Kita bertemu lagi di laman blog cubit sana cubit sini, sebuah blog yang mungkin agak merapu bagi anda yang pertama kali baru jengah ke sini. Atau mungkin memberikan maklumat berguna buat anda barangkali. Manakan tidak, sekejap cerita pasal travel, sekejap cerita pasal kueh raya, nanti karang cerita pasal perkara lain pula. :p hehe..maaflah, saya cuba nak mempelbagaikan artikel dalam blog empunya saya dan isteri ini agar lebih luas exposure maka lebih luas coveragenya. In Sha Allah.. :-)
Untuk episod kali ini, saya ingin mengajak anda semua melihat dan memerhati beberapa keping gambar yang boleh dikategorikan cantek dan unik :p hasil dari petikan shutter sebuah smartphone jenama mesin basuh yang popular iaitu Samsung. Untuk lebih tepat lagi smartphone tersebut ialah Samsung Galaxy Mega. Dalam entri sebelum ini saya telahpun menceritakan mengenai pembelian smartphone ini dan mengapa saya memilih Galaxy Mega berbanding model Samsung yang lain. Sila rujuk di sini. Tetapi untuk entri kali ini saya hanya akan fokus kepada sample2 gambar yang saya ambil menggunakan Galaxy Mega ini dan juga beberapa setting yang anda boleh godeh2 untuk kegunaan akan datang.
Sebelum saya membuat keputusan untuk membeli Samsung Galaxy Mega ini, saya terlebih dahulu riki2 di internet tentang kualiti gambar, audio, video yang sememangnya banyak dalam Youtube. Bukan setakat itu sahaja, dengan kelebihan yang ada di internet ini, anda juga boleh membuat perbandingan smartphone yang lain dengan begitu mudah. Jadi sekiranya anda ingin membeli sesebuah smartphone, eloklah terlebih dahulu membuat perbandingan spesifikasi supaya anda betul2 faham apakah kemampuan device tersebut dan berapakah pula rating yang diberi bukan sahaja review dari individu2 tertentu dalam penggunaan teknologi ini, malah ada juga apps yang boleh dimuat turun bagi mengetahui benchmark smartphone anda. Aplikasi yang saya maksudkan itu ialah AnTuTu Benchmark.
Tapi kenapa nak kena download apps itu? Ishh..saya tak kata pun perkara tersebut suatu kemestian untuk dimuat turun., cuma bagi anda yang berminat untuk mengetahui sejauh mana performance smartphone anda, bolehlah mencuba try download apps tersebut. 0_0
Ok, berbalik pada topik sebenar yang hendak diceritakan ini. Kebanyakan foto yang dicapture ini adalah secara spontan dan tidak dirancang seperti mana seorang Photographer yang hendak plan angle mana nak ambil. Apa yang saya nampak dan fikir menarik, terus aje shoot. ;) itulah kelebihan smartphone, mungkin tak perlu nak bawa DSLR yang besar gedabak ke mana2 dalam percutian anda. Dahlah ada mode untuk rakam video lagi..All in one and one for all! :-) Kualiti pula boleh tahan juga..kalau tak kenapa ada printing kiosk kat mana2 shopping complex yang memudahkan anda untuk printkan?
Apa kata kita tengok dulu kualiti foto dari Samsung Galaxy Mega ini. Lokasi pula kebanyakannya adalah di sekitar UTM Skudai dan juga beberapa keping foto dari kampong saya.
Auto WB
Location: UTM Skudai
Location: UTM Skudai
Richtone HDR
Location: Kampong Perpat Timbul, Serkat, Pontian, Johor
Auto WB
Location: Kampong Perpat Timbul, Serkat, Pontian, Johor
Location: Kampong Perpat Timbul, Serkat, Pontian, Johor
Richtone HDR
Location: Kampong Serkat, Pontian, Johor
Location: Kampong Serkat, Pontian, Johor
Auto WB
Location: Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor
Yang ini pula Setting pada sebelah kiri atas. Tujuannya adalah untuk kita lakukan modifikasi tertentu
pada Photo size (4:3 atau 16:9, 8MP atau 6MP) dan juga beberapa setting lain bagi anda yang dah biasa godeh2 kamera DSLR punya setting.
Ini pula setting untuk video resolution. Samada nak rekod Full HD atau SD (4:3)
1920x1080 (16:9), 1280x720 (16:9), 640x480 (4:3), 320x240 (4:3)
Oklah..kalau ada yang tertanya2 macam mana nak dapat foto yang cantik macam ni dgn Galaxy Mega anda, apa kata explore dulu mode yang ada pada smartphone anda tu dan cubalah shoot kat mana2 lokasi sekeliling anda. Tak payah pegi jauh semata2 nak test shoot dgn Galaxy Mega anda itu. Yang penting cuaca yang baik dan ada color tone yang menarik sewaktu nak shoot. Kebanyakan foto saya shoot ini pun sekitar UTM dan juga di kampong sendiri serta jalan2 sewaktu open house baru2 ni. 0_0
So, kalau korang touch pada Camera menu dalam Galaxy Mega ni, nampaklah menu di sebelah kanan tu: Mode, Shutter, Foto/Video, Autofocus. Yang sebelah kiri atas tu pula Front Camera dan juga Setting. Tapi jangan korang tengok skrin kamera apasal tak keluar gambar yang sama macam kat dalam blog ni? Ada jugak yang kena paparazi ni karang! Hihi.. :p Untuk menyelam ke dasar lautan, mari kita tengok apa setting yang boleh kita godeh untuk memahami apa kebenda ada dalam setting ni?
menu di sebelah kiri dan kanan tu boleh godeh2 untuk tahu apa kegunaannya. tapi gambar yang berada di tengah2 tu confirmlah tak sama dengan gambar korang ambilkan? Hehe..
Aha..inilah dia setting untuk picture Mode. banyak yer rupanya? Amboi..tak sempat nak capture
dah korang pilih Rich tone (HDR) yer? Confirm dah explore kat internet pasal smartphone nikan?
Tahniah la diucapkan! 0_0
pada Photo size (4:3 atau 16:9, 8MP atau 6MP) dan juga beberapa setting lain bagi anda yang dah biasa godeh2 kamera DSLR punya setting.
Ini pula setting untuk video resolution. Samada nak rekod Full HD atau SD (4:3)
1920x1080 (16:9), 1280x720 (16:9), 640x480 (4:3), 320x240 (4:3)
Di sini anda boleh lakukan setting seperti Flash on/off, Storage nak simpan dalam internal memory atau external memory card, Guidelines on/off dan pelbagai lagi.
Ini pula Panorama shoot yg diambil ketika balik kampung isteri di Muar. Boleh tahan jugalah
warna yang terhasil dari Samsung Galaxy Mega ni. Atau sebab rumah ni masih baru lg cat? ;p
(Siap ada depth of field lg walaupun 4mm) teknikal data kat bawah ni:
Model : GT-I9205, ISO: 80, Exposure : 1/914 sec, Aperture : 2.6
Focal Length : 4mm, Location : UTM Skudai
Model : GT-I9205, ISO: 80, Exposure : 1/914 sec, Aperture : 2.6
Focal Length : 4mm, Location : UTM Skudai
Pokok kipas dengan mode Richtone HDR
Location: UTM Skudai (sebelah opis jer)
Location: UTM Skudai (sebelah opis jer)
Orait..artikel ni pun ditulis sebagai satu usaha bagi anda yang sedang dalam pencarian di google tentang Sasmung Galaxy Mega ini. Jangan risau bukan setakat blog saya sahaja yang menceritakan tentang hal ini, banyak lagi blog2 yang lain menceritakan perihal yang sama cuma jalan ceritanya berbeza. Saya lebih suka tumpukan kepada satu tajuk yang khusus dan diminati. Maklumlah..saya juga seorang Freelancer Photographer. Jadi elok juga saya kongsikan sesuatu dari smartphone ini bagi tatapan anda semua.
Baiklah para pengunjung sekalian, mudah2an kita bertemu lagi dalam episod terbaru akan datang dengan tajuk berlainan agar lebih segar dan mekar blog ini pada masa hadapan. In Sha Allah..
Tata.. :-)
bila melihat gambar-gambar hasil penggunaan smartphone ni, saya teruja untuk memiliknya
ReplyDeletebiasa2 aje gambar ni. itupun sebab cuaca cantik baru dpt shoot. orait..mudah2an dpt membuat pilihan yg baik. :)
Delete