Saturday, June 22, 2013

Assalamualaikum..salam penuh takzim dari saya, tuan punya blog cubit sana cubit sini, cubit peha kiri peha kanan turut terasa. Ouch! Kepada anda semua yang baru berjinak-jinak untuk mengenali blog ini dengan lebih dekat, sebenarnya ianya tidak menceritakan secara khusus tentang travel blog sahaja, tetapi lebih kepada pengalaman hidup saya dan isteri dalam menjalani kehidupan sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. Kalau nak cerita pasal travel aje, akan botak sehelai demi sehalai rambut ini nak mengira expenses travel dengan kerap. Huhu..tapi taklah sampai macam tu. Dan tak semestinya cerita pasal travel jauh2 aje, dalam negeri, cerita balik kampong, cerita berkaitan dengan kerja2 saya akan datang. manalah tahukan..

Tapi, oleh kerana entri kali ini masih lagi dalam mood cuti2 malaysia, maka saya akan menceritakan juga kepada anda semua tentang perjalanan kami ke Pulau Tioman buat kali pertama dalam hidup ini iaitu sekitar bulan Jun 2012 tahun lepas. Aha..kalau dalam entri sebelum ini, Pulau Tioman 2013, Sun Beach Resort kami datang! merupakan episod pengembaraan bermula bagi permulaan penulisan dalam blog ini, maka kali ini saya akan membawa anda menaiki kereta jenama Delorean dalam cerita 'Back to the future' untuk kembali pada tahun 2012 bagi mengetahui aktiviti kami di Pulau Tioman.

Mesti anda tertanya2, kenapa tak mulakan aje dengan tahun 2012? Bukankah lebih berstruktur begitu? Huhu..iye memang betul begitu, tapi memandangkan sekarang ini dalam tahun 2013, eloklah dimulakan blog ini dengan cerita2 dalam tahun 2013. Kemudian baru boleh flash back. Wooshhhh!! ;p

Ok, mari kita mulakan entry panjang lebar yang menyeronokkan kali ini dengan bacaan Bismilah. Semoga apa yang kita buat mendapat keberkatan darinya. :)

Ehem..ehem..test suara, test taip..test..test..;p Sebenarnya saya sendiri tidak pernah memikirkan untuk pergi bercuti di sebuah pulau yang pernah tersenarai antara 10 pulau tercantik dunia suatu tika dahulu. Apa yang saya suka lakukan jika melayari internet pada waktu lapang ialah mencari sebanyak mungkin maklumat mengenai pakej2 percutian yang ada dalam negara kita. Dari sabah ke sarawak hinggalah berbalik ke semenanjung. Tapi untuk lebih accurate punya pencarian, isteri saya jugalah mendahului saya nampaknya. Dia kata saya cuma pandai explore jer, tapi cari review dari orang2 yang dah pernah tinggal di resort tersebut, tak berapa nak mahir. Hihihi.. ;p but then si dia Google punya google, last2 hati tersangkut dan terpaut pula di Pulau Tioman ni. Maka kami pun bercakap2 kosong mengenai kemungkinan untuk bercuti. Tak sangka pulak cakap-cakap kosong ni rupanya suatu planning yang akhirnya menjadi. ;)

Rikki lagi resort2 yang terdapat di sana pada kadar harga berpatutan, last2 terjumpa pula website ni -> Panuba Inn Resort.

Panuba Inn ni private beach yer. Diulang private beach. ;)

Apa yang menarik menurut pandangan isteri saya tentang Panuba Inn Resort ini ialah, ianya sebuah resort yang mempunyai private beach yang tersendiri. Ini bermakna resort ini tak bercampur dengan resort2 yang lain yang kebiasaannya ada di sekitar pantai sesebuah pulau. Dan kemudian, apa yang menariknya ialah harga pakej untuk 3D2N amatlah berpatutan iaitu sekitar RM 3xx. (sila rujuk website berkenaan untuk info lebih lanjut)

Tetapi..sebentar! jangan syok2 dulu terus nak buat decision ke sana! Cool down dulu..biar saya jelaskan lagi yer. hihi..ok, menurut laman web tersebut, untuk mendapatkan harga pakej 3D2N berkenaan mestilah minimum empat (4) orang. Kalau tak cukup 4 orang harganya lebih sikit. Maka..isteri saya pun mengatur langkah menyusun kata, biarlah beralah asalkan beridea. Pehh..dasat betul siap berpantun lagi! hehehe..jadi isteri saya pun memanjangkan perkara ini kepada rakan2nya di pejabat dan bertanyakan kepada mereka yang berminat untuk menyertai kami dalam ekspidisi pengembaraan bermula! 0_0 dan akhirnya sepasang couple yang belum sampai setahun mendirikan rumah tangga bersetuju untuk menyertai misi pengembaraan bermula ini.

Setelah mendapat persetujuan mereka akhirnya isteri saya pun mengirim2 emel, bertanyakan kekosongan pada tarikh 7-9 Jun 2012, adakah masih available. Dan jawapan yang kami dapat dari pihak Panuba Inn adalah positif! :-) Bercuti ooooii..pergi bercuti tu! hihihi..

 saya up sekeping foto dahulu sewaktu di Panuba Inn khas buat tatapan anda para pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.com. lepas ni akan up lagi dalam entri seterusnya. ;) | Oh yer..website yang tertera kat gambar aku tu website lama aku, dah takde dah yer. Bz dengan kerja aje sekarang ni! Huh..

Ok, berikut ini merupakan terms and conditions dari laman web Panuba Inn bagi mereka yang ingin travel ke sana:

Package Including : Package Excluding
- 2 ways ferry transfer
- 2 nights accommodation
- 5 times meals
- 1 day snorkeling trip

- Snorkeling Gear
- Marine Tax Fee
Terms & Regulations :
- Minimum package 4 person.
- This package only valid for maximum package 5 days 4 nights only.
- Extend Night/Stay : RM 80/Pax ( Adult ) & RM 60/Pax ( Child ).
- Child rate is refer to children between age 5 to 12 years old.
- Resort have rights to cancel snorkeling trip or change snorkeling location without prior notice.
- Check in time at 2:00PM and check out time at 12:00 noon.
- Surcharge RM 25/pax on weekend and peak season of Malaysia and Singapore.
- For child age RM 2 and 4 years old : RM 60 each child.
- Child rate is valid if sharing with at least 2 adult in one room.
- Child who share with 1 adult in one room will be considered as adult.

Itinerary :
Day 1 :Checkpoint at Panuba Inn Sales Office at Mersing Jetty.
Depart to Tioman Island. Reach Panuba Jetty. Check in and lunch at Panuba restaurant. Dinner will be provided.
Day 2 :Breakfast. Snorkeling activity starts. Back to resort. BBQ dinner
Day 3 :Breakfast and check out. Depart back to Mersing from Panuba Jetty.



p/s: sedikit pesanan buat anda semua yang ingin bercuti ke mana2lah sekalipun, contohnya macam di Panuba Inn Resort ni. Isteri saya akan baca review terlebih dahulu dari tripadvisor atau menaip secara rambang dalam enjin pencarian google. Contoh adalah seperti berikut:

              - bercuti ke panuba inn resort
              - menarik di panuba inn resort
              - bercuti ke sun beach resort
              - menarik di sun beach resort

Tetapi dalam pemerhatian kami setelah membaca review dari Tripadvisor mengenai Panuba Inn Resort, ada yang bagi review kurang bagus mengenai tempat ini. Tapi itu review tahun 2012 dahulu, sekarang ni mungkin dah ada review lebih baik rasanya. Harap2 begitulah. Sebab apa yang kami lalui selama 3D2N di Panuba Inn Resort amatlah memuaskan hati dan....bacalah dulu yer, bagi banyak2 review kat 1st page nanti, tak terus membaca ke page kedua pula. hehehe... ;p

Cuba tengok ni, geng MeleTOP Astro Gempak pun dah sampai ke Panuba Inn ni. Depa kata tempat ni top-top-top MeleTOP! Kebaboom!! Memang kelaslah korang..tak rugi le saya dan isteri dah pernah sampai ke Panuba Inn. :) Peace YO!



Ok, teruskan membaca Pulau Tioman 2012 Part 2: Panuba Inn Resort, kami datang!
Share:

7 comments:

  1. En Jeffri Rahman, Kalo amek pakej ni RM berapa ye? Selalu kalo sy ke pulau jarang amek pakej.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Puan Roshiaty, lewat sangat2 reply. Laman web panuba inn kat sini http://panubainnresort.com/
      Waktu kami pergi ke sini tahun 2012 yang lalu lebih kurang RM3++ hampir RM400 satu kepala. Tapi puas hati sebab dapat snorkelling 4 kali. Mungkin Puan dahpun pergi ke marikan atau ada plan yg lain. Apa2 pun saya ucapkan terima kasih kerana sudi kunjung ke blog saya. :)

      Delete
  2. Assalamualaikum.. selamat malam..
    Maaf tuan blog, abang wan tioman disini :-)

    jika tuan puan ingin membeli ticket feri boleh layari link sebelah -->> Booking Ferry Ticket
    © www.percutianpulautioman.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam abg wan tioman. Terbaik tu bang! Cuma nak tanya sikit saya dengar dah ada bot ke pulau pemanggil, betulkah?

      Delete
    2. ya boat ke Pulau Pemanggil ada.. tp mahal juga harga per pax tu tuan.. kerana ke pulau pemanggil xde khidmat ferry.. naik bot.. harga ada beza sikit dgn harga ke pulau tioman

      Delete
  3. saya baca review panuba inn tahun 2016 mcm makin teruk huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih la kalau begitu. saya ke sana tahun 2012 dulu ok semuanya, layanan baik dan snorkeling trip memang memuaskan. Alhamdulillah..mudah-mudahan ada jalan terbaik utk pilihan bercuti akan datang. All the best! selamat bercuti! ;)

      Delete