Kabel HDD Macbook Pro rosak dan skrin hang pada simbol question mark?
Assalamualaikum. Salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Kali ini kita bertemu lagi dalam entri terbaru berkaitan pc jenama buah apple. Terlebih dahulu penulis mengucapkan selamat menyambut Ramadan 1440 Hijrah. Semoga anda semua terus sihat hendaknya dan boleh berpuasa. In Sha Allah.
Assalamualaikum. Salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Kali ini kita bertemu lagi dalam entri terbaru berkaitan pc jenama buah apple. Terlebih dahulu penulis mengucapkan selamat menyambut Ramadan 1440 Hijrah. Semoga anda semua terus sihat hendaknya dan boleh berpuasa. In Sha Allah.
Ceritanya macam ni. Bila penulis tekan butang power button untuk menghidupkan laptop apple tu tiba-tiba ada simbol folder tanda soal yang terpapar pada skrin. Hairan..kenapa macam ni? Kita pun restart lagi, tapi nampak gayanya masih lagi keluar simbol tersebut. Takkanlah hard disk rosak pulak? Aduh..dahlah pakai spinning disk bukannya SSD. Penulis pasti masalahnya pasti datang dari hardware Macbook Pro ini.
Kita pun google masalah ini menggunakan smartphone bagi mencari jawapan. Di sepanjang menyelusuri setiap artikel dari laman web yang dilawati, hampir kesemua kemungkinan punca masalahnya adalah datang daripada kabel hard disk itu sendiri. Ok, penulis nak buat konklusi pada waktu itu juga. Tapi sebelum itu kita layari pula Youtube jika ada masalah sebegini melanda. Rupanya banyak video tutorial bagaimana nak menyelesaikan masalah ini. Fuhh..ok, memang confirm 95% masalah adalah berpunca dari kabel hard disk!
So, kita pun mula riki kabel tersebut di Ali Express, Lazada, Amazon dan eBay. Sampailah penulis buat keputusan untuk beli online dari AliExpress. Woohoo..confirm lappy aku OK lepas ni! Yes!!
Waktu penulis beli tahun 2018 dahulu harganya USD 9.24. La ni murah sikit dah.
Walaupun terpaksa menunggu lama parcel nak sampai ke rumah, kesabaran adalah teman terbaik di waktu itu. Apa tidaknya, dari China dia datang naik flight dengan kotak kecik yang cukup-cukup muat barang itu sahaja. Dihantar pula oleh kurier nasional. Yang penting selamat sampai ke rumah.
Penulis pun perasan juga agak sukar nak cari kabel ini di pasaran tempatan lebih-lebih lagi di JB ni. Kalau di KL mungkin ada kedai yang menjualnya, fikir saya. Rupanya ada kedai di JB ni yang menjual gajet-gajet berkaitan buah Apple ni di Larkin. Baguslah..dekat sikit, ingat boleh beli direct jer. Tapi kita call dulu kedai tu bertanya ya tak? Oh..sekali harganya mahal pulak dah. Hehe..eloklah tu kita beli online yang penting tahu cara pemasangannya kemudian.
1st order simple jer balut dengan plastik.
Ini bermakna penulis membeli 2 unit kabel HDD Macbook Pro. Yang 1st order tu kabelnya takda sleep sensor. Untuk 2nd order ada sleep sensor. Kejap lagi kita beritahu kenapa eh.
Okay, sebenarnya sewaktu kabel yang 1st order tu sampai terus kita operate Macbook Pro dengan yakinnya. Disebabkan kita dah study terlebih dulu dengan Youtube macam mana cara nak pasang kabel ni, maka sudah tentu tidak akan jadi masalah kemudiannya. Yelahkan..dah tengok tutorial, confirm takkan silap punyalah! Hahaha..itu jer kita nak cakap!
Akan tetapi langit tidak selalu cerah...
Di situlah penulis GAGAL menyambung semula kabel sensor warna kuning kepada kabel HDD baru disebabkan gajet yang tak cukup. Kita guna spudger untuk umpil pintu locknya sahaja boleh. Tapi nak sambung semula tu yang payah jika tiada aksesori yang mencukupi.
Tiba-tiba waktu tengah nak sambungkan semula kabel warna kuning tu pada pintu lock, PRAK! Patah dah pintunya! Nak mencarut pun ada ketika itu. Huh..emosi sungguh dibuatnya tau! Lalu, penulis pun lupakan sahaja niat untuk baikpulih buah apple ni. Biarlah dulu..dah penat nak bikin lagi. Grr...
Kena umpil juga connector hard disk ni dari logic board menggunakan spudger (kaler biru). Dah tu hard disk pun kenalah remove juga barulah boleh buat operasi.
Maka setelah berhari lamanya melihatkan keadaan Macbook Pro yang tak boleh nak berfungsi lagi, nak tak nak memang kena beli juga kabel hdd yang baru siap dengan sleep sensor sekali! Jadi kita tengoklah semula 2nd order seperti imej yang tertera di perenggan atas tu ya. Haa..begitulah bentuknya. kedua-dua hujung tapak ada kaler merah, itulah dia sleep sensor yang bersambung dengan kabel hdd.
Packaging semudah kotak tapi terbang dari China. Aduyai..
Waktu untuk repair. Alhamdulillah selesai.
Walaupun kerosakan teknikal ini berlaku pada tahun lepas (2018) tapi masih lagi relevan jika anda juga mempunyai laptop jenama buah apple sekitar tahun 2012-2013. Alang-alang dah ganti kabel baru maka HDD yang lama tu kita jadikan external HDD dan gantikan pula dengan SSD pada macbook tersebut. Tak besar kapasitinya, cuma 120GB saja. Cukuplah setakat OSX dan apps yang simple sahaja. Nak editing serius kenalah sambung dengan NAS kan..haha..manalah tahu lepas ni penulis nak upgrade RAM dari 8GB kepada 16GB. Manalah tahukan, kita tengok dulu bajetnya ok?
Jadi, kita bertemu lagi di entri terbaru akan datang yer, In Sha Allah.
Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
0 comments:
Post a Comment