Friday, July 26, 2013

Katalog Raya Mula menyerang!

Salam penuh kasih sayang dan keceriaan dari saya, tuan tanah blog cubit sana cubit sini, salah cakap confirm kena cubit! Auchh!! ;) Oh by the way, I was being sarcastic, sorry for that! Hahaha! Anyway, waktu saya menaip entri kali ini adalah bertarikh 26 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434 H. Aha..sedar tak sedar kita dah masuk dalam pertengahan bulan Ramadhan. Dan bagaimana amal ibadat kita setakat ini pada bulan yang mulia ini? Adakah ianya bertambah baik? Ataupun masih ada yang tunggang terbalik? Aha..macam mana pulak dengan keadaan puasa kita? Adakah masih maintain terbaik seperti di hari pertama Ramadhan atau hampir tenggelam macam kapal selam? 0_0

Maaflah kalau tersentuh di usus anda dengan persoalan2 sebegitu. Mari kita cuba tingkatkan lagi amalan kita untuk bekalan di sana nanti. Amin..

Ok, untuk entri kali ini saya ingin menyentuh satu perkara berkenaan Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi tapi masih dalam bulan Ramadhan. Apa yang nak disentuh ni sebenarnya? Orait..cuba kita tengok apakah objek yang terdapat dalam gambar di bawah:


Yaa..itulah dia katalog raya yang sekarang ini merata-rata di kawasan rumah anda. Bahkan bakal memberikan kesan kepada diri anda sekiranya membelek2 katalog tersebut dengan lebih lama. Ayoo..juling mata oo kalau tengok lama2. Hihi..sebenarnya saya dapat brochure ni semua sewaktu pulang dari ofis dekat dalam peti surat di rumah yang penuh dengan entah apa2 kertas jugaklah yang memenuhi ruang peti tu. Ishh..naik semak dibuatnya. Ingatkan adalah surat2 perkhabaran gembira yang mampu membuatkan saya 'jatuh ke atas'. Rupanya selonggok brochure promosi raya! Cett! Oh yer, sila rujuk google mengenai peribahasa 'jatuh ke atas' untuk maksudnya.

Inilah dia perkara biasa yang kian berlaku saban tahun iaitu limpahan brochure dan katalog raya dengan ayat2 merapu spt Jualan Hebat!, Lelong Besar-Besaran, Raya Style dan bermacam2 lagi. Masing2 ada unique point tertentu dalam memikat hati pelanggan. Tapi tak sampai hati pulaklah nak buang benda2 ni semua, ada faedahnya juga simpan sementara waktu. Manalah tahu akan datang tiba-tiba nak mencari sesuatu yang ada dalam brochure tu. Kebiasaannya kandungan brochure ini adalah seperti kedai2 menjual perabot, peralatan eletrik rumah, promosi berbelanja di sesebuah supermarket/hypermarket dan tak kurang juga brochure kawasan perumahan baru. Kalau brochure berkenaan rumah baru di JB ni, fuhh..paling tidak harga minimum 300K, Berpeluh ketiak melihat harganya. Itu baru aje minimum selling price! Aiyaa....

Inilah dia iklan 2 in 1. Raya + Merdeka. Save kertas,
save the tree la kononnya..a lovely promise Jualan Hebat!
Tapi sebelum pindah ke rumah kami ni, kat sinilah tempat kami
beli furniture. Al-maklum, kami rakyat biasa2 jer.

Aha..rasanya ni brochure Supermarket. Mengajak orang ramai shopping
di sini dengan menawarkan harga potongan dari 50-70% lebih murah 
berbanding dengan competitors yang lain. Err..tak pernah shopping kat sini.
Normally kami shopping dekat Hypermarket yang berdekatan rumah kami aje.

Sempat jugak brochure ni sampai sebelum raya. Kalau anda rasa
berkemampuan untuk beli property ini, silakanlah google utk mengetahui
dengan lebih lanjut. Saya lebih prefer rumah teres berbanding duduk di
kondo begini. Memang high class tapi tak kena dengan jiwa pulak.
Kalau nak buat asset sekalipun saya tetap memilih rumah teres ataupun
bidang tanah.

Satu lagi brochure furniture dengan unique selling pointnya iaitu
'Ambil Je Bayar Kemudian'. Amboi cik kiah oii..mentang2 le nak
menyambut Hari Raya, makin menggalakkan orang berhutang yer!
Cett! Another lovely promise.

Alamak..dia jadik duta Sony pulak dah time raya ni..hihi.

Ait..dia pun sama jugak jadik duta Panasonic..ohh lupe,
Kukus, Grill, Panggang, Kukus, Grill, Panggang..;)

Orait...whatever it is out there yang menyemakkan ruang depan rumah anda samada brochure atau apa jugalah iklaneka yang bersepah2 tu, kalau ianya hanya menyemakkan pemandangan mata anda, buang ajelah dalam tong sampah yer. Janganlah biarkan bersepah2 aje di depan rumah. Seganlah sikit dengan jiran sebelah-menyebelah yang masing2 menjaga kebersihan. Atau jika anda yang suka menyimpan brochure2 tersebut, apa kata sisip dalam folder agar lebih tersusun dan senang untuk dicari pada masa hadapan. Manalah tahukan tergerak di hati nak beli sesuatu dari brochure tersebut. Tapi sudah tentulah berbeza harganya nanti kalau dah selepas raya. Cuma..anda dah tahu kat mana nak cari barang2 yang demikian. Kan?

A lovely promise pada selling point setiap brochure yang kita dapat dan baca itu. Tapi tak semuanya betul2 mengikut apa yang ditulis dalam brochure. Yang penting, sebelum duit anda terbang dengan bebas begitu sahaja, eloklah fikir perkara2 lain yang lebih penting berbanding menyolek rumah anda dengan barang2 yang berkemungkinan dah ada di rumah tapi sebabkan nak nampak lebih grand berbanding furniture di rumah jiran sebelah anda, akhirnya tak dapatlah nak berhari raya di kampong nanti gamaknya. Alahai!

Sekadar berkongsi info.

Wassalam...
Share:

0 comments:

Post a Comment