Saturday, October 20, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog tuan tanah cubitsanasini dot blogspot dot my. Kali ini penulis kembali lagi dengan cerita berkenaan kerja di ofis yang telahpun berlalu September yang lalu. Ya..bulan September 2018 merupakan bulan hactic kerja dalam tahun ini oleh kerana tercetusnya idea fun run dari beberapa rakan staf di ofis sewaktu bengkel perancangan strategik hujung tahun 2017 dahulu. Masing-masing hebat mempamerkan idea dan kebanyakkan idea mereka berhasil. Kerana ada sebahagian kecil staf kami yang tidak sebumbung dahulunya kini telah dipindahkan semula ke pejabat kami melalui usaha giat dan murni rakan-rakan staf yang bersungguh-sungguh mengukur setiap inci bilik setor multimedia bagi dijadikan setor fail untuk department CALPD. Begitulah kisahnya..disebabkan itu barang-barang audio/video kami terpaksalah dipindahkan ke dalam setor pejabat am pula. Hahaha..amek kau, setiap kali ada shooting confirm kena berjalan kaki ke pejabat am untuk amek peralatan audio/video.

Baiklah, pada bulan September yang lepas telah diadakan program STEMAZINGRUN 2018 yang dianjurkan oleh pejabat kami iaitu UTMLead. Inilah pertama kali program sebegini dianjurkan oleh pejabat kami walaupun telah banyak program fun run dilaksanakan dalam UTM. Sudah tentu ianya digagaskan oleh wirawan pejabat kami yang sememangnya telah terbiasa memasuki program fun run sebegini di luar UTM. Kalau tidak manakan kita boleh menganjurkan sehingga ia selesai! Alhamdulillah..pengalaman yang dibawa mereka itu berhasil sedari awal persiapan pendaftaran sehinggalah peralatan-peralatan lain yang penting untuk menjayakan program ini. Penulis selaku sekretariat teknikal sememangnya akan sentiasa mengepit kamera video DSLR atau P2 bagi merakam detik-detik sebelum, semasa dan selepas STEMAZINGRUN 2018. Dan oleh kerana tugas lain penulis adalah untuk muat naik foto di laman Insta & FB UTMLead dengan menggunakan kamera smartphone jenama Xiaomi, maka tugas itu digalas dengan jayanya malah dibantu oleh filter Insta untuk menyedapkan lagi mata mereka yang memandang foto itu nanti.  . Dan penulis juga memuat turun apps video editing bagi melakukan editing yang simple di mana kesemua foto2 yang telah dirakam tadi dijadikan slideshow dengan menggunakan apps tersebut. Walaaa..senang kau tak payah nak edit kat mac tong sampah.  

Dan untuk itu penulis kongsikan di sini video highlight STEMAZINGRUN 2018 yang dirakam dengan Panasonic P2, Huawei P10 +  Zhiyun Crane untuk tatapan korang. Penulis memuat turun lagu terlebih dahulu sebelum memulakan editing oleh kerana mencari lagu sesuai dengan program ini. Dan setelah itu editing dijalankan dengan lancar dan tidak ambil masa yang lama kerana mood memang tengah nak buat editing. Cantek! Ayuh layan video highlight ini!



Jadi, kita ketemu lagi di entri terbaru akan datang dengan artikel segar lagi mekar. Insha Allah...

Wassalam.

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
http://utmlead.utm.my/jeffri-ar/

Share:

0 comments:

Post a Comment