Duration of outstation: 4-7 July 2013
Where: Pullman Putrajaya Lakeside
Why: Kerja lor! ;p
Who: Me n myself lor! Of course with other office mate ler.
But where's your wife: Working as usual, cannot come. ;)
Tower clock yang berada betul2 di tengah lokasi yang dikelilingi oleh
bangunan penginapan, ballroom, reception. Jadi attraction sudah tentulah
di sini kerana ramai yang menginap di Pullman Lakeside akan mengambil gambar
mereka di sini.
Orait, tujuan utama saya ke mari adalah kerana menjalankan tugas spt yg diarahkan oleh Big Boss utk menggantikan 2 orang staf kami yang dah beberapa hari di sini. Dan untuk itu baton telah dilepaskan pula kepada saya dan juga seorang lagi staf a.k.a ofis mate bagi menghulurkan bantuan apa yang patut. Takkan duduk diam jer dalam bilik Hotel bertaraf 5 bintang ni tak buat apa2. Lagi pun Big Boss dah pesan utk cover moment for the whole day. Aha..dah dapat agak eh agak2 buat kerja apa? kan kan? korang memang bijak! 0_0
Jadi untuk menjalankan tanggungjawab tersebut, Big Boss, eh..tak naklah panggil Big Boss, ermm..aha, IT Manager telah memberi kepercayaan kepada saya untuk capture the moment for that day. But what kind of moment nak capture ni? Ohh..lupa saya, sebenarnya program yang nak dicover ini adalah seperti berikut: Research in Engineering Education Symposium (REES) 2013 dan kebetulan ofis saya telah dilantik untuk menjalankan kerja2 sekretariat bagi program tersebut. Ada yang dah pergi lebih awal ke sana iaitu dari 1hb Julai sampailah 7hb baru kita orang balik semula ke JB. Ish ish ish..tepuk dahi pun boleh! ;p
Please follow the arrow to navigate to your required
program. Please be advised not to return to your bedroom
before completing your duty. Have a Nice day. TQ! ;p
Oklah..dari apa yang korang nampak ni kan, agak2 apalah program
sampai aturan kerusi begitu yer? Ini sebelum perasmian simposium lg ni.
Sila refer laman web ini bagi melihat album penuh aturcara majlis.
Sebelum kami bergerak menuju ke Pullman Lakeside Putrajaya, saya terlebih dahulu kena attend sebuah majlis iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM 2013 Citra karisma di Dewan Sultan Iskandar, UTM. Seawal 7.30am mendaftarkan diri di sana. Eh? Apakah Majlis ini? Sila rujuk foto di bawah:
Alhamdulilah.. :-) rezeki untuk tahun ini. Mudah2an semangat kerja sebegini outputnya diterus dan dapat dikekalkan sampai bila2. Majlis ini tamat lebih kurang pukul 12pm. Sementara kenderaan yang mengambil kami ke ofis akan tiba pada pukul 2pm. Sempat juga utk berehat di ofis dan tapau Mcd dekat UTM tu. hihi.. (itupun terkocoh-kocoh makan sampai naik comot mulut ni) ;p
Setelah selamat tiba ke destinasi, tibalah pula masa untuk saya mengambil kamera dari O.P. yang telah 3 hari berkampung di sini. Alhamdulilah..segalanya berjalan lancar. So, tinggal satu lagi step iaitu utk mencari bilik. Kalau tak nak tidur mana? Takkan dalam ballroom kot? ;p hiishhh!
oo..rupanya bilik di blok Bunga Tanjung. teringat
pula lagu Kak Pah tu, Bunga Tanjung... la la la... ;)
takkanlah Presidential Suitekan? Hihihi...tapi saya ada pernah
mendengar salah seorang Wedding Videographer di Johor mendapat
sebuah bilik hotel semata2 utk cover wedding event client dia. Pehh!
Mesti client dia tu terdiri dari ahlil korporat. thehe..
Ok, saya rasa kita bertemu lagi selepas ini bagi merehatkan badan seketika sementara menunggu Pn. Isteri balik ke rumah. Sedang sibuk membantu ibu di rumah adik katanya. Yang penting bawak balik asam pedas yer sayang untuk berbuka puasa petang karang. ;)
Kay, jumpa lagi selepas ini yer dalam episod Outstation ke Pullman Putrajaya Lakeside Part 2.
0 comments:
Post a Comment