Produksi Multimedia: Senario dan Skop Pekerjaan

Secara ringkasnya, penulis terlibat dalam industri ini oleh kerana position sebagai Producer di sebuah Universiti Selatan tanahair ketika ini. Walaupun Universiti tersebut bertaraf Kejuruteraan Sains dan Teknologi, tetapi di celah-celah perkara teknikal tersebut ada juga rupanya keterlibatan hal-hal berkaitan seni multimedia yang masih diberikan ruang udara untuk bernafas dalam bidang ini. Al-maklum sajalah, jawatan-jawatan sebegini amat kurang jumlah staf di sesebuah organisasi. Melainkan di RTM sana memanglah ramai Producer. Akan tetapi di luar sana selain daripada RTM, lebih banyak lagi Producer-producer yang sedang bergiat dalam industri penerbitan rancangan ini dari awal hinggalah akhir. Kita boleh lihat seperti ASTRO, TV3, Pinewood Studio Nusajaya, Post-Production company yang tumbuh melata sekarang ini adalah merupakan contoh terbaik di mana Producer sedang bergiat kerja sekarang ini. Dan mungkin setiap organisasi itu skop kerjanya berbeza nama jawatan aje yang sama. Begitulah ketika ini mereka yang bernama Producer itu menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Penulis lebih suka membawa position sebagai Multimedia Producer berbanding Producer oleh kerana skop kerjanya yang multitask. Tapi kebelakangan ini penulis telah bertemukan skop kerja yang  lebih spesifik berbanding multitask yang sentiasa memeningkan kepala. Kenapa? Pengalaman telah mengajar banyak perkara kepada seseorang untuk jadi lebih dewasa dan matang. Dengan pengalaman bertahun-tahun inilah yang akan membina kepakaran seseorang itu menjadi lebih kreatif dari segenap sudut dan tahu bagaimana untuk manipulate, jadikan suatu job lebih menarik, tahu untuk menilai yang mana perlu dan tidak perlu dalam production workflow, memahami jalan cerita seawal pre-produksi sehingga mampu untuk visualise kesemua teks dalam storyboard jadi visual sebenar menyamai output akhir. Wow..macam dewa2 pulak boleh fantasize..hahahahaha!! ;) itulah dia sebenarnya pengalaman berharga yang boleh dibawa ke industri di luar sana. Ya, memang penulis ada berangan untuk hinggap di post-production pula oleh kerana skop kerja sebenar lebih spesifik, bersaing dengan kreativiti, expertise yang ada tidak terhilang begitu sahaja malah lebih bercambah hingga boleh jadi suatu tembok besar dalam diri, melangkaui produksi lebih jauh ke hadapan. Itulah secara ringkasnya yang penulis mampu untuk zahirkan dari luahan minda ketika ini.

Produksi Multimedia dari pengalaman real life penulis 

Bagaimana agaknya sebuah produksi multimedia dibangunkan dengan mengambil contoh projek yang sedang dijalankan? Penulis mengambil contoh dari sebuah projek pendidikan BLOSSOMS iaitu Blended Learning Open Source for Science, Technology, Engineering and Mathematics. Projek ini merupakan kerjasama sinergi antara UTM, KPM dan MIT dengan tujuan untuk menyuntik HOTS (Higher Order Thinking Skills), pemikiran kritikal & kreatif dan juga kemahiran menyelesai masalah serta pelbagai lagi terhadap pelajar Sekolah Menengah dalam subjek kritikal seperti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Konsep yang digunapakai dalam pembangunan video BLOSSOMS ini sangatlah menarik kerana berkait rapat dengan konsep dunia sebenar.  Jadi pelajar akan kurang rasa bosan dengan penggunaan video ini di dalam kelas kerana ada engagement antara pelajar dan guru yang boleh meningkatkan active learning di kalangan pelajar.

Tapi siapa yang tulis skrip video BLOSSOMS tu?

Bagus soalan tu. Setelah menaip serba sedikit latarbelakang projek BLOSSOMS di perenggan atas sudah pasti anda semua ingin tahu siapa buat apa, siapa bagi arahan, siapa siapa siapa? ;) Tulis panjang lebar sangatpun bukan faham ye tak?

Oleh kerana projek video ini berbentuk pendidikan dan kumpulan sasar adalah para guru bidang STEM, maka KPM mencalonkan nama-nama guru dari SBP untuk berbengkel terlebih dahulu dengan pakar BLOSSOMS dari MIT, USA. Mereka diterbangkan ke Malaysia untuk memberi panduan dan nasihat bagaimana untuk membangunkan video yang mencapai kehendak mereka dengan dimasukkkan nilai kreativiti supaya hasilnya kelihatan menarik. Jadi tugas guru yang menghadiri bengkel BLOSSOMS tersebut tidaklah datang dan pulang dengan tangan kosong. Masing-masing akan kerah seberapa banyak idea untuk bangunkan sesebuah video. Dan mereka bekerja dalam kumpulan untuk hasilkan skrip dan content yang menepati kehendak HOTS dan BLOSSOMS.

Apa kata kita lihat diagram simple menurut kaca mata penulis selaku Producer di kala projek ini dijalankan.

Mungkin tak berapa tepat diagram ni. Tapi ini yang penulis lalui sewaktu menjalankan
projek BLOSSOMS. 

Lalu kita lihat dahulu video preview guru-guru yang menyertai bengkel BLOSSOMS pada penghujung 2015 yang lalu. Masing-masing ada pendapat sendiri.


Video Feedback from Participant ini penulis yang edit

Peranan penulis dalam projek BLOSSOMS

Sebagai Producer di sebuah UA selatan tanahair, penulis menjalankan tugas-tugas seawal pre-produksi hinggalah akhir produksi. Kalau dari tadi penulis menceritakan tentang tugas guru, UTM, KPM dalam menjayakan BLOSSOMS, sekarang ini penulis ingin cerita serba sedikit apa yang dilakukan oleh seorang Producer di sebuah Universiti Awam berkaitan sesebuah projek pendidikan. Maklum sajalah..orang selalu beranggapan jika menjawat jawatan Producer sudah tentu berkhidmat di RTM, TV3, Astro Post Production company dsb. Nah..skop jawatan Producer di UA ada yang sama dan ada yang tidak sama. Kerana amat bergantung pada sesebuah jabatan tersebut. Sepertinya diri ini, penulis ditempatkan di sebuah jabatan yang diberi nama UTMLead (Pusat Kepemimpinan Akademik) sebuat jabatan yang mengkhusus kepada latihan, kursus, bengkel kepada staf akademik dalam UTM bagi memperkasakan mereka terhadap dunia akademik dan leadership.

Kenapa? Pening kepala kenapa penulis ditempatkan di jabatan ini? ;)

Sabar..dari dulu lagi dah pening kepala kenapa Penerbit Rancangan ditempatkan dalam jabatan seperti ini. ;) :)

Dalam UTMLead ni dibahagikan kepada 2 buah jabatan iaitu CTL dan CALPD. Di bawah CTL pula ada sebuah unit yang diberi nama Creative Multimedia Learning Technology yang mana fungsinya untuk memberikan support secara teknikal dalam kepakaran IT dan Multimedia kepada staf akademik. Di situlah keperluan Penerbit Rancangan bagi melicinkan kerja-kerja berkaitan produksi Multimedia. Mungkin agak tersekat skop kerjanya. Kerana apa? Sebab telah diserap dalam sebuah jabatan yang mengkhusus kepada akademik dan bukanlah secara umum di universiti tersebut.

Baiklah..untuk mendapatkan gambaran lebih besar lagi mengenai jabatan di mana saya ditempatkan, mari lihat video korporat UTMLead yang telah dibangunkan oleh penulis bersama-sama dengan seorang lagi staf yang juga seorang Penerbit Rancangan. Saksikan dahulu..

Waktu bangunkan video korporat ini, kami gunakan Canon 650 D dan stock footage yang
ada dalam simpanan kami. Drone shot masih baru lagi sekitar tahun 2015. Alhamdulillah. Ada perkara yang perlu tambahbaik lagi seperti tukar footage baru dalam beberapa bahagian dalam video ini.

Sebenarnya bukan projek BLOSSOMS sahaja yang dibangunkan, malahan projek MOOC, Video STEM KPM, NALI, edutainment dan banyak lagi berserta projek dalam dan luar UTM. Kami mahu mencari nama di luar UTM pula memandangkan keparakan yang telah ada dalam unit multimedia ini. Dan mereka terdiri daripada Graphic Designer, Photographer, Producer dan juga IT Officer. Sama-sama berkhidmat bawah satu bumbung dengan perangai dan resmi yang pelbagai. tetttttttt!!... ;) :P

Video Production Equipment

Selain daripada studio video, hampir kebanyakan projek video shooting dilakukan outdoor. Sebab itulah kami banyak menggunakan equipment yang portable seperti DSLR, wireless clip mic, teleprompter, tripod, slider, shoulder rig, LED lighting, clapper board, dsb. kalau buat projek filem pendek seperti dalam entri sebelum ini, IMPIRAN: A Shorties of Hopes & Dreams, memang semua equipment portable ni akan diangkut ke lokasi perfileman. Memang penulis akan buat storybard untuk develop short film. Kalau projek BLOSSOMS dan MOOC, guru atau pensyarah akan email skrip terlebih dahulu. Jadi tak perlu bersusah payah buat storyboard. Subjek mereka, mereka lagi expert! :)

Insha Allah..ada masa free, nanti penulis update lagi yer.

Wassalam..
Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over acting

0 comments:

Post a Comment