Thursday, November 21, 2013

Sedar tak sedar sudah masuk entri ketiga bagi topik Outstation, Beriyani Herbs Nasuha, Balai Cerap, Masak Lemak Cili Api Teluk Kemang: Apa kaitannya? Kalau tengah ada idea nak menulis tu memang susah untuk berhenti menaip. Bila berhenti menaip je, macam2 dah digodeh dalam pc ni akhirnya ke laman blog juga tempat dituju. Manakan tidak, kalau dalam entri sebelum ini Part 2
saya telah menceritakan perjalanan kami ke P.D. dan singgah di Nasuha Restoran, Herbs & Spices, maka pada bahagian 3 ini saya akan meenceritakan pula keadaan di dalam bilik hotel Klana Beach Resort, P.D.

Akhirnya kami sampai ke sini waktu petang (high tea). 2 orang ofis mate lelaki naik ke bilik terlebih dahulu sementara saya diajak oleh akak yang juga ofis mate untuk minum petang yang disediakan oleh pihak hotel. Boleh tahan jugalah tempat ni, maklumlah baru lagi. Sebab tu di bahagian tepi hotel, belakang balai cerap sedang dalam proses pembinaan. Swimming pool pun airnya masih kotor lagi, under construction..begitulah keadaannya. Di dalam cafe ini pun rasa-rasanya boleh memuatkan seramai 80 orang sahaja. Pada mulanya pihak kami ingin menginap di Ancasa Resort yang terletak berdekatan dengan Klana Beach Resort ini, tetapi oleh kerana di Ancasa telah full-booked, maka tak dapatlah kami menginap di tempat biasa OCW dijalankan. Kerana sebelum ini telah beberapa kali bengkel OCW dilaksanakan di Ancasa Resort, P.D. Tapi tak apalah..lagipun ini first time stay di Klana Beach Resort. Bolehlah buat review makanan yang disediakan di sini. 0_0

Kalau di Ancasa Resort dahulu amat mudah untuk kami berjalan kaki sepanjang pantai P.D., tetapi di Klana Beach Resort lain pula aktivitinya. Aha..kalau nak tahu kena terus membaca. Maklumlah lain tempat lain caranya, pengalaman pun semakin bertambah.

Apa yang menariknya di sini ialah, berhadapan dengan hotel penginapan kami tersergam indah Kompleks Baitul Hilal, tempat di mana pencerapan cakerawala dilakukan. Saya juga mendapat tahu bahawa hotel ini kepunyaan Majlis Agama Islam negeri Sembilan (MAINS). Maka sudah pastinya hotel ini mematuhi syariah. Anda boleh saksikan sendiri staf wanita bertudung, tiada lagu klasik berkumandang di corong radio mereka, hanyalah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan nasyid. Kebanyakan yang berkunjung ke sini pula adalah yang beragama Islam dan ada juga non muslim menginap di sini. Yang penting adalah lokasi strategik hotel dan Kompleks Baitul Hilal tersebut.

Susunan meja yang kemas di cafe dengan berlatarbelakang grafik cakerawala universe. Makanan pula ala2 kampong style. Kenalah tu dengan selera penulis blog ni. hehe.. ;-) masak lemak cili api Negeri Sembilan memang mantop!

Inilah dia Kompleks Baitul Hilal, berhadapan dengan hotel penginapan kami. Selak aje langsir dari bilik pun dah nampak. Cuma kalau selak langsir untuk tengok bintang, bulan, meteor rain, mungkin agak sukar jika tanpa telescope. ;) oh..di bangunan ini jugalah bengkel OCW diadakan.


Kalau dulu sewaktu saya berbengkel OCW di Ancasa Resort, tiap-tiap pagi dikejutkan dengan teriakan burung merak di sebuah taman bersebelahan hotel. Agak mudah untuk bangun pagi! ;) Tetapi di Klana Beach Resort, aktiviti yang boleh dilakukan ialah mengikuti rombongan naik ke balai cerap. Kalau korang ada teleskop yang boleh melihat pada jarak yang jauh, bawalah sekali ke sini kerana bukan setakat percutian anda terisi dengan aktiviti pencerapan cakerawala, malah menambah pula ilmu di dada. 

Malahan, seorang staf yang bertugas di Balai Cerap ini mengatakan bahawa, setiap kali tibanya bulan Ramadhan, ramai orang akan berkumpul di Kompleks Baitul Hilal bagi melakukan aktiviti pencerapan. Masing2 membawa teleskop sendiri. Wow!! Bukan murah ye teleskop tu! Paling murah pun harganya lebih kurang RM 700!

Simple, just nice. Cuma bilik ni tiada balcony.

Saya pilih katil yang hujung. Huh..sejuk bangat rasanya. Apa yang menarik pandangan saya sewaktu jalan menuju ke bilik adalah deretan gambar2 astrophotography melekat di dinding luar bilik. Setiap gambar disertakan dengan details spt photographer, caption, kamera jenis apa digunakan. Paling kurang pun Canon 5D Mark II. Uishh..garuk kepala time tu. hehehe..

Inilah the other side of me kalau pergi jalan2 mana pun. Snap and review ke dalam blog.

Whoo..besarnya teleskop ni. Menurut staf yang bertugas di sini, harga sebiji teleskop ini mencecah RM 1.8 juta. Pheww..kenalah tu dengan saiznya yang besar. Teleskop ini pula direka oleh somebody dari oversea (tak ingat dari negara mana) dan pemasangannya pula dilakukan oleh rakyat tempatan dengan menggunakan kren untuk mengangkat dorm yang berpusing automatik ini.

Oklah, rasa-rasanya saya stop di sini dahulu untuk episod outstation ke Klana Beach Resort, P.D. Sebenarnya ada banyak lagi nak diceritakan di sini mengenai lauk makan tengahari di cafe ini yang bercirikan masakan kampong. Sedap pula tu! Lebih2 lagi ayam masak lemak cili api! Memang favret saya tu tuan2 dan puan2. Isteri saya pun tahu akan hal tersebut. hehehe..

Baiklah, apa yang saya dapat simpulkan di sini adalah, walaupun setiap kali outstation ke P.D., pasti ada sesuatu yang baru dapat dilakukan walaupun mungkin perkara tersebut kecil. Tetapi apa yang berlaku di Baitul Hilal ini adalah perkara yang besar dan tak pernah lagi dilalui oleh penulis sendiri. Maklumlah, bukan murah harga teleskop tu ye tuan2 dan puan2. Dan saya pula lebih suka digiscoping. Ya, digiscoping ialah suatu teknik untuk merakam gambar burung dengan menggunakan teleskop. Bukannya lens DSLR yang panjang tapi mahal tu. Tapi...alahai, belum mampu lagi memilikinya. Hehe..

Wassalam
Jeffri Rahman

Share:

0 comments:

Post a Comment