Sunday, May 28, 2017

Lelaki ini bangunkan iPhone 6s 16GB dengan membeli komponen di kedai tepi jalan!



Sumber imej dari https://strangeparts.com/press/#faq

Buat iPhone 6s sendiri, pasang iPhone 6s sendiri. Cayalah! Market di negara China sangat besar dengan komponen iPhone.


Macam tak percaya tapi itulah tajuknya. Dengan seganggam harapan yang menggunung, lelaki ini berjaya bangunkan iPhone 6s 16GB dengan membeli komponen-komponen yang begitu mudah didapati dekat kedai tepi jalan, belakang jalan dan juga shopping complex di Shenzhen, China. Setelah membeli kesemua komponen yang diperlukan, dia mula memasang satu demi satu peralatan tersebut sehingga berjaya hidupkan iPhone itu seolah-olah macam baru beli. Ataupun terms yang biasa kita dengar iaitu Refurbished, bikin semula macam baru. ;) 

Apa yang menariknya ialah, lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat ini mengatakan bahawa dia bangga dengan smartphone keluaran iPhone apabila dia menyaksikan sendiri begitu banyak iPhone yang telah dileraikan komponen-komponen yang begitu kecil saiznya tetapi masih terjual di pasaran dan tidak dibuang terus ke tapak pelupusan. Bagi penulis, tidaklah begitu terkejut akan hal ini, kerana kita sendiri ketahui bahawa negara China adalah antara negara terbesar membangunkan peralatan elektronik baik dari smartphone, tablet, pc, DVD/Bluray player, audio mixer dan pelbagai lagi. Kalau tidak masakan boleh ada jutawan Alibaba, Jack Ma yang begitu sinonim dengan perniagaan internet. 

Anda sendiri boleh lihat dalam video ini pada minit ke 12:43 saat, dia kata shopping complex tersebut agak chaotic dengan pelbagai manusia berurusan jual beli komponen smartphone sehingga membuatkan beliau rasa tidak selesa dengan situasi sedemikian. Dan kalau boleh dia nakkan komponen yang dibeli itu diuji terlebih dahulu di kedai tetapi tukang jual tidak benarkan sebab busy konon-kononnya. Kalau tengok situasi pun memang busy kawasan tu. Kalau penulis kat China pun agaknya dah lama buat bisnes macam ni. Kumpul komponen-komponen tersebut lepas tu jual semula pada harga yang berpatutan. Ataupun pasang semula komponen tersebut jadi sebuah handphone dan jual pada harga refurbished. Jual online laa..huhu

Pada minit ke 4:47 saat pula dia mengenalkan kita dengan seorang Chinese bernama Frank yang akan membantu beliau mencari komponen yang diperlukan bagi menyiapkan projek iPhone tersebut. Dan Frank juga merupakan seorang 'buyer' yang turut membeli peranti elektronik keluaran Apple yang bersepah dijual di sekitar Shenzhen, China. Penulis juga merasakan dia seorang yang bijak menggunakan peluang untuk buat duit dengan mudah di negara sendiri. Respek!

Kemudian apabila kita melihat pula pada minit ke 9:15 saat, Scotty beritahu kita bahawa selain dari bayar cash, pekedai juga menggunakan WeChat Wallet untuk urusniaga yang dilakukan. Pengguna hanya perlu scan QR code di kedai tersebut dan transfer duit kepada pekedai dengan akaun yang telah disetup terlebih dahulu. Mudah bukan? Ingat beli komponen kecil-kecil macam tu kat tepi jalan gunakan cash sahaja? Zaman sekarang dah mudah bro..;)

Seperkara menarik tentang  kandungan video ini ialah pada minit ke 9:47 saat di mana kita boleh lihat sendiri makanan seolah-olah roti canai yang sedang digoreng dan disalut dengan telur. Kiranya macam roti tampal la kalau di negara kita. Kemudian dicurahkan sos atas roti tampal telor tersebut dan dimasukkan ke dalam paper bag. Damn! Betul ke apa yang penulis nampak ni? Dekat China pun ada roti canai versi Chinese. Cuma depa tak tebar jelah macam kita kat sini. ;)



Lebih mengharukan ialah pada minit ke 10:43 saat di mana Scotty agak bersemangat untuk membeli komponen-komponen kecil untuk disolder pada panel logic board iPhone 6s. Tetapi malangnya dia tidak mahir melakukan kerja-kerja itu lantas buat keputusan belajar repair handphone di sebuah Training Centre dengan harapan dapat buat sendirilah kononnya. Tetapi..dia putus asa! Terlalu rumit nak buat kerja-kerja renyah sedemikian. Tengok tu kawan-kawan..bukan setakat logic board yang kosong aje dijual di sana, malahan komponen-komponen kecil yang sepatutnya dipasang di kilang, tetapi dapat dibeli dengan mudah di pasaran terbuka. I WANT THIS! Arghhh!! ;)

Ya..dia putus asa. Tetapi pada minit ke 12:20 saat dia keluar sekali lagi untuk beli logic board yang telah ada komponen penuh (tidak rosak) bersama-sama seorang lagi rakan Chinese bernama Helen bagi membantu dirinya mencari apa yang diperlukan. Misi tersebut berjaya. Tetapi seperti yang penulis katakan di atas tadi, bukan senang untuk peniaga kedai bagi testing barang yang mereka jual itu berfungsi atau tidak. Anda kena beli dan test sendiri. Kalau rosak boleh pulang balik dan dapatkan semula duit atau gantikan board yang lain.

Setelah dapatkan logic board tersebut dan buat pemasangan kali pertama pada minit ke 15:57 saat, iPhone 6s itu ternyata hidup dan berfungsi. Yeay!! Tetapi ada kerosakan yang nyata. Apabila Scotty cuba menggunakan apps kompas dengan memusing-musing iPhone tersebut untuk beritahu kedudukan jarum kompas, tidak ada sebarang pergerakan pada jarum kompas itu. Maka pada minit ke 17:08 saat dia kembali semula di kedai tersebut dan dapat ganti logic board yang fully repaired. Pendek katanya..tak rosak dan boleh digunakan.

Setelah mengumpul komponen utama dalam pembikinan smartphone ini, Scotty masih perlukan komponen-komponen kecil yang lain untuk dipasang bagi membentuk iPhone 6s idaman beliau. Oleh itu pada minit ke 17:42 saat dia keluar lagi untuk shopping di kedai menjual komponen elektronik smartphone. Kali ini dia berbelanja barang-barang seperti bracket, speaker, cable, camera, peralatan screw dan macam-macam lagi.

Jadi, masa yang ditunggu-tunggu oleh Scotty telahpun tiba iaitu pada minit ke 18:48 saat, dia memasang kesemua komponen yang telah dibeli. Akan tetapi...pada minint ke 19:46 jelas sekali dia dah pening kepala macam mana nak pasang gajet ni. Dia ingatkan semua barang-barang yang dia ada tu dah cukup, rupanya masih kurang lagi. Dan pada minit ke 20:00 saat dia kembali semula ke kedai elektronik tersebut bagi mengetahui apa masalah yang berlaku. Pekedai tersebut memberitahu anda kekurangan satu lagi komponen. Agak kecil komponen tersebut yer tuan-tuan dan puan-puan. Sampai begitu sekali China punya market. Sekecil-kecil benda dalam smartphone ada dijual di kedai malahan di tepi jalan atau di belakang kedai sekalipun. Marvelous!

Akhr sekali pada minit ke 20:51 saat kita sendiri nampak dengan jelas pada wajah sukses beliau telah berjaya pasang sendiri komponen-komponen kecil smartphone itu menjadi iPhone 6s. hebat..sangat hebat! 

Manakala pada minit ke 21:41 saat dia melahirkan rasa bangga dengan produk keluaran Apple. Walaupun telah barai sesebuah iPhone, namun komponen-komponen dalaman yang masih boleh digunakan lagi tidak dibuang, malahan dijual di pasaran terbuka samada di tepi jalan, belakang jalan, dalam shopping complex dan pelbagai lagi. Kemungkinan besar ada juga ramai di antara rakyat di negara sana yang mengambil manfaat dari sisa-sisa buangan komponen tersebut untuk dijual semula kepada yang memerlukan. Dan lebih penting lagi kata Scotty, komponen-komponen Apple tidaklah dibuang di tapak pelupusan sampah. ;)

Note:
Scotty juga kata dia menghabiskan masa selama 2 bulan untuk kenalpasti barang-barang yang diperlukan termasuklah bagaimana nak dapatkannya, di mana nak dapatkannya dan juga pasang sendiri sampai jadi sebuah iPhone 6s. Itu belum lagi rasa putus asa terutamanya bila cuba sendiri untuk solder komponen tertentu pada logic board. Bila tak jadi, mulalah frust..rasa fade up dsb. Jadi apa yang kita nampak dengan menonton video di atas ialah dia mengambil keputusan untuk beli komponen-komponen elektronik tersebut dan pasang sampai siap sehinggalah terjumpa masalah teknikal yang dapat dikesan sendiri olehnya. Dan itu tidak menjadi halangan buat beliau bila mana terjadi masalah itu lalu dia kembali ke kedai yang dia beli komponen tersebut dan minta tukar ganti serta beli beberapa komponen lain yang sebenarnya masih tidak cukup lagi untuk pasang iPhone 6s tersebut sampail siap.

Kemudian dia juga kata ambil masa 2 bulan lagi untuk edit kesemua video footage yang dia dah rakam sebelum tu untuk bina sebuah video yang boleh diceritakan dengan baik untuk khalayak ramai, macamlah penulis dan juga anda semua wahai pengunjung blog yang budiman. :)

Mesti korang semua nak tahukan berapa kos yang dia dah belanja untuk bangunkan iPhone 6s ini? Yer..dia bercerita lagi lebih kurang $1000 USD telah dibelanjakan untuk membeli komponen dan juga tools yang kebanyakannya tidak digunakan pada akhirnya. Kemudian dia kira-kira balik estimate kos yang sebenar untuk bangunkan iPhone 6s ini adalah berjumlah lebih kurang $300 dolar sahaja. Bersamaan RM 1300 duit Malaysia (ketika ini). Itulah dia pengalaman Scotty yang telah membelanjakan sejumlah wang yang besar hanya untuk bangunkan iPhone 6s buatan sendiri dengan cara membeli komponen terpakai yang mudah didapati di sekitar Shenzhen, China. Kita sendiri pun tak tahu macam mana nak buat sendiri, cari lokasi mana ada jual, boleh tawar-menawar ke tidak untuk dapatkan komponen tersebut dsb. Samada modal yang kita peruntukkan itu cukup atau tidak sangat bergantung kepada berapa banyak sumber maklumat yang anda semua ada untuk jayakan sebuah pembikinan iPhone buatan tangan sendiri. Information is Power yer rakan-rakan semua. Baik kita cari rakan-rakan di China untuk buat networking business. Mana tahu ada peluang besar baik yang menanti kita? Tak cuba tak tahu kawan-kawan..jom bertindak sekarang! Zassss...

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh lawati laman web Scotty di sini https://strangeparts.com/how-i-made-my-own-iphone-in-china/


Keyword penting:
Metal back, screen, bateri, logic board, bracket, screw, speaker, cable, camera
Screen - glass, digitizer, LCD, backlight, OCA film, masuk dalam bubble remover machine untuk remove bubble.

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger


Share:

0 comments:

Post a Comment