Sunday, March 31, 2019

Murah jer kita beli kat Shopee!

Assalamualaikum W.B.T. Terlebih dahulu penulis ingin memohon ampun dan maaf sebab dah lama tak update blog ini sampai dah nak bersawang dah kat atas tu haa.   Maaf yer kawan-kawan semua. Alasan tipikal ialah urusan kerja, tapi semua orang pun ada kerja dari pagi sampai petang dan ada yang boleh update blog diorang seminggu sekali. Takpalah, sekali lagi penulis mohon maaf banyak-banyak ya! Nak cekelat untuk uolls.

Saya pun tara tahan nengok ini cekelat la bang!   

Baiklah, sebenarnya penulis amat memerlukan gajet ini untuk melakukan tugas video editing dengan 2 monitor. Jadi kita ingat nak beli jenama Apple tapi amek kau, mahal betul harganya. Salah satu cara yang mudah ialah untuk cari third party terhadap produk ini dengan harga yang murah berserta ada value added yang tidak ada pada jenama asal. Gajet yang nak dicari ni namanya ialah Mini DisplayPort to HDMI/DVI/VGA adapter untuk  disambungkan daripada Mac Pro atau Macbook kepada monitor komputer dengan input HDMI/DVI/VGA. 

Alhamdulillah, penulis telahpun membelinya melalui Shopee.com.my pada harga yang murah dan oleh sebab itu kita beli 2 unit terus. Konfiden tahap gaban!   Apa ada hal! Sedangkan iPhone, Huawei pun dibuat dari China, inikan pulak produk kecilan macam ini. Tapi itulah yang bagusnya! Oleh kerana adanya laman shopping seperti ini, pembelian jarak jauh pun jadi tak mustahil dan penghantarannya pula mengambil masa yang agak singkat walaupun standard delivery iaitu hanya 7 hari sahaja. I LIKE IT OK! 



Taklah mahal mana harganya cuma RM15.86 seunit.

Cuma apa yang penulis nak sampaikan di sini ialah walaupun sambungan input pada gajet ini ada 3 jenis kabel monitor boleh masuk, akan tetapi ianya akan berfungsi pada satu kabel untuk satu masa. Maksudnya jikalau korang ada monitor input HDMI, pasang ajelah pada gajet tu, confirm keluar gambar pada skrin monitor. Tetapi jika korang pasang lagi kabel DVI dan VGA pada masa yang sama, ianya tak akan dapat berfungsi. Sebab itulah tujuannya, one connection per task. Bukannya seperti splitter yang boleh split lebih dari satu skrin pada masa yang sama. Faham? 

Apa yang menariknya ialah delivery date sampai lebih awal dari tarikh jangkaan sebenar dengan mengambil masa selama 7 hari sahaja untuk sampai ke depan pintu rumah. Walaupun penulis tidak berada di rumah sewaktu delivery oleh Skynet, akan tetapi pihak mereka menghubungi kita terlebih dahulu bagi tujuan pengesahan bahawa kita tiada di rumah. Dan penulis waktu itu sedang bekerja, jadinya kita pun bagilah no IC dan meminta mereka untuk tinggalkan sahaja barang tersebut dalam peti pos. Nasib baiklah muat. Syukur Alhamdulillah. Ada risikonya bila kita deal cara ini dengan pihak kurier. Jikalau mereka tak jujur, pastinya barang itu tidak diberi pada kita sebaliknya diambil dan mungkin dijual di luar sana. Astaga..jauh benar pemikiran penulis ketika ini. Namun apa yang penting ialah cara macam mana kita berkomunikasi dengan pihak kurier sampaikan mereka pun turut membolehkan kepercayaan yang kita beri pada dia dan mereka rasakan bahawa amat penting untuk menghormati antara satu sama lain waima dalam perbualan telefon sekalipun.



Packaging simple sahaja tetapi sampai dalam keadaan yang selamat.



Dah bukak jer packaging luar terus nampak salutan yang ini pula. Alahai..simple benar. Kalau terduduk dek punggung kita pun boleh pecah dibuatnya!



Moleklah tu 2 unit kita beli. Pasang pada skrin dalam ruang rakaman suara, satu lagi pasang di control room.



ggeehteht htht ht ht htrh Inilah yang penulis maksudkan dengan 3 input. DVI, HDMI, VGA. One connection per task. Jangan ingat boleh pasang semua tu akan hidup semua monitor.

Tapi kenapa penulis kena beli gajet ni eh? Sebabnya ialah di ofis kita ni menggunakan pc jenama buah apple model tong sampah. Dan tahu2 jelahkan bila menjadi pengguna tegar buah apple ni memang takkan jumpa input HDMI melainkan MiniDisplay port atau Thunderbolt. Jadinya, kenalah beli adapter seperti gambar di atas tu untuk sambung kepada skrin melalui port DVI, HDMI atau VGA. Nasib baiklah dapat harga murah dari jenama third party. Kalau beli yang ori pun cuma ada satu connection sahaja iaitu VGA. Penulis rasa penulis takkan claim balik duit untuk pembelian gajet ini daripada pejabat oleh kerana difikirkan elok guna sahaja dan simpan kalau tak digunakan lagi. Melainkan kalau monitor buah apple ni dah rosak memang terpaksalah cari monitor lain dengan connection HDMI ataupun alternative lain kepada apple yang ada Thunderbolt port. Penulis sendiri akui bila dah lama sangat menggunakan jenama apple, windows pc pun dah tak reti guna.   Bukan apa, sebab dah memang tugas-tugas pos produksi memerlukan pc yang high-end untuk melancarkan urusan kerja. Walaupun ram 32GB tapi bila preview After Effects pun semput jugak. Huhu..



fheaththth tht th th . t Penulis akan bawa monitor sendiri dari rumah untuk pasang monitor ketiga bagi tujuan editing. Monitor empat segi tu ha!  



geInilah dia MiniDisplay kabel a.k.a Thunderbolt. Kerugiannya ialah tidak menggunakannya pada kadar kelajuan yang sepatutnya sebab hanya gunakan sebagai adpter monitor sahaja. Kalau kabel ini hujung dan pangkalnya adalah sama memang berdezup laju proses pemindahan data dapat dilakukan ketika editing, terutamanya pada gajet seperti di bawah ini



Inilah dia NAS storage jenama Qnap dengan kelajuan halilintar 20gbps bandwidth untuk melakukan kerja-kerja pos-produksi 4K. Aku nak edit 4k? Krik krik krik..mungkin tunggu dah pencen nanti?   Lepastu masuk web bukannya masuk TV atau pawagam ek? Hehehe..ala, sekadar gurauan aje tau! Jangan amek hati kay!

Baiklah, sampai di sini sahaja coretan abam blogger buat korang semua. Mudah-mudahan kita bertemu dalam artkel lain pula selepas ini ya. Memang ada plan topik berkaitan geran pembangunan filem, tapi tunggu dulu eh!

Wassalam.

Jeffri Rahman
Editor, Voice Over, Blogger

Share:

2 comments:

  1. tak sampe di situ sahaja, kana baca ramai teknologi

    ReplyDelete
  2. kono hdmi to vga adapter wa jibun no hanayome desuga. Etto jitsu wa kochira kosou na buroggu. info beasiswa

    ReplyDelete