Assalamualaikum..apa khabar rakan-rakan pengunjung di luar sana. Diharapkan masih tegap dan sihat walafiat ketika ini. Baru aje masuk hari ketiga berpuasa di bulan Ramadhan 1438H. Stay strong ok. Kali ini penulis nak cerita sikit akan hal kerja di ofis yang boleh dikongsikan buat anda semua. Manalah tahu boleh dijadikan reference. Baca eh..kita tunggu awak baca sampai habis. ;)
Kadang-kadang apabila kita nak tonton video kat Youtube tiba-tiba muncul iklan yang menyemak menurut pandangan kita. Dan kalau boleh kita tak nak langsung ada gangguan iklan-iklan seperti ini. Mengapa? Sebab tujuan utama kita klik pada link sesuatu video ialah untuk menontonnya, bukan tonton iklan dahulu. Jadi, itu yang bikin kita rasa tak sabar dan Skip Ad iklan tersebut. Maklum sajalah, dalam dunia serba moden dan canggih ini, periklanan juga turut terkesan sama dengan kesan perubahan zaman ICT yang mendadak ini.
Ada juga bagusnya. ^_^
Sebab kadang-kadang iklan yang ditayangkan itu memberitahu kita sesuatu maklumat baru yang mungkin kita sendiri tak tahu perkara atau produk itu wujud. Samada kita skip atau terus tonton iklan tersebut sampai habis sangat bergantung kepada emosi kita ketika itu. Bagi penulis, ada iklan yang berfaedah dan berkesan sehingga boleh dijadikan panduan untuk buat kerja-kerja pembangunan multimedia. Maklum sajalah, penulis berjawatan sebagai Multimedia Producer sudah tentu perlukan banyak info berkaitan sumber-sumber terbaru dalam produksi video. Yang penting minda perlu dikembangkan dengan menonton idea-idea yang sebegitu.
Jadinya, baru sebentar tadi penulis nak tonton video kat Youtube, tiba-tiba macam biasa terpapar pula iklan sebelum video tersebut mula. Rasa macam nak SKIP aje. Tapi tak jadi. Kenapa? Sebab video yang berdurasi lebih kurang 2 minit lebih itu telah mencuri hati penulis untuk mengetahui lebih lanjut cara bagaimana idea yang digunakan itu menjadi sebuah video yang baik dengan skrip yang agak panjang lebar tapi mampu memberikan kesan yang mendalam. Kerana video tersebut disulam dengan text animation yang simple dan mudah difahami terma-terma yang mungkin agak sukar tapi dapat dipermudahkan dengan bantuan animasi. Sebelum video ad itu habis, penulis tekan Pause! Sebab nak download buat rujukan pendidikan. Tapi tak tahu pulak macam mana! Cisss...
Lalu penulis terfikir macam mana nak save video ni ek? Penulis menggunakan browser Google Chrome ketika ini kerana Firefox agak lembap. Duhh! Teringat pula Extensions yang boleh muat turun secara percuma pada Chrome. Lantas terus penulis search video downloader pada Extensions. Cantik..dapat pun download Video Downloader professional. Selesai masalah ni..Confirm!
Kemudian bila dah selesai download extension tersebut, icon apps itu muncul di sebelah icon bintang pada search bar Chrome iaitu Bookmark this page. Yes..pergi semula pada tab video iklan tu. Dan cara nak download video hanya perlu tekan icon tersebut dan whampp...ingatkan boleh download! Rupanya tak boleh sebab melanggar kontrak developer tersebut dengan Youtube. Maklum sajalah..Youtube tu pun Google yang punya. Huh..takpe sat lagi aku delete hang!
Tapi jangan risau, ada satu lagi cara yang boleh digunakan untuk download video di Youtube iaitu dengan copy URL video tersebut dan tampal pada laman web yang menawarkan servis ini. Tapi kalau iklan tak bolehlah..sebab iklan itu muncul sebelum video bermula dan link URL tersebut ialah link video yang kita nak tonton, bukan link iklan yang muncul.
Jadi...pasti ada cara nak selesaikan masalah yang simple ini.
Ya..itulah dia. Kita boleh selak Video ID pada video iklan yang penulis tekan Pause ketika itu. Selak punya selak..tiba-tiba jumpa pula menu ini.
Rujuk grafik di bawah
Setelah kita pilih menu Stats for nerds kemudian akan keluar maklumat teknikal berkaitan video yang sedang Pause itu. Sila lihat grafik 1 di atas. Antara maklumat yang dipaparkan ialah seperti Video ID, Dimensions, Resolution, Optimal Resolution, Volume, Stream Host, Stream Type dan macam-macam lagi yang mungkin tidak difahami oleh kita.
Kita nak extract maklumat Video ID untuk dapatkan URL secara manual. Nampak tak apa info pada Video ID tersebut? Bercampur-campur perkataan dan nombor secara rawak bukan? Info itu yang kita nak copy. Lalu kita pun highlight ID tersebut dan copy. Kemudian kita gunakan pula URL pendek Youtube seperti ini:- https://youtu.be/Video ID. Dalam kes ini maknanya kita akan taip macam ni: https://youtu.be/nfz4fUiXO3E
Bila kita dah dapat URL barulah boleh download dengan kaedah copy + paste URL tersebut pada laman web yang menawarkan servis yang sedemikian. So, habis cerita kali ini. Bye2.. :)
Eh, belum habis lagilah. Itu baru cara yang manual, belum lagi cara yang lebih senang. Rujuk grafik yang kedua, pada menu yang pelbagai tersebut terdapat arahan untuk Copy video URL. Haa..apa lagi, pilih jer menu tu dan otomatik akan copy, cuma perlu paste sahaja pada new tab.
Sekian...hehehe..senang jer kan? Tapi kadang-kadang boleh kaget dibuatnya. ;)
Keyword:
1) Video ID
https://youtu.be/Video ID
2) Copy video URL
Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger
0 comments:
Post a Comment