Assalamualaikum..rasanya dah lama saya tak berkongsi cerita melalui penulisan dalam blog ini. Manakan tidak..tanggungjawab kepada keluarga dan juga negara menjadi keutamaan apabila telah peroleh cahaya mata yang comel ketika ini. :) Apa-apa pun saya sekali lagi ingin berkongsi sebuah cerita mengenai smartphone dan bukanlah percutian di pulau serata Malaysia. Dah ada si kecil ni, bukannya tak boleh nak melancong/berehat ke pulau, tetapi tumpuan agak lebih kepadanya. Mungkin dah besar sikit nanti akan sambung cerita mengenai pulau2 di Malaysia ni ye kawan2!
La ni, saya nak cerita mengenai smartphone, samada untuk root@tidak. Terpulang kepada anda. Zaman sekarang ramai dah pengguna di Malaysia ini berkemampuan untuk mendapatkan telefon pintar dengan harga yang murah mahupun mahal. Kita sendiri tahu kalau harganya murah tu sebabnya apa. Dan yang mahal pun ada sebabnya tersendiri. Cuma ketika pertama kali smartphone jenama Samsung galaxy S keluar di pasaran, harganya boleh dikatakan menyamai harga sebuah iPhone yang first model dahulu. Berapa jauh punya beza dari sudut RM dan juga performance spec? Phewww...saya tidak menyentuh pasal hal tersebut, tapi ingin bercerita mengenai nak root@tak? Teruskan membaca:
p/s: penulisan agak bersahaja dengan penggunaan bahasa pasar agar sedap untuk dibaca. thehe.. :p
Salah satu kelebihan telefon pintar yang beroperasi bawah sistem Android adalah keupayaannya untuk dirootkan supaya user/tuan milik telefon pintar tersebut mempunyai authority sebagai Superuser atau dalam bahasa kasarnya Gila Kuasa! :p. Apabila pemilik tersebut telah berjaya mengerootkan telefon pintarnya, dia dikatakan akan mempunyai kuasa tahap dewa untuk mengubah/menggodeh apa sahaja tatapan pada telefon miliknya. Apakan tidak sedangkan google sendiri meletakkan sekatan tersendiri dalam android dengan alasan sekuriti dan keselamatan akan terancam, tapi pada masa yang sama syarikat telekomunikasi dan pembuat telefon pintar pun request perkara yang sama. Come onlah! Takkan yang di sana makan Banchan, Kimchi; yang di sinun makan steak, fish & chips; selera tak sama tapi boleh pulak buat decision making atas alasan keburuntungan bersama! What de heck ni? Mungkin ini dikatakan sebagai gila kuasa sebenar dalam dunia android. Para pemilik OS, telco dan pembangun telefon sama-sama ingin bergila-gilaan kuasa mahu sekat untung user biasa macam kami yang kerdil ni. Huh..emosional sungguh. Wekkk!
Tapi kenapa aku nak ROOT telefon pintar aku nih? Adakah aku akan menjadi seorang yang Gila Kuasa ataupun menjadi semakin pintar dan pintar lalu terbaca artikel ini? :p
Jadi korang percayalah ya bila korang dah root telefon pintar korang tu, korang akan jadi pintar-pintaran? Oh tidak..bukan begitu gambaran yang sebenarnya. Beginilah..jika korang gunakan komputer yang membenarkan akaun pelbagai pengguna, sudah tentu sebahagian dari pengguna akaun tersebut mempunyai kuasa tahap dewa berbanding dengan user yang lainkan? Apa sebabnya? Ini kerana Administrative accounts membenarkan korang untuk membuat sesuatu pada skala yang besar ataupun sesuka hati jer nak buat apa tanpa kira apa risikonya. Jadi di mana RISIKONYA? Ishh..takkan tak nampak lagi, kata dah jadi superuser! Huh..risikonya apabila korang boleh buat sesuka hati dalam komputer tersebut sudah tentu ianya membahayakan persekitaran dalaman komputer tersebut sehingga boleh menjahanamkan sistem operasi. Tu la, gila kuasa sangat sampai macam-macam nak godeh, last2 say goodbye to smartphone tu! Bye2! Begitulah sedikit sebanyak analoginya.
Kononnya Superuserlah tu bila dah root android smartphone! Hak
thuuii..patutnya kena pakai celana jer macam superman tu. Tak payah
pakai topeng bagai macam Batman & Robin :p
Gambar sekadar hiasan. Nak cantikkan dengan ayat. thehe..
Gambar sekadar hiasan. Nak cantikkan dengan ayat. thehe..
Rooting mempercepatkan terbatalnya jaminan (warranty) terhadap telefon pintar korang
1. Bila korang dah mengerootkan smartphone, tak payahlah nak hantar balik untuk servis. Depa tak nak tolong format balik kepada OS yang asal. Kan dah rugi!
2. Risiko 'bricking' terhadap smartphone. Nak tahu apa tu bricking? Aku dah bagitahu dah kat perenggan atas tadi. Disebabkan korang gila kuasa dah jadi superuser, godeh sana sini (misconfiguration), kemudian tiba-tiba masalah lain datang spt. firmware rosak (akibat mendownload customize punya OS dsb) maka hasil dari jari-jari pintar korang yang halus-hemalus tu, akhirnya telah bricked. Time ni la korang nak cari tutorial kat google tanya macam mana nak fix brick smartphone. Kalau boleh patah balik takpe, kalau tak, tunggulah Galaxy S6, ke S7 ke..beli baru eh. :p
Apa lagi potensi yang membahayakan telefon pintar anda jika mahu root juga? Walaupun impaknya minima, tapi masih boleh diberikan perhatian.
1. Kelemahan prestasi - Kononnya niat korang nak memberikan prestasi yang mantap terhadap telefon pintar korang. Tetapi menurut sejumlah besar bilangan pengguna, cubaan mereka untuk menambah prestasi kelajuan dan menokok nambah beberapa ciri-ciri tambahan pada telefon pintar mereka telah berakhir dengan kehilangan kedua2 prestasi dan ciri-ciri tambahan tersebut. Perlu diingatkan di sini, apabila korang membuat keputusan untuk root smartphone korang, ini bermakna korang membuat keputusan untuk mengubah serta menggodeh sistem operasi yang asal. Jahanamlah jadinya..kan senang macam tu. :p
2. Virus - Apa korang ingat windows aje ke yang boleh dapat virus? Telefon pintar pun sama jugalah! Takde bezanya pun! Phuii..yelah, bila korang mengeroot telefon pintar korang, ini bermakna korang melakukan proses flashkan ROM dengan program yang telah diubahsuai mengikut citarasa developer. Jadi bila korang lakukan perubahan terhadap pengkodan terhadap sesebuah perisian, korang juga sebenarnya telah berisiko mendedahkan virus ke dalam OS telefon pintar korang tu. Sayang la weii smartphone korang tu. Bukan murah..mahal sampai rega 2-3k. Ishh..mungkin korang banyak fulus tak, sebab tu rasa tak kisah pun. :p
Tak payah root android korang tu..kata banner ini.
Kelebihan Root telefon pintar. Eh ada kelebihan juga ke? Ingatkan takde!
Tadi dah berbakul2 aku menaip pasal keburukan mengeroot telefon pintar korang yang mahal tu. Tapi la ni aku nak bagi tahu the other side of kelebihan mengeroot telefon pintar korang pula.
1. Menggunakan apps yang memang khas bila dah root - Lagi-lagi Superuser. Huh!..seperti yang aku dah taipkan kat atas tadi, Superuser ni ialah app yang boleh digunakan apabila korang dah berjaya mengerootkan telefon pintar korang. Ianya memberikan kawalan terhadap telefon pintar korang dengan mengawal apps yang mana boleh akses ke dalam "root" system korang. Maklumlah, dahlah Gila Kuasa, eh silap, kuasa tahap dewa Superuser..macam2 boleh buat. thehe.. :p
2. Membebaskan memori - Bila korang install sesuatu app dalam telefon pintar korang, ianya disimpan dalam memori smartphone tersebut. Tetapi..dengan mengeroot telefon pintar, korang boleh pindahkan apps yang dah diinstall dalam memori ke dalam kad SD yang korang beli tu. Jadinya..jimatlah ruang memori sistem maka bolehlah menambah apa2 fail lain ataupun apps.
3. Custom ROM's - Inilah kelebihan yang power terhadap telefon pintar yang telah diroot. Sebabnya ialah terdapat beratus jenis ROM yang telah diubahsuai dengan ciri2 seperti melajukan kadar pemprosesan telefon pintar korang kepada mengubah rupa dan bentuk wajah dan rasa (feel) terhadap smartphone korang tu. Konon ada style la! Huh..
Kesimpulan
Walaupun kedengaran agak best bila dah root telefon pintar dengan menawarkan ciri2 seperti yang disebutkan di atas tadi, akan tetapi adakah anda mahu telefon pintar anda jadi bricked (rosak) dan tidak berfungsi di kemudian hari? Jadinya..sebelum anda membuat keputusan untuk mengeroot telefon pintar anda, fikir-fikirkanlah dahulu kesannya pada masa akan datang. Sendiri buat sendiri tanggung! Okeh?
Penulis tidak bertanggungjawab atas segala perbuatan yang telah anda rootkan terhadap telefon pintar anda.
Samsung a51 android 10 boleh kah root
ReplyDelete