Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria dari saya dan isteri a.k.a, tuan tanah untuk blog ini, cubitsanasini.blogspot.com. Sedar tak sedar, masa berlalu begitu pantas dan membawanya sekali bersama adalah rencana kehidupan dari entri terakhir blog ini ditulis sekitar bulan Ogos lalu sehinggalah sekarang ini. Lebih kurang sebulan masa beredar dan blog ini tidak diupdate dengan apa jua artikel sekalipun, padahal dah ada beberapa bahan lain yang dirasakan dah boleh dijadikan artikel yang boleh dikongsi bersama buat anda semua wahai pengunjung blog kami sekalian. (tapi baru la ni dapat freekan diri dan menaip) hehe.. ;)
Oklah, sebenarnya trip ke USS tahun 2012 ni adalah kali yang kedua buat kami. Ini oleh kerana pada tahun 2011 yang lalu pun kami telah pergi ke sana juga atas tujuan yang sama. Of courselah bermain-main dengan apa saja games yang ada kat sana! Wheee.. :)
Segala urusan pembelian tiket, pengangutan dsb, adalah urusan dari pihak isteri yang sememangnya rajin untuk melaksanakan aktiviti riuh-rendah bersama rakan-rakan sepejabatnya. Pada masa yang sama ada seorang lagi rakan rapatnya dari K.L. yang turut serta bersama adiknya bagi memeriahkan xpdc kali ini. Eh, kejap! Ada sorang lagi rakan baik dari JB yang turut dibawa bersama dengan adiknya. Haa..complete set percutian ke USS tahun 2012 ni. Tapi kebanyakannya rakan2 belah isteri memang join ke USS ni sejak 2011 lagi. Baguslah macam tu sayang, kawan2 diajak sama dalam program riadah ini. hihi..(saya pula tak reti nak mengajak kawan2 untuk join together2 misi kali ini)
Sejak kali pertama kami ke USS tahun 2011 dahulu dengan mendapatkan perkhidmatan dari Rajawali Bintang Travel Sdn Bhd, begitu jugalah untuk misi kali kedua ini. Kenapa tak cari aje syarikat bas lain yang ada service yang sama? Jawapannya senang aje..oleh kerana isteri saya ni seringkali kerjanya turun-naik ke Mahkamah Bandaraya yang terletak di Larkin tu atas urusan Pendakwaan, (oohh..pakai baju hitam-putih eh sayang) hik hik hik! ;), dan pada masa yang sama syarikat Rajawali Bintang Travel ni pula berdekatan hanya beberapa langkah kaki sahaja untuk ke sini, maka isteri saya telah mengambil langkah bijak untuk rikki-rikki apa servis yang ditawarkan oleh syarikat ini. Sejak itulah (2011) kami suami isteri memulakan xpdc ke Universal Studio Singapore.
Tiket bertarikh 22 Oktober 2012. Pastikan anda membawa duit mencukupi ke sini. Kalau tidak,
anda hanya sekadar mampu lihat dan belek2 permainan yg comel2 begitu juga dengan cenderahati.
Dengan bermodalkan RM 198.00 (rujuk grafik di bawah) anda sebenarnya dah boleh sangat ke USS bagi meneroka pelbagai permainan yang ditawarkan di sana. Akan tetapi bagi melancarkan urusan selain daripada modal ke USS sebanyak RM 198.00, adalah elok jika anda dapat menyediakan wang saku tambahan untuk makan dan barangkali menyambar sebarang dua t-shirt dan keychain sebagai kenang-kenangan. Maklumlah di kota singa tu segala urusan dalam SGD dan harga makanan dalam USS pun boleh tahanlah sebab dalam sebutan Dolar. Sebab tahun 2011 yang lalu kami makan di Ancient Egypt, Oasis Cafe; Nasi beriyani..takdelah sedap manapun. Nasi beriyani kerja kawin lagi sedap rasanya! Oh..baru ingat, saya pun ada menulis review mengenai makan Nasi Beriyani di Medini Mall, Nusajaya, Johor. Klik jer link tersebut.
CIQ Johor. Turun dan naik bas..selepas tambak pun proses yang
sama, tapi imegresen Singapore pula.
Dekat imegresen di kedua belah pihak ni kita boleh tengok begitu ramai warga JB yang bekerja di Kota Singa. Mereka agak sibuk dengan resmi tersendiri bersama2 gajet yang mereka bawa sambil beratur menunggu giliran bagi passport clearance. Kami sendiri pun rasa, agaknya beginilah keadaan yang diharungi oleh warga JB yang bertungkus-lumus bekerja di Kota Singa ini bagi mencari rezeki dengan bergajikan SGD dan mendapat jumlah yang besar setelah ditukar ke RM. Kehidupan..
Maka setelah berpanas punggong di atas kerusi bas sambil kadang2 berbual dengan isteri sebarang dua xtvt yang bakal dilakukan di USS nanti, sampailah juga ke destinasi. Rilek jer..kali kedua..hihi..
Maka setelah berpanas punggong di atas kerusi bas sambil kadang2 berbual dengan isteri sebarang dua xtvt yang bakal dilakukan di USS nanti, sampailah juga ke destinasi. Rilek jer..kali kedua..hihi..
Bergambar di depan globe USS ni dah jadi suatu
kemestian kalau tiba di sini. Eh..pakai seluar pendek pula?
Hihi..Tahun 2011 dulu seluar panjang. Haha.. ;p
Dah lepas aje entrance tu, terus kita orang ambil jadual show untuk hari tersebut yang sememangnya disediakan untuk para pengunjung. Dan si isteri dan rakan2nya pun merenung satu per satu item yang terdapat pada jadual tersebut. Si suami suka ambil gambar aje, tengok2 jadual ni nanti bukan ikut jadual sangat pun,. Hihihi..alasan tak munasabah! ;p
Geng adik-beradik tengah serius discuss mana satu
nak pi dulu ni eh?
si isteri sedang discuss dengan best fren mana satu patut
kita buat dulu untuk tahun 2012 ni. saya cadang Transformers
The Ride! Setujukan? ;)
Jadi untuk memulakan aktiviti yang sepatutnya pada hari tersebut, kami telah membuat keputusan untuk ke Sci-Fi City terlebih dahulu. Game apa yang nak kita nak start dulu ni? Aha..apa kata kita tunggu Part 2: Nota Percutian ke Universal Studio Singapore 2012. Okay? Dah masuk time Zuhur sekarang ni..In Sha Allah..kita bertemu lagi selepas ini.
Wassalam...
Wassalam...
0 comments:
Post a Comment