Tuesday, December 5, 2017

Sumber imej: http://cdn1.feelunique.com/img/content/BOSS-Bottled-main-brand-page-banner_1504281781.jpg


Kalau iklan dah bagi pengajaran, sila terasa sendiri!

Assalamualaikum...apa khabar semua para pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap u olls dalam keadaan sihat walafiat, masih bertenaga dalam menjalani kehidupan seharian sebagai insan di muka bumi ini. Hari ini penulis nak kongsikan sesama u olls berkenaan mesej daripada iklan perfume jenama terkemuka. Tak sangka..bukan setakat wangi malah ada kod etika dan pesanan untuk kita semua!

Kalau kita tonton iklan perfume model perempuan sudah pasti yang cantik dan seksi jadi hidangan mata kita. Kalau model lelaki pula sudah pasti bertubuh sado dan mantap. Tetapi..untuk iklan perfume HUGO BOSS BOTTLED, terbit satu kelainan dalam iklan ini. Di mana jika kita tonton dari awal sampai tamat, ada mesej yang ingin diselitkan di sebalik semburan wangi ini. Ya, itulah dia mesej yang hendak disampaikan, INTEGRTITI. Penulis cuba dengar dengan baik voice over suara Chris Hemsworth. Dan transkrip dari vo tersebut mungkin kurang tepat tetapi begini bunyinya:

SUCCESS WITHOUT INTEGRITY MEANS NOTHING
YOUR BELONGING'S DON'T MAKE YOU A BETTER MAN, YOUR BEHAVIOUR DOES
INTEGRITY IS HOW YOU BEHAVE AND THERE'S NOTHING TO BE GAINED
WE MAKE A LIVING BY WHAT WE GET, BUT WE MAKE A LIFE BY WHAT WE GIVE
CHOOSE TO STRIVE FOR MORE, FOR BETTER, EVERY HOUR, EVERY DAY
BE THE MAN OF TODAY
BOSS BOTTLED

Apa yang cuba disampaikan dalam iklan perfume ini ialah Chris Hemsworth seorang yang bertindak secara konsisten dalam kod integriti, penuh penghormatan, mengetahui akan kesan tindakan sendiri, hidup bukan untuk menerima sahaja, malah untuk memberi. Kesemua ini jika dgabungkan akan membentuk integriti seperti mana pesan iklan minyak wangi tersebut. Selain daripada itu kita juga diingatkan untuk berusaha lebih dan tekun demi kebaikan diri kita pada setiap masa. Penulis merasakan iklan ini disuntik dengan tema integriti bagi sebab-sebab yang di atas untuk mempromosikan BOOS BOTTLED pada jejaka/lelaki masa kini dengan mesej yang padat dengan unsur-unsur kebaikan. Manalah tahukan satu kali spray sahaja anda boleh bertukar menjadi lelaki BERINTEGRITI dalam sekelip mata? Puihhhh....

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over

Share:

2 comments:

  1. Post yang menarik pasal Iklan Perfume ajar kita berintegriti. Namun, saya nak share sikit berkaitan profesyen ni air conditioner installation service. Apa pandangan anda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha..terima kasih singgah kat blog kita ni. baik nanti kita singgah eh. uishh...aircon servis KL & Selangor. Jb takda ka? ;)

      Delete