Thursday, September 13, 2018

Apps popular yang telah diklon iaitu Viber mengandungi malware yang mencuri kesemua data berkaitan WhatsApp termasuk foto,video dan rekod panggilan anda


Kebelakangan ini terdapat kemunculan apps popular versi palsu yang semakin berleluasa di internet.
Cara Hackers ini menyebarkan virus pada smartphone anda amatlah meyakinkan dengan membangunkan klon apps tersebut dan dimuatnaik ke laman web untuk dimuat turun secara percuma. Anda tidak rasa kejanggalan pun apabila pertama kali melihat apps ini di laman web tersebut oleh kerana interface, design semuanya kelihatan seperti original di laman Google Play Store. Hari demi hari kita melihat banyak apps popular telah diklonkan, begitu juga dengan apps yang kurang popular telah dipam penuh dengan malware kemudian dimasukkan ke dalam Google Play Store tanpa kita sedari. Apabila muat turun dan install apps klon ini pada smartphone anda, maka dalam sekelip mata smartphone anda akan dijangkiti virus dan amat sukar untuk dihilangkan. Viber adalah aplikasi terkini yang dijangkiti virus dan malware tersebut.

Dari bacaan penulis di laman web ini, mereka menyarankan agar tidak memuat turun aplikasi Viber Messenger yang digambarkan sebagai Lite Chatting App. Versi klon apps ini terdapat di laman web yang dibangunkan menyerupai Google Play Store. Laman web itu juga memasukkan sijil keselamatan palsu dan mendakwa telah dimuat turun sebanyak 500 juta serta rating 4.3 menyerupai dengan apa yang ada di Google Play Store.

Dengan peningkatan jumlah aplikasi palsu ini bertebaran di internet, amat penting bagi kita untuk memuat turun apps melalui sumber yang bereputasi seperti Softonic atau secara terus dari Google Play Store. Selain itu kita juga seharusnya mempersiapkan diri dengan terma 'phishing scam' supaya dapat mengenalpasti laman web yang palsu. Lihat di sini panduan untuk mengelakkan phishing scams supaya anda lebih bersedia pada masa akan datang.



Aplikasi Viber yang palsu ini telah ditemui oleh Lukas Stenfo iaitu seorang malware researcher di sebuah syarikat sekuriti online (ESET) yang bertapak di Slovakia. Beliau memuat naik posting di laman Twitter beliau untuk membina kesedaran akan hal ini. 

Ingatlah, senjata terbaik bagi memerangi ancaman virus/malware/scam adalah diri anda sendiri. Sebelum memuat turun sesebuah aplikasi pastikan anda telah double check sumber tersebut berkenaan kesilapan ejaan, nama developer pada apps, dan beri perhatian pada sebarang error yang meragukan. Dan sekali lagi penulis ingatkan, MUAT TURUN APLIKASI MELALUI SUMBER YANG SAH DAN BOLEH DIPERCAYAI SAHAJA.


Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger
http://utmlead.utm.my/jeffri-ar

P/S: Artikel ini telah diterjemah dari laman web asal oleh penulis buat bacaan anda semua.

Artikel lain yang berguna buat panduan mengenai fake apps boleh didapati di sini:
https://en.softonic.com/articles/how-to-detect-fake-apps-in-the-google-play-store-in-just-3-steps/


Share:

0 comments:

Post a Comment