Salam penuh ceria dari saya, penulis blog cubitsanasini yang juga tuan punya empayar bagi blog peribadi ini yang kadang2 agak serius dalam penulisan yang ringan, agak ringan dalam penulisan yang berat, tapi masih seimbang kandungan dalamannya. Kali ini kita bertemu lagi dalam Part 2: Outstation, Beriyani Herbs Nasuha, Balai Cerap, Masak Lemak Cili Api Teluk Kemang: Apa kaitannya? Kalau dalam entri Part 1 sebelum ini saya menceritakan serba sedikit mengenai tugasan saya sebagai sekretariat bagi bengkel OCW, maka pada entri kali ini saya akan menceritakan pula sewaktu dalam perjalanan ke bengkel tersebut di Klana Beach Resort, Teluk Kemang, P.D.
Kami memulakan perjalanan pada hari itu 15hb November 2013 lebih kurang pukul 11 pagi. Dan kebetulan pula 15hb itu adalah hari jumaat, maka perjalanan kami dari UTM Skudai dimulakan dengan singgah ke Petronas tol skudai terlebih dahulu bagi mengisi minyak kenderaan jabatan (van) dan keperluan peribadi masing2 serta ada yang mengeluarkan sedikit wang perbelanjaan sewaktu dalam perjalanan dan apabila tiba ke destinasi kelak. ;) Penting tu ye tuan2 dan puan, manalah tahukan dalam perjalanan nanti kadang2 perut ni tiba2 jer nak disumbat dengan twisties, potato chips dsb. hehe.. 0_0
Perjalanan kami diteruskan sehinggalah exit ke Pagoh untuk mendirikan solat jumaat di sebuah masjid yang berdekatan, seingat saya di Kampung Bukit Pasir (selepas bayar tol, belok ke kiri). Maka kami yang kaum lelaki bersiap2 mengambil wuduk dan duduk mendengar kutbah yang dibacakan oleh khatib yang bertugas. 2 orang lagi kaum wanita kemungkinan singgah ke tempat bersebelahan masjid rasanya. (maaflah kalau tak betul ke mana you guys berdua time ni) hehe.. ;)
Selepas menunaikan solat jumaat, kami pun menaiki semula van bagi mencari warung2 berdekatan untuk makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke P.D. Tiba2 saya teringat akan nama sebuah restoran iaitu, Nasuha Restaurant, Herbs & Spices. Alangkah baiknya kerana restoran tersebut amat berdekatan dari masjid yang kami singgah sebentar tadi. :-) Alhamdulilah..dapatlah merasa nasi beriyani yang disajikan dengan herba, menarik sekali tu ye!
Inilah dia antara sekretariat bengkel OCW yang sedang kelaparan nasi. Masing2 sedang mengawal emosi sementara menunggu pesanan nasi beriyani herba disajikan. Sabar sikit ye kawan2. Tak lari ke mana pun nasi beriyani tu. hehe..
Aha..saja jelah nak tunjuk cutlery n tisu ni. Maklumlah bukan setakat restoran sahaja, malah ada resort di sini! Kalau nak tengok ladang2 herbanya pun boleh. Bayar ajelah RM50 and then naik hilux yang akan dibawa oleh pekerja di sini. Barulah kenal pokok2 yang berunsurkan herba tu.
Apa yang menarik di sini selain makanannya bercirikan herba tempatan adalah, ruang makannya juga amat unik dengan dekorasi dari kayu2 dan lantai batu refleksologi di sekeliling meja makan kita. Eloklah juga jalan2 di sekeliling meja buat refleksologi, berapa lama kakiku ini boleh tahan sambil pejam2 mata menahan keasyikan terapi kaki ini. Waduuhh..sedap bangat nih! hehehe..
Selain daripada itu, jika anda lihat gambar di atas ini, terdapat banyak frame gambar yang menunjukkan wajah2 bekas Menteri Besar Johor suatu ketika dahulu. Jadi apa kata sementara menunggu makanan sampai tengoklah dulu gambar2 tersebut bagi mengenali sendiri wajah2 menteri Besar Johor dahulu kala yang pernah mencurah khidmat bakti di negeri tercinta ini. Siapa kata makan dan kenyang tidak dapat apa2 input untuk dijadikan pengajaran buat anda? Sebagai orang Johor, anda seharusnya mengenali mereka2 ini dan apa jasa khidmat bakti kepada negeri ini. Eh..dah jauh sangat lari topik. hehe..
Selain daripada itu, jika anda lihat gambar di atas ini, terdapat banyak frame gambar yang menunjukkan wajah2 bekas Menteri Besar Johor suatu ketika dahulu. Jadi apa kata sementara menunggu makanan sampai tengoklah dulu gambar2 tersebut bagi mengenali sendiri wajah2 menteri Besar Johor dahulu kala yang pernah mencurah khidmat bakti di negeri tercinta ini. Siapa kata makan dan kenyang tidak dapat apa2 input untuk dijadikan pengajaran buat anda? Sebagai orang Johor, anda seharusnya mengenali mereka2 ini dan apa jasa khidmat bakti kepada negeri ini. Eh..dah jauh sangat lari topik. hehe..
Menarik pemandangan dalam restoran ni. Sambil2 tu cubalah belek dulu gambar2 dalam frame tu yer. Manalah tahukan suatu hari nanti anda tengah berbual dengan orang yang lebih tua dari anda dan topik mereka adalah bekas2 MB Johor suatu ketika dahulu, tak perlulah anda rasa jemu mendengar aje, paling tak pun google cari maklumat mereka ini. TQ. ;)
SEKILAS INFO:
Pihak kami (CTL) pernah menemubual seorang pakar sejarah dari UTM, iaitu Dr. Kassim Thukiman mengenai penulisan buku beliau iaitu 'Sejarah Johor dalam pelbagai Perspektif'. Maka di kesempatan ini saya berkongsikan link tersebut buat tatapan anda kemudian:
Mudah-mudahan sambil kita membaca blog, dapatlah juga menikmati perkongsian ilmu dengan anda semua.
Saya memilih set beriyani ayam. Siap dengan air bercirikan herba, rasa macam teh pula. hehe..tengok tu dengan supnya, daun apa tu warna merah, kunyah aje. ;) sedaplah walaupun herbakan..
Jadi, tak semestinya apabila kita hendak ke sesuatu destinasi itu, kita hanya perlu jalan lurus tanpa memandang ke tempat2 lain yang juga dirasakan menarik. Malahan, di sini juga tempatnya lebih menarik dari yang lain2. Kalau berkesempatan lagi, mungkin saya akan singgah lagi ke sini untuk menikmati beriyani nasuha, herbs & spices.
Kita bertemu lagi dalam entri akan datang Part 3: Outstation, Beriyani Herbs Nasuha, Balai Cerap, Masak Lemak Cili Api Teluk Kemang: Apa kaitannya?
0 comments:
Post a Comment