Pada tahun lepas, Intel telah melancarkan CPU pertama dengan kuasa kuda 10 core pada kumpulan sasar bertaraf consumer. Terbukti bahawa Intel bergerak jauh ke hadapan dalam dunia perkomputeran berskala 'megatasking'. Dengan harganya yang juga terbukti mahal iaitu sekitar $1,700 USD, CPU tersebut berjaya memuaskan hati pengguna seluruh dunia yang amat perlu untuk melaksanakan pelbagai arahan kerja dalam satu masa. Kini Intel kembali lagi untuk memuaskan hati dan nafsu computing anda dengan mengumumkan barisan CPU dalam siri Core X-series dengan diterajui oleh CPU 18 core pertama keluaran Intel iaitu i9-7980XE.
Sumber imej dari https://www.engadget.com/2017/05/30/intel-core-i9-extreme/
Chip ini yang berharga pada $1,999 USD bukanlah pemprosesan biasa yang boleh dilihat dalam desktop harian pengguna biasa seperti saya dan mungkin juga anda. ;) Malahan ianya dilihat sebagai satu statement dari Intel kepada AMD bahawa dengan kemunculan chip ini, Intel telah mengenepikan processor AMD Threadripper 16 core yang dikatakan pemprosesan paling power pada tahun 2017 ini. Dan ini menunjukkan Intel sentiasa memenuhi permintaan pengguna seluruh dunia yang senantiasa mendahagakan teknologi lebih advanced dari apa yang mereka ada sekarang ini. Bukan sekadar main game dengan resolusi 4K sahaja, malahan anda boleh broadcast melalui Twitch ketika main game secara online dengan gamers seluruh dunia. Itulah antara kelebihan chip i9 18 core ini. Yang betul-betul berminat sahaja dapat merasai sendiri kelebihannya.
Seperti yang penulis katakan di perenggan atas tadi, chip ini bukanlah satu-satunya processor yang terdapat dalam Core X-series, malahan terdapat pelbagai varian core berlainan seperti 10-, 12-, 14- dan 16-core. Dan jika i9 18 core kedengaran sangat mahal harganya, jangan risau anda boleh dapat harga yang agak baik dengan kuasa kuda 10 core iaitu model i9-7900X pada harga sekitar $999 USD. Bagi penulis, masih mahal lagi harga tu, macam nak beli sebiji macbook pro pulak dah. ^_^
Kesemua chip i9 base clocking ialah pada kelajuan 3.3GHz sehingga boleh mencecah kepada kelajuan dual core 4.3GHz dengan Tubo Boost 2.0 dan juga sehingga 4.5GHz dengan Turbo Boost 3.0. Antara siri processor lain yang lengkap dalam family X-series ialah quad-core i5-7640X dan juga model i7 dengan 4-, 6-, dan juga 8- core.
Mungkin kita kata 18 core agak keterlaluan dalam teknologi consumer computing masa kini, tetapi Intel mengatakan bahawa semuanya didorong oleh permintaan tinggi tahun lepas pada chip 10 core mereka. Kalau tiada permintaan, manakan ada penawaran betul tak?
Tetapi persoalan yang boleh kita ajukan kepada Intel ialah, adakah dengan menambah core dengan jumlah yang besar dalam sekeping CPU tidak akan menimbulkan isu heating dengan cepat? Ya..memang ada isu! Disebabkan hal itu Intel telah membangunkan produk lain bagi mengatasi isu heating tersebut dan ianya dijual secara berasingan. Produk tersebut ialah Liquid Cooling TS13X dengan cecair berasaskan proplyene glycol. Ya..Intel tidak menggalakkan penggunaan coolant berasaskan air-cooler tetapi kita yang kena beli darinya. Cantik sungguh permainan tersebut. Dah macam beli komputer mac pro, monitor dan tetikus dijual berasingan. Perkhabaran positif yang lain pula adalah liquid cooling keluaran Intel ini boleh digunakan pada semua chip bersiri i9 termasuklah chip i7 sekali.
Sumber imej dari http://imagescdn.tweaktown.com/news/5/7/57765_01_intel-preparing-aio-liquid-cooler-enthusisats.png
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, laptop berasaskan chip intel lebih menarik perhatian pengguna berbanding desktop CPU. Ini adalah kerana sebahagian punca peralihan ini adalah datangnya daripada laptop mudahalih dengan fungsi 2 dalam 1 (laptop + tablet). Jadi apa yang dilakukan oleh industri player bagi menyokong pertumbuhan pasaran baru ini adalah dengan memfokus kepada jumlah pemprosesan yang efisyen dalam pembangunan produk mudahalih 2 dalam 1 ataupun convertible. Bagi mereka yang sememangnya tidak pernah puas dengan gaming rig yang ada sekarang ini, Intel Core i9 X-series berkemungkinan besar adalah jawapan bagi anda untuk melangkah setapak lagi ke hadapan dalam dunia perkomputeran yang semakin maju dan berkembang pesat ketika ini.
Penulis merasakan bahawa, usaha yang dijalankan Intel terhadap market laptop bersaiz ultraportable dan juga 2 in 1 adalah untuk menumbuhkan pasaran chip mereka yang lain iaitu Core i3, i5 m3, m5, atom, celeron dan pentium processor. Sementara ada juga convertible dengan chip i7, namun selera pengguna adalah kepada harga yang munasabah di samping prestasi yang optimum untuk keperluan kerja-kerja computing yang lebih bersifat efisyen dan mudah dibawa ke mana sahaja seperti sebuah tablet tapi mempunyai performance seperti sebuah laptop. Industri player tidak akan menolak untuk menambah masuk produk-produk sebegini dalam business model mereka, kerana kajian pasaran telah menunjukkan bahawa sentiasa ada feedback positif dari pengguna seluruh dunia terhadap permintaan komputer 2 dalam 1 sekarang ini.
Sumber imej dari https://www.slashgear.com/dell-xps-13-2-in-1-convertible-launched-alongside-updated-xps-15-05470469/
P/S: Kalau orang-orang biasa tengok 2 in 1 ni mungkin boleh jakun 5 minit pertama, tapi hakikatnya adalah, ia juga merupakan komputer touchscreen cuma lebih fleksibel seperti tablet. Gitewww..
Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger
0 comments:
Post a Comment