Assalamualaikum..selamat pagi dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap anda semua dalam keadaan sihat walafiat dan masih berterusan melangkah ke hadapan dalam memulakan tahun 2018 ini. Baik, untuk mulakan entri terbaru 2018, penulis ingin mengajak semua pembaca kepada suatu fenomena biasa di negara kita Malaysia apabila tiba musim Durian. Yer..kebanyakan daripada kita merupakan hantu durian dan ada sebahagiannya langsung tak makan durian. Apa keslah korang ni! Ishh... Kebetulan pada tahun penghujung 2017 sememangnya dinantikan oleh kita bagi penggemar buah durian. Dan penulis juga tidak ketinggalan meraikan pesta buah durian ini yang semakin dikenali ramai sebagai KENDURIAN. Maksudnya ialah kenduri durian. Haha..amek ko kelas! Ingat kenduri-kendara makan nasi beriani dan nasi minyak aje, inilah dia pesta yang tak hengat punya makan! Mana cukup makan 2-3 ulas jer kan, mesti nak makan sebijik dua durian baru puas, berjaga-jagalah kau dengan tahap gula dalam darah tu ya! Hehehe...
Alhamdulillah..puji dan syukur ke hadratNya. Durian FEST kali ini amat beruntung rasanya sebab pihak Bos berbesar hati untuk belanja kami semua staf UTMLead, UTM. Amat peka sekali pihak Bos dengan suasana musim durian. SYABAS penulis ucapkan! Mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki mereka. Amin Ya Rabb. Sebelum kami dapat merasai keenakan durian ini, kami telah melihat dengan mata kepala kami sendiri di mana ada sebuah jabatan berhampiran dengan pejabat kami menganjurkan pesta makan durian untuk pejabat mereka. Wah..terliur rasanya. Jadi tidak lama selepas itu telah timbul cakap-cakap untuk mengadakan program sama seperti jabatan tersebut. Dan akhirnya berita ini telah sampai ke pihak pengurusan UTMLead. Maka pada 28 Disember 2017, setelah selesai sahaja senamrobik perdana UTM, salah seorang dari staf kami yang gigih dan bersemangat jitu telah ditugaskan untuk mencari durian. Dengan membawa van jabatan, memandulah dia ke Kampung Sawah, Pekan Nanas dengan harapan dapatlah nanti membawa longgokan durian yang enak-enak untuk dimakan bersama-sama. Berkat usaha yang padu akhirnya beliau telah membawa pulang buah durian yang begitu banyak jumlahnya yang cukup untuk dimakan oleh kami sepejabat berjumlah sekitar 30 orang. Yelahkan..ingat kopek sebiji durian tu boleh makan sorang ke? Mahu naik gula dalam darah kau! thehehe..opss! ada orang boleh makan lebih dari sebijik kau! hahaha...
Antara longgokan durian yang perlahan-lahan makan akhirnya habis juga. hehehe..penulis duduk kat meja ni jer, tak perlu susah-susah cari meja lain. Dah berlambak dah ni. Tak payah nak berebut-rebut.
Penulis sempat mengambil seulas durian untuk jamah terlebih dahulu walaupun program belum mula secara rasmi. Yelahkan, nak ambil uniform anak di tadika, kemudian baru boleh sambung makan. Baik jamah dulu orang tua-tua kata, nanti kempunan.
Molek ni, jom kopek dulu. Kata abang ni sambil diperhatikan adik baju biru di hadapannya...
Yer dik, abam pun setuju memang sedap yang ni, jomlah kita kopek sama2. Tak sabar dah ni. uhuk uhuk uhuk... eh, ayah dia kat belakang tu yang baju lengan pendek. thehehe..sorry Bos!
Brader pakai topi merah ni geng panjat bukit & outdoor tracking. Selain bertubuh sado dan mantap dia juga rajin menolong orang lain. Wheeee......
Itu dia VC UTM pun turut hadir memeriahkan suasana. Amboi kau Amri,
siap berpayung bagai mengalahkan escort Datok. Kelasss!!
Sepakat membawa berkat. Sama-sama kita menikmati durian Kampung Sawah.
Lebih meriah lagi di majlis KENDURIAN ini adalah apabila salah seorang staf kita yang turut membawa pulut dan santan untuk dimakan dengan durian. Fuhh..memang masuklah dengan durian tu. Tak tau nak cakap apa dah. Dah malas nak fikir gula dalam darah ke, diabetes naik ke, yang penting dapatlah makan durian ni setahun sekali. Maklum sajalah..harga durian kini mencanak-canak harganya sampai tak masuk akal pun ada. Maosang king lagilah mahal..harapkan tebal aje, tapi berapa ulas ajelah ada dalam sebijik durian tu. Tapi kena ingat..kalau betul Maosang king yang sedap dan enak, bayar berapa ratus pun jadi berbaloi rasanya. Penulis ingat lagi dalam pertengahan tahun 2017 ini pergi ke rumah kakak di KL, abang ipar bawak durian dalam tupperware transparent tu. Ishh..kesiannya durian kena masuk tupperware, fresh pula tu. Tapi bila penulis makan...aduh bak hang!! MAOSANG KING GRED apa pun penulis tak tahu. Sedap bangat!! Huhu dan huhu..entah berapa ulas makan pun tak ingat! KELASSSS!!! Kalau timbang sebijik pun yang buat berat tu kulit, isi dalamnya yang nak makan. Hehehe..
Antara sebahagian staf UTMLead yang kacak dan comel lote memeriahkan KENDURIAN 2017 di belakang ofis jer. Tak payah jauh-jauh pun, tempat ini kita yang punya!
Inilah dia kakak yang bawa pulut dan santan untuk dimakan dengan durian. Terima kasih kami ucapkan. Semoga dimurahkan rezeki yer Kak Balqis.
Datuk VC, Datuk Pengarah UTMLead, Pengarah CALPD, masing-masing berbual ceria semeja.
Antara staf UTMLead yang hadir memeriahkan program KENDURIAN 2017. Rugi woi tak turun ke mari. Oi oi oi...
Apa-apa pun penulis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pengurusan UTMLead yang sudi untuk belanja kami semua staf yang memang kepingin nak makan durian. Walaupun durian kampung jer, tapi sedap sebab ramai-ramai dapat makan termasuklah VC UTM. Itulah namanya sepakat membawa berkat. Mudah-mudahan ada lagi surprise dan kejutan untuk kami staf biasa-biasa jer ni di masa akan datang. Atau lebih baik sekali ialah pada tahun baru ini 2018. Manalah tahukan Bos nak sponsor trip family day ke? Huhu...kita buat kerja dengan baik, tingkatkan produktiviti, nanti bos belanja kita lagi eh. Insha Allah....
Wassalam...
Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger
0 comments:
Post a Comment