Assalamualaikum...apa khabar semua para pengunjung blog cubitsanasini. Masih utuh lagi dalam urusan kesihatan harian dan aktiviti kerja mahupun di rumah? Penulis harapkan anda semua dalam keadaan baik hendaknya. Bulan Syawal telahpun melabuhkan tirai dan sekarang ini bulan Zulkaedah pula datang bertandang. Alhamdulillah..walaupun kesibukan dengan tugasan seharian kerja sejak dari bulan Mei yang lalu, penulis masih sempat lagi kali ini untuk berkongsi cerita tentang pembikinan filem pendek untuk program di UTM iaitu Internaitional University Carnival on e-Learning pada bulan September 2016 ini.
Skrip telahpun dikarang oleh penulis pada bulan April lalu dan telah diluluskan oleh pengurusan UTMLead. Jadi bermulalah siri menconteng storyboard dan rakaman seawal bulan Mei. Bulan Jun berehat seketika oleh kerana ketibaan Ramadhan. Dan diteruskan pada bulan Julai dan Ogos. Dengarnya macam sibuk sangat sampai shooting dari bulan mei hingga ogos tak habis2. Jawapannya ialah..saya ni bukan buat filem pendek aje di Makmal Multimedia, malah kerja2 berkaitan produksi Multimedia juga disentuh. Dan filem pendek IUCEL ni adalah salah satu projek dari pelbagai projek lain.
Aha..manakan tidak rasa seronok apabila idea penulis diterima oleh pengurusan UTMLead untuk dijadikan filem pendek tersebut. :) Alhamdulillah..syukur dipanjatkan ke hadrat illahi. Penulis tak putus2 untuk senantiasa mencari dan mengumpul sebanyak mana idea yang boleh bagi menjayakan perfileman ini. Tak sangka pula lokasi Sg. Melayu, Gelang Patah, Johor, yang juga dalam fikiran penulis turut dikongsi bersama dengan ofis mate iaitu En. Halizan. Dan Ketua Jabatan kami pun memang nakkan lokasi yang sedemikian. Kerana di sebalik pembangunan pesat menghadap ke Danga Bay, Country Garden adalah sebuah perkampungan Melayu yang kukuh dan utuh hingga sekarang. Manakan tidak, Kampung Sungai Melayu ini adalah salah satu tarikan eco-tourism di Johor Bahru. Berdekatan dengan Marlborough College, American Raffles University, Nusajaya, cumanya..nak masuk ke dalam kawasan ni agak jauh ke dalam. Kiri dan kanan jalan adalah kelapa sawit.
Jadi untuk ketahui bagaimana pembikinan filem ini dijalankan, silalah klik gambar2 yang embed daripada facebook seorang teman kita iaitu Datuk Supandi. Penulis sharekan semula post tersebut dari post Datuk Supandi dan share dalam page penulis sendiri iaitu Jeffri Rahman Multimedia Editing Works.
Sekarang ini penulis telahpun selesai proses editing, cumanya akan review 2-3 kali lagi bagi finalize lebih lanjut. Untuk background music penulis download dari audiolibrary youtube, royalty free. Cuma adalah sikit berangan, kalau dapat tiupan soprano dari abg Jari untuk intro dan ending pasti lebih umpph hasilnya nanti. :) kalaulah dapat..haha..jangan mimpilah untuk dapatkan profesional kalau takde bajet! thehehe...
Nanti penulis update lagi yer..wassalam...
0 comments:
Post a Comment