Monday, June 27, 2016

Assalamualaikum...salam antara benua diucapkan buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Apa khabar u olls semua? Masih maintain lagi berpuasa seperti mana di awal Ramadhan yang lalu? ;) Penulis berharap u olls semua masih maintain dan terus bertenaga dalam menjalankan kehidupan seharian dalam bulan Ramadhan yang barakah ini. Hari ini telahpun masuk 23 Ramadhan 1437H. Ada lebih kurang semunggu lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut Aidilfitri dan meninggalkan bulan  Ramadhan Al-Mubarak. Didoakan semua pengunjung blog ketika ini sihat walafiat.

Jadi oleh kerana tak lama lagi nak raya, pejabat kami telah mengadakan sesi photoshoot raya yang telah dipotretkan oleh Photographer UTM, iaitu saudara Supandi. Lokasi photoshoot kali ini dibelakang pejabat sahaja, iaitu di tasek UTM. Jadi kenalah jalan kaki sikit dari pejabat nak ke sana. It's fun and enjoyable! ;) Bukan senang nak jalan sama-sama dengan bos sambil berbual-bual mesra.
Penulis menggunakan go pro kepunyaan ofis multimedia untuk berselfie dengan semua staf. Pada masa yang sama ada tujuan lain yang penulis mahukan daripada output go pro ini iaitu menghasilkan image manipulation seperti di bawah ini.

Rakan-rakan Multimedia yang nakkan bergambar dekat BBQ pit ini. Maklumlah..mereka pun sebenarnya dah nampak apa yang sepatutnya dibuat bila ada prop yang sedemikian. Apa lagi, berlakonlah seolah-olah macam tengah bakar lemang yang real! ;) Jadi penulis pun mengambil peluang yang ada ini berkongsi bagaimana manipulation tersebut dilakukan dengan mendedahkan break-down sequence step by step gambar yang diedit. Tapi penulis tak berkesempatan pula nak buat tutorial yer! Cuma break-down cara-cara editing dalam gambar di bawah ini.

Kebanyakan imej haiwan ternakan dan lanskap boleh download dari google images. Penulis pilih imej haiwan format png transparent, senang sikit kerja, tak payah nak crop. ;) Eh..ada tau format transparent ni..cuba jerlah google. Jom kita tengok break-down sequence di bawah ini:


Output akhir yang telah dimanipulate dalam photoshop


Inilah dia imej asal di tepi tasek dengan ada BBQ pit. Pandai korang berlakon yer! ;) 


Background pokok-pokok dipadam, kemudian crop subjek dalam imej, kemudian pastikan ada baki rerumput hijau sebagai alas foreground


Masukkan background baru yang difikir sesuai dengan konsep manipulation u olls yer. Boleh download lanskap ni dari google. Pilih aje yang difikirkan sesuai dengan konsep. 


Kemudian, letakkan pokok besar bagi nampak lebih menarik


Masukkan pula gambar kanak-kanak tengah buat aktiviti bawah pokok. Silalah cari di google images


Tambahlah beberapa ekor haiwan ternakan dalam projek u olls yer. Penulis dapatkan imej png transparent dari noBACKS.com

Kalau rasa kosong pada bahagian atas imej, boleh jer tambahkan sekumpulan burung sedang terbang


Macam penulis, masukkan beberapa ekor ayam ternakan dalam fencing yang tersedia dalam imej

Bila masukkan kawanan lembu susu ni lagi meriah sikit suasana dalam imej

Masukkan imej kuda lagilah meriah

Kapal terbang pun masuk dalam frame ;)

Inilah dia menu utama iaitu lemang. Imej lemang ni pun download dari google images. Kena crop bahagian yang diperlukan aje

Tambahlah asap sikit tengah bakar lemang tu, baru nampak real :) Asap pun cari kat google images jugak yer

Lepas tu tambah lagi sikit asap naik ke atas konon-kononnya kena kat diorang yang tengah bakar lemang tu. Barulah nampak suasana tengah bakar lemang


 Ok..dah sampai stage ni jer siaplah tu. Kalau tak cukup prop boleh aje ditambah lagi, ikut kesesuaian masing-masinglah yer. Tinggal satu lagi step iaitu color tone.


Inilah dia output akhir.

Jadi..masa untuk buat manipulation ni tak lama sangat pun. Kalau dah ada idea jer, susun idea tersebut dengan baik supaya senang nanti nak buat kerja. Lagi pun banyak imej yang didownload dalam format png yang telah transparent, jadi mudahlah sikit kerja editing yer kengkawan. Kalau u olls perasan pada grafik tu, setiap subjek ada shadow masing-masing yang telag diedit nampak macam real.

Oklah..ada masa nanti kita bertemu lagi di lain entri, sekian sahaja buat kali ini. Assalamualaikum...

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Videographer | Voice over acting

Share:

4 comments: