Monday, June 9, 2014

 
Nantikan kemunculan sebuah cerita dalam blog yang berwarna-warni ini dengan penuh kesabaran dan kerajinan. Kerana penulis blog sedang mengumpul bahan2 untuk diblog ceritakan mengenai pengembaraan bermula ke Langkawi, Kedah. Wachaa!! Huyaaa!! Atoii..mintak sket minyak gamat!

Assalamualaikum w.b.t. Bertemu lagi kita dalam laman blog cubitsanasini, sebuah blog yang memaparkan kisah-kisah menarik pada kotak pemikiran penulis. Kali ini saya ingin berkongsi  pengalaman yang dilalui oleh diri ini ketika outstation ke Langkawi pada awal Jun 2014. Tapi ke mana pula outstation kali ini ye? Aha..cuba tengok tiket boarding pass seperti dalam gambar di atas. Nampak jelaskan? Baguslah tu masih jelas nampak walaupun tak pakai spek. Maknanya anda mungkin rabun2 ayam ataupun rabun suka2 sahaja nak pakai spek konon nampak mcm hero kacak pelakon ala2 Korea KPOP gitu. Tapi mata sepet! Huh..geli den! :p thehe...

Kali ini saya outstation ke Langkawi bagi menjalani rakaman video interaktif untuk sebuah projek pendidikan dengan kerjasama antara UTM-MIT-KPM. Projek video interaktif ini dikenali sebagai BLOSSOMS (Blended Learning Science or Math Studies). Oleh kerana tangan nakal saya ini hanya ingin menceritakan pengalaman sewaktu di Langkawi berbanding BLOSSOMS, apa kata klik pada link BLOSSOMS ini untuk mengetahui sendiri apakah itu sebenarnya projek BLOSSOMS dan mengapa UTM-KPM adalah sebahagian daripada projek pembangunan video interaktif ini. :)
Note: "Write to be understood, speak to be herd, read to grow..." - Lawrence Clark Powell.

Video shooting tersebut dilakonkan oleh dua orang Guru dari sebuah Sekolah Menengah Sains di Hulu Terengganu dengan membawa topik mereka iaitu 'Heat vs Temperature'. Tapi kenapa perlu pelakon terdiri dari Guru2 Sekolah Menengah bukannya talented actor/actress? Jawapan untuk soalan tersebut juga ada di laman BLOSSOMS. Tapi untuk ringkasannya begini..MIT ataupun nama penuhnya Massachusetts Institute of Technology melalui projek BLOSSOMS menggalakkan content creator itu sendiri sebagai pelakon oleh kerana beliaulah pakar bidang yang menulis skrip tersebut. Jadi, apabila skrip telah siap dikarang dan diedit, ianya akan disubmit kepada MIT bagi tujuan kelulusan untuk proses penggambaran. Oleh kerana negara kita ini kaya dengan unsur-unsur kebudayaan tersendiri, maka proses penggambaran sudah tentulah bercirikan kekayaan budaya negara kita. Itu yang kita mahu tunjukkan pada dunia!

Subjek Kimia yang diberi tajuk 'Save Our Kingdom'. Dengan menggunakan karakter Pak Belalang
sebagai bijaksana yang pintar dalam konsep kimia, video yang berlatarbelakangkan ala2 dalam
Istana zaman dahulu kala ini telah berjaya diupload ke laman web BLOSSOMS-MIT untuk tontonan para pendidik yang mengajar subjek kimia dan juga para pelajar aliran kimia di seluruh dunia.

Sebuah lagi video yang telah berjaya diupload ke laman BLOSSOMS-MIT iaitu 'Thermodynamics: Energy Conversion in Generating Electricity'. Dengan berlatarbelakang sekitar tahun 60an dan juga permainan wayang kulit sebagai terjemahan kepada para pelajar mengenai konsep janaan tenaga elektrik, video ini mempunyai kekuatan tersendiri apatah lagi penyampai video tersebut merupakan pakar dalam disiplin Termodinamik.

Yer..begitulah yang dimaksudkan oleh saya mengenai konsep yang berlatarbelakang Malaysia. Tahniah! Anda berjaya membuat saya menaip panjang mengenai konsep penggambaran video BLOSSOMS di Malaysia ini! Ishh..saya cuma nak sentuh sikit jer, tapi dah panjang menaip mengenainya. Saya nak bercerita pengalaman shooting di Langkawilah! Ishh...

teruskan membaca..

Bertolak dari Senai Airport pada 3hb Jun 2014 dalam pukul 6.30am, saya ingatkan kapal terbang terus-menerus ke Langkawi. Rupanya kena transit terlebih dahulu ke KLIA. Tapi yang bagusnya kita tak perlu ambil luggage dan hantar ke kapal terbang seterusnya, sebab hot transfer beb! Aha..so after touchdown di KLIA ada masa makan roti bakar dan minum teh o di Jonker Walk Kopitiam sebelum penerbangan seterusnya. Terpaksalah berjalan jauh sikit untuk menuju ke situ. Rakan2 ofis yang lain menuju ke Restoran Marrybrown sementara saya hanya duduk beberapa minit setelah melihat menu yang agak berat, lalu terus mencari Roti Bakar Jonker Walk. Ahh..pesan dan makan sambil melayari berita versi elektronik pada smartphone ini. Khusyuk dengan berita politik...Tiba2 aje announcement, 'calling for Mr Jeffri..bla bla bla..for immediate boarding. Thank you! Argghhh!!! baru aje nak habiskan teh o! Ishh..rupa2nya dah pukul 8:15am, flight pula akan berlepas pada pukul 8:25am. Citt! Laju aku berlari anak nak menyampaikan ke Gate B11 tu. Terus jer bagi boarding pass pada staf KLIA yang bertugas di situ. 'Haa..awak yang last ni, nasib baik belum terbang lagi.' Huh..dah masuk aje dlm perut flight rakan2 ofis yang lain dah gelak2 semacam. Takpelah! Janji dapat juga habiskan roti bakar tu walaupun perot masih kelaparan lagi waktu itu. Ish..dapat seat tengah2 pulak! Alaaa... :(

teruslah membaca wahai para pengunjung budiman..
tapi nak potong cerita dalam flight...kerana banyak sangat adegan tangan mengambil kacang masin dari stewardess. ahh..pedulikan itu semua, yang penting boleh kumpul masuk dalam poket! :) wheeee....

Sebaik sahaja touchdown di Lapangan Terbang Langkawi dan mengambil luggage serta video equipment, kenderaan yang kami sewa telahpun menanti di ruang parking luar bangunan airport. Untunglah kami..walaupun seramai enam orang tapi masih muat lagi disendatkan ke dalam Toyota Estima bersama2 barang yang banyak tersebut. Alhamdulilah..ada yang sudi mengemudi stereng kenderaan itu. Saya sendiri tak pernah drive MPV, kurang keyakinan untuk membawanya.

So, the first stop that day selepas dapat kereta ialah singgah ke Petronas yang berdekatan. Maklumlah..ingatkan dalam tank dah ada minyak penuh, rupanya hidup segan mati tak mahu jer. Citt..kemudian perjalanan diteruskan untuk scout di manakah kilang gamat MH Saujana Enterprise dan Nusantara Maju Enterprise. Ini oleh kerana topik berkenaan adalah berkaitan dengan gamat dan penggambaran perlu dilakukan di kilang gamat yang benar2 real sewaktu proses gamat yang tengah mendidih di dalam kawah. Done! Rupanya kedai/kilang gamat tersebut terletak tidak berjauhan antara satu sama lain. Jadi perjalanan diteruskan untuk mencari coklat serta pinggan mangkuk untuk dibawa balik ke Johor. Eh silap! Ampunkan kami..ampunkan kami penunggu gua! thehe..ada juga yang kena hempap dengan galaxy tab ni karang! Wachaa!! Perjalanan diteruskan dengan menuju ke Pekan Kuah untuk mengisi perot kami yang telah berbunyi2 sejak dari subuh tadi. Maklumlah..dalam flight cuma makan kacang masin jer! Diulang..kacang masin! Kalau lebih 60 minit barulah dapat makanan proper.

Pasal kacang nilah kami berebut antara satu sama lain sampaikan terpaksa panggil steward sebab nak mintak lagi. Apa ingat tak boleh mintak lebih ke? Kaut aje sebanyak mana yang boleh ye. Jangan hang kaut stewardess tu sudahlah..jadik isu nasional nanti. thehe..gurauan aje!

 Dah sampai pun ke Langkawi Airport. Ingatkan ada laluan terus ke terminal, rupanya kena turun tanggalah, dah tu kena jalan kaki sikit untuk ke terminal. Takpelah..exercise. Credit to En. Gaffar kerana bagi kebenaran gunakan gambar yang dipetik dari shutter beliau.

Konon happy masing2 dah dapat kacang..padahal berebut tu! Huh..siap angkat tangan nak mintak lagi!!

Jadi..setelah tuang minyak dan scouting lokasi penggambaran, tibalah masanya untuk mencari restoran. Maklumlah..dah lapar nasi waktu itu. Sampai ke Pekan Kuah, one of our ofis mate bagi cadangan makan di sebuah kedai makan berhampiran dengan Bay View Hotel. Aha..ada 2 buah kedai makan. Yang di sebelah kiri ramai pelanggan, di tengah ialah kedai jual produk gamat, dan di sebelah kanan pula Anjung Selera Tok Teh, langsung takde customer. Tapi semua kaki dah berjalan ke arah restoran yang di sebelah kiri. Bila kami riki2 kedai tu, rupa2nya lauk dah nak habis dah. Ishh..terus ke Anjung Selera Tok Teh. Padahal kereta parking di hadapan warung Tok Teh. :) Alhamdulilah...walaupun belum ada pelanggan lagi di kedai Tok Teh ni, tapi lauk-pauknya semua panas2, that means baru masak semuanya.

Walaupun masing2 tengah lapar nasi, tapi kami sempat lagi bergambar tunjuk kempis perut. Credit kepada En Gaffar kerana sudi mengambil gambar ini. 

Sedap rupanya masakan di Anjung Selera Tok Teh ni. :) Dan terlebih sedap lagi apabila Manager kami yang belanja semua. Alhamdulilah..TQ Dr. Zac! Oklah..nak stop menaip seketika. In Sha Allah..akan update lagi pada masa yang terdekat.

Klik pada link ini: Oustation ke Langkawi: Video Shooting projek BLOSSOMS - Part 2 untuk terus ke page berkenaan.
Share:
Location:Johor, Malaysia Langkawi Island, Malaysia

0 comments:

Post a Comment