Tuesday, May 16, 2017

Assalamualaikum..kali ini penulis ingin melontarkan sedikit pandangan dan barangkali ingin menjentik perasaan mereka yang berada di aatas sesebuah organisasi agar faham prosedur kerja, bukannya senang wenang bagi arahan untuk siapkan kerja dalam masa yang singkat dalam erti kata tugas sebagai Multimedia Producer!

Tidak kira samada anda bekerja dalam sektor awam atau swasta, pastinya anda sendiri pernah melalui arahan kerja last minit. Kalau tidak selalu mungkin kadang-kadang apabila mendapat arahan daripada Bos untuk siapkan kerja yang diberi dalam masa yang singkat, sangat singkat sehingga anda tidak boleh untuk perform kerja tersebut dengan baik. Saya fikir semua dari kita yang bekerja dalam bidang apa jua sekalipun dan anda mempunyai Bos, fasa ini akan sering dilalui oleh kita semua. Tidak boleh kita nak bagi alasan atau ketepikan job tersebut sekiranya begitu urgent sampaikan kerja yang sedang anda buat terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu bagi melaksanakan tugas baru yang diberikan.

Well, guess what. Anda tidak berseorangan! 

Sebagai seorang Multimedia Producer yang menjalankan tugas produksi video dan graphic motion, kadang-kadang penulis juga melakukan kerja-kerja berkaitan graphic motion dalam After Effects bagi tujuan tertentu. Kebiasaannya akan bangunkan simple animation berdasarkan skrip video pendidikan dalam projek2 seperti MOOC, BLOSSOMS dan video STEM. Selain daripada itu ialah by request dari pejabat sendiri atau pejabat lain yang memerlukan khidmat graphic motion berbentuk pembangunan montaj bagi tujuan pelancaran majlis dsb.

Penulis amat komited untuk melaksanakan tugas ini sekiranya arahan yang diberikan adalah dalam tempoh yang munasabah dan bahan-bahan softcopy turut serta diberikan bersama jalan cerita (storyboard) bagi panduan keseluruhan penghasilan kerja. Akan tetapi sekiranya arahan kerja yang diberikan adalah dalam jangka masa yang pendek dan terhad, macam mana penulis nak lakukan yang terbaik untuk deliver pada customer/client?

Seperti sudah jadi satu culture, arahan last minit untuk siapkan montaj dianggap biasa dan boleh disiapkan dalam masa sekejap oleh individu yang buat kerja tersebut. Penulis amat kecewa akan hal ini. Seperti wabak penyakit kanser yang boleh menular ke seluruh tubuh badan manusia, ianya sukar malah tidak boleh dipulihkan lagi. Perkara ini akan berterusan menjadi budaya kerja masyarakat di dalam organisasi tersebut yang mereka anggap pembangunan montaj adalah perkara mudah yang boleh disuruh-suruh untuk ikut arahan pihak tertentu dan boleh siap ikut kehendak mereka.




MAAF! Kalau anda boleh profesional dengan cara kerja anda samada dalam meeting ataupun discussion bagi menentukan direction organisasi anda di masa hadapan, kenapa anda tidak boleh profesional dengan pihak provider (creative production house) yang akan bangunkan montaj tersebut? Kenapakah bila sesebuah jabatan dapat arahan bangunkan montaj akan tetapi prosedur yang dilalui adalah cacamarba dan tidak teratur? Bila anda jalankan tugas dengan staf yang sama level atau lebih tinggi daripada anda, profesionalisme diikuti, etika dituruti, tetapi sayangnya..apabila memerlukan khidmat multimedia kreatif, seringkali dipandang enteng terhadap tugasan ini. Tidak ada harga bagi mereka yang menjalankan tugas ini hanyalah lontaran bahan-bahan berbentuk teks, imej, video yang perlu dimasukkan ke dalam timeline dalam After Effects, Auditon dan Final Cut Pro X. Bukan penulis mahukan simpati mahupun meraih undi basi, tapi tunduklah ke bawah melihat keperitan orang di bawah yang terpaksa melakukan kerja-kerja last minit, selang 2-3 hari nak rasmikan majlis, barulah arahan kerja sampai. Kalau dapat arahan hari khamis, hari ahad nak present di dewan seminar dsb. Hari jumaat dan sabtu negeri Johor cuti. Maaf..penulis juga ada keluarga yang perlu dijaga, bukannya senang wenang bagi arahan untuk siapkan montaj sampaikan kena kerja hari cuti. Penulis komited dengan kerja pada hari bekerja. Hari cuti, penulis lebih suka berada di rumah untuk berehat setelah mengerah idea dan keringat yang mereka ingat kerja-kerja penghasilan montaj boleh siap dalam masa 2-3 hari. Ini ialah wabak penyakit orang Melayu yang sukar dihapuskan. Last minit dan last minit..apabila yang di atas pun begitu, maka yang di bawahnya juga akan turut ikut serta. Maka jadilah suatu budaya dan amalan dalam organisasi tersebut..berterusan dan berterusan..tidak tahu bilakah wabak penyakit tersebut akan berhenti. Selalu kita gahkan negara orang lain yang maju dengan kecanggihan teknologi dan budaya kerja mereka, tetapi tidak satu pun yang kita ambil iktibar dari apa yang kita lihat dan dengar. Hangat-hangat tahi ayam! Budaya kerja arahan last minit seperti ini mesti dihentikan segera! Dan seharusnya orang tengah perlulah berani bersuara untuk mengatakan NO pada arahan last minit! 


Sekian,

Terima kasih..yang kecewa dengan pihak yang berada di aatas, ...

P/S: Ingat kerja-kerja Multimedia Production ni macam menaip dalam MS Word ke? Semua bidang kerja ada prosedur dan step by step yang perlu diikuti. Kalau begitu penat ajelah belajar sewaktu di Kolej/Universiti tetapi satu prosedur pun tak dapat diikuti. Kualiti yang dicari bukan kuantiti! 

Producer | Cinematographer | Voice over

Share:

0 comments:

Post a Comment