Assalamualaikum, apa khabar semua pengunjung blog cubitsanasini. Penulis doakan kalian semua dalam keadaan sihat walafiat. Lama menyepi bukan bermakna hilang terus penulisan baru, tapi oleh kerana tuntutan kerja yang sibuk dalam bulan september 2016 ini. Dengan Carnival International beserta persiapan bikin filem pendek untuk majlis perasmian Karnival yang telah berlalu itu. Alhamdulillah..penulis memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana telah diberikan ruang kebebasan untuk berkarya dalam penghasilan filem pendek tersebut. Dari penulisan skrip, selaku Direktor, Sinematografi, dan juga Editor. Dan telah selamat ditayangkan dalam Dewan Sultan Iskandar, UTM. Penulis akan berkongsi pautan untuk video tersebut. Tunggu sahaja ya.
Akan tetapi untuk entri kali ini penulis ingin berkongsi sedikit pandangan berkenaan tiga perkara berbeza dalam pembentukan sebuah program/majlis. Iaitu Meeting Simulasi, Rehearsal dan Program Sebenar. Ketiga-tiga proses tersebut adalah berbeza cara perlaksanaannya. Jadi, sama-sama kita cuba fahamkan apa yang penulis ingin sampaikan.
P/S: tak semua item dalam senarai ini memenuhi kehendak semua, barangkali setiap program/majlis itu berbeza. Tapi inilah apa yang penulis nampak dengan empat biji mata. ;)
1
|
bagi
tugasan serta tanggungjawab kepada semua individu terlibat
|
|
2
|
simulasi
biasanya dimulakan dari tentatif program yang telah siap dikarang dari A - Z
|
|
3
|
bos
akan walkthrough satu demi satu item dalam tentatif program seolah-oleh
program sedang berlaku in real time
|
|
4
|
apabila
bos dapat detect kelemahan sesuatu item, samada ianya diubah atau delete
terus daripada tentatif program
|
|
5
|
walaupun
ada individu yang mungkin tidak suka akan tugas yang diberikan, tetapi wajib
dilaksanakan ikut arahan bos
|
|
6
|
sewaktu
meeting simulasi inilah nama individu yang terlibat akan dipetik oleh bos
selaku Person in Charge (PIC). Apa-apa berlaku PIC tersebut akan
bertanggungjawab sewaktu rehearsal dan semasa program sebenar berlangsung
|
|
7
|
Kalau
betul-betul bos dah petik semua nama PIC, cuba run balik simulasi dari
perkara A hingga Z. Betul ke takde yang tertinggal? Pasti ada..semak
betul-betul. Registration, logistik, pengangkutan, makanan, tayangan montaj
dan slide, VVIP, dsb. Bos mana boleh nampak semua perkara. Jadinya..perlulah
ada orang tengah. Siapa orang tengah ni? Seeloknya Manager atau Administrator
pejabat yang tersebut ada sekali dalam meeting.
|
|
Apa yang penulis tuliskan di atas adalah sebahagian kecil perkara dalam meeting simulasi. Ada lagi banyak perkara sebenarnya. Tapi inilah yang penulis nampak dan lihat selaku individu pelaksana yang terima arahan dari bos kecik dan bos besar. Masing-masing ada peranan tertentu dalam menjayakan program sebenar itu nanti.
Cuba kita lihat pula perlaksanaan waktu rehearsal. Adakah align dengan apa yang kita derafkan dalam meeting? Jom kita semak.
Rehearsal
1
|
rehearsal dijalankan di
lokasi sebenar program berlangsung
|
|
2
|
individu yang terlibat
akan turun padang bagi melaksanakan program mengikuti tentatif dan juga
simulasi yang telah dibincangkan bersama sewaktu dalam meeting
|
|
3
|
sewaktu rehearsal
dijalankan, apa-apa kekurangan dan kelemahan akan ditambahbaik dan akan
dilakukan berkali-kali sehinggalah mantap ataupun yang lebih senang
ialah..bos puas hati!
|
|
4
|
kalau dalam tentatif
program ada menjemput VVIP, maka individu-individu lain akan mainkan peranan
selaku VVIP. (part yang ni bestlah sebab diiring oleh pegawai sampai
ke tempat duduk VVIP)
|
|
5
|
kalau menyewa ruang orang
lain e.g. Hotel, Convention Hall, Balai Raya sekalipun, pastikan teknikal
staf yang menjaga bahagian audio dan video ada ketika itu. Kenapa? Pastikan
audio signal yang diberi bunyinya seimbang (balance) supaya tidak ada bunyi
yang tiba-tiba tinggi, tiba-tiba jadi rendah. Waktu inilah peranan teknikal
staf akan diuji. (kalau staf yang dah expert mungkin akan bertenang
sahaja, tetapi kalau yang baru macam mana? sudah tentu kena menempel dengan
senior yang lebih berpengalaman. Mereka ni lebih makan garam)
|
|
6
|
Serupa juga dengan
teknikal video team. Kalau dalam Hotel atau Convention Hall ada white screen
2-3 biji dan nak pancarkan live audience, slide ataupun tayangan montaj,
pastikan kamera tersebut dapat tayangkan visual kepada white screen. Yang ini
namanya tugas Technical Producer kalau dalam broadcasting environment.
Kerja-kerja teknikal sebegini bukan semua orang boleh buat kalau tidak ada
pengalaman mendalam yang berkaitan. Begitu juga dengan yang jaga switcher
dalam control room, mereka ini akan bagi arahan kepada camera operator untuk
ambil angle tertentu untuk dipancarkan pada white screen
|
|
7
|
Skrip EMCEE sepatutnya
diberikan kepada semua petugas hatta pekerja am sekalipun. Kadang-kadang yang
buat skrip tu pun kena edit semula saat-saat akhir oleh kerana perubahan
tertentu oleh orang tertentu. Oops my gucci! ;p (waktu nilah tension, ada aje
perubahan)
|
|
8
|
Kalau yang bertugas tidak
hadir ketika rehearsal bagaimana? Ni tugas bos, biasanya cuti akan dibekukan
supaya setiap petugas tahu akan tanggungjawab masing-masing ketika rehearsal
dan program sebenar nantinya. Kecualilah emergency, yang ini di luar kuasa
kita, maha pencipta yang mengatur akan segala sesuatu
|
|
9
|
Sewaktu rehearsal
dijalankan tiba-tiba mata terpandang ada yang duduk goyang kaki sedangkan dah
ada tugas masing-masing. Macam mana nak buat ni? Kalau bos besar tak nampak
takpe, tapi kalau bos kecik yang nampak? Nak cakap apa? "Haippp!!..kan
dah tahu tugas masing-masing, kenapa nak berlenggang lagi?" Haha..ini
peranan bos jer yang tahu
|
|
10
|
biasanya semua individu
yang terlibat akan melakukan kerja lebih masa ataupun OT. Waktu begini memang
berlambak OT yang boleh pulun, tapi buat OT tu biarlah yang berkaitan kerja
dan bukannya tuang masa begitu sahaja. Rezeki itu biarlah halal lagi baik.
Kalau rasa-rasanya ada tuang masa lebih, cover balik dengan berlaku jujur
sewaktu claim OT.
|
|
11
|
rehearsal hanyalah pentas lakonan sebelum program sebenar
berlangsung
|
Waktu rehearsal ini berlaku kalau boleh diibaratkan dalam production set, ada Director, Technical Director, Assistant Director, Technical Producer, Sound Engineer, Production Manager, Stage Manager, Floor Manager, Camera Operator, Production Assistant, Graphics Coordinator dan pelbagai lagi. Mereka inilah yang menjayakan sesuatu rancangan TV dalam siaran langsung ataupun dirakam terlebih dahulu. Siapa yang melihat rancangan mereka? Jutaan penonton di luar sana samada dalam dan luar negara, melalui capaian streaming internet ataupun radio sewaktu program itu berlangsung. Lebih-lebih lagi kalau rancangan tersebut berbentuk hiburan yang memerlukan beberapa individu yang bergelar artis untuk menyanyi di atas pentas. Tetapi mereka (Production Crew) mampu untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan cemerlang sekali. Menarik bukan? Waktu mereka kendalikan rancangan tersebut bukannya CEO ada dalam set sambil berdiri dengan gah bagi arahan itu dan ini kepada production crew. Untuk apa ada Technical Director, Production Manager, Sound Engineer dan pelbagai lagi dalam production? Mereka inilah pekerja belakang tabir (expert) yang melaksanakan sesuatu program jadi nyata. Rating naik atau jatuh terpulang kepada penonton.
Apa yang penulis nak sampaikan di sini ialah, kalaupun program/majlis yang dikendalikan oleh kita bukanlah sehebat sesebuah production company sewaktu rehearsal yang memerlukan ramai tenaga manusia untuk menjalankan rehearsal tersebut, kenapa tidak kita contohi mereka sehingga rancangan tersebut jadi nyata sewaktu live broadcast? Kalaupun kita bukanlah sehebat ataupun profesional dalam erti kata sesebuah production company, kenapa tidak kita aplikasikan keprofesionalan mereka dalam program/majlis kita? Kerana QUALITY tersebut yang ingin kita terapkan ke dalam program/majlis yang kita mahu laksanakan. Kalau kita mampu untuk jalankan tugas dengan amalan profesional seperti mereka tak kira lelaki atau perempuan, maka sudah pasti semakin kurang error yang berlaku. Ketepikan sikap yang suka berlonggok-longgok dalam membuat kerja yang mudah yang mungkin memerlukan seorang sahaja staf untuk melaksanakan tugas tersebut. Tak perlulah kalau kita ingin hantar hanya satu rim A4 tetapi mengajak 2-3 orang rakan di belakang kita dan berikannya kepada rakan yang lain. Tak perlu pun sebenarnya ramai-ramai untuk buat kerja macam tu. Tolong elakkan perkara ini. Dan yang paling penting, tak perlulah maki-hamun macam orang production bekerja dalam studio atau bikin filem. ;p (amalan profesional sahaja yang kita mahu ambil contoh)
Program Sebenar
1
|
semua petugas dah tahu
tanggungjawab masing-masing dan dikehendaki berada dalam posisi masing-masing
|
|
2
|
kemudian apabila VVIP
tiba petugas yang diberi tanggungjawab akan menjalankan tugas beliau untuk
direct arah tuju mana terlebih dahulu sebelum memasuki ruang Dewan Ballroom
Hotel atau Convention Hall.
|
|
3
|
adakah ketibaan VVIP
disambut dengan gimik tertentu? e.g. kompang, gong dsb? atau bersahaja?
|
|
4
|
petugas media dari luar
akan hadir ketika ini bagi memetik DSLR mereka untuk acara tertentu dalam
tentatif program (pengalaman penulis sewaktu jadi petugas media untuk
BIOMALAYSIA tahun 2013 dahulu di Persada Johor, main organizer dah bagi
siap-siap dalam envelop bertajuk photographers pack. Kandungan dalam envelop
ini terdiri daripada tentatif program yang berlangsung sekitar 2-3 hari
berserta emergency exit sekiranya berlaku kejadian tidak diingini)
|
|
5
|
bos dah bagi arahan
spesifik waktu meeting simulasi lagi bagi pihak A untuk buat kerja XX, tetapi
dalam program sebenar, pihak A tambah tugas baru atas arahan bos kecik untuk
buat tugas YY. Maka pihak A lakukan juga atas arahan bos kecik. Barangkali
telah ada tugas tersebut untuk pihak yang lain tetapi pihak A juga yang kena
buat. (atau mungkin juga bos kecik lebih percaya pihak A buat tugas
tersebut berbanding pihak yang lain?)
|
|
6
|
Program berlangsung
dengan baik tanpa nampak apa-apa cacat cela di mata pengungjung. Tetapi
ketahuilah..yang bertugas belakang tabir siap dengan walkie talkie kelihatan
sedikit huru-hara dibuatnya. Manakan tidak, arahan yang sepatutnya diberi
oleh bos A, tiba-tiba bos B pula bagi arahan. Kemudian Bos C kata lain, tak
boleh macam ni. Maka orang-orang di bawah yang sedang melaksanakan arahan
tersebut akan jadi gila oleh kerana arahan yang pelbagai dari pelbagai bos A,
B, C dsb. Yang kena sound nanti yang execute arahan tersebut. Alahai..
|
|
7
|
Bila dah habis program,
siapa yang akan datang untuk angkat barang-barang yang berat dan banyak pula
kuantitinya? Dalam meeting simulasi dah ada orang yang sepatutnya handle
tugas ini, tetapi lain pula jadinya. Kena minta tolong orang lain yang ada
kenderaan untuk angkut barang-barang tersebut. Nanti! Betul ke dalam meeting
semulasi dah ada PIC untuk tugasan ini? post mortem!!
|
|
8
|
Tiba-tiba dalam program sebenar ada tambahan item dalam tentatif
program. Oo..ada kekurangan ni, elok juga tambah, kata bos besar. Maka akan
ada announcement baru sebelum program berakhir
|
|
9
|
reaksi pengunjung atau
peserta. Bagaimana reaksi mereka ketika majlis berlangsung. Adakah
masing-masing sibuk menjaga booth sendiri bagi melayan tetamu berkunjung
ataupun panel penilai yang datang dari booth ke booth untuk tujuan penilaian?
Adakah mereka turut serta memberikan tumpuan sewaktu majlis pelancaran
program tersebut? Atau masing-masing sibuk dengan smartphone mereka update
status tentang suasana majlis.
|
|
10
|
kenapa waktu program sebenar berjalan orang yang dah dapat tugas
tertentu terpaksa buat kerja lain? Nanti!! Adakah ini kerana sewaktu meeting
simulasi tidak diperincikan hal yang demikian sehingga terjadinya begini?
|
Baiklah..kalau kita lihat program sebenar berlangsung, sudah pasti anda akan sedar dalam senarai yang saya tuliskan di atas ada beberapa perkara yang barangkali terlepas pandang sewaktu dalam meeting simulasi lagi. Ini adalah apa yang penulis dapat ungkapkan dari kaca mata penulis sendiri sebagai orang kerdil ala-ala Ant-Man. :) Dan program tersebut telahpun berlalu. Penulis pasti banyak lagi perkara yang tertinggal dalam senarai di atas ini tapi inilah yang mampu penulis terjemahkan hasil penelitian sendiri.
Mungkin tak sempurna senarai itu dan ada banyak lagi yang sepatutnya dimasukkan, tapi itulah apa yang mampu untuk dituliskan setakat ini. Mudah-mudahan ada pengajaran yang baik buat kita semua dalam pengalaman yang dilalui ini.
Wassalam...
Jeffri Rahman
Multimedia Producer | Blogger | Voice over
0 comments:
Post a Comment