Wednesday, June 6, 2018

Assalamualaikum. Salam sejahtera buat semua rakan-rakan pengunjung blog cubitsanasini dot blogspot dot my. Dengan bulan Ramadhan yang masih berbaki lagi beberapa hari dan dalam malam sepuluh terakhir ini, penulis harap anda semua masih terus bertenaga melaksanakan pelbagai tugas samada sebagai pekerja, bos, suami@isteri, anak-anak dan yang sewaktu dengannya. Kali ini penulis kembali lagi dengan entri terbaru iaitu teknologi smartphone.

Oleh kerana entri kali ini bukan berkisar pada smartphone, malah lebih fokus kepaa SoC smartphone yang telah diupgrade untuk kegunaan Windows PC ataupun lebih dikenali sebagai Always Connected PC. Yang menariknya ialah pembuatan PC ini dibekalkan dengan SoC dari jenama terkenal dunia yang sememangnya sangat sinonim dengan teknologi smartphone, iaitu Qualcomm Snapdragon. Sebenarnya Qualcomm telahpun melonjak masuk ke dalam industri komputeran dalam platform Windows PC versi Windows 10 sejak awal tahun 2018 yang lalu. Dan SoC tersebut ialah dari model Snapdragon 835 yang telah dimuatmasuk ke dalam laptop HP ENVY x2, ASUS NovaGo dan Lenovo MIIX 630.



Integrated LTE, long battery life, instant-on resume langsung tak hibernate. Itulah features SoC 850 QSD.



OK. Anda memang mobil computing platform yang canggih. Diharapkan SoC selepas 850 lebih baik dari sekarang.

Pasti korang tertanya-tanya macam mana Qualcomm sangat berani mengorak langkah besar dalam industri komputeran laptop bercirikan Always Connected PC? Jawapannya ialah berbalik pada konsep Ekonomi Asas. Jika tiada permintaan sudah pasti tiada penawaran. Yer..semuanya adalah kerana permintaan tinggi dari pengguna. Akan tetapi permintaan tinggi ini bukan hanya sekadar ciri-ciri laptop yang ultra-nipis, malahan apa yang pengguna mahukan ialah jangka masa bateri yang lebih tahan lama (battery life) berbanding dengan SoC dari Intel atau AMD yang tidak menawarkan ciri-ciri tersebut. Jadi sebab itulah Qualcomm sangat berani membuka langkah besar dalam pasaran Always Connected PC.

Lagi satu yang perlu kita ketahui ialah SoC Intel Atom. Pernah tak korang dengar SoC model ini dari Intel? Kalau pernah dengar, bagus. Kalau tahu smartphone apa yang menggunakan chip Intel lagilah bagus. Bukan apa, penulis cuba fahamkan korang semua dengan keadaan semasa dalam pasaran teknologi smartphone. Siapa yang untung dan siapa yang rugi. Baik, pada tahun 2015 dahulu Asus telah mengeluarkan smartphone model Zenfone 2 yang dibekalkan dengan SoC Intel Atom. Antara market terbesar smartphone ini ialah India, China dan beberapa negara Asia yang lain. Penulis pun ada sebiji Asus Zenfone 2 tapi dah pencen beroperasi sebab slot Sim 1 (LTE) sudah rosak. Ughh..kena repair sendiri lepas ni! Apa yang penulis rasakan mengenai Zenfone 2 ini ialah kelemahan dari segi performance dan salah satu faktornya ialah penggunaan Intel Atom di dalam board smartphone ini. Bateri memang cepat betul weak. Kualiti kamera tidaklah hebat mana. Tapi itulah yang dibawa ke mana-mana samada tempat kerja, berjalan sana-sini. Sehinggalah slot sim 1 rosak. Apa yang penulis nak highlightkan di sini ialah Asus telah mengambil langkah bijak dengan memuat masuk SoC Qualcomm Snapdragon pada line-up smartphone mereka sehinggalah terbinanya model terbaru mereka iaitu Asus Zenfone 5Z.



Snapdragon 845 dalam model terbaru Asus Zenfone 5Z (jangan kau cuba racuni pemikiran aku yer!)

Mereka kembali pada angka 5 tapi dengan spec terbaru. Memang terbaek dan ianya adalah top of the line punya produk dalam kategori Asus smartphone. Nampak tak? Ke tak nampak lagi ni apa yang penulis maksudkan? Maksudnya ialah sewaktu Asus masih menggunakan Intel Atom dalam board mereka, tidak ada apa yang special in terms of performance dalam spek pembuatan mereka. Tetapi pasaran terhadap smartphone mereka ketika itu dapat juga sambutan dari beberapa negara Asia. Faktor utama ialah harga, itu yang penulis dapat simpulkan.





Sumber grafik dari: https://ic.maxabout.us//misc/infographics/mobile-phone-infographics//ZenFone-2-ZE550ML-Price-India.jpg/thumb/700

Kedua, apa yang penulis dapat simpulkan terhadap penggunaan Intel Atom dalam SoC smartphone ialah lack of power and integration. Jika kita lihat Qualcomm dan strategi yang dibawa mereka ke dalam sekeping silicon adalah low power consumption dan penggunaan bateri yang tahan lebih lama. Kedua-dua features ini bukanlah fokus Intel di samping saiz SoC yang kecil dari Qualcomm. Kita semua ketahui bahawa Intel menghasilkan CPU dengan performance yang mantap untuk PC tetapi bukan untuk smartphone. Saiznya juga besar tidak seperti SoC smartphone yang kecil dan penuh dengan features menarik yang ditawarkan kepada pengguna. Kemudian kita juga kena tahu bahawa Qualcomm telah menerajui market silikon smartphone ini sejak awal 90an lagi! Intel pun pada masa tu bukan lagi player dalam business ini. Krik krik krik...maknanya, kalau korang ialah CEO Intel dan masih cuba nak menguasai pasaran chip smartphone untuk bersaing dengan Qualcomm, sanggupkah scrapkan FAB korang dekat China, Israel dan sekitar Amerika jika ingin fokus pada pasaran ini? Profit margin pula slim!



Payah nak settle jika platform berbeza. Sumber grafik dari https://cdn57.androidauthority.net/wp-content/uploads/2014/11/ARM-vs-X86-Key-differences-explained.jpg

Pada masa yang sama kena fokus pada Xeon server chips, cloud computing, FPGA dan silicon photonics. Soalan ini penulis pulangkan kepada korang semua untuk fikirkan eh. Sebab penulis nak fokus pada tajuk yang sebenarnya ni. Huhu..lari dah tajuk!

QSD 850 khas untuk Windows 10 Connected PC?

Iya betul tu. Ini kerana Qualcomm telah umumkan bahawa chip ini direkakhas untuk Windows 10 Always Connected PC. Ironinya, sebelum ini Qualcomm juga telah menghasilkan chip 835 yang digunapakai dalam laptop HP, Lenovo dan juga Asus. Selain itu kita juga tahu bahawa chip 835 digunapakai dalam kebanyakan smartphone kelas atasan, ataupun top of the line smartphone. 

Qualcomm juga mengatakan bahawa chip ini hanya digunakan untuk PC sahaja dan tidak akan dimuatmasuk ke dalam smartphone. Dan apa yang perlu kita tahu berkenaan chip ini adalah ianya merupakan versi yang telah diubah dari chip yang asal iaitu chip 845 yang baru-baru ini telah diberi nafas kepada smartphone terbaru di pasaran. Improvement terhadap chip 850 dalam platform Always Connected PC ini adalah dari segi performance yang melonjak kepada 30 peratus sementara jangka hayat bateri lebih lama pada kadar 20 peratus dan peningkatan terhadap speed data kepada 20 peratus berbanding chip sebelum ini 835. Saiznya masih sama sama dengan chip 845 iaitu 10nm dan digabungkan dengan modem X20 untuk sambungan selular (connectivity cellular) . Di samping itu kedua-dua hardware dan software telah dibuat penalaan (tuning) bagi kelancaran terhadap penggunaannya pada PC. 

Walaupun Snapdragon 835 merupakan chip pertama digunakan dalam platform Always Connected PC yang telahpun berada di pasaran sekarang ini, Qualcomm mengatakan bahawa rakan-rakan kongsi mereka (PC) akan menikmati chip ini pada peranti mereka dalam musim cuti pada tahun ini juga. Satu perkara yang penulis respek ialah keyakinan Qualcomm yang percaya mereka akan mempunyai lebih ramai rakan kongsi pada masa akan datang. Buat masa ini chip 835 telah diberi nafas pada laptop jenama Asus, HP dan Lenovo. Maksudnya kemungkinan lepas ni bukan setakat jenama ketiga-tiga brand itu sahaja, malah jenama-jenama lain turut akan jadi partner dengan Qualcomm. Mana tahu samsung pula join sekapal bikin laptop Always Connected PC. Kan? 

Jeffri Rahman

Producer | Editor | Blogger

Share:

0 comments:

Post a Comment