Monday, June 16, 2014

Alhamdulilah..kita bertemu lagi dalam siri ke-2 Outstaion Ke Langkawi: Video shooting projek BLOSSOMS. Memandangkan projek ini adalah projek penggambaran video, maka kami telahpun menyediakan peralatan yang difikirkan sesuai untuk dibawa sewaktu shooting nanti. Kerana dari awal projek penggambaran video BLOSSOMS ini kami dah plan untuk menggunakan DSLR sebagai medium penggambaran, bukannya DV tape yang perlu dicapture terlebih dahulu untuk diedit kemudian. At the same time kamera P2 pun ada, tapi sebab mobiliti dan mudahalih, DSLR menjadi pilihan ketika ini. Kenapa? Kualiti video DSLR tak bagus? Jawapan saya adalah pada final output video tersebut ke mana nanti perginya? kami bukan bikin filem juta2..kami bikin filem dari pendidik untuk pendidik kepada para pelajar. Okay? good...

Burppp...itu maknanya perut sudah kenyang dan ingin cari bantal. Nak check in terus ke villa boleh tak? :( Ughhh...ingatkan dapat rehat kejap, rupanya lepas makan terus ke lokasi penggambaran kerana Cikgu sekolah yang dinantikan itu sedang dalam perjalanan ke kilang gamat. Ayuh pantas, cergas!! Ah..peduli apa aku, nak jugak up gambar kat Villa Jasmine. thehehe..

Inilah Villa Jasmine, tempat penginapan kami. Berhadapan villa ini ialah kilang gamat MH Saujana Enterprise. Surprise! Dekat ajekan..haha. Boleh lintas jalan kaki. Tapi tak boleh check in sehingga jalankan tanggungjawab terlebih dahulu di viewfinder DSLR. wekk! :p

Rakaman dijalankan dengan lancar walaupun ada kalanya bas persiaran akan singgah ke mari kerana kilang gamat ini merupakan salah satu daripada tarikan pelancong dalam dan luar negara. Hujan di tengahari pula melewatkan proses rakaman kerana ambient sound dari hujan menunjukkan level tinggi berbanding subjek yang sedang bercakap. Terpaksa stop untuk seketika. Setelah menasihat Manager kami mengenai situasi yang sedang berlaku, beliau memberi cadangan untuk shoot produk2 yang berasaskan gamat di kedai ini. Setelah hujan berhenti baru sambung semula. Ahh..takdalah lama mana, tapi cukuplah untuk mendapatkan footage yang diperlukan tersebut.

Macam nilah kalau dah penat..tak kira di mana pun asalkan boleh rehatkan diri untuk seketika. Dekat belakang tu pula kawah tengah berasap sambil membawa kepulan asap tempat kita orang lepak ni. Pedih kejap mata..adooiiii..dekat luar padang tu pulak kerbau tengah sorak gumbira sambil meragut rumput hijau nan luas terbentang. Ahh..aku sudah fikir hijau, hijau, zzz..lagi sekali, zzzzz...eh, ada shooting eh? huh..

Tapikan..sempat lagi bermesyuarat pasal gamat ni. bla bla bla..last2, tauke kedai pun berlakon sekali. Apa punya ayat yang Manager kami cakapkan tu sampaikan tauke kedai setuju untuk berlakon. Fuhh..hati2 la geng2 production sekalian..nanti turn korang pulak depan lensa. Hahaha..

En. Mat Hazir sedang memberikan pencerahan kepada kita orang mengenai proses buat minyak gamat. Eh wait! Not minyak gamat! But, air gamatlah..oo..air gamatlah eh bukannya minyak! That's why boleh celup jari dalam kawah yang sedang hangat membara itu. Dish dish!! ;)

Sebaik aje En. Mat Hazir kata bahawa air gamat ini tidak terlalu panas,
maka budak ni pun mahu try celup jari dalam kawah yang sedang
dibakar oleh kayu api di bawahnya. Maintain jer..biarlah aku dengan
DSLR ini jadi saksi. Huh...

Setelah kepenatan shooting stand upper, footage, lakonan dsb..tibalah masanya untuk check in ke Villa Jasmine. Dah dapat bilik jer, masing2 terus lepak seketika. Ada yg lepak depan tv, lepak kat balcony sambil memandang lanskap yang menghijau, tapi rata2nya they all masih bertenaga untuk berjalan lagi. Huh..wei, lepak dulu la wei malam karang baru merayau cari tempat makan. Dah lenguh kaki aku nih. Cett! Rupa2nya depa plan nak pi naik cable car sky cab. So dapatlah mandi kejap sebelum keluar petang tu. Yang penting adalah bersih, suci dan murni. Kelas gitu ye! :)

 Iklan dulu..tenang2kan fikiran dengan mengamati gambar ini sambil kedengaran bunyi waterfall dari bawah dan kicauan beburung yang mempesonakan. Ahh...escape into the green!

Waktu naik cable car memang ada kedengaran deruan air terjun. Rupa2nya ada air terjun kat bawah ni. Ditambah pula dengan kicauan beburung yang menyerikan suasana apatah lagi kesejukan yang semakin terasa ketika ini. Brrrrrrr...

Masing2 dah prepare beli jajan dari bawah lagi sebelum naik cable car. Kat atas ni juga ada gerai menjual fast food; burger. Hasilnya adalah bau-bauan burger yang hanya mengacau hidung ini yang hanya ingin menghidu udara segar sahaja. Huh...wachaa!!

 Huh..dah letih berjalan. Nampak aje gerai aiskrim, terus jer beli dengan
flavor yang yummy!! Nak beli 2 tak cukup tangan pula. Nanti orang kata, 
'eh orang tua ni, dah macam resmi kanak2 ribena pulak pegang 2 kon aiskrim
sambil makan sebelah-menyebelah, Eeeeee...:p

FYI, dengan menaiki cable car sky cab ini, kami bukanlah semata2 berlibur walaupun gambar di atas jelas menunjukkan sedang makan jajan sambil relaxing time. ;) thehe..sebab kami perlukan footage yang berkaitan local interesting place untuk dimasukkan ke dalam video editing kemudiannya. Secara tidak langsung membantu promosi pelancongan negara tercinta ini ke arena antarabangsa. Begitulahkan..the Malaysian background! 

Jadi pada sebelah malamnya pula kami meneruskan perjalanan ke pantai cenang untuk dinner. Maklumlahkan, kalau dah sampai di Langkawi ni takkan nak bfast, lunch, dinner di tempat yang sama? Lebih2 lagi ada kenderaan yang disewakan maka panjanglah langkahnya. :) Memang happening sepanjang pantai cenang ni dengan pelbagai restoran, pub, cafe, cenderahati, clothing, duty free shop dsb. Rambang mata weii!! Tapi saya mengamalkan konsep 'do not touch, once u like consider sold'. Hahaha..memang tak boleh tenung lama2 apabila kita melalui dari satu kedai ke satu kedai sepanjang pantai cenang ni.  Jadi setelah parking kereta dan berjalan kaki kira 10 minit. Barulah kita orang decide untuk dinner di sebuah gerai makan seafood. Tapi apa yang kami order ala-carte sahaja dan tak adelah nak makan besar sangat. Just simple2 aje. 

Terima kasih sekali lagi kepada En. Gaffar kerana memberikan kebenaran untuk menggunakan gambar2 yang ada di dalam laman blog ini. Tengok tu..Bus Butik, siap ada band ala2 Bob Marley gitu. Layan beb. Tiba2 aje berangan berjalan di pantai cenang ni dengan rambut dreadlock! uwekkk!!

Ahh..tiba2 aje teringat lagu famous si Bob Marley ni, 'Is this love - I want to love you, and treat you right' Haha..best giler layan lagu ni, Peace no WAR!

Oklah, setakat ini sahaja untuk siri kedua post mengenai outstation ke langkawi. In Sha Allah..ada kelapangan lagi, akan saya postkan pula siri ketiga yer. Wassalam..

Klik pada link ini: Outstation ke Langkawi: Video Shooting projek BLOSSOMS - Part 3 untuk terus ke page berkenaan.
Share:
Location:Johor, Malaysia Langkawi Island, Malaysia

0 comments:

Post a Comment