Tuesday, May 30, 2017




Bagi mereka yang biasa mendengar lagu-lagu irama keroncong baik dari Tanahair sendiri mahupun yang di seberang sana, tidak perlu untuk diperkenalkan lagi dengan stesen radio Best 104. Bermula jam 10 malam hingga 2 pagi stesen ini akan mengudarakan lagu-lagu irama keroncong asli dan pop. Dan sehingga kini penulis sentiasa meminati irama keroncong yang bermula di rumah sendiri pada suatu ketika dahulu. Kalau tidak kerana dia, mungkin tidak akan terbit rasa rindu untuk mendengar kembali alunan merdu suara-suara yang menyanyikan irama keroncong ini. Sangat mendamaikan pada helwa telinga yang mendengar.

Dia yang saya maksudkan ialah arwah abah. Beliau merupakan pemimpin kombo RTM Johor dan Yayasan Warisan Johor suatu ketika dahulu. Jasa beliau dalam pengembangan muzik irama melayu asli, ghazal dan keroncong di merata tempat sangat disanjungi oleh mereka yang mengenali arwah.

Hingga ke hari ini, lagu keroncong tanahair sendiri dan juga tanah seberang amat diminati oleh penulis. Akan tetapi ada satu lagu yang penulis amat minati dari dulu sampailah sekarang iaitu Oh Pelangi sentiasa kedengaran di halwa telinga penulis ketika sedang melakukan kerja-kerja ringan dengan komputer jenama buah-buahan ini. ;) Sebenarnya dah bertahun-tahun penulis mencari tajuk lagu ini tapi tak jumpa-jumpa siapakah gerangan penyanyinya, malahan apa yang sekadar penulis ingat adalah bait lirik lagu tersebut yang terngiang-ngiang sejak zaman sekolah dulu sampailah sekarang.

'Pemberianmu...tanda satu keagongan'......

Dah, itu aje yang penulis ingat bait liriknya. Yang lain padam..pufff

Kemudian baru-baru ini penulis cuba untuk search di google dengan harapan jumpa jugalah lagu ini. Menahan rindu begitu lama untuk mendengarnya semula. Maklum sajalah zaman serba moden ini dipermudahkan dengan enjin carian google yang membolehkan kita mencari maklumat apa saja hatta kucing berak atas sofa sekalipun. ;)

Jumpa juga akhirnya..itupun ditambah perkataan keroncong di hujung bait lagu tersebut.

'Pemberianmu...tanda satu keagongan keroncong'



Jumpa dah di Youtube. Tekan jer button play lagu pun main. Sah..memang sahlah lagu ini yang penulis cari dari dulu sampai la ni. Mengenang kembali bagaimana penulis boleh meminati irama keroncong ialah pada waktu malam setiap kali menaiki kereta dengan mak dan arwah abah. Stesen radio yang sering ke udara dalam kereta abah ialah Best 104. Walaupun kelihatan agak letih, abah gagahkan juga mendengar lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh DJ radio. Tidak sekalipun kelihatan akan rasa bosannya ketika mendegar irama tradisi ini. Penulis pula dalam diam-diam sudah mula meminati keroncong sejak arwah abah selalu mengajak menonton persembahan nyanyian keroncong, melayu asli, ghazal dan Bintang RTM di Auditorium RTM Johor Bahru. Abah pula pemimpin kombo, jadi penulis dan mak akan duduk bersama-sama penonton yang lain. Waktu ini penulis rasakan amat beruntung kerana dapat melihat dan menyaksikan sendiri di depan mata bagaimana live music dipimpin oleh pemimpin kombo/orkestra, lighting yang cantik, sound mixing yang balance, tetamu VVIP, pengacara dan pelbagai lagi yang sangat menggamit memori. Yelahkan..bila kematangan dewasa kini, dah tak dapat lagi nak menonton secara live persembahan yang melibatkan irama tradiosional sebegini. Hanya tinggal kenangan semua tu.

Dalam masa yang sama penulis juga teringat akan suatu perkara lagi. Setiap kali persembahan selesai, arwah abah sering mengajak makan di Warung 17, Jalan Mohd Amin, JB. Memang ramai anak muda dan famili yang datang ke sini untuk makan malam. Dan yang bestnya ialah Abah mengenali owner restoran ini. :) Bukan itu sahaja, antara restoran lain yang digemari oleh abah ialah Restoran Hua Mui dan Restoran Remaja. Antara makanan favorite penulis di Restoran Hua Mui ialah Chicken Chop dan Kueyteaw. Di Restoran Remaja pula penulis pun suka kueyteaw dan ayam goreng beserta seafood dengan pelbagai menu di sana.



Walaupun penulis meminati irama tradisional keroncong, ghazal dan melayu asli, penulis juga suka mendengar irama jazz, classic dan juga rock.

Penulis sentiasa mendoakan yang terbaik buat arwah abah. Pemberian paling berharga selain daripada membesarkan penulis dari kecil sampai dewasa sehingga abah meninggal ialah, menanamkan minat suka terhadap lagu-lagu tradisional. Memelihara budaya yang telah diwarisi sejak zaman berzaman dan tahu macam mana nak appreciate dengan warisan tersebut. Teringin juga nak beralih angin ke RTM JB sebagai Penerbit Rancangan, namun dah 2 kali offer terpaksa ditolak. Sebab offer yang kedua tu penempatan di Angkasapuri, KL. Rumah pula di Johor. Kemudian bila kita minta dengan penemuramah untuk dapatkan salary yang sama atau lebih tinggi dari sekarang ini tak diberinya pula walaupun gred yang dioffer itu lebih tinggi. Hailah..baik bagi aje offer tu kat fresh grad. Tak perlulah penulis nak buang masa menduduki exam dan ujibakat. Orang yang dah ada experience sudah tentu akan minta pelarasan salary yang sesuai dengan pengalaman bertahun-tahun yang dibawanya itu.

Apa-apa pun, selamat membaca blog ini dan dengarkanlah lagu Oh Pelangi nyanyian Jamaluddin Alias. Penyanyi yang sama menyanyikan lagu Perajurit Tanah Air atau lebih popular dengan liriknya Inilah Barisan Kita...baru tahu?  ;)

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger


Share:

0 comments:

Post a Comment