Tuan tanah blog cubitsanasini adalah insan biasa yang punya impian dan cita-cita untuk berbakti dan membawa perubahan positif kepada masyarakat. Walaupun bunyinya sangat besar tapi boleh jer mula dari kecil dengan blogging. Beliau merupakan seorang suami kepada isteri yang tersayang, bapa kepada anak perempuan yang comel. Selain daripada itu beliau juga merupakan seorang Producer, Cinematographer serta Videographer dalam kehidupan sebagai pekerja yang menjalankan tugas-tugas multimedia, perfileman, rakaman voice-over dan rakam voice-over sendiri. Aku punya suara pun komersil beb! Amboi,,tak malu betul buat statement! Sebelum mempunyai anak, kami suami-isteri suka nonton wayang, libur di pulau tioman 2 kali, makan sana-sini sampai terlupa nak review, jalan dengan kawan-kawan belah isteri. Balik kampong di Serkat, Pontian, Johor adalah rutin. Kebetulan hobi kami adalah sama, jadi tiada masalah dalam membuat keputusan untuk jalan sana-sini, tapi tengok bajet dululah! Bila dah ada anak aktiviti jalan sana-sini masih belum padam, tapi slow sikitlah. Tak pun jalan yang dekat-dekat sudahlah! Nak ke pulau lagi ke? Mestilah nak..mudah-mudahan ditambahkan lagi rezeki buat kami sekeluarga. Amin.

Dah..nanti sambung lagi kay! ;)
Tuantanah cubitsanasini.blogspot.com
JefLin | Julai 2015
0 comments:
Post a Comment