Saturday, December 16, 2017

Kita bertemu lagi dalam siri bercuti di Mersing, Johor buat yang kesekian kalinya. Kepada pengunjung yang telah terlepas dua posting dalam entri ini, sila klik pada link yang disediakan di bawah:

Trip bercuti 2 hari 1 malam di Mersing bersama keluarga - EPISOD 2 - Part 1
Trip bercuti 2 hari 1 malam di Mersing bersama keluarga - EPISOD 2 - Part 2

Baik, setelah check-in di Riesa Inn dan meletakkan beg baju kami anak-beranak dalam bilik, penulis pun bawa famili ke pantai Telok Sari untuk aktiviti jalan-jalan tepi pantai dan bermain pasir. Tak sangka pula penulis kerana boleh terlupa landmark nak pergi ke sini. Nasib baiklah puan isteri masih kuat lagi memori bagai waze bergerak. Yang penting kena menyeberang jambatan batu Sg. Mawar terlebih dahulu kemudian jalan ke depan sikit barulah jumpa kawasan penternakan lebah di sebelah kanan jalan. Tempat ini memang sesuai untuk memancing/menjala pantai dan juga outdoor wedding photography. Kebetulan ada pengantin pula tengah photo shoot di situ. Tumpang lalu yer..

Memang menarik kawasan ni sebab pertemuan dua pantai sebelah kiri dan kanan sambil disaksikan pula jambatan yang kita lalu tadi di hadapan mata dengan jarak yang agak jauh. Waktu kami tiba ada 3 aktiviti yang boleh penulis saksikan di sini iaitu, outdoor photography, memancing/menjala pantai dan juga bermain tepi pantai bersama famili. Kebiasannya bila penulis sampai ke mari terus aje buka selipar dan main tepi pantai dengan anak, kali ini kami nak tengok pula view di pantai sebelah. Fuhh..cantik betullah pemandangan di sini. Ada pula famili tengah memancing/menjala ikan di pantai. Si Alisha makin lama makin dekat dengan diorang. Ishh..tak pasal-pasal mak yang kena ikut dia. Padahal mak Alisha tengah 5 bulan pregnant tu. ;) agak risau juga puan isteri nak turun ke bawah kerana ada tebing di situ tapi penulis yakinkan bahawa tiada apa-apa yang bahaya, kawasan ni berpasir. Maafkanlah abang sayang..sejak dari kecik lagi memang dah suka jalan-jalan tepi pantai. Bila kita dah berumah tangga dan tiba-tiba boleh ada idea nak pergi ke Pulau Tioman untuk aktiviti snorkeling, itulah antara aktiviti yang sering difikirkan dalam minda bilalah dapat pergi lagi ke sana yer. Mudah-mudahan kita diizinkan lagi untuk melakukan aktiviti yang serupa bersama anak-anak pula di masa hadapan.

Waktu malam pula kami hanya meronda di sekitar Mersing dan makan di Marrybrown. Kenapa tak makan seafood eh? Bagus soalan tu..kami pernah makan di sebuah Restoran Seafood tepi pantai suatu masa dahulu dengan mak penulis. Tapi..macam tak kena jer dengan tekak kami. Mungkin sekarang dah makin baik kot masakannya. Waktu kami pergi dahulu, tiada apa yang dapat kami komen selain telan jelah walau kurang sedap di tekak. Tiba-tiba puan isteri boleh dapat idea ajak pergi ke DIY pula yang tidak jauh dari situ. Uish..sempat lagi shopping sikit-sikit barang keperluan rumah. Tiadalah yang serius..cuma beli yang ala kadar sahaja. Dah sampai jer di Riesa Inn, penulis dukung anak untuk mendengar ombak pantai di kegelapan malam. Ya..memang Alisha takut sungguh dengan deruan ombak menghempas pantai di waktu malam. Ganas bunyinya..dah nak nangis dah anak ayah ni. Walaupun seberang jalan aje pantainya, tapi agak kuat bunyi ombak tersebut menghempas pantai. Terus naik ke bilik.  



Dah tak sabar dah tu nak lari-lari sepanjang pantai. Tapi bila ombak datang jer, lari.. 

Yer..kita kembali lagi ke Mersing, tapi ke pantai Teluk Sari kali ni. Seronoknya tengok orang lain menjala..rasa macam nak join. Nak ikat mata kail pun tak reti!


Inilah dia Mersing Riesa Inn. Walaupun ada 2-3 buah lagi banglow seperti ini, Riesa Inn juga jadi pilihan hati bagi mereka yang melancong ke Mersing.

Inilah jenis lembu limosin. Harga RM 12000 seekor. Uhuk..uhuk..cek baki duit kat purse.



Besar betul buah sawit kat belakang tu. Baja apalah yang ditaburnya ya. Eh..bunga orkid..huh lawanya. Tapi tak pandai nak jaga. Dapat tengok pun jadilah.

Baiklah...setakat ini sahaja penulisan dalam siri percutian singkat di Mersing bersama keluarga. Mudah-mudahan jika dilapangkan lagi masa kami anak-beranak, ke destinasi lain pula agaknya, Insha Allah..atau kena tunggu puan isteri bersalin terlebih dahulu tahun hadapan.

Wassalam..

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over

Share:

0 comments:

Post a Comment