Assalamualaikum,




Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
Assalamualaikum,
Assalamualaikum,
Assalamualaikum,
Macam mana boleh ON kursus ni, tetiba jer?
Mula-mula macam tak percaya, 5 hari kursus ni..banyak benda nak fikirkan sebelum boleh join, antaranya ialah:
Perjalanan Balik Kampung Raya: Tradisi, Jem, dan Dugaan
Balik kampung pada musim raya sudah menjadi satu tradisi yang tidak boleh dielakkan dalam budaya kita. Walaupun setiap tahun kita tahu pasti akan ada kesesakan lalu lintas, namun semangat untuk berkumpul bersama keluarga di kampung membuatkan segala kesulitan itu terasa berbaloi. Tahun ini, perjalanan balik kampung kami agak mencabar, namun penuh dengan kenangan yang tak terlupakan.
Kami bertolak dari Senai di hari raya kedua pada pukul 9 pagi. Tapi jika diikut janji dengan adik-beradik sebelah isteri sepatutnya gerak sesudah subuh. Akan tetapi disebabkan agak sukar kejut anak-anak bangun tidur, mandi, pakai baju raya, semua tu ambil masa. Begitulah permulaan cerita. Biasanya, perjalanan pulang ke kampung di Parit Sri Muar tidaklah begitu panjang, namun tahun ini, jalan raya yang penuh dengan kenderaan menjadikan perjalanan terasa seperti marathon! Kami sampai di Muar sekitar pukul 12 tengah hari, dan meskipun begitu, perjalanan yang lancar pada awalnya tidak bertahan lama.
Sebaik saja kami sampai di Tol Yong Peng Utara, seperti yang dijangka, jem sudah mula kelihatan sebaik sahaja melepasi bayaran tol. Apa boleh buat, orang Johor yang bekerja di bandaraya semua balik kampong mereka. Memang sukar nak elak jem kerana semua pemandu kenderaan menghala ke tujuan yang sama, iaitu ke Parit Yaani, Parit Sulong dan ke Muar. Penulis rasa begitu jugalah kot mereka yang berada di negeri yang lain. kan? Sementara itu, anak-anak yang berada di belakang kereta tidak dapat menahan rasa bosan dan mula membising. Pada mulanya, saya cuba untuk tetap tenang dan mengikut jalan yang lebih selesa meskipun Waze memberi cadangan yang berlainan. Tetapi isteri lebih cekap menggunakan Waze, cuma penulis sahaja yang tak nak ikut nasihat.
Imej di atas adalah janaai AI. Mana sempat penulis nak amek gambo waktu tengah drive. Hehe..
Memang ambil masa nak melepasi traffic light selepas tol. Dan keadaan berlarutan hinggalah sampai ke traffic light Parit Yaani. Kemudian perjalanan agak lancar sehinggalah sampai di Kilang Munchy's. Tetapi berlaku lagi sekali jem apabila menghala ke Parit Sulong lagi sikit nak sampai jambatan. Okay..di sini memang tak boleh nak buat apa, pekan tu kecil kemudian banyak kenderaan keluar masuk dari kampong. Wife saya kata jika ikut Waze kita boleh potong Kampong Parit Lutok. Laa..sebelah kanan aje simpang kampong ni, apa lagi kita pun bagilah signal dan masuk jalan kampong. Huhu...best wei lalu jalan kampong walaupun satu lorong aje. Apa nak pening kepala..semua orang kampong ada di rumah masing-masing layan keluarga sendiri jadi memang tak jumpa satu langsung kenderaan dar arah bertentangan. Tahu-tahu aje di sebelah kanan saya ialah sungai Simpang Kiri. Laa..selalunya nampak sungai ni waktu menyeberang jambatan aje, kali ni dapat lalu tepi sungai, surprise!!
Ingatkan boleh lepas jambatan bila lalu kampong ni, rupanya tak jauh jer dari jambatan. Maksudnya penulis melalui shortcut yang jaraknya pendek. Yelah kita mana tahu kawasan ni. Huhu...
Imej di atas adalah janaai AI. Mana sempat penulis nak amek gambo waktu tengah drive. Hehe..
Namun, pengalaman unik terjadi ketika kami melalui jalan kampung di sekitar Parit Yusof. Kami melihat semangat tradisi Baraan yang masih lagi hidup segar di kalangan anak-anak muda kampung. Geng-geng motor yang mengarak dengan penuh semangat menyambut raya, menambah keceriaan suasana meskipun kami terperangkap dalam jem. Inilah yang membuatkan perjalanan kembali ke kampung terasa lebih berwarna, dengan pemandangan yang membawa nostalgia dan kepuasan bagi kami yang jarang dapat melihat suasana kampung yang begitu meriah.Imej di atas adalah janaai AI. Mana sempat penulis nak amek gambo waktu tengah drive. Hehe..
Namun, perjalanan pulang ke Senai tidaklah semudah yang dijangkakan. Setelah keluar dari kampung, kami kembali melalui Parit Yusof dan Bukit Mor untuk mengisi minyak di Petronas Parit Sulong. Jem semakin teruk apabila kami menghampiri lampu isyarat Parit Yaani. Walaupun begitu, kami tetap teruskan perjalanan sambil cuba untuk bersabar dengan keadaan.
Puncak cabaran muncul apabila anak kedua saya yang berusia 7 tahun tiba-tiba muntah dalam kereta! Bau busuk yang menyebar di dalam kereta membuatkan kami terkejut. Seingat saya pada ketika itu kami baru jer melepasi Simpang Renggam. Jadi, terpaksalah turunkan sikit tingkap walaupun hujan renyai bagi mengurangkan sedikit bau muntah.
Walaupun banyak kali terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, dan menghadapi cabaran seperti itu, saya tetap bersyukur kerana akhirnya kami sampai di rumah dengan selamat. Kemudian setelah isteri dan anak-anak berserta barang-barang dikeluarkan dari perut kereta, saya pun memulakan operasi mencuci seat, sental, lap berkali-kali dengan menggunakan sabun. Nasib baik leather seat. Pengalaman ini mengingatkan saya bahawa perjalanan balik kampung bukan sekadar mengenai destinasi, tetapi tentang perjalanan itu sendiri. Kadang-kadang, kita perlu bersabar dan menerima segala dugaan yang datang.
Tahun depan, saya merancang untuk bertolak lebih awal, mungkin 2-3 hari sebelum raya. Dengan cara ini, mungkin dapat mengelakkan kesesakan dan menikmati lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga tanpa tekanan perjalanan yang panjang. In Sha Allah.
Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
https://people.utm.my/jeffri-ar
Sebab apa ya? Hmm..bacalah dulu ek.
اَلسَلامُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ… ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ اَللهِ ÙˆَبَرَكاتُÙ‡ُ
Apa kabar buat semua pengunjung blog cubitsanasini dot blogspot dot com. Akhirnya setelah bertahun tak update, kita bangkitkan semula blog ini supaya sentiasa hidup dengan penulisan terkini daripada penulis sendiri. Maaf banyak-banyak sebab tak update, bukan apa...kita dah dijanjikan dengan bonus penulisan blog di laman web lagi satu, tapi akhirnya telah ditarik balik markah blog tersebut bagi tujuan appraisal. Oleh kerana tak nak rasa down sangat, maka penulis pun kembali semula ke sini dengan semangat daya juang yang tinggi. Konon! hehehe...takpalah nak buat macam manakan...kita masih lagi ada di sini untuk menyuntik semangat dalam diri bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang pekerja di studio dan juga ketua keluarga di rumah sendiri. In Sha Allah..
Kali ini penulis akan bagi beberapa sebab kenapa dah lama tak update kisah terkini dalam blog cubitsanasini. Mula-mula memanglah rasa down sebab selama ni penulis selalu update latest posting dekat blog people.utm.my kerana ada markah bonus untuk boost sikitlah markah LNPT tahunan. Tapi semenjak ianya ditarik balik mulai tahun ini, maka penulis pun rasa terkilan jugalah. Tapi takpa..blog yang ku cintai ini masih lagi ada di sampingku.
1) Sebab tengah bersemangat menulis di laman web people.utm.my
Ya, salah satu sebab utama penulis tidak berkampung lagi di sini adalah kerana bagi mengejar markah bonus LNPT yang tak seberapa pun tapi boleh jugalah untuk topup 0.5 - 1 markah. Dengar pun macam tak logikkan? Buat apa nak kejar markah sikit semata-mata nak boost markah? Manusia..selagi boleh cari markah lebih untuk topup LNPT selagi itu akan diusahakan. Jika nak cari markah dalam bidang sukan, memang confirm takkan terjadi punya. Sebab kita sendiri tak aktif bersukan. Hanya pada zaman sekolah sahaja aktif bersukan. Hahaha..
2) Bila dah bersemangat menulis di people.utm.my, akhirnya...
Tiba-tiba aja pengurusan organisasi tarik balik markah bonus menulis blog di laman people.utm.my. Aku dah bersemangat waja untuk sentiasa update, akhirnya ditarik balik. Eh..suka-suka kau aje nak buat keputusan begitu. Ah..lantaklah, yang penting buatlah kerja dengan baik dan ikhlas. Semoga dipermudahkan segala urusan hendaknya. Aamiin...
3) Patah balik semula ke sinilahkan
Of course..mesti patah balik sini semula. Kalau tak, jari-jemari ini terus gelisah kerana tidak dapat menaip apa yang terbuku untuk diluahkan tau. Boleh gigil jawabnya. kita harap u olls sudilah untuk terus berkampung di sini ya. Walaupun sekarang dah ada medsos, tapi penulis masih lagi menggunakan blog untuk bercerita sana sini berkenaan aktiviti kerja. Ya..kita pun ada acc medsos tapi nantilah kita kongsikan ya..sebab sekarang ni dah dapat material untuk buat konten, cuma belum gerak untuk develop pulak! Uhh!! Doakanlah penulis lebih rajin ya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman blog ini. Alhamdulillah bertemu kita kembali dalam entri terbaru dan kali ini pejabat penulis buat julung kalinya mengadakan Office Warming Day! Wow, apa yang menariknya sampaikan anak2 pun turut dibawa sekali? Haa..sebab itulah namanya Office Warming, kita nak meriahkan majlis ini yang sememangnya baru pertama kali diadakan setelah 18 tahun saya berkhidmat di pejabat UTM CDex. Tersangatlah rare GAIS!!
Majlis ini berlangsung pada 28 Disember 2023, hari Khamis sewaktu ofis hour sampailah tamat waktu kerja. Aktiviti utama dimulakan di Dewan UTM CDex dengan semua staf dan ahli keluarga mereka berkumpul untuk bacaan doa, ucapan dari Pengarah, instructions untuk aktiviti, ambil saguhati, hadiah, anugerah staf terbaik bulanan berserta ruang kerja staf terbaik (EKSA). Yelahkan..nak nampak majlis tu padat, jadi sumbatlah semua event tu dalam satu majlis..barulah nampak meriah sikitkan? Biasalahkan..ini juga boleh dikatakan strategi bagi menambahkan lagi perisa dan perasa yang menceriakan suasana.
Pada mulanya penulis agak gusar juga nak bawa anak-anak yang telah dihantar ke Taska terlebih dahulu. Sebab 28 Disember tu masih lagi hari cuti sekolah. Risau sebab tak boleh handle ketiga-tiga Princess, isteri saya kata. Takpe..kita cuba dululah. Tetapi..apabila melihatkan ramai ofis mate yang bawa anak-anak mereka ke pejabat, maka penulis pun ambil keputusan untuk ambil mereka di Taska. Maklumlah, ada macam-macam game yang dianjurkan. Pastinya diorang happy kat sini, begitulah yang saya fikirkan.
Kebetulan, UTM dengan Taman Mutiara Rini taklah jauh mana, jadi sewaktu saya sampai di Taska baru jer selesai aktiviti Susu Farm Fresh yang datang ke situ untuk menghiburkan anak-anak sambil minum susu. Alhamdulillah..teruslah riang dan ceria apabila ayahnya kata "jom ikut ayah pergi ofis, ada macam-macam aktiviti tau untuk kanak2..tapi sampai tengahari aje, lepastu ayah hantar semula ke Taska kay". Haa..tak payah kita buka pintu kereta, mereka sendiri buka dan terus masuk dalam perut kereta.
Sewaktu kami sampai, semua staf sedang mengikuti tentatif aktiviti, tetapi penulis bawa anak-anak ke belakang Dewan untuk main gelongsor angin (inflatable indoor playground) Cantik..takde orang, memang puaslah budak-budak tiga orang tu main sampai mandi peluh dibuatnya!
Agak lama juga ya mereka ni bermain gelongsor. Anak yang no 2 tu memang cepat berpeluh! Kalau bawa main-main di taman permainan pun begitu juga. Kadang-kadang mungkin setakat main tiup buih-buih tu, tapi bila dah habis sambung pula dekat playground. Mak dan Ayah terkejar-kejar diorang ni sambil teriak nama masing-masing. Begitulah kami bakar lemak yang tak seberapa sangat pun.
Kemudian anak yang no 1 nak main VR pula, kami pun pergi ke dewan untuk cari PIC, ok..nampaknya PIC baru jer melayan kanak-kanak yang lain main VR tadi dan baru jer nak duduk di Dewan. Tapi disebabkan beliau sporting, maka kami pun naik ke tingkat atas untuk experience VR. Memang asalnya anak no 2 tu request minta beli untuk main-main dekat rumah. Uishh...harganya dahlah mahal. Nasib baiklah PIC tu bawa VR card board, murah dan selamatlah jika dibandingkan nak bawa Oculus 2, nanti apa-apa jadi, bapaknya yang susah. Alahai....hehehe...
Ingatkan dah sekali experience VR turun ke Dewan semula, rupanya anak no 2 nak pakai lagi VR card board tu, barangkali tak puas rasanya. Sebab 1st time kot merasa VR..seronok anak-anak ayah waktu ni. Alhamdulillah..agak terkawal juga di sini.
Kemudian bawaklah mereka ni turun ke bawah untuk makan-makan pula, maklumlah dah penat main, lapar katanya. Tapi yang makan cuma no 1 aje, yang lain2 cuma tengok dan menunggu masa kakaknya makan. Sahlah diorang ni nak main lagi. Huhu..lepas lunch aturcara diteruskan dengan online games Kahoot di Makmal Komputer UTM CDex. Amboi..terkezut bapaknya tengok soalan agak susah juga ya walaupun berkaitan dengan pejabat dan kerja..saya rasa elok jika soalan berkaitan dengan apa yang kanak-kanak suka berbanding soalan yang bertanyakan apa itu UTM CDex, lighting dsb. Sebab itu yang menjawab soalan ialah mak bapak, anak2 cuma klik aje mouse. Hahaha...tengok ajelah foto kat atas tu, En. Gaffar bagi jawapan siap2 kepada anak2 kita.
Aktiviti seterusnya pula ialah upacara penyampaian hadiah dan saguhati kepada semua anak-anak yang telah mencukupkan semua aktiviti yang dianjurkan oleh pejabat kami. Waktu ini separuh daripada belon yang tersusun di tepi stage dewan dah pun dipecahkan oleh kanak-kanak riang ceria dan gembira. Walaupun kelihatan agak tidak terkawal dengan diorang ni, tapi yang penting Pengarah kami happy dan terhibur bersama-sama dengan anak-anak kami yang datang untuk menceriakan majlis. Apakan tidak, gelongsor angin itu ditaja oleh beliau. Terima kasih banyak Prof! Semoga dimurahkan lagi rezeki dan dipermudahkan urusan. Aamiin.
Selesai majlis, anak-anak request nak ke belakang dewan untuk main gelongsor angin lagi, jadi kita layankan aje. Kali ini mereka bermain sama dengan anak-anak ofis mate yang lain. Kelihatannya mereka agak terkawal dan tidak mencetuskan hal-hal yang boleh membuatkan ayahnya menjegilkan mata ketika itu. Alhamdulillah.
Sebenarnya ofis Multimedia ni baru aje siap renovation. Pecahkan dinding untuk besarkan lagi ruang dan gantikan karpet kepada vinyl, cat baru dan ada lagi projek doodle yang belum dimulakan lagi ni. In Sha Allah..akan datang ni dah boleh start agaknya. Jadi kita akhiri entri kita pada kali ini dengan ucapan terima kasih dan semoga anda semua dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan Aamiin.
Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
https://people.utm.my/jeffri-ar
Copyright © Cubit Sana Cubit Sini: Bingkisan KAMI | Powered by Blogger
Design by AlienWP | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com