Monday, June 27, 2016

Assalamualaikum...salam antara benua diucapkan buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Apa khabar u olls semua? Masih maintain lagi berpuasa seperti mana di awal Ramadhan yang lalu? ;) Penulis berharap u olls semua masih maintain dan terus bertenaga dalam menjalankan kehidupan seharian dalam bulan Ramadhan yang barakah ini. Hari ini telahpun masuk 23 Ramadhan 1437H. Ada lebih kurang semunggu lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut Aidilfitri dan meninggalkan bulan  Ramadhan Al-Mubarak. Didoakan semua pengunjung blog ketika ini sihat walafiat.

Jadi oleh kerana tak lama lagi nak raya, pejabat kami telah mengadakan sesi photoshoot raya yang telah dipotretkan oleh Photographer UTM, iaitu saudara Supandi. Lokasi photoshoot kali ini dibelakang pejabat sahaja, iaitu di tasek UTM. Jadi kenalah jalan kaki sikit dari pejabat nak ke sana. It's fun and enjoyable! ;) Bukan senang nak jalan sama-sama dengan bos sambil berbual-bual mesra.
Penulis menggunakan go pro kepunyaan ofis multimedia untuk berselfie dengan semua staf. Pada masa yang sama ada tujuan lain yang penulis mahukan daripada output go pro ini iaitu menghasilkan image manipulation seperti di bawah ini.

Rakan-rakan Multimedia yang nakkan bergambar dekat BBQ pit ini. Maklumlah..mereka pun sebenarnya dah nampak apa yang sepatutnya dibuat bila ada prop yang sedemikian. Apa lagi, berlakonlah seolah-olah macam tengah bakar lemang yang real! ;) Jadi penulis pun mengambil peluang yang ada ini berkongsi bagaimana manipulation tersebut dilakukan dengan mendedahkan break-down sequence step by step gambar yang diedit. Tapi penulis tak berkesempatan pula nak buat tutorial yer! Cuma break-down cara-cara editing dalam gambar di bawah ini.

Kebanyakan imej haiwan ternakan dan lanskap boleh download dari google images. Penulis pilih imej haiwan format png transparent, senang sikit kerja, tak payah nak crop. ;) Eh..ada tau format transparent ni..cuba jerlah google. Jom kita tengok break-down sequence di bawah ini:


Output akhir yang telah dimanipulate dalam photoshop


Inilah dia imej asal di tepi tasek dengan ada BBQ pit. Pandai korang berlakon yer! ;) 


Background pokok-pokok dipadam, kemudian crop subjek dalam imej, kemudian pastikan ada baki rerumput hijau sebagai alas foreground


Masukkan background baru yang difikir sesuai dengan konsep manipulation u olls yer. Boleh download lanskap ni dari google. Pilih aje yang difikirkan sesuai dengan konsep. 


Kemudian, letakkan pokok besar bagi nampak lebih menarik


Masukkan pula gambar kanak-kanak tengah buat aktiviti bawah pokok. Silalah cari di google images


Tambahlah beberapa ekor haiwan ternakan dalam projek u olls yer. Penulis dapatkan imej png transparent dari noBACKS.com

Kalau rasa kosong pada bahagian atas imej, boleh jer tambahkan sekumpulan burung sedang terbang


Macam penulis, masukkan beberapa ekor ayam ternakan dalam fencing yang tersedia dalam imej

Bila masukkan kawanan lembu susu ni lagi meriah sikit suasana dalam imej

Masukkan imej kuda lagilah meriah

Kapal terbang pun masuk dalam frame ;)

Inilah dia menu utama iaitu lemang. Imej lemang ni pun download dari google images. Kena crop bahagian yang diperlukan aje

Tambahlah asap sikit tengah bakar lemang tu, baru nampak real :) Asap pun cari kat google images jugak yer

Lepas tu tambah lagi sikit asap naik ke atas konon-kononnya kena kat diorang yang tengah bakar lemang tu. Barulah nampak suasana tengah bakar lemang


 Ok..dah sampai stage ni jer siaplah tu. Kalau tak cukup prop boleh aje ditambah lagi, ikut kesesuaian masing-masinglah yer. Tinggal satu lagi step iaitu color tone.


Inilah dia output akhir.

Jadi..masa untuk buat manipulation ni tak lama sangat pun. Kalau dah ada idea jer, susun idea tersebut dengan baik supaya senang nanti nak buat kerja. Lagi pun banyak imej yang didownload dalam format png yang telah transparent, jadi mudahlah sikit kerja editing yer kengkawan. Kalau u olls perasan pada grafik tu, setiap subjek ada shadow masing-masing yang telag diedit nampak macam real.

Oklah..ada masa nanti kita bertemu lagi di lain entri, sekian sahaja buat kali ini. Assalamualaikum...

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Videographer | Voice over acting

Share:

Sunday, June 12, 2016

Ini merupakan entri last untuk Bercuti di Tanjung Sutera Resort. Akan datang penulis nak concentrate artikel lain pula. Mari kita saksikan  pemenang-pemenang dan penerima cabutan bertuah pada BBQ Nite. Kesemuanya happy dapat bawak balik hadiah. Samada suka atau tak, terpulang pada diri masing-masing. Kami cuba untuk buatkan semua yang hadir pada family day ketika ini rasa seronok dan gembira dengan apa yang telah kami rancangkan ini. Mudah-mudahan ada rezeki yang lebih, bolehlah kita buat lagi tahun depan. :)

Di sebelah kiri ialah pemberi hadiah iaitu Pengarah CALPD. Maintain jer Dr. Wan.

Di sebelah kiri ialah Timbalan Pendaftar UTMLead, En Ariffin. Stay young and dangerous. :)


Dan di sebelah kiri ini pula ialah Senior Director kami, Prof. Salleh. All the BEST to you Prof. You are Tony Fernandez of Education Sector. :)






Penulis berharap dan berdoa agar kita semua senantiasa dalam jalinan muhibbah, menguatkan ukhuwah, mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kita. Walaupun tak tahu lagi bila akan dapat buat program macam ni lagi, sekurang-kurangnya ada juga kenangan buat kita semua di hari tua nanti.

:) thehehe...

Dengan itu penulis memohon ampun dan maaf andai kiranya penulisan ini sedikit sebanyak mengganggu gugat pemikiran u olls ketika ini yang mungkin sedang busy tiba-tiba layan post ini boleh jadi celaru, maaflah geng. Penulis hanya tahu berceloteh dalam blog, di luar penulis memang tak banyak bercakap, tangan aje banyak gerak-gerakkan kamera, slider, tripod.

Mudah-mudahan kita dapat lagi buat program macam ni ya. Eh..dah berapa kali cakap nak buat program macam ni lagi? Ish..hahaha! Tata..

Wassalam..

Melanconglah dalam negara
Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over acting


Share:
Antara aktiviti Family Day yang dijalankan di Tanjung Sutera Resort.

 Tengok gaya baling kelapa dah macam Jet Li. :p









Inilah dia Bendahari KAPPELLA yang komited dalam kerja kira-kira kewangan dan juga perlaksanaan aktiviti. Terima kasih banyak En. Nizam. Tak tahu lagi bila dapat family day macam ni.




Orait..kita sambung lagi dengan beberapa keping gambar sewaktu aktiviti di sana. Klik pada link ini bagi mengikuti episod yang seterusnya.


Share:
Salam..kita bertemu kembali dalam post yang sama cuma dah sampai episod keempat tak habis-habis lagi cerita pasal Tanjung Sutera Resort. :) macam mana nak habis kalau belum bubuh gambar sewaktu melakukan aktiviti di sana. Sabar yer geng-geng pembaca sekalian. Baru nak klimaks menulis ni. thehehe..

Untuk pengetahuan pembaca semua, pihak kami dapat rate dewasa RM120, kanak-kanak RM60. Kami dah masukkan deposit separuh daripada kos penginapan sebagai tanda persetujuan dan boooking bilik-bilik yang kami tempah. Bila penulis semak semula emel kepada pihak Tanjung Sutera, banyak juga urusan dibuat melalui emel ini. Dan apa yang menarik ialah kami juga menerima sebungkus hamper dari pihak Tanjung Sutera Resort. Terima kasih buat pihak Resort atas kesudian ini. Penulis doakan semoga Tanjung Sutera Resort dan pengurusannya bertambah lagi rezeki pada masa akan datang. Makanan di sana pun sedap dan kuantitinya banyak sampai tak muat perut nak makan kesemua lauk.

Seingat penulis, waktu BBQ dinner malam tersebut, kami dijamu dengan makanan yang enak dan pelbagai. Sesudah selesai menyampaikan hadiah, cabutan bertuah dan masing-masing telah kekenyangan hanya mampu usap perut, rata-rata kebanyakkan yang membawa pasangan dan ahli keluarga masuk ke bilik masing-masing untuk merehatkan diri. Penuh tangan bawak hadiah dan hamper. Conratulations yer u olls! :) Jadi tinggallah beberapa rakan staf yang masih lagi duduk santai di cafe sambil menghembus sebatang dua rokok ketika itu. Penulis pun join lalu bertanyakan kepada mereka, "nak minum teh tarik tak?" Waahh..cepat aje mereka reply..hehe..lantas penulis pun ke kaunter cafe untuk mendapat belas ehsan agar dapatlah kiranya merasa teh tarik ketika sedang duduk santai ini. Alhamdulilah..petugas cafe bersetuju untuk buat teh tarek satu jag. Yahoo! Boleh minum ramai-ramai! ;) 0_0

Keesokkan paginya pula telah ada dua orang rakan sedang buat timelapse waktu itu. Kebetulan cuaca sangat cantik dan kelihatan beberapa bot nelayan menyusuri lautan bagi mencari rezeki. Fuhh..nyaman betul udara waktu pagi. Penulis menghirup sesegarnya udara pagi ketika itu. :) Kemudian teruslah penulis tempekkan gambar sekitar aktiviti di sana. thehehe.. 0_0

P/S: Foto aktiviti Family Day di Tanjung Sutera Resort telah dipetik oleh saudara Supandi selaku Jurufoto UTMLead. Terima kasih bang!





Penulis akan upload lagi foto-foto aktiviti di Tanjung Sutera Resort. Klik pada link ini untuk ke episod berikutnya.

Share:

Thursday, June 9, 2016

Assalamualaikum buat semua pengunjung budiman blog cubitsanasini.blogspot.my. Diharapkan anda semua sihat hendaknya dalam bulan Ramadhan 1437 H ini. Hari ini telah masuk hari keempat umat Islam seluruh dunia berpuasa. Bagaimana dengan puasa anda semua wahai para pengunjung blog? Penulis harap masih dalam keadaan tip-top! :) Yang kaum wanitanya tidak mengapa..ada masa on and off bulan penuh. :p kita faham...

Jadinya apa yang penulis nak sampaikan di sini adalah, rupa-rupanya masih belum lagi ditulis perihal birthday anak kami yang ke 2 tahun. Macam manalah boleh lupa ni. Anak ayah dan emak ni dah genap 2 tahun pada bulan februari yang lepas. Syukur ke hadrat Ilahi..Alisha membesar dengan sihat setakat ini, pemantauan di hospital sentiasa dilakukan mengikut jadual agar anak kami senantiasa dalam keadaan baik dan sihat. Alhamdulilah..masa berlalu dengan pantas sampai mak dan ayah tak sedar pun Alisha dah semakin petah berbicara. Kalau mainkan lagu Frozen - Let it go, memang dia akan menyanyi dan keliling menari ikut beat lagu. Walaupun kadang-kadang liriknya hanya kedengaran "Let it go..let it go.." sahaja, yang lainnya entah apalah disebutkan, takpe, mak dengan ayah faham nak. Belum fasih lagi bahasa inggeris tu. Huhu..tapi kalau nyanyi twinkle little star dah hafal dah! Lepas tu nyanyi dalam dua versi pula..satu lagi ialah versi Didi n Fren, bintang-bintang di langit..yang ini pun kadang-kadang liriknya tunggang terbalik yang mana depan yang mana belakang. Hehe..lucu melihat keletah anak ayah dan mak ni. ;)

Kebetulan maknya dah plan nak sambut birthday Alisha bersama keluarga di restoran seafood berdekatan dengan rumah, tapi tutup pula malam itu. Haii..time kita nak pegi sana time tulah tutup. Kemudian emaknya telefon cawangannya pula di taman yang berlainan, dekat juga dengan rumah. Nasib baik buka cawangan lagi satu. Mana entah maknya dapat no telefon cawangan tu..harus dipuji emaknya kerana pandai manfaatkan penggunaan smartphone :)

Jadinya..makanan dan minuman dipesan melalui telefon untuk memudahkan urusan. Buat pertama kalinya birthday anak ayah dan emak ni sambut di luar rumah dengan atok, nenek, pak ngah & mak ngah, iman, cik ika & azimin, iskandar dan maksu. Mereka semua adalah family sebelah mak mertua dan anak-anak menantu serta anak-anak mereka. Inilah keluarga kami. Mudah-mudahan pada masa depan bertambah lagi jumlah bilangannya. :) Amin..

Beginilah keadaannya kalau 2 orang budak comel ni bertemu. Ada saja yang nak disakat sepupunya tu. Sampai nak makan pun kena main-main. hehe..

Anak ayah ni pulak memang suka menyakat sepupunya, Iman. Dan Iman pun sama-sama melayan kerenah Alisha. Pandai budak-budak comel ni bermain sesama sendiri. Maknya pun tak senang makan time ni.

Waktu birthday Alisha genap setahun dahulu, kami buat kecil-kecilan sahaja di rumah dengan jemputan yang sama. Kononnya nak pasang deco idea yang macam kat internet tu, berlambak contoh. Tapi alamak..haha..:) paham-paham sajalah ya. Tak menang tangan nak buat. Walaupun demikian kedatangan jemputan aje dah cukup untuk menceriakan suasana dan anak ayah yang tengah sibuk sana sini. Cepat betul masa berlalu..itu dahulu, sekarang dah 2 tahun dah.

Family kami. Mereka lebih prefer seafood berbanding fast food. Lebih mengenyangkan sebab banyak lauk. Betul tu..saya pun setuju sebab ada air tembikai dan siakap 3 rasa! ;)


Kalau dah nampak Frozen ni..memang takkan lepas dari tangan dia.


Comel baju-baju yang anak ayah ni dapat.

Waah..makin galaklah Alisha ni menconteng drawing board dia. Dia selalu suruh mak dan ayah dia lukis meow..tak pun lukis tapak tangan sendiri dalam drawing book dia.

Mak dan Ayah berharap dan berdoa agar anak kesayangan kami ini menjadi anak yang baik dan solehah, mendengar kata Mak dan Ayah, mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Amin..


Sekian,
Jeffri Rahman
Audio Editing & Mixing | Video Editing | Cinematography | Voice Over Johor

Entri ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga diri. Malah penulis sendiri percaya ada anak orang lain yang dapat hadiah lagi grand dan majlis besar-besaran. Penulis hanya mahu berkongsi pengalaman lalu dengan semua pengunjung dan pembaca setia laman blog ini. Tidak ada unsur-unsur memegahkan diri. Memang hobi penulis sejak bangku sekolah dulu menulis dan menulis. :)
Share: