Saya nampak dan lihat Pullman Lakeside ini dari kaca mata seorang yang dalam proses sedang bekerja dan lebih banyak menghabiskan masa di Ballroom, Meeting Room, Bilik Kaca (khas utk sekretariat simpan barang2). Yang lain2 itu amat terhad, Tapi adalah juga pergi ke Malay Village tu. Memanglah best sebab dinner tepi tasek, lepas tu ada persembahan tradisional gamelan dengan lagu yang moden. Tapi saya tak dinner kat situ pun sebab selesai saja merakam momen2 yang dianggap penting, saya ada temujanji dengan school mate dari Sekolah Menengah suatu tika dahulu yang kini bekerja dan menetap di Putrajaya. Confirmlah makan malam kat luar beb! ;)
Umumnya saya boleh menyatakan di sini adalah, Pullman Putrajaya dari luar memang nampak 5 Star, tapi dari kualiti servis waktu breakfast pada hari ahad itu sebelum kami bertolak balik, adalah sedikit kecewa. Kenapa saya kata begitu? Kalau diikutkan, di mana2 hotel sekalipun kebiasaannya, hari sabtu dan ahad adalah hari paling busy di cafe breakfast mereka. Ramai orang akan turun serentak pada waktu itu dan ada yang terpaksa menunggu gelas minuman dibasuh terlebih dahulu! Waahh..tak menang tangankah mereka semua ini? Tidak cukup dengan itu, di atas meja makan pun masih ada lagi pinggan2 yang belum diangkat. Kenalah alihkan ke tepi dulu. Sedang kami makan, barulah pelayan cafe mengambil pinggan2 tersebut. Ada juga salah seorang ofis mate kami pesan half boiled egg, tapi dapat telor busuk. Huhu..tapi dia masih tak give up, nak jugak telor separuh masak itu dan menunggulah dia sambil makan makanan lain yang dah tersedia atas pinggannya. Ke mana lagi pelayan lain? Takkan cuti kot pada hari yang busy sebegini?
Kemudian, di toilet bilik saya, tak boleh pula flush..buat hal. Kawan sebilik saya pun contact person in charge. Dah siap semuanya..ok, cantik dah boleh flush semula! hari berikutnya pun berlaku juga lagi sekali. Aiyaaa..
Ishh..banyak beno komplennya..tengoklah dulu foto2 di bawah ni sementara cuba mencari perkara2 best yang lain untuk disharekan nanti. 0_0
biasalahkan..kalau dah menginap di hotel ni, makan pun
takkan sepinggan dua aje. banyak lagi oo makanan perlu
dihabiskan tu. tapi slow2 dulu. jangan sampai lupa tugas yer. ;)
saya ni bukanlah suka sangat makan makanan sebegini.
setakat dapat alas perot sepinggan dua pun jadiklah. ;p
cantik bangunan di sini. sehinggakan saya rasa seolah2
bukan dalam kawasan hotel. seumpama macam konsep
udara terbuka and you are free to move around. maklumlah..
keluasan tanah yang luas memanglah buat konsep begini.
sebelah kiri bangunan ni tempat simposium berlangsung manakala
bangunan belah kanan pula reception. kalau naik tingkat atas tu ada
swimming pool. tak sempat nak berendam kat situ. nak cari jalan ke
bilik kaca pun masih boleh sesat dalam kawasan ni. ish ish.. ;p
inilah dia Malay Village restaurant. konsep tepi tasik
sambil menghayati pemandangan lampu waktu malam di tasik
serta diiringi persembahan gamelan tradisional.
pelik betullah..sepatutnya ada 4 biji bantal pelok kat sini. lagi 1 mana?
rasanya mcm dah tahu ke mana. waktu malam aje hilang..waktu siang
elok aje kat situ. hehehe...kalau dia tengah baca ni jgn cepat melenting bro! ;p
pelik betullah..sepatutnya ada 4 biji bantal pelok kat sini. lagi 1 mana?
rasanya mcm dah tahu ke mana. waktu malam aje hilang..waktu siang
elok aje kat situ. hehehe...kalau dia tengah baca ni jgn cepat melenting bro! ;p
Bilik tidur saya berlatarbelakangkan bangunan Pusat Maritim, Putrajaya dan juga 5 buah bangunan di bahagian belakangnya. Waktu baru sampai di sini pada belah petangnya sebelum maghrib, sempat jugalah hi-tea dengan para peserta simposium yang juga bertaraf Professor dan Dr. Walaupun ramai di antara mereka ini datang dari negara spt Amerika, Korea, Hong Kong, Afrika, Australia, kebanyakan mereka ini sudah tentu telah mengetahui cuaca di Malaysia. Kenapa saya kata begitu? Kerana waktu mereka sedang menghadiri simposium tersebut, ada yang sempoi sahaja pakaiannya. Sesuailah tu dengan cuaca di sini. Dan yang menariknya pada waktu dinner di Malay Village restaurant itu, ada seorang peserta lelaki dari oversea yang mengenakan pakaian batik dan bersongkok pula. Kelasss yer!! ;-)
sedang sibuk berbual ataupun discuss satu sama lain.
aha..yang tengah tu Prof. Duncan Fraser dari University of Cape Town,
South Africa. masing2 tengah discuss antara satu sama lain.
South Africa. masing2 tengah discuss antara satu sama lain.
oo..inilah dia Pusat Maritim Putrajaya. dari balcony
pun nampak jelas.
pun nampak jelas.
view dari balcony bilik. Moleklah tu..dari kiri bangunan yang rendah
ke bangunan yang tinggi saiznya. tak nampak pulak penghuni sebelah
menyebelah bersidai kat tepi balcony ni? Ohh..itu kat kampong bolehlah kot! :-p
ke bangunan yang tinggi saiznya. tak nampak pulak penghuni sebelah
menyebelah bersidai kat tepi balcony ni? Ohh..itu kat kampong bolehlah kot! :-p
So, to sum up apa yang telah saya lalui dari 4hb Julai hingga 7hb Julai 2013, sebagai sekretariat dalam REES 2013, saya merasakan bahawa Pullman Putrajaya Lakeside adalah sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang cantik pada exterior dan interior, makanan pun boleh tahan..tak semua yang menarik, dari viewing angle kamera, di sini memang cantik pemandangannya. Mungkin sekiranya anda travel kerana bercuti dan ingin berjalan2 di sekitar Putrajaya dan inginkan layanan bertaraf 5 bintang di hotel yang ada di sini, Pullman Putrajaya amat sesuai buat keluarga. Tetapi sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, sudah pastinya jawapan untuk travel percutian anda ke Putrajaya adalah di Shangri-La Hotel. Cuba try klik link hotel tu. Pastinya menawan hati anda kali pertama melawati laman web tersebut dan jika dibandingkan dengan apa yang anda lihat dari kedua2 laman web antara Pullman Lakeside dan Shangri-La, anda pasti ada jawapan tersendiri.
Jadi, setakat ini sahaja coretan untuk episod Outstation ke Pullman Putrajaya Lakeside, mudah2an kita bertemu lagi dalam entri terbaru akan datang. In Sha Allah..
Wassalam...
0 comments:
Post a Comment