Untuk yang sekian kalinya..kita bertemu lagi dalam laman blog cubitsanasini.blogspot.com. Sebuah blog yang menceritakan tentang aktiviti lapang mahupun outstation tuan tanah blog ini. Kini kita kembali dalam siri ketiga outstation ke langkawi, projek shooting video BLOSSOMS. Selesai jer mandi pagi tu, kami pun bersiap2 untuk pergi ke lokasi shooting yang seterusnya iaitu di sekitar pekan kuah. Tetapi sebelum tu sempat lagi bersarapan di sebuah gerai sarapan di pekan kuah. Masakannya boleh tahan menyelerakan. Gambar pula lupa nak petik! Sebab roti canai 2 keping yang dipesan itu sedap rasanya sampai ke tekak sehingga mahu pesan untuk yang ketiga pula. Ciss..disebabkan ada shooting maka tak dapatlah nak berselfie antara diriku dengan roti canai. Pada masa yang sama keadaan cuaca amat tidak sesuai ketika itu untuk outdoor shooting, maka BLOSSOMS Manager telah siap dengan backup-plan sekiranya perkara yang sebegitu berlaku. Maka setelah negotiation dijalankan antara pihak kami dengan Galeria Perdana melalui smartphone cap samsung, kami pun bergegas ke lokasi berkenaan dengan bantuan dari alat GPS En Gaffar yang dibawanya dari JB. Maknanya dapat persetujuanlah untuk diadakan shooting di lokasi berkenaan. :p
Tak perlu aku berbicara panjang..kerana gambar ini menceritakan segalanya aku dan dia. thehe..
Oklah..sementara menanti lighting siap diadjust, saya cadangkan apa kata kita berselfie ramai2 terlebih dahulu sebelum meneruskan penggambaran seketika nanti. Ok..cheese? cislah..haha!
Oleh kerana Galeria Perdana adalah sebuah Muzium yang menyimpan koleksi anugerah, cenderahati, dan hadiah Tun Mahathir dari pemimpin dunia dan juga rakyat Malaysia pada era pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri, saya merasakan bahawa lokasi ini juga ada tarikannya tersendiri dalam menyempurnakan tugasan projek video BLOSSOMS ini. Sekali lagi kami cuba sedaya upaya untuk membantu negara tercinta ini ke pentas dunia dengan mempromosikan Galeria Perdana ke dalam video. Ayaya!
Memandangkan Galeria Perdana ini amat luas bahagian dalamannya, maka kami mulakan penggambaran di sebelah frame Tun Mahathir bersama Nelson Mandela. Setelah framing, lighting, audio diadjust dengan baik, maka standupper dijalankan dengan lancar oleh Guru sekolah berkenaan. Kemudian lokasi shooting berpindah-randah di dalam Galeria Perdana ini sehinggalah ke tingkat atas, tingkat bawah dsb. Cumanya kalau ada stabilizer sudah tentu saya akan memperbanyakkan moving shot supaya framing tidaklah begitu statik dengan kamera hanya terpacak di atas tripod!
Guru berkenaan yang sememangnya memberikan kerjasama baik di antara kami, memudahkan lagi proses penggambaran dijalankan. En. Nizam yang sibuk ketika ini memastikan skrip tersebut dalam keadaan baik dan teratur sewaktu standupper dijalankan. Kadang2 ada tersilap dua kata tu biasalahkan..cut! 3,2,1..Action!
Mari menjalankan tugas dengan riang & ria kata gambar ini. thehehe..padahal, tengok ajelah masing2.
Setelah selesai penggambaran di Galeria Perdana, tiba pula masanya untuk lunchtime. Kali ini kami pergi lunch berdekatan dengan Kompleks Haji Ismail Group, berhadapan dengan parking lot kereta kompleks berkenaan. Sebab nampak perkataan pasembur utara terus aje duduk di gerai tersebut. Sedap dan nak mintak lagi satu amatlah segan. Haha..tiba2 Manager kami ternampak laksa utara nun di hujung parking lot kereta. Dia kata macam nak makan lagi. Aitt! Dahsyat betul selera makan dia ni. thehe..kebanyakan daripada kami memang teringin nak makan lagi, jadi..orderlah 4 mangkuk laksa. Yummy..saya cuma nampak mangkuk aje yang tinggal. Kuah semua habis dihirupnya! Waaahh..hebat! Uolls memang sesuai diajak makan2! Burppp!!
So, lebih kurang pukul 2.30pm penggambaran diteruskan ke lokasi berdekatan dengan dataran lang. Kali ini shooting perlu dihabiskan mengikut dalam plan asal supaya the next day, hari ketiga dapat merehatkan badan dan membungkus2 equipment apa yang patut supaya tak kelam-kabut kemudiannya. Kelam kabut? Bukan kelam-kabut, tapi tiba2 ada luggage yang terberanak sebuah lagi. Hahaha..sendiri paham yer.
Framing yang berlatarbelakang tugu Lang Merah. Tetapi ada sedikit masalah dengan angin yang kadang2 melintas sewaktu shooting dijalankan. Outdoor shooting, begitulah..bukannya indoor. Kalau nak dubbing waktu audio-post memang clean sound tapi seolah2 tak matching dengan suasana sebenar.
Walaupun selepas habis shooting kena duduk sebentar dengan content creator bagi membincangkan hal2 berkaitan dengan topik yang disampaikan, tidak kiralah di mana asalkan ianya dapat dijayakan dengan jayanya, maka apa yang nak disampaikan itu benar2 faham oleh pihak kami agar tercapai jua misi yang beratus KM ini. thehe..
LET PICTURE DO THE TALK!
but why? sebab nak rehatkan jari-jemari yang dari tadi mengetuk keyboard macam
nak pecah aje papan kekunci tu ditekan dengan halus dan kadang2 kasar. kaboom!!
AKU DAN ALASANKU! hahaha!!
2nd nite dinner masih lagi di pantai cenang, tapi di Restoran Haji Ramli pula kali ini. Mee goreng tersebut agak masin sikit katanya. Dan aku taste pun ermm..sikit masin berbanding mee goreng yang dimakan pada dinner yang sebelumnya di gerai yang berlainan.
Not bad nasi goreng cina ni. In fact, dah nak habis baru nak capture gambar!
dish dish dish!! Sedap punya pasal.
Sup daging. Huh..tinggal sekeping daging dan 2 hiris tomato di dalam mangkuk
ini. Alhamdulilah..kenyang perot pada malam itu.
Rumusan untuk hari kedua shooting
Alhamdulilah..walaupun terasa penat yang amat pada hari kedua shooting, tetapi ianya dapat digantikan dengan kekenyangan dinner di Restoran Haji Ramli yang terletak di pantai cenang. Deretan kedai2 dengan pelbagai barangan seperti t-shirt, cenderahati, duty free shop segalanya memanggil2 untuk dijemput masuk ke dalam kedai tersebut. Ahh..maaflah. Shopping pun ada limitnya juga kalau tak di setting dengan baik.
Kualiti penggambaran
Walaupun sejak dari 1st projek BLOSSOMS menggunakan kamera DSLR, saya beranggapan kualiti yang terhasil dari kamera digital ini tidaklah kurang hebatnya berbanding dengan kamera video yang lain. Cuma ada limitasi tertentu yang boleh dikawal sekiranya menggunakan gajet yang bertepatan. Sekiranya shooting hanya menggunakan tripod sahaja untuk projek2 akan datang, sudah pasti hasilnya pun akan menyerupai dengan hasil2 kerja terdahulu. Kenapa? Walaupun ianya hanyalah stand-upper yang memerlukan guru bercakap di hadapan lensa kamera, ada masanya penonton akan menjadi bosan dengan apa yang hendak guru tersebut sampaikan. Sedangkan kualiti content dari guru berkenaan adalah mantap dan mampu untuk memberikan persaingan di antara para pendidik di dunia ini melalui laman web BLOSSOMS. Nah..tidakkah kita juga mahu memberikan persaingan hebat dari segi kreativiti perfileman selaras dengan content yang disampaikan oleh para pendidik berkenaan? Sedangkan kalau kita berjalan dengan kedua belah kaki kita pun sudah pasti kita mahu kedua2nya berfungsi dengan baik. Kalau salah satu daripada kaki kita patah bagaimana? Sudah pasti kita akan berjalan terencot2 dan menggunakan tongkat untuk berjalan. Begitu juga dengan kualiti penggambaran. Kalau content sudah bagus dan mantap, maka kualiti direction of camera pun sudah tentu mahukan yang terbaik. Mungkin tidak lama lagi akan sampai equipment yang dimaksudkan. Mudah2an dengan berkat hasil kerjasama semua, kita mampu untuk memberikan yang lebih baik hasilnya pada masa akan datang.
Bertemu lagi pada post yang akan datang. In Sha Allah..
Wassalam..
0 comments:
Post a Comment