Assalamualaikum...apa khabar semua para pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my? Penulis harap u olls semua dalam keadaan sihat walafiat. Untuk posting kali ini penulis cuba untuk lari sedikit dari topik kebiasaan kerja, cuti, audio & video, di mana kali ini nak kongsi sikit cerita pasal beli karipap pusing daging jumbo yang sedap dan manthop! Terbaek yow!!
Saiznya yang besar, isinya pula padat, manakan tidak penulis order 5 bungkus! ;)
Begini ceritanya...kebetulan dah lama penulis tak makan karipap pusing dan teringinlah pula nak makan, tapi tak tahu nak cari atau beli kat mana. Bertanya juga pada si isteri, katanya nanti dia tanyakan dalam group whatsapp/fb dia. Erm..penulis fikir takpalah, cuba cari dulu dalam fb atau instagram mana tahu kot2 ada. Dalam media sosial online memang ada yang berniaga karipap pusing ni tapi biasalahkan..kita bukannya dapat merasa waktu tu juga, kena beli dulu baru tau rasa sedap atau tak. Lagi satu, kalau ada testimoni dari customer yang pernah beli memang kadang-kadang kita tak teragak-agak untuk membeli. Itu yang menariknya!
Oleh kerana teringin sangat nak makan karipap pusing daging, maka penulis pun orderlah dari seorang peniaga dari FB. Selak punya selak foto kat FB dia, erm..macam menarik! Sekali tengok harga RM 9 = 10 pcs. Boleh tahan juga harga tu. Jadi penulis buat keputusan untuk beli 3 bungkus karipap pusing daging dan 2 bungkus karipap sardin. Harga karipap sardin ialah RM 8 sebungkus. Dan yang best sekali ialah karipap2 tersebut datangnya dari Muar dan akan delivery pada setiap bulan ke serata JB. Kena cas RM 6 delivery service. Itupun jumpa kat Petronas Jalan Skudai-Pontian.
Testimoni yang sangat bagus dari customer. Delivery pula sebulan
sekali dari Muar. Huhu..sedih..kena beli banyak sikit kalau nak tunggu
sampai bulan depan. Tapi peti sejuk kat rumah bukan boleh simpan
banyak2 pun..uwaaa!! :( :(
Nampak tu, molekkan bentuk karipap pusing daging ni? Kan..kan..
Wah..dah siap goreng 2 keping terus amek gambo. Gebu sungguh mika berdua!
Eh..dah ada kesan gigitan pula ke? Erm..erm..janganlah salahkan penulis, dah lapar dah ni. ;)
Yang menariknya mengenai karipap pusing daging ni ialah, saiznya yang besar, kulit pun tebal sebagaimana inti di dalamnya juga tebal dan berisi. Pusaran pada surface karipap tersebut amatlah molek. Begitu juga dengan kelim karipap yang kemas dan teratur. Agak sukar untuk mencari dan mendapatkan karipap saiz jumbo ini dengan rasanya yang sedap dan lazat. Ternyata tidak rugi penulis keluar duit sebanyak RM49.00 untuk beli 5 peket karipap daripada peniaga tersebut. Rujuk foto di atas.
Nak dipendekkan cerita, penulis pun menggoreng empat keping karipap bagi mencuba rasa sedap atau tak seperti mana dalam testimoni fb milik peniaga tersebut. Mula-mula penulis keluarkan dulu karipap ni dari fridge bagi nyahbeku untuk sementara waktu. Buatlah sikit kerja-kerja rumah yang berkaitan, cuci pinggan, susun pinggan dalam rak, buang sampah dulu dan sewaktu dengannya. Dekat sejam lebih kemudian barulah menggoreng. Dengan api yang kecil, hasilnya amat molek dan masak dengan keseluruhannya sekata dan tidaklah hangus. Alhamdulillah..pesan mak penulis begitu, api biar kecil supaya masak dengan molek. ;) Tak payah tergopoh-gapah nak memasak ni. Nanti tak jadi, rugi aje duitkan? Huhu..dan huhu.. :)
Asalnya empat keping, tapi dah makan satu. Erm..dah tak sabar dah! ;)
Plastik yang cover karipap ni pun tebal dan berkualiti. Tahanlah lama sikit masuk fridge nanti. (Sebelah kiri karipap pusing daging, sebelah kanan karipap sardin)
Wah..dah siap goreng 2 keping terus amek gambo. Gebu sungguh mika berdua!
Eh..dah ada kesan gigitan pula ke? Erm..erm..janganlah salahkan penulis, dah lapar dah ni. ;)
Aha..tengok tu pusaran pada surface karipap tu. Molekkan? Rangup tau!
Jadi..apa yang boleh penulis rumuskan di sini berkaitan karipap yang dibeli ini ialah, rasanya sedap, intinya padat, di luar pula kulitnya rangup, sekali menggigit pasti nak teruskan gigit lagi sampai habis. Tak rugi membelinya. Cuma..anda perlu order terlebih dahulu dengan peniaga tersebut kerana delivery akan dilakukan sebulan sekali di sekitar Johor Bahru. Kerana yang menghantarnya datang dari Muar. Cubalah cari user fb tersebut di facebooknya jika ingin membuat pesanan. Kalau dah search dalam fb tak jumpa juga, bolehlah pm tepi penulis pada ruang komen di bawah ini.
Majulah karipap pusing untuk negara!! ;)
Wasaslam..
Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over
0 comments:
Post a Comment