Thursday, November 21, 2013

Assalamualaikum w.b.t. Bertemu kita lagi di laman blog yang dipenuhkan dengan intisari kehidupan penulisnya sendiri, menceritakan pelbagai kisah kehidupan yang dilalui samada pengalaman sewaktu bercuti, outstation, makan2 dan jalan2 serta yang sekitar dengannya. Oleh kerana blog cubitsanasini dah lama tak dipenuhkan dengan artikel2 menarik, maka kali ini saya kembali lagi ke dalam alam maya bagi berkongsi tentang diari perjalanan saya outstation ke Klana Beach Resort, Port Dickson pada 15-17 November yang lalu. Dan sudah tentu ada yang tertanya2, kenapa tajuk entri kali ini panjang lebar dan apa pula kaitannya setiap aktiviti yang bakal dilakukan nanti?

Inilah yang saya nak kongsikan kepada anda semua wahai pengunjung yang budiman.. 0_0

Untuk pengetahuan anda semua, kali ini saya outstation ke Klana Beach Resort pada tarikh tersebut bagi menjalankan tugas sebagai Sekretariat Open Courseware (OCW). Tapi apa tu OCW dan kaitannya dengan saya sebagai sekretariat? Mungkin juga ada sesetengah dari anda berfikir bahawa menjadi sekretariat untuk sesebuah program hanyalah untuk melancarkan bengkel/kursus yang dijalankan i.e. pasang laptop, angkat barang2 komputer seperti LCD, printer, flip chart dan pelbagai lagi keperluan kursus untuk digunakan sewaktu bengkel dijalankan di lokasi berkenaan. Ada yang betul dan ada yang tak betul juga.

Baiklah untuk mendapatkan gambaran sebenar apakah itu Open Courseware, apa kata klik pada link MIT Opencourseware dan juga link UTM Opencourseware. Oleh kerana saya tidak akan ceritakan secara detail apakah itu OCW, jadi saya ringkaskan sahaja di sini yang dipetik dari sumber berkenaan:

1) “The idea is simple: to publish all of our course materials online and make them widely available to everyone.”
Dick K.P. Yue, Professor, MIT School of Engineering


2) UTM Open Courseware is a collection of high quality digital learning materials based on courses offered at this university. The learning materials, in a complete course format, may include lecture notes, lesson plans and exercise questions. As a member of the Open Courseware Consortium, UTM pledged to publish learning materials based on courses taught at this University to users around the world, at no charge. Sharing our course materials with the world is one of our contributions towards improving the quality of education.

Amacam saudara/saudari sekalian? Saya harap anda semua faham akan penjelasan ayat di atas. Sangat mudah dan simple. Jadi apa yang saya nak jelaskan di sini adalah walaupun anda baca ayat di atas dan cuba memahami isi kandungannya, saya bukanlah seorang pensyarah yang akan publish kursus yang diajar secara online bagi tujuan perkongsian di serata dunia. Tugas saya adalah untuk membantu para pensyarah yang mengikuti bengkel OCW ini dengan slide bahan2 pengajaran mereka untuk tujuan upload ke laman ocw.utm.my. Selain daripada itu, tugas terpenting sepanjang bengkel ini dijalankan ialah membantu pensyarah2 tersebut mengedit imej/grafik yang sedia ada di dalam slide pengajaran mereka sebelum dapat diupload online. Kenapa? Kerana mungkin bahan2 grafik yang digunakan tersebut bersifat copyright protected, personal, ada limitation tertentu yang membuatkan kita sebagai user tidak boleh sesuka hati mendownload dan menggunakan sewenangnya. Jadi, bagaimana kalau ingin juga menggunakan grafik/gambarajah tersebut? Sebagai contoh lihat gambarajah ini:
 
 Ya, nampak memang cantik, tapi imej ini sudah pasti ada copyright protected dari sumber asalnya. Kalau masih digunakan juga imej ini dalam slide pengajaran anda dan upload online, mungkin anda
akan disaman atas penggunaan imej yang ada hakcipta terpelihara ini.


Jadi untuk mengelakkan berlakunya hal2 sedemikian, saya ditugaskan untuk mengedit semula dan modify imej/grafik berkenaan supaya tidak sama dari yang asal. Lagi bagus kalau tak payah edit dan minta sahaja permission dari owner. Tapi berapa lama mahu tunggu? Makan masa wooo...so that's why I was there. Untuk melancarkan lagi kerja ada 2 orang lagi graphic designer yang turut sama melaksanakan tugas ini. 


P/S: Bersabar yer tuan2 & puan2. Ini baru mukadimah aje. Pasal makan2 dan sebagainya tu akan dimasukkan ke dalam part 2. :)


Share:

0 comments:

Post a Comment