Saturday, June 22, 2013

Assalamualaikum w.b.t..selamat bertemu kembali dalam laman blog kami cubit sana cubit sini. Cubit peha kiri, peha kanan turut terasa. Ouch! ;) Sedar tak sedar hari ni sudahpun memasuki minggu ke 25 dalam tahun 2013 iaitu 22 Jun 2013 bersamaan 13 Syaaban 1434. Ini bermakna lebih kurang 2 minggu dari sekarang kita sebagai umat Islam akan memasuki bulan Ramadhan, bulan yang mulia. Harap anda semua dah pun menggantikan saki-baki puasa yang pernah teringgal suatu tika dahulu dalam kehidupan kita. Al-maklum..pesan memesan antara kita ni pun amalan yang mulia dan harus dipanjangkan kepada saudara-mara, rakan-rakan, adik-beradik etc. Diri sendiri pun kena take note ni! ;) hihihi..

Oklah, untuk entri kali ini saya ingin berkongsi sikit pengalaman saya dan isteri ke Mall of Medini  yang terletak di Nusajaya, Johor pada 15hb Jun yang lalu. Untuk pengetahuan u alls semua, ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke Mall of Medini, Nusajaya. hihihi..no shy ma! ;p Tapi sebeum ni dah beberapa kali ke Nusajaya atas urusan kerja dan urusan peribadi (photography). Akhirnya sampai jugak tau ke sini! Itu pun sang isteri yang tunjukkan jalan ke sini (kali ni saya drive yer) - harap maklum. ;)

Tapi apa sebenarnya tujuan kami ke mari? Aha..kalau tengok foto2 di bawah ini sudah tentulah aktiviti utamanya ialah makan dan berjalan2 di ruang sekitar Mall of Medini. Tapi...untuk lebih tepat lagi, sebenarnya kami ke sana adalah kerana...??? cuba tengok foto bawah ni.

Patutlah si dia beriya2 ajak ke mari, rupa2nya ada udang sebalik mee. ;)
Mira Cake House bukak booth di Mall of Medini yer. Bukan senang
depa nak datang sini suka2. Itu pun sebab ada event Sarawak Week 2013
di sini. Pandai awak cari info yer wahai puan isteri. hihihi...

   Kek Lapis satu loaf = RM 15 yer. Amek kau! Kalau bakery
lain jual kek lapis sarawak ni kat Johor average price adalah
sekitar RM 25-35 yer! Sedapnya belum tentu sama dengan
Mira Cake House. Kalau kat Kuching tu harga sekitar RM 10 tu
biasalahkan. Tapi sebab naik belon harga up la sikit jadi RM 15. ;)
But still affordable kay!

Aha..so dah dapat gambaran sebenarkan mengapa si dia beriya2 ajak ke Mall of Medini ni? Erm..pada hari tu kita orang belilah 4 loaf kek lapis, RM 60. Alhamdulilah..jimat duit tak payah naik belon ke Kuching. hehehe...

Selepas kita orang mencuci mata sana sini dalam Mall of Medini tu, ternampaklah pulak sebuah restoran hyderabad ni, masakan briyani katanya. Waahh..apa sedapkah nasi biryani di sini sehingga boleh membuka cawangan di Nusajaya ini? Huhu..bukan apa, biasanya kalau kat johor ni, bila sebut aje nasi biryani, sudah tentu dalam minda kita dah set, nasi biryani mat shah di peserai, batu pahat tu yang paling sedap! Takde dua tiga dah!. hihihi..tapikan, ermm...takpelah, kejap lagi saya ceritakan yer. Tengok dulu foto suasana di dalam restoran hyderabad tu dengan menggunakan smartphone samsung nih.

Cantik aturan meja tak tentu lagi makanannya sedap. Eh..time ni
nasi tak sampai lagi, macam manalah boleh buat prediction tak bagus ni.
ciss..ciss.. ;p

View dari dalam restoran. Waktu ni seingat saya baru ada 2 customer
termasuk kami. Lepas tu datang lagi customer. Eh..betul sedap ke kat sini? ;p

Ok..ini adalah pandangan saya secara jujur setelah mencuba makan nasi biryani di restoran hyderabad ini:

         * Masakan nasi biryani kat sini merupakan menu sihat sesuai untuk semua peringkat umur.
            Betul ke sesuai untuk semua? Dari apa yang telah saya rasai, ianya merupakan resepi sihat
            yang bersesuaian untuk semua peringkat umur oleh kerana cara masakannya yang tidak begitu
            lemak seperti kita makan nasi biryani dalam majlis kenduri kahwin. Ye ke? Ermm..anda
            cubalah sendiri. Kalau saya pergi mana2 jemputan kenduri kahwin pun, saya paling suka
            menikmati nasi biryani dan lauk-pauknya sehingga kalau boleh nak bawak rating card dan
            tulis dalam tu berapa percentage quality. hihihi...dan kalau boleh time tu juga minta si dia
            tolong amekkan gambar result rating card tu macam dalam program realiti omputih tu.
            Amboi..dah  tentulah kemudiannya saya yang akan kena cubit sampai lebam nanti. Ouch!
            Dah tak boleh elak lagi dah ni. ;p

         * Lauk ayamnya pula saya rasa ianya direbus terlebih dahulu untuk jadikan lebih lembut dan
            sesuai serta mudah untuk dimakan oleh semua peringkat umur. Jadi tak adalah nanti drama
            tercabut gigi macam iklan polident tu. Dah kena berlakon nanti yer seolah-olah nak cover
            ada sesuatu terjatuh kemudian. ;) eh..ini saya cuma cakap contoh aje tau. Jangan putar belit
            ayat saya ni yer! susah nanti jawapnya..hihihi.. ;p

         * Harga sepinggan mengikut apa jenis lauk yang kita pilih. Dari RM 15 sepinggan sampailah
            ada yang mencecah sehingga RM 25. Kalau anda betul2 hardcore fan makan2, mungkin
            berbaloi kot untuk anda.

Tapi apa yang saya dapat simpulkan di sini adalah, setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza2, ada yang suka masakan nasi biryani tu betul2 rasa lemaknya sampai ke tekak. Ada pula yang mungkin hanya tahu ohh...inilah masakan nasi biryani paling sedap saya makan ketika ini. Cuma saya boleh berikan gambaran seperti mana yang dinukilkan di perenggan atas tadi ialah..masakan di sini adalah menu sihat yang sesuai untuk semua peringkat umur. Mungkin saya orang johor dah terbiasa makan nasi biryani yang kaw2 lemak dan lebih sedap dari mana2 kedai makan yang menjanjikan seolah2 anda sedang berada di parsi ketika itu. Kalau tak pun nasi biryani kampong majlis kenduri kahwin tu lagi sedapkan? hihihi.

Update 12 Julai 2016: Huh..bagi sayalah, nasi beriani md shah tu lebih sedap dan kaw2 lemak ayam kurmanya. Dengan harga RM6 anda boleh rasai sendiri kesedapan dan kehebatan beriani md shah. Buat rugi duit aje makan di tempat2 yang menjanjikan beriani mereka sedap tapi sebenarnya tidak dengan harga mahal sangat! Saya masih VOTE untuk beriani md shah! ;) Kalau balik kampong belah isteri di muar, pasti akan singgah tapau di beriani md shah.

 Jemput makan dulu yer. Tengok tu, Air apple juice tu pun
diberi air gula. Maklumlah..senang sikit nak control manis
dengan terlebih manis. Blood sugar pun kena amek kira tau! ;p

Setelah selesai makan dengan perot yang diusap gembira, tibalah masa untuk ke kaunter dan bayar apa yang dimakan tadi. Terkejut beruk jugalah dengan resip yang diberinya tu. Manakan tidak! Kami cuma makan dua pinggan nasi biryani dan dua gelas apple juice, tapi dalam resip tu mencatatkan RM 65.00. Demn! Waktu bayar tu rasa macam eh..menyesalnya makan kat sini. Si dia pun sempat berkata dalam nada berbisik, "lepas ni tak makan kat sini lagilah". Ishh..dengan kepala yang pening2 lalat ketika itu, kami pun keluar dari restoran hyderabad itu dan selang beberapa langkah saya melihat kembali resip sekali lagi. Ermm...tambah, tolak, eh...silap kira ni! Mana ada kami order mee goreng, kids meal dan segala bagai! Saya cakap dengan isteri, meh kita patah balik masuk kedai jumpa orang yang mengira itu tadi!

Dengan gaya macho ala2 James Bond:

Saya: I think there has been a mistake. We ate 2 plate of Nasi biryani and 2 glass of apple juice. And the total amount was RM 65.00. Please check again. (bahasa london yer., sebab yang menjaga kaunter tu iras2 Bangaladeshi kot)

Person in charge: 2 plate of nasi biryani and 2 glass of apple juice. (picit2 cash machine untuk keluarkan duit belen sebab tersilap kira)

Saya: Thank you. (dia pulangkan semula RM 20) 
(person in charge itu langsung tak say sorry. ish..ish..)

Ok, so jumlah sebenar yang kami makan pada tengahari itu adalah sebenarnya RM 45.00 Mak oii...lari RM 20 tu! Jadi kenapa sampai RM 65.00 dalam resip? Nak tahu kenapa? Aha.. pada perenggan di atas tadi saya ada katakan bahawa dalam resip tu ada mee goreng and also kids meal. Nak tahu siapa makan menu2 tu semua? Saya rasa...orang yang duduk sebelah meja kami yang makan mee goreng, ada kids meal, siap bawak anak-beranak sekali time tu. Sahlah..orang yang menjaga kaunter tu mengira harga meja yang duduk sebelah kami. Ciss!! Cis!

Apa pengajaran yang kami dapat selepas itu? Lain kali kalau pergi restoran ke, kedai makan mana2 ke, minta resip dan tengok betul2 total amount dia. Jangan tau bayar jer lepas tu menyesal tak nak pergi lagi restoran tu. Kesilapan besar tu kalau tak calculate betul2. Kalau tak, hangus begitu sahaja duit itu terbang...weeee!! ;p (tak sempat nak capture resip sebab sudah anger itu hari) huhu..

Isteri kata pada saya: "That was very brave of you abang. Nasib baik abang tengok semula resip tu" Wahh..terus kembang hidung time ni! hihihi...oklah, enjoy tengok foto2 di bawah ni. ;)

Inilah dia pemandangan sekitar Mall of Medini. Open air gitu yer.
Feel free to look around!

Oh..sebelah ni Royal Selangor. Tengok poket jap..Hurmm.. ;)

Ada juga perkhidmatan bas dan teksi ke sini dari pelbagai arah
dalam kawasan johor bahru ni. Dan ada juga yang datang dengan 
rombongan cik kiah naik bas beramai-ramai ni. ;)

Kepada warga Johor Bahru, silalah berjalan2 ke mari untuk melihat sendiri perkembangan pembangunan yang begitu pesat di sini. Pasti anda begitu teruja bahawa Johor Bahru juga ada Nusajaya yang boleh dibanggakan oleh rakyat Johor. Bangga eh? Err..yang bangunkan dan ramai membeli rumah di sini siapa yer? ;p

tata...

Update 12 Julai 2016: Ok, Restoran ni dah tak beroperasi lagi di Mall of Medini, Nusajaya. Tak pasti bila dah tutup, mungkin sekitar tahun 2015 dahulu. Dah ada kedai lain dekat sini. Mungkin kurang sambutan agaknya..tapi di kempas masih ada lagi.
Share:

0 comments:

Post a Comment