Monday, July 29, 2013


Salam muhibah buat semua pengunjung cubit sana cubit sini..salah kena cubit, tak pasal2 termenjerit. Ouchh!! 0_0 Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan Syawal, Eidul Fitri 1434 H. Tapi sebelum kita dapat meraikan Eidulfitri yang bakal menjelang, apa persediaan kita di kala bulan Ramadhan masih berbaki beberapa hari lagi ni?
Diharapkan anda semua masih dikurniakan dengan limpah kurnianya dan berjaya juga menongkah arus di bulan Ramadhan yang penuh dengan cabaran dan banyak pula ganjarannya. Amin Ya Rabb..

Oklah, disebabkan tajuk entri kali ini ialah mengenai shopping kueh raya 2013, maka sememangnya saya akan menceritakan kepada anda semua wahai pengunjung blog cubit sanasini yang budiman sekalian dengan aktiviti pengembaraan bermula kami suami isteri pada hari Sabtu yang lalu iaitu 27hb Julai 2013. Kami pergi shopping kueh raya!! Yeaayy!! ;p

Oleh kerana pada tahun yang lepas kami dah bershopping ke Azhar Food Supplies di Rengit, Johor, dan Tasman Kerepek Bawang tahun yang sebelumnya, maka pada tahun ini kami mencuba pula tempat berlainan. Tapi kenapa nak shopping tempat lain pula? Dah tak sedap ke kueh2 raya kat Azhar Food Supplies tu? Sedap..as usual sedap. Tapi disebabkan kali ini isteri saya beriya-iya mengajak pergi ke satu tempat di Johor ni yang menurut kawannya di situ ada pelbagai jenis kueh dan kerepek yang sedap2 belaka (katanyalah) maka kami dengan amat sukacitanya pergilah ke situ. Kat mana tu? Kat Simpang Renggam, Johor. Aha..taklah jauh sangatkan. Tapi waktu kami ke sana tu, kami memulakan perjalanan dari Kampong saya di Serkat, Pontian dan melalui Jalan Parit Panjang dan ikut short-cut Jalan Rejo-Sari dan tembus pula ke Jalan Parit Ismail. So tak payahlah lalu ikut hi-way dak? Sila rujuk map di bawah:



Nota: Kalau ikut hi-way terasa jauh, baik lalu jalan kampong short-cut lagi.


Kami travel bersama mak dan pembantunya menaiki Myvi yang ternyata lebih jimat minyak berbanding kereta saya yang mendahagakan petrol dengan lahapnya. Hihi.. ;) Walaupun kereta kecil tapi besar jasanya. Ok..kedai yang saya maksudkan ini namanya ialah Perusahaan Zainab Jaya, atau lebih tepat lagi Industri Kecil Sederhana (IKS). Lokasinya pula tak jauh dari tol Simpang Renggam. Kalau anda dari hi-way samada dari arah KL atau JB, exit Simpang Renggam dan selesai jer bayar tol, beloklah ke kanan utk ke Simpang Renggam. Kemudian himpit ke kiri dan selang 100m anda akan nampak signboard Kompleks Industi Kecil Sederhana (IKS), bagilah signal ke kiri dulukan..takkan nak terus masuk jer, tak pasal2 kena maki dengan kereta belakang. Hehe..;p

Tak susah sangatlah cari tempat ni kalau dah masuk simpang IKS
tu. Nampak signboard ni dari jauh. Tapi make sure pergi ke tempat ni
bukan tempat lain. Manalah tahu korang ternampak kueh raya yang sedap
jer kat gerai berhadapan zainab jaya ni terus korang sambar. Cool down dulu..
cuba masuk dalam kedai ni dan tengok sendiri baik2 n then...SHOPPING!!!

Beraneka jenis kueh raya yang saya sendiri pun tak tahu apa namanya.
Yang saya tahu pastinya lebih sedap berbanding kalau saya buat sendiri!

Erm..ada jugak kami sambar 2-3 jenis biskut raya 2013 ni. Almond Snow
nampak sangat menarik yer! Apa lagi grab masuk dalam bakul. Huhu..


Aha..yg ni biskut favret saya. Yang penutup merah hujung tu. Namanya
Tarbus. Dalamnya berintikan coklat cair sementara di luar pula biskut rangup
tak terperi. Sekali u dah gigit, pasti u nak lagi! Auww!! :p

Biasalahkan..kek lapis sarawak mmg mahal sikit harganya berbanding di
Kuching, Sarawak sana. Kalau kat Mira Cake House tu boleh dapat dgn harga
minimum RM 12, kat sini lebih sikitlah..mungkin tetamu special tu bolehlah
hidangkan kek lapis ni. Hehe..lagi bagus kalau belajar buat sendiri. Bila lagi
kita nak belajar buat kek lapis ni eh sayang? ;p boleh makan hari2.

Kalau ada fridge mcm ni kat rumah, confirm dah buat berniaga dah.
Tapi yang pastinya menggunakan label yg lebih kreatif drpd BEST BUY ni.
Contohnya..TERBAEK BEB KEK NI! Hahaha!! yg penting mesti ada unique
selling point berbeza dari orang lain.

Bakul yang telah dipenuhkan oleh saya tapi diberi kepada isteri untuk
dipegang. Macam nilah suami isteri..berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. ;)
Saya pula memegang sebakul lagi yang diisi dengan beraneka biskut dan juga 
kerepek2 yang pastinya merangupkan suasana di hari raya nanti. Setakat ni 
boleh bersabar lagi daripada terus membuka biskut2 ni. :p
sabarlah wahai perot.. 0_0

erm..dan erm..belum demam lg. tp oklah. :p

Seperti biasa kebanyakan kenderaan yang memenuhi di ruang parking
ini adalah kenderaan dari jiran sebelah kita, kota singa. Mereka sangat
menyukai shopping di sini sehinggakan ada antara mereka yang dah bertahun-tahun
jadi loyal customer di Perusahaan Zainab Jaya ini.

Maka setelah penat drive dari serkat - simpang renggam (eh lupa pulak
yang drive tu isteri sendiri) hehe..sebab saya dah drive pagi tadi dari rumah
ke kampong, jadi isteri saya volunteer utk drive pula ke sana. Terima kasih
wahai isteri kerana memahami. :) 3 bungkus beg plastik kueh raya kita tahun ini.
Alhamdulilah..bijaklah berbelanja

Jadi apa yang menarik selain berbelanja di Perusahaan Zainab Jaya ni sebagai consumer biasa? Sebenarnya sejak dulu lagi ramai warga dari kota singa dan juga warga KL sendiri telah tahu tempat ini dan ada antara mereka ini yang bijak membuat hubungan rapat dengan pengusaha IKS ini utk mendapatkan harga terbaik dalam skala pembelian besar-besaran. Sebab itu warga kota singa dan KL tak kisah sangat dengan harga yang harus mereka bayar..yang penting sedap dan lazat!

Tetapi bagi consumer biasa seperti saya ini, berbelanja kueh raya untuk tahun 2013 ini rasanya bajet perlu diketepikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian kueh2 raya tradisonal dan moden ni. Murah memang nampak murah, tapi kalau dah angkut 5-6 bungkus kerepek, 10 jenis kueh/biskut, mahunya tak berpeluh di dahi.

Jadi, alangkah moleknya kita berbelanja dengan cermat dan bersederhana dalam berbelanja. Agar kita sama2 dalam merayakan Aidilfitri dalam suasana yang riang.

See you again!

Wasalam..
Share:

7 comments:

  1. Salam. Coklat tarbus yang ada coklat cair kat dalam tu, berapa RM kat sana??

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam Cik/Pn Mazni. Alamak..saya pun dah tak ingatlah. Tapi memang betullah apa yang Cik/Pn Mazni cakapkan tu..kueh tarbus tu mmg sedap. Rangup di luar, dan lembut coklat di dalamnya. Tapi Cik/Pn boleh rujuk laman web Perusahaan Zainab Jaya di alamat ini http://perusahaanzainabjaya.blogspot.com/ dan juga facebook: https://www.facebook.com/perusahaanzainabjaya

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, sy iya menantu kpd owner PZJ ni, tengah duduk ngn mak mertua, terbaca komen awak ttg kedai kami,mak saya amat berbesar hati dan terharu tentang pandangan En. dengan kata2 yang membina, Terima Kasih, jemputlah datang lagike kedai kami ;)

    ReplyDelete
  4. Walaikumsalam..mudah-mudahan rezeki anda sekeluarga bertambah hendaknya. :) In Sha Allah..ada kelapangan masa kami ke sana lagi.

    ReplyDelete
  5. Sy org kluang tp br tau tempat ni...tu pun diberitahu oleh peniaga pasar rabu td pg....sure sy teringin ke sini nk raya nti....

    ReplyDelete
  6. Sy org kluang tp br tau tempat ni...tu pun diberitahu oleh peniaga pasar rabu td pg....sure sy teringin ke sini nk raya nti....

    ReplyDelete
  7. Waahh..pastinya nak raya nanti ke sini lagi ye tak Cik/Puan Aniza? Puas mata memandangkan tengok macam2 kueh raya ada.. ;) wish u all the best!

    ReplyDelete