstation saya. 

Saban tahun berlalu, peralatan ini tidak dicuit oleh sesiapa yang ingin cuba untuk menggunakannya. Pernahlah juga beberapa kali technician dari company yg mengedarkan Pro Tools ini datang ke jabatan saya untuk membuat pemasangan bersama2 dengan Yamaha O2R 96, tapi nasib tidak menyebelahi kerana katanya tak boleh communicate system 02R ni dengan Digi 003. Hampa..lalu masa pun pergi begitu sahaja..kemudian sekali lagi saya dan beberapa orang staf di sini dijemput oleh company (main distributor) yang mengedarkan hampir kesemua barang Audio Video ini untuk pergi training ke  sebuah Universiti awam di Utara kerana di sana juga menggunakan sistem yang sama untuk membuat rakaman audio. Kali ni mata dah celik sikit..segar! Tetapi akhirnya..kerana tuntutan tugas ketika itu belum lagi menjerumus ke arah audio editing, maka saya meneruskan kerja dengan video editing, compositing, graphic design, etc. Teruslah masa berlalu pergi dengan begitu sahaja..

Setelah upgrade firmware Pro Tools System dan Fader version
8.0.0.314. Sebelum ni version 7.

Kemudian sekitar 1-2 tahun kebelakangan ini tiba2 dibukakan pintu hati untuk mencuba beranikan diri menggodeh, try n error Digi 003 dan juga Pro Tools. Saya mengambil tindakan agak drastik dengan mengalihkan mixer Yamaha O2R 96 dari meja utama dan meletakkan sementara ke dalam ruang rakaman voice over dan mengambil semula Digi 003 ini dari ruang yang sama dan meletakkan di meja utama mixer O2R tadi. Lapang sikit..kalau tak besar gedabak ruang digunakan oleh Yamaha O2R tu. Mula2nya operate Digi ni tanpa audio monitor output, hanya gunakan Speaker Altec Lansing jer. Untuk monitor audio, terpaksalah tengok audio meter agar tidak mencecah ke bumbung sangat input knob dari built in preamp tu. Yang baca skrip voice over pula memakai headphone untuk memantau kejelasan suara sendiri. Memang agak sukar untuk kita tahu tahap pendengaran audio tanpa audio monitor. Setelah selesai rakaman, macam mana pula nak dengar hasil dari rakaman tersebut jika tidak pasang audio monitor?

disebabkan tidak memasang audio monitor output, maka kita boleh setting Playback Engine
kepada Built in Line Output, iaitu speaker yang kita pasang pada komputer. But still not enough!

Dan setelah melalui pelbagai ear training, online tutorial, masuk forum audio dengan bantuan dari individu2 yang telah berpengalaman dengan Digi Pro Tools, akhirnya saya membuat keputusan lagi sekali dengan membawa masuk Genelec audio monitor yang selama ini terletak di bilik sebelah audio editing. Sebelum tu kena minta izin dulu dari senior staf kat situ yg begitu berpengalaman dalam audio video, kabel2 audio video memang dialah yg banyak mengetahui hal2 sedemikian. Happy sungguh rasanya kerana dapat sebiji Genelec. :)

Dengan adanya audio monitor ini dapatlah mendengar dengan jelas
setiap patah perkataan voice over dari mulut talent yg sedang 'on air'

Kemudian, setelah mendapat ilham untuk menjayakan sebuah idea, akhirnya saya mengambil sekali lagi keputusan drastik dengan pindah masuk ke dalam bilik audio editing ini dengan mendapat keizinan dari ofis mate yang selalu sangat tengok saya terperuk dalam bilik ini kerana sangat suka mencuba benda2 baru. Manager pun dah beri green light. Lalu saya pun mengemas2 barang dari workstation dan pada masa yang sama memohon bantuan dari rakan2 yg lain utk turut sama mengemas bilik tersebut oleh kerana fizikal barang2 tersebut yang amat berat dan dalam audio rack mount. Takkan nak cabut satu persatu beb! Dan yang paling best sekali..dapat lagi sebijik Genelec audio monitor. Cukuplah sepasang audio monitor utk pendengaran dan kejelasan suara bagi kegunaan saya dari masa ini dan akan datang.

Saban hari dan minggu bersilih ganti, begitu jugalah job audio recording yang kian bertambah. Semakin berseri2 bilik audio editing ini dengan job2 yang mendatang. Alhamdulilah...mudah2an langkah yang diambil saya ini merupakan sebuah langkah permulaan bagi perjalanan yang jauh ke hadapan. Tetapi...

Setelah menjalani pelbagai sesi rakaman voice over, saya mula notis sesuatu yang kurang memuaskan deria pendengaran saya. Saya beranggapan mungkin disebabkan telah melalui beberapa siri rakaman sebelum ini dan semakin lama deria pendengaran ini dapat diasah dengan baik, semakin itu jugalah pengalaman mematangkan diri.

Apa yang saya notis ialah, setiap kali rakaman voice over dijalankan, audio level dari meter audio Pro Tools tidak mencapai line level ataupun tidak hot (it means the signal are weak) Sementara input gain knob pada Digi 003 dalam kedudukan yang memuaskan tidak terlalu maksimum. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut masalah ini, saya tukar setting Playback Engine kepada Built in Line Output (speaker komputer). Iye..memang benar, signalnya amat lemah = low audio level. Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini, saya akan tambahkan lagi gain sewaktu proses editing. Hasilnya agak memuaskan, tetapi tidak excellent! 

so, kena buat sesuatu bagi menyelesaikan masalah ini.

Dalam voice over recording, kita cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kualiti audio yang baik dengan melakukan setting beberapa jam lebih awal sebelum talent tiba di studio. Di sinilah kebiasaannya saya akan menjalankan test-run hardware dengan dibantu oleh salah seorang staf utk uji suara terlebih dahulu setelah dapatkan setting yang dikehendaki. Tetapi ini adalah peringkat pre-pro. Waktu talent dah tiba, akan ada test vocal sebenar sebelum rakaman dapat dijalankan. Dari situ saya akan tuning lagi setting untuk mendapatkan character dan tone suara yang diperlukan. Kadang2 utk dapatkan sound yang seolah2 sebenar dalam proses post pro, saya akan simulate vokal tersebut dengan insert effect spt Compressor dan EQ. Ianya hanyalah sebagai guide sahaja, kalau tak perlukan, boleh Mute atau turunkan level effect tersebut.

Maka, sekali lagi saya pun memasuki ruang2 forum di internet yang telah disebutkan tadi bagi mencari jawapan kepada penyelesaian ini. Eksplorasi yang memakan masa sebulan lebih itu ternyata membuahkan hasil! Tapi kenapa sampai sebulan lebih? Kan senang cari maklumat di Google itu. Dah dapat info baru teruslah bookmark, betul tak? Iye..memang betul tu wahai para pengunjung budiman. Itulah yang saya lakukan. Dah dapat satu link, baca dan kemudian save bookmark. Ini kerana saya ada kerja2 lain yang perlu dilaksana dan diselesaikan. Tak bolehlah melihat perkara ini sahaja. Jadi, apabila sudah bookmark, saya juga akan savekan link tersebut ke dalam Gmail dan di rumah saya akan buka kembali link tersebut untuk membaca sampailah mengantuk...zzzzz. (takpe mengantuk depan laptop sambil mencari bahan2 kerja. Lagi senang ilmu tersebut masuk ke dalam kepala) :p

ini baru sebahagian bookmark dari laptop. belum lagi yang di ofis. macam nilah mencari maklumat
yang diperlukan. setiap info itu ada penerangan tersendiri dan cuba fahamkan betul2 supaya dapat
apa yang kita nak.

Setelah membaca pelbagai komen dan pandangan dari forumer2 lain yang ada di antaranya Audio Engineer dan Pro User, mereka berpendapat built in pre amp (Channel 1-4) yang terdapat pada Digi 003 tidak banyak membantu untuk meningkatkan kualiti audio yang terhasil. Bukanlah maknanya langsung tidak berkualiti! Tetapi tidak ada x-factor seperti Compressor, EQ atau lebih tepat lagi karakter sesuatu audio yang terhasil. Itulah sebabnya kebanyakan Recording Engineer lebih prefer menggunakan external mic preamp bagi meningkatkan lagi keupayaan sound yang akan terhasil dan sudah pasti memiliki ciri2 colour, tone character, vocal depth, tube vacuum, multiple channel dan richness of the sound serta lain2 faktor. Antara jenama2 terhebat dalam external mic preamp ini sudah tentulah seperti API Audio, Avalon, Universal Audio, Chandler Germanium, Vintech Audio, TRUE Systems dan sangat banyak lagi! Setiap jenama membawa karakter yang berbeza. Terpulang kepada kita yang hendak menggunakannya.

so, dah jelas dah apa yang dimaksudkan dengan mic pre amp ni? dan kenapa diperlukan dalam 
rakaman audio? baguslah..spt apa yang dpt digambarkan di sini: 
“The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you'll go.”
Dr. Seuss, I Can Read With My Eyes Shut!
(err..pada saya 'the more places you'll go' tu mungkin bukan setakat pelbagai tempat anda boleh pergi ataupun pergi lebih jauh, tapi mungkin ada maksud lain, contohnya: jauh perjalanan luas pemandangan. ataupun juga dalam konteks kerja kendalian saya: lagi banyak incoming audio job, lagi banyak perkara kita akan tahu dan alami sendiri. atau mungkin juga suatu hari nanti menjadi reference model utk yg lain2. In Sha Allah..mudah2an :-)

Jadi, berbalik semula kepada persoalan rakaman audio tak hot. So, saya teruskan dengan searching info2 mengenai bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. (maklumlah bukan Audio Engineer, kenalah independent dan belajar sendiri dan tanyakan senior dan juga pakar2 audio dalam forum) Kenapa tak minta rekemen dari senior staf? Jawapan saya senang jer..kalau kita nak cari sesuatu dengan niat yang dah tertanam dalam hati kita untuk dapatkan yang terbaik, simpan niat tersebut dan cuba jalankan sendiri aktiviti2 eksplorasi. Mungkin anda akan dapat penyelesaian bertaraf 5 bintang sewaktu pencarian anda berbanding dengan rekemen dari seorang senior. Mengapa? Kerana sewaktu proses pencarian maklumat tersebut, sebenarnya anda sedang melalui proses pembelajaran secara tidak langsung dan segala maklumat2 tersebut tersimpan dalam minda anda cuma tak terurus dengan baik. Anda hanya perlu trigger sikit minda anda supaya dapat menyusun setiap data yang tersimpan dan kemudian dapat ditranslatekan menjadi sebuah maklumatyang simple dan kemas dan mudah difahami oleh orang lain. Wow..sangatlah jauh saya menyimpang dari perkara pokok! Ok..kita reverse balik persoalan tadi. :p hihihi...

Akhirnya..jalan penyelesaian hampir tiba dengan membuat satu lagi keputusan iaitu untuk membeli sebuah mic pre amp jenama Behringer bagi melaksanakan tugasan ini. Disebabkan bajet merupakan halangan terbesar dalam masalah seperti ini, saya sedari awal lagi telah setkan dalam diri bahawa sila jangan berangan nak dapatkan mic pre amp yg macam saya sebutkan tadi. Cukuplah dengan membeli di bawah bajet yang disediakan dan yang penting dapat memenuhi keperluan tugas buat ketika ini. Nak dapatkan efek yang bermacam2 itu, biarlah buat kerja lebih sikit waktu post pro nanti, boleh warmkan vocal, tambah EQ, Gain dsb.

kat rumah omputih pun ada Digi 003. entah apa yang depa buat dgn mixer ni? silap2 buat
rakaman sendiri, jual kat internet. nice!! patutlah depa nak cari sebijik pre amp yg berkualiti. ;)

Berikut merupakan spec Behringer Ultragain Pro Mic 2200 yang dicedok dari laman web Behringer:
Product Features:

    -  Ultra-low noise discrete microphone/line preamplifier with hand-selected 12AX7 tube for ultra-
       musical sound
    -  Mic input stage based on discrete, conjugate transistor pair circuitry
    -  Ultra-wide bandwidth from 10 Hz to 200 kHz for “open” sound
    -  Integrated fully parametric EQs with dedicated center frequency, bandwidth and level controls
    -  Independent line driver for converting -10 dBV into +4 dBu pro level
    -  Soft-mute +48 V phantom power to avoid switch-on thumps
    -  Fully tunable and switchable 12 dB high-pass filter
    -  Switchable phase reverse for correcting phase-related problems
    -  Accurate 12-segment LED metering for output level
    -  Servo-balanced inputs and outputs with 1/4" TRS and gold-plated XLR connectors
    -  High-quality components and exceptionally rugged construction ensure long life
    -  Conceived and designed by BEHRINGER Germany


Kemudian, saya teruskan pula pencarian di Google tentang bagaimana ingin membeli produk ini di K.L. Ternyata ada banyak music/audio company yang menjual pelbagai mic preamp secara online di Malaysia. Maklumah..bukan audio engineer (hihihi) Harga pula amat berpatutan sekitar RM 510 dengan termasuk caj penghantaran kurier sebanyak RM 30. Di laman web Brio Studio inilah saya membuat pembelian online. Dah dekat nak raya place order, nasib baik hari selasa sampai. Sebab hari khamis (8 Ogos 2013) dah raya! Alhamdulilah..

sebelum setting pre amp ni, eloklah posing sikit depan kamera
bagaimana bentuk kotaknya. aha..ok eh.

dah berfungsi dah pun setelah 2-3 kali setting pada pre amp
ni dan juga Pro Tools. ada caranya, kalau tak betul setting
pada pro tools, memang tak akan bunyi kerana kemungkinan
salah laluan input.

inilah dia vacuum tube 12AX7 yang memberikan sound depth
kepada audio source anda samada dari vocal ataupun gitar.

Gambar A: bahagian belakang Digi 003

Okay..so, sekarang ni macam mana kita nak setting external mic preamp ni supaya bypass built in preamp yang ada pada Digi 003 ini dan seterusnya dapat beroperasi sebagai sebuah external preamp?

Orait..kalau anda semua perhatikan Gambar A di atas ini, ia adalah bahagian belakang Digi 003 yang mempunyai 8 input. 4 daripada input ini adalah input built in pre amp dari Channel 1-4. Inputnya pula adalah dari jenis XLR female dan kabel yang boleh dipasang kepada input ini tentulah dari jenis Male XLR. Jantan yer..sebab pada Digi tu dah female, confirm la kena cucuk dengan male! :p auchh!! hihihi..

kay, dah tahu eh mana satu jantan dan betina? ;)
gambar daripada sumber ini

Sementara input 5-8 pula inputnya adalah dari jenis TRS. (Tip Ring Sleeve) Rujuk foto di bawah:

gambar daripada sumber ini
  
Jadi, macam mana nak plug in dari preamp ini ke Digi 003? Dan gunakan kabel jenis apa? Okay..apa yang saya baca dan dapat tahu dari segenap pencarian mengenai pemasangan external preamp ke Digi ini adalah, mereka menyuruh pasang dengan menggunakan kabel dari jenis Female XLR to 1/4 inch TRS kabel. Ada ke? Mestilah ada..banyak dah customize kabel2 ni untuk kegunaan anda.

 inilah dia kabel female XLR ke TRS. sudah faham? bagus..
cantik betul bang kabel TRS tu color gold? eheh..kami ada yg color
silver aje. cukuplah..yg gold tu utk serious music production bolehlah.

Pro User mencadangkan guna kabel XLR ke 1/4 inch TRS

 dan si dia ni pun mengatakan yg sama..

lalu si dia ni pulak bersetuju dengan jawapan2 di atas..hihihi

Ok..semua dah set dah ni. Dah ada preamp, Digi 003, kabel Female XLR to 1/4 inch TRS. Macam mana pulak nak memasangnya? Refer gambar di bawah:

Gambar original daripada sumber ini

Ok, setelah kita selesai sambungkan kabel pada input channel 1 tadi, tibalah pula masanya untuk kita sambungkan pula kabel TRS kepada Digi 003.

Sambungan kabel TRS tadi dicucuk pada salah satu input channel 5 - 8. Channel ini memang tiada preamp, line in only. So saya gunakan channel 7 buat masa ni. Gunakanlah salah satu channel ini
untuk sambungkan kabel Female XLR dari Behringer preamp tadi dengan sambungan TRS.

nota: untuk audio monitor output, saya gunakan channel 3-4. pastikan ingat channel berapa kita sambungkan kabel2 ni pada Digi 003, sebab kemudian nak mapping pada Pro Tools kenalah channel yang sama juga.


Inilah dia built-in preamp Digi 003 dari input channel 1 - 4 dengan XLR cable connection. kita nak
bypass built-in preamp supaya dapat gunakan external preamp yg lebih baik daripada asal. Kalau anda notis tidak ada banyak features di sini. Hanya input gain dan HPF (High Pass Filter)

Baiklah..setelah memasang kabel2 tersebut kepada I/O kedudukan mereka, tibalah masanya untuk lakukan setting pada Pro Tools supaya laluan I/O adalah betul dan berfungsi. Di sini saya memberikan contoh setting yang saya lakukan. Sekiranya artikel ini kemungkinan sukar untuk difahami (tapi nampak macam tak) anda bolehlah dropkan komen di bawah untuk pertanyaan. Kalau advanced sangat..saya mungkin tak dapat nak membantu. 

 sila launch application Pro Tools ni seperti biasa, tak kisahlah dalam Mac atau Windows, version
apa yang digunakan. La ni version PT HD9. HD tu..tapi taklah buat projek audio sampai tahap tu.

after launch application ni confirm ditanya samada nak open recent session, create blank session ke..
saya open recent session memandangkan dah pernah ada projek yang dibuat sebelum ini. Kalau belum, sila klik create blank session..tak tahu juga, boleh cari di Youtube kerana di sana banyak tutorial beginner dan juga advanced level.

Pada Mix Window ni kita setkan I/O mengikut input yg kita dah sambungkan
pada Digi 003 tadi. Ingat tak input berapa kita sambungkan kabel TRS tadi?
Input berapa? Input 7 kan...haa bagus. So cari interface input Analog 7 (mono)
yer. Kalau pilih input selain 7, memanglah tak keluar bunyi, sebab dah salah routing I/O.
Tapi nak bagi sound tu keluar dekat audio monitor macam mana?

OK..nak bagi sound utk kedua2 audio monitor Genelec tu, kena setting pada
Mix Window I/O ni yer. Sila rujuk gambar di atas berlabel Digi 003 dan juga
sedikit nota (font warna merah). Disebabkan saya sambung kabel audio monitor
pada output channel 3-4 pada Digi 003, so saya kenalah pilih Analog 3-4 (Stereo) -> Analog 3-4
Analog 3 (Mono)
Analog 4(Mono)
Kalau salah setting, tak keluar bunyi yer.

Alhamdulilah..setelah selesai setting memasang preamp jenama Behringer ini, hati terasa lapang kerana berfungsi juga akhirnya. Walaupun belajar secara tidak rasmi dari youtube dan juga forum2 audio terkemuka di internet, dapat juga melakukannya dengan baik. Walaupun setup nampak simple, tapi bagi orang macam saya ni yang lack of audio technical (hardware) terasa begitu happy sebab dapat buat sampai berjaya.

Baiklah setakat ini sahaja artikel bertajuk Bypass Preamp Digi 003 to External Mic Preamp (Behringer Ultragain Mic Pro 2200) yang dapat saya coretkan setakat ini. In Sha Allah kita bertemu lagi dalam berlainan topik pula.

Wassalam..

Share:

3 comments:

  1. bro ada no telepon tak.. nak belajar lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni kawan dah pakai focusrite scarlett audio interface. software pun dah tukar apple logic pro x.

      Delete