Monday, May 9, 2016

Apa yang kita tak tahu mengenainya tapi pelancong asing tahu

Assalamualaikum dan apa khabar semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Saya harap u olls semua sihat sejahtera dan dalam keadaan yang baik. Penulisan saya kali ini berkisar mengenai Pulau Tengah yang terletak di kepulauan Mersing dalam negeri Johor. Dalam penulisan saya yang terdahulu saya juga pernah menulis artikel berkaitan malah sedikit detail, akan tetapi untuk entri kali ini saya mahu memfokus kepada Pulau Tengah Mersing secara umum. Rujuk link yang disediakan ini: Pulau Tengah Mersing, Apa yang menarik di situ: Part 1 dan juga di sini Pulau Tengah Mersing, apa yang menarik di situ, Part 2.

Tujuan saya menulis kali ini adalah untuk memberikan sedikit info atau gambaran pada u olls semua mengenai Pulau tersebut yang mungkin jarang diperkatakan oleh pelancong dalam negara, tetapi dikenali di kalangan warga asing. Mengapakah ini berlaku? Saya tiada jawapan tepat untuk persoalan ini. Seperti mana dalam entri terdahulu berkenaan Pulau Tengah Mersing dalam blog ini, saya pernah membuat tekaan sendiri. Saya mengatakan kemungkinan tiada x-factor seperti di Langkawi yang tersedia kita maklum bahawa Pulau Langkawi adalah tempat untuk bershopping, makan-makan, dan sebagainya antara salah satu faktor kebanyakan pelancong dalam negara tidak bercuti ke Pulau Tengah Mersing. Pada masa yang sama juga kos penginapan di Pulau Tengah adalah mahal dan bukan sebarangan orang yang menginap di situ, orang yang berduit sahaja akan pergi bercuti di situ dan yang penting sekali tahu untuk menghargai keindahan alam yang diciptakan oleh sang pencipta.

Oh..tadi saya mengatakan tiada attraction seperti Pulau Langkawi yer? Memang jauh beza sekali..Pulau Langkawi adalah tempat percutian keluarga yang lengkap dengan lokasi untuk bershopping oleh mak bapak kita. Di sana memang gah dengan Skycab, Haji Ismail Group (shopping), Pantai Cenang, Dataran Lang, Pulau Payar Marine Park, Muzium Tun Mahathir, Telaga Air Hangat, Minyak Gamat dan pelbagai lagi. Mana mungkin Pulau Tengah Mersing bersaing dengan daya tarikan tersebut. Tidak! Tetapi..apa yang sangat jelas di sini ialah walaupun Pulau Tengah Mersing hanyalah sebuah pulau yang tidak jauh dari Pekan Mersing, ianya menawarkan sebuah percutian yang melepaskan tension anda dari kesibukan bandar, kerja ofis yang berlambak, jem di jalanraya, mendengar desiran ombak, melihat burung-burung hijrah yang bermusim, penyu bertelur di pantai, dan yang paling penting sekali menghargai keindahan alam yang terdapat di sana.

Di mana lokasi Pulau Tengah?

Pulau Tengah ini terletak dalam perairan Mersing, negeri Johor. Rujuk grafik di bawah ini.



Pulau Tengah terletak sembilan batu nautika atau 16 kilometer di luar pantai timur Semenanjung Malaysia di Laut China Selatan. Pulau ini boleh diakses dengan bot laju yang disediakan oleh Batu Batu Resort dari bandar pantai Mersing, manakala kira-kira 130km melalui jalan raya dari Singapura. Perjalanan dari Mersing ke Pulau Tengah dengan bot laju adalah lebih kurang 20 minit dalam keadaan cuaca yang baik.

Saya nak pergi bercuti ke Pulau Tengah, bagaimana?

Bagi anda yang ingin bercuti ke Pulau Tengah, Mersing, Johor, Batu-Batu Resort adalah satu-satunya resort yang menjalankan perniagaan rumah penginapan di pulau persendirian ini. Tiada resort lain yang terdapat di pulau ini, hanya satu sahaja, Tidak ada pembangunan lain selain daripada resort ini manakala selebihnya tidak didiami.
Tunggu dulu, tidak didiami? Apa maksudnya?

Ini bermakna kawasan yang tidak didiami itu membolehkan pelawat yang datang berkunjung dengan pasangan masing-masing menikmati sendiri keindahan lapan pantai berpasir putih yang terdapat di pulau ini. 

Urusan tempahan dibuat melalui Batu-Batu Resort dan pihak mereka akan menyediakan kemudahan bot laju untuk membawa anda ke pulau tersebut.

Berapakah kos untuk menginap di sana?

Pulau Tengah merupakan sebuah pulau persendirian yang dijaga dengan rapi dan baik oleh pihak pengurusan resort. Mereka mempunyai pengakalan data yang begitu banyak tentang alam flora dan marin yang terdapat di pulau itu. Usaha berterusan "Pemeliharaan & Pemuliharaan" yang didukung oleh pemilik Batu-Batu Resort ini dijalankan melalui janaan dana hasil sewaan aktiviti perairan seperti snorkelling dan scuba diving. Dengan hasil tersebut mereka memulangkan semula kepada proses P&Pdi pulau berkenaan.

Bukan mudah untuk kita mencari sebuah pulau persendirian yang memahami tentang alam sekeliling yang terdapat di sekitarnya! Bukan untung yang dicari semata bahkan membantu penjagaan alam sekeliling mereka. Maka tidak hairanlah bahawa kos untuk menginap di sini agak tinggi setanding dengan hasil usaha yang telah dijalankan. Bagi orang negeri Johor sendiri yang mengetahui akan Pulau Tengah ini, mungkin mereka akan membuat pilihan yang lain untuk bercuti ke pulau, misalnya Pulau Besar, Pulau Sibu, Pulau Tioman, Pulau Tinggi, Pulau Pemanggil, Pulau Aur & Pulau Dayang. Kebanyakkan pulau yang saya sebutkan tadi menawarkan kos mampu-menginap. Ya! Itulah perkataannya...mampu-menginap! 

Untuk mengetahui sendiri berapakah kos untuk menginap di sana sila klik link ini. Ia akan membawa anda ke laman web Batu-Batu Resort (
Reservations & Rates) Sekiranya anda agak terkejut dengan harga kos penginapan di situ, bersabar..jangan mudah untuk melenting dengan nombor-nombor yang begitu besar angkanya. ;) mari kita baca komentar pelancong dalam dan luar negara yang pernah menginap di sini. Apa kata mereka. Sila klik link ini untuk mengetahuinya. Komentar mereka bercampur baur antara yang baik dan kurang baik tapi masih ada ruang untuk improve. Begitu kata mereka. Tapi, secara keseluruhannya pelancong luar amat menghargai keindahan alam di Pulau Tengah ini.
 
Black naped tern - burung hijrah yang terdapat di pulau ini


Green turtle - di sini terdapat Turtle Watch Camp, membolehkan anda lihat penyu bertelur


Adakah Pulau Tengah sesuai untuk saya dan keluarga bercuti?

Di pulau ini menerima pelbagai tetamu dari dalam dan luar negara. Ada yang datang berpasangan dan ada yang datang dengan keluarga. Kadang-kadang sesetangah pasangan akan mencari spot mereka sendiri tanpa mahu gangguan daripada sesiapa. Sebab itulah terdapat lapan pantai yang memutih menjadi idaman pasangan untuk bersendirian tanpa adanya gangguan. Manakala bagi mereka yang berkeluarga sudah tentu dialu-alukan untuk menginap di sini kerana adanya kemudahan seperti baby cot, makanan untuk baby. Yang penting beritahu perihal ini sewaktu membuat tempahan secara online. Perihal kos pula, ingin sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa, jika anda merasakan kos menginap di sini terlalu tinggi, maka tidak hairanlah yang datang melancong ke sini kebanyakkannya terdiri daripada pelancong asing luar negara. Dengan beza mata wang yang ketara, mungkin kita akan fikir 3-4 kali malah lebih daripada itu samada untuk menginap di sini atau tidak. Kerana ada pilihan lain yang jauh lebih murah. Maklumlah..kita pelancong dalam negara, mana-mana pulau kita tahu tapi tak pergi-pergi juga melancongnya. Heeee... ;) 

Mungkin juga ada yang tertanya-tanya, kalau dah kos penginapan di sini mahal kanapa nak tulis lagi tentang hal ini. Jawapan saya senang jer..selain dari promote pulau yang cantik dalam negeri Johor saya juga mahu memberitahu terdapat pulau yang cantik selain dari Pulau Tioman di Pahang sana. Bahkan..berdekatan pula dengan Mersing. Boleh aje nak pergi ke pulau sibu, pulau rawa, pulau tinggi, pulau besar, pulau pemanggil, pulau aur & pulau dayang, takda masalah pun, google ajelah di internet pasti jumpa. Mungkin lepas ni saya nak cuba promote pulau yang lain pula?

Apa-apa hal pun, mari kita sama-sama kira bajet berapa yang sesuai untuk kita nak menginap di pulau mana. Layan snorkelling & diving! Kebushhh!!! Best tau!

Jom bercuti!

Jeffri Rahman
Multimedia Producer | Cinematographer | Voice over | Blogger

Share:

0 comments:

Post a Comment