Tuesday, May 31, 2016

Wowza...baca aje tajuk di atas terus jadi sentap yer? ;) Cuba tengok grafik di bawah ini pula:




Grafik di atas adalah sumber dari FB Brotherhood JOHOR.

Iya..itulah dia tajuk yang boleh menyentapkan minda kita sebagai Johorean apabila terpandang lalu terus membaca kolum tersebut. Agak simple, ringkas dan padat tapi impaknya sama seperti Maldives, iaitu sebuah pulau yang terletak di Lautan India. Langkah yang amat besar ingin dibangunkan oleh kerajaan negeri di Mersing dan Desaru ini adalah untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke Johor Permata Selatan. Sekaligus bukan sahaja menarik pelancong asing ke tempat-tempat yang disebutkan tadi malahan juga tempat lain yang telahpun dikenali oleh orang luar. 

Tapi apa impaknya pula kepada pelancong dalam negara terhadap pembangunan yang agak gah ini? Cuba kita ambil contoh dan lihat sendiri bagaimana Pulau Tengah telah dikenali oleh pelancong asing berbanding pulau lain yang terdapat di negeri Johor. Berapakah pula kos penginapan di sana? Ya betul..agak tinggi kos penginapan dan bukan calang-calang orang yang mampu untuk bercuti di Pulau Tengah. 

Dalam daerah Mersing ini sahaja sudah banyak terdapat pulau yang cantik sememangnya sesuai untuk dibangunkan seterusnya dimajukan sebagai industri pelancongan bertaraf antarabangsa. Kita boleh lihat sendiri keindahan Pulau Pemanggil, Pulau Aur dan Pulau Dayang, Pulau Tengah, Pulau Rawa, Pulau Besar, Pulau Tinggi dan yang lain-lain boleh difikirkan sesuai untuk dimajukan. 

Kita sendiri sebagai anak jati Johor mungkin tak pernah lagi melancong ke pulau-pulau yang saya sebutkan tadi. Kebanyakan resort yang telah beroperasi di pulau-pulau tersebut ada yang memberikan servis yang baik dan ada pula sebaliknya. Bagaimana pula dengan kemudahan di sana? Adakah ianya mencapai taraf antarabangsa seperti di Maldives? Mungkin buat masa ini masih belum mencapai tahap yang tersebut dan mungkin juga telah ada yang mencapainya. (saya rasa anda boleh agak pulau mana satu saya maksudkan ini. Sila explore blog saya ini untuk ketahui lebih lanjut). 

Bagi saya apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap Mersing dan Desaru adalah langkah yang baik dan perlu dilaksana bagi melonjakkan nama negeri Johor ke arena antarabangsa. Namun apalah kiranya ke arena sejagat dan global kalau mentaliti kita masih di peringkat rendah. Yang itulah kita perlu pertingkatkan terlebih dahulu bagi menerima kehadiran tetamu antarabangsa supaya pengalaman yang mereka lalui di sini adalah berharga dan membawa kenangan indah apabila pulang ke negara mereka dan membawa buah mulut yang baik terhadap negeri ini. Apabila mendapat maklumbalas yang baik sudah pasti mereka akan pulang semula ke mari bagi mengenali tempat lain pula yang terdapat di Johor.

Namun kita semua pasti dan sememangnya pasti bahawa apabila kerajaan negeri berhasrat untuk memajukan tempat tersebut, kos penginapan akan meningkat, dan jadilah seperti apa yang orang lain selalu katakan, hurm..tengok ajelah boleh, nak menginapnya tak mampu, maka kita mampu tengok sahaja, bukan mampu menginap! Itulah yang terjadi kepada kebanyakkan rakyat di sini apabila hanya mampu melihat dan menganga mulut besar apabila jalan-jalan di Forest City, Country Garden dan tempat-tempat lain yang gah samada yang baru dibangunkan atau dimajukan semula. 

Mungkin selepas ini saya akan poskan pula entri mengenai resort yang terdapat di Maldives. Ya..sangat menarik, tapi sabar dulu ya tuan2 dan puan2. Bagi masa sedikit untuk saya membaca dan menelaah terlebih dahulu. Sama-sama kita doakan supaya negeri Johor ini membangun sebagai negeri yang aman dan sentosa, terus maju di bawah pimpinan Sultan yang disayangi dan juga Kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Johor.

Jeffri Rahman
Multimedia Producer | Cinematographer | Voice over | Blogger

Share:

0 comments:

Post a Comment